Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

Bersalin secara induce - A Throwback.


Aku lahirkan Daneen di bulan puasa. Sempat lah merasa puasa 6 hari sebelum check in hospital lepas berbuka puasa pada 23/6/2015. Ikutkan EDD aku awal bulan 7. Masa minggu ke 37 aku kena pergi ke Hospital Putrajaya untuk major check up, terus doktor tahan suruh bersalin hari tu jugak. Induce lah kiranya. Biasa nya aku cuma pergi check up di klinik kesihatan Jenjarom tiap bulan. Since aku daftar untuk bersalin di Putrajaya, maka depa arrange kan satu appointment untuk aku ke sana sebelum EDD.

Mengandung kali ke 5 ni memang agak renyah sikit. Maybe faktor usia dan rekod kelahiran Ayra dahulu buat kandungan kali ini lebih banyak dugaan. Dengan mengambil semua risiko yang ada, maka aku daftar untuk buat check up di Klinik kesihatan kerajaan kali ini. Anak2 sebelum ini aku cuma ke klinik swasta saja.  Knowing that klinik kerajaan lagi details prosedur nya, aku rasa lebih terjamin ke sana.

Rekod baby besar. Faktor usia nak cecah 40. Family history ada HPT, diabetes. So atas sebab2 tersebut, doktor memang pantau kaw2. Bila usia kandungan dah masuk minggu 34, bacaan gula aku agak merisau kan. Atas par doktor kata. So bermula lah trip renyah ke klinik 2x setiap minggu untuk ambil darah dan ambil report sugar level. Walau bacaan ok pon still kena menten buat prosedur tu sampai lah bersalin. Penat hoihhhhh.

Tu yang bila check up minggu ke 37, aku sedikit lega jugak bila doktor cakap baby and I are ready enuff to give birth. Phewwwwww. Berat baby dah cantik, mak pon ok sihat walafiat, so takyah lah 'simpan' jom kita beranak awal!!! hehe. Doktor risau berat baby akan bertambah2 even dalam masa seminggu pon boleh jadi macam2 katanya. Depa takmo ambil any risiko. OK fine.

Pelik pon ada sebab tak sakit apa disuruh beranak. haha. Anak dah 4, biasanya dah sakit2 keluar tanda bagai tu baru ke hospital nak bersalin. Mujur gak semua persiapan aku dah buat. Takda lah kalut sangat bila tetiba doktor suruh check in hospital hari tu.

Lepas berbuka puasa, terus ke hospital balik. Mujur ada katil kosong. Hospital Putrajaya sekarang bukan macam dulu lagi dah. Too crowded. Tambahan pulak masa aku check in tu tengah jammed pack dek Hospital Serdang tutup sementara wad bersalin nya. Aku daftar wad biasa saja, kalau sapa nak secure boleh je booking FPP (Full paid patient). Untuk rekod, bayaran deposit wad biasa di sini anggaran dalam RM 800 untuk normal delivery. Kalau ceaser deposit nya tak silap dalam RM 1500 above.

Malam tu doktor buat persiapan saja, pasang jarum kat tangan pastu jangan harap boleh tidur lena yer, ada rutin check up gak memalam buta tu. Kejap2 nurse mai cek darah, cek perut. Lepas tu ada seluk menyeluk gak. haha. Layannnnn je lah bila dah masuk fasa ni.

Pagi esoknya lepas subuh at 6am baru lah doktor cucuk ubat induce. Induce ni kira bahasa kasar nya 'paksa bersalin' lah. Bila dah cucuk ubat ni, baru lah mai sakit2 nak bersalin dan jalan slowly buka, sepatutnya lah. Sebab ada kes rasa sakit saja tapi jalan nya tak buka2. Biasa nya doktor bagi peluang sampai 2x cucuk ubat, bergantung pada keadaan ibu dan anak jugak. Kalau stabil. Kalau tak stabil, terus depa propose untuk ceaserian birth.

Alhamdulillah in my case, the progress as per expectation. By 12 noon, jalan dah buka 3cm. Dah mula rasa sakit2. Doktor predict by petang tu aku dah boleh masuk labor room. Doa banyak2. By meantime, kena rajin2 berjalan sekitar wad bagi jalan lagi cepat buka. Lepas Asar, lebih kurang jam 6pm doktor mai cek bukaan aku dah 5cm, terus lah dia arrange tolak aku ke labor room. By Magrib, orang tengah sibuk nak berbuka puasa aku tengah sibuk meneran. Haha. Alhamdulillah 10 minit lepas waktu berbuka, aku selamat lahir puteri ke 5 kami, Arissa Daneen dengan berat 3.19kg.

Proudly King for his 5th princess

Tuesday, 28 January 2014

Pantang bersalin ni baper hari benornya?...

Assalamualaikum Warahmatullah,

Asyik mengira hari je orang dalam pantang ni. Aku ler tu. Haha. Masa awal2 pantang takda nak mengisah sangat. Asal orang tanya "dah baper hari Su?.." Mula la aku belek jari nak mengira. Nak congak pon kemain lembab memori lepas bersalin ni.

Orang melayu kita ada banyak versi berapa hari patut berpantang. Paling minimum rasanya 40 hari. Lepas tu ada yang kata 44 hari. Ada yang tetapkan 60 hari sama macam cuti bersalin orang kerja. Paling lama yang normal aku dengar adalah 100 hari. Yang tak normal, maybe lebih lagi kot. haha. Takpa. Yang penting, tak ada undang2 yang kata WAJIB pantang bersalin sekian2 hari.

So, secara teori nya aku ni dah lepas pantang paling minimum iaitu 40 hari. Perasaan?...seronok wehhhhh. Cam dapat lesen besar gitu. Lesen ngulauuuuuu pantang. haha. Tapi secara teori je lah gitu. Pantang tetap kena terus kan jua macam biasa, tak boleh drastik sangat stop pantang. Badan kita, tahu lah kita camno bahasa nya, yer dak?

Hari ke-40 pantang, aku celebrate dengan sakit bengkak susu. Terbaik lah. huhu. Seharian menahan sakit, sampai seram sejuk satu badan. Risau takut BENTAN. Demam urat. Jangan memain bengkak susu ni.

Macam2 petua ada untuk hilangkan sakit bengkak susu ni. Guna kobis dan guna sikat adalah yang paling ortodoks (tapi tak mustahil berkesan...) Selain itu, boleh tuam dengan air suam sambil urut pelan2. Aku ada gak sapu minyak Herbanika NR. Tapi kena pastikan tak terkena part nipple dan kena lapik part berminyak tu bila nak menyusu baby. Pahtu kena kerap nyusu kan baby supaya flow abih keluar. At the meantime, pam susu gak. Bengkak susu ni kalau tak dicegah awal boleh menyebabkan mastitis. Susu dah mengeras dalam salur tak boleh keluar. Kalau keluar pon susu berbentuk cam nasi or paling worst just nanah or darah. Finally its need an operation. Takmo lah sampai jadi gitu kan?

Friday, 24 January 2014

Kisah pantang bersalin kali ke-4


Again, tajuk nya adalah loud and clear. haha. Asal boleh je aku ni bubuh tajuk.Bercinta sungguh la nak buat new entry sepanjang cuti pantang ni. Ntah apa yang di sibuk kan tak tau lah, tapi yang pasti sehari2 tu rasa cam kejapppp je masa.

Assalamualaikum Warahmatullah,

Seperti yang aku 'angan' kan, pantang bersalin kali ini adalah sendirian berhad saja. Mujur jugak bersalin awal, sekurang2 nya aku ada masa 2 minggu untuk reheal dan mengadap karenah anak2 mula sekolah.

Balik dari hospital lepas bersalin tu, sampai je rumah tengok2 Cik Abe dah siap kan tempat aku dan baby adalah di ruang bawah berdekatan ruang tamu. Senang nak urus kami katanya. Lagi pon memang awal2 pantang cam HARAM gitu panjat turun naik tangga katanya. I follow je lah Banggggg. Asal selesa,  

Walau kali ini bersendirian menguruskan diri dan baby, sambil di bantu Cik Abe, Alhamdulillah kami betah melalui nya. Baby pon sangat lah behave awal2 bersalin, tidur je lah kerja nya siang malam. Sampai tahap naik risau sebab tidur je sokmo. haha. Makan minum semua Cik Abe sediakan sementelah masih bercuti lagi. Masak yang simple saja menu pantang.

Aku pon since dok berpantang kat ruang bawah je, memang senang banyak nak monitor keperluan anak2 yang lain. Walau mood berpantang, tapi memang takleh nak abai 100% lah bila dah ramai anak ni. Tanggungjawap pada keluarga gitu. Bukan nak layan buat kerja pon tapi dapat tengok depa terurus depan mata pon dah lega. Rasa selfish sgt kalau nak berpantang memerap dediam dalam bilik 24 jam. huhu.

My Mak masa ni dah sampai dari kampung tapi stay rumah my kakak kat Subang dulu. Bagi peluang Mak spend time kat sana dulu. Then, satu malam ni, MIL pulak tepon cakap nak mai rumah kami gak, jenguk cucu baru. Gigih orang tua ni nak mai KL naik bas dari Jerteh. First time naik bas lak tu. huhu.

Hari ke-5 berpantang, rumah mula meriah dengan tamu2. My mak with my ayah dan adik2 mai, then MIL lak sampai dengan anak SIL sorang. Bila dah ramai2 gitu, baru lah rasa betapa tak selesa nya nak berpantang di ruang terbuka gitu. I need my room for some privacy. haha.

Tapi memang takleh nak pindah randah port dah ler. Tambah2 Mak dan MIL pon suka sgt lah aku just lepak situ, senang nak monitor kami katanya. Bila cakap nak masuk bilik atas, menjerit MIL tak bagi naik turun tangga lagi. haha.

Urusan berpantang memang semua aku yang putuskan kali ini. Mana rasa tak patut follow tu, aku abai kan je lah.  Terutamanya bab makan minum, awal2 aku sebelum bersalin aku dah sesiap buat list menu pantang supaya tak terhad pilihan yang ada. Bab berurut, berbengkung dan bertungku masih jadi agenda wajib kena buat.

Kadang MIL ada gak tegur itu ini bab berpantang ni. Dia dah biasa jaga kawe berpantang since anak sulung lagi. hehe.Cara orang tua yang lebih ortodoks, bagus tu bagus tapi tak semua kita mampu nak ikut tambah2 yang ala2 tak logik tu lajuuuu je nak bangkang. huhu.

Untuk pantang kali ini, aku tak beli set lengkap pantang. Beli ala carte saja mana perlu. Dan Alhamdulillah, senarai ni memang dah cukup2 membantu aku mengharungi tempoh berpantang dengan selesa.

1. Minyak ubat Herbanika NR (Nora Roguy) botol hijau
2. Air Akar Herbanika NR - 30 uncang teh dalam 1 kotak
3. Pil Pyhtonatal NR
4. Minuman cocoa kolagen
5. Pati Jeli Gamat LUXOR
6. Ubat pilis sapu kat dahi
7. Mandian Herba TYT
8. Krim sapu Panas Halia

Bengkung moden lak aku ada beli selai saja buat gilir yang dah ada dua helai. Pahtu bengkung asli tali guna je yang lama punya masih elok lagi. Untuk sapuan kat perut aku buatkan campuran kapur makan dengan jus limau nipis untuk 3 minggu pertama untuk pakai siang hari. Malam hari lak aku selang seli pakai dgn krim sapu panas halia dan minyak herbanika NR.

Rutin harian aku bermula seawal jam 8 pagi. Mandi air panas bercampur ubat mandian herba TYT. Lepas mandi lumur minyak ubat herbanika NR satu badan. Kemudian bertungku satu badan.

Lepas bertungku tu baru sapu ramuan kapur makan dengan limau nipis kat perut dan pakai bengkung asli tali. Tak lupa tepek pilis atas dahi. Semua urus sendiri, lagi puas hati. Pahtu baru laa ambil sarapan. Kadang jam 10 pagi baru sarapan.

Time sarapan salunya aku minum air cocoa colagen cicah dgn roti atau biskut saja. Air cocoa kolagen ni lebih pada memberi tenaga benornya. Dan sebagai option utk minuman bercoklat selain MILO. Pantang kali ni aku seboleh mungkin elak minum milo sebab thru pengalaman lepas, MILO ni adalah penyebab utama aku mudah jadi sembelit during berpantang. Aci tobat bila sembelit time gini wehhhh. 

Pahtu bancuh gak air akar herbanika NR 1 mug. 1 uncang teh tu boleh recycle buat minum seharian. Just refill je air dalam mug tu dan minum lah dari pagi sampai malam. Aku lagi suka refill air panas daripada terus buat seteko besar ke apa. Suka minum bila air panas atau suam gitu sepanjang pantang ni. Nikmat betul.

Baby lak selalunya jam 10 pagi baru mandi kan. Aku mandikan sendiri gak baby ni. Tapi masa ada ramai tamu hari tu, my Mak or MIL gilir2 ambil alih tugas mandikan baby.

Lunchtime lak tak tentu. Dah kebulur sangat baru tingat makan. haha. Kadang awal jam 12 dah cari makan, kadang lewat sampai jam 2 ptg pon ada. Menu pantang aku tak susah pon. Asal ada boleh makan, tak banyak songeh. Sayur wajib ambil, makan banyak2 utk serat supaya senang lawas. Paling suka sup sawi dan ulam peria celur cicah sambal lada hitam halia.

Berat badan pon lajuuu je turun. Dari berat last pregnant 69.4kg, now dah 53kg. Aku ni cepat kembang cepat kempis, body belon bak kata opismates. Seawal minggu ke dua berat dah turun angka 5. Cuma tang perut degil, lambat betul susut. Jenuh berbengkung siap malam. 

Esok dah masuk 40 hari pantang. Alhamdulillah. Tak sabar nak keluar rumah. haha. Hari tu pertama kali keluar rumah pon masa bawa baby injet sebulan.

Oh ya. Lupa nak inpom nama baby baru. AYRA ZAHRA SOFIA. Panjang tul bagi aku tapi dah pilihan Cik Abe gitu. Ikutkan nak nak taruk 2 nama saja, ni sampai 3 nama. Sukati lah bangggg.

Ayra Zahra Sofia - foto taken at 28 days old



  





 


Wednesday, 15 January 2014

Kisah bersalin kali ke-4


Tu dia...tajuk kemain loud and clear gitu. Main letak je tajuk yang terlintas kat kepala. hehe.

Assalamualaikum warahmatullah.

Dah lama bertangguh nak buat entry pasal kisah bersalin hari tu. Takut makin lama tangguh makin lupa ingatan pulak aku nanti. Tak mustahil gak tu. Orang pon salu cakap banyak urat putus time bersalin. haha. Ok, not funny.

How I wish dapat menulis sesuatu pasal proses kelahiran kali ke-4 ini.Yang mana mungkin menjadi kenangan terakhir melalui nya.

Jom lah flashback.

16/12/2013 (ISNIN)

Masih gigih ke opis setel kan kijo. Mood bos apek pon makin teruk lately. Asyik lah nak cari pasal dengan mak buyung ni. Memang sangat2 down nak melayan karenahnya. Nasib la kan kijo finance gini bila due dedekat nak raya cina. Bos nak raya, nak pitih banyak2, ko lak sibukkkk nak banak.

Petang tu balik kijo dengan hati sebal sedikit sebab ada lagi kijo last minute tak setel dek pe'el moody bos apek. Let is go je lah, pujuk hati. Nak melayan memang takkan abih punya.

Malam tu masuk tidur awal. Penat otak. Badan pon lesu semacam. Masa ni berat badan dah nak cecah hampir 70kg. Perut kemain besar lagi, gemuk sungguh rasanya. hehe. Tak sabar nak tunggu 19/12 untuk check up, nak scan latest berat baby. Risau gak sebab peknen kali ni dah last trimester pon berat badan masih naik lg. Takut naik berat tu semata sebab berat baby yang bertambah. Baby terlalu besar sangat lah tidak bagus untuk proses kelahiran. huhu.

Jam 2.30 pagi, tersedar nak ke tandas.

Sekali ada stain lak kat panties. Lendir bercampur blood sikit. Ok cuak jap. Sakit memang tak ada lagi masa ni. Pahtu cam rilex je sebab memang dah expecting akan deliver anytime bila dah cecah minggu ke-38 even due on 30/12.

Bagitahu Cik Abe dah keluar tanda kot. Tapi aku cakap nak tunggu mai rasa sakit kontraksi dulu lah baru ke hospital. Yang tak syok nya, memang tak leh nak sambung tidur lah lepas tu. Sempat lah buat solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran ini. Debar2 tapi dalam masa sama, tak sabar2 nak cecepat bersalin. Tak larat nak bawak perut dah. hehe.

Sampai jam 5 pagi, sakit kontraksi tak mai2. Betul ka nak banak ni banggggg?

Jam 5.30 pagi, nekad je lah ke Hospital Putrajaya. Anak2 semua kami hantar ke taska dorang, ada anak buah tolong jaga situ. Sampai hospital, sekali wad dan bilik bersalin nya semua penuh. Tapi depa terima gak lah kawe. Masuk bilik check up, doktor cek bukaan dah 3cm. Ingatkan depa nak tahan terus ler, sekali depa suruh aku balik rumah dulu. Eh ehhhhh. Biar betul. Alasan depa sebab bilik suma penuh dan keadaan aku tidak kritikal. Logik ka?

Logik tak logik, aku pon terima arahan je lah. Jom lah balik dulu. Rehat2, makan2 dan simpan tenaga nak bersalin depa kata. Yer lah tu.

17/12/2013 (SELASA)

Jam 7 pagi keluar dari perkarangan hospital. Sempat singgah opis jap nak ambil barang. Jam 8.30 pagi dah sampai rumah. Mula rasa MILD kontraksi.

Mak kat kampung lak cuak giler bila tau aku disuruh balik. Risau sgt dia kot aku banak kat rumah. Aku pon risau gak benarnya. hahaha.

Bila dah mai rasa sakit kontraksi tu lagi senang nak monitor. Aku target by jam 9.30am - 10am boleh lah ke hospital balik. Bagi can Cik Abe take nap jap. Sian dia tak lena tidur semalamam. Aku pon ngantuk gak ler, tapi dah sakit gitu memang tak ada perasaan nak tidur dah ler.

Buat air milo, makan kurma je lalu. Telan telur mentah sebiji. Petua katanya. Buat je lah.

Jam 10 pagi, kami siap ke hospital balik. Masa ni kekerapan kontraksi dah mai selang 10 minit. Sampai di hospital, sekali kena sound la pulak dek nurses yang bertugas masa tu. Dah bertukar shift dah nurses yang aku jumpa pagi tadi.

Bertalu2 depa tanya betul ka aku di arahkan balik walau bukaan dan 3cm masa kunjungan pertama kami dinihari tu. Iyo lah ku cakap, siap tunjuk surat referal yang doktor keluarkan masa tu. Aku terima arahan saja, kot ada silap arahan atau prosedur tu korang punya hal. Aku pon dah argue, tetap lah depa suruh aku balik. Rupanya arahan tu sepatutnya arah aku ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8 katanya. Sebab situ masih ada kekosongan bilik bersalin.

Apa2 je lah. Malas nak fikir. Argue la korang. haha. Masa tu pon bilik bersalin dah ada kosong.  Alhamdulillah. Aku di bawa ke bilik check up, Doktor cek bukaan dah 7cm at jam 11 pagi tu. Terus di suruh tukar baju pakai baju hospital dan diberi ubat lawas untuk membuang isi perut semua.

Satu yang amat berbeza kali ni sakit kontraksi tu tak terasa sakit sangat. Layannnnn je sakit tu bila mai. Cukup sekadar amalkan petua tarik nafas dalam2, kemudian hembus pelan2 guna mulut. Ayat Kursi, ayat 1000 dinar dan doa nabi Nuh sentiasa lah di lafazkan.  Tenang sungguh melayan sakit kontraksi kali ni. Kalau dulu segala petua sesilap leh hilang dalam ingatan dek terbawa sangat rasa sakit tu.

Pendek kata sakit kontraksi tu tak menggangu emosi sangat cam bersalin yang dulu2. Sempat berlintas langsung chats dgn kekawan thru whatsaps/facebook sampai detik akhir nak push baby. Kagum suma orang. haha. Thanks to technology. Mungkin sebab ianya natural birth, tak disumbat drip induce ke apa. Kalau dulu, bila mai sakit tu rasa nak terbalik katil menahan sakitnya. Siap sedut gas lagi nak bagi kurang sakit tapi sakit tak kurang gak.

Jam 12 tgh hari aku ditolak masuk ke bilik bersalin. Doktor pecahkan air ketuban. Masa ni pon aku masih dalam keadaan santai melayan kontraksi. Tau2 doktor cakap dah boleh mula meneran. MasyaaAllah. It's time already. Baru lah sibuk nak simpan henpon. hehe.

Masa nak teran ni lah UJIAN sebetulnya mai pada aku. AllahhuAkbar. Di tarik 'nikmat' sakit kontraksi, tapi di anugerahkan aku susah nak push out baby dek baby besar. Bila kepala baby mula 'crowning' aku sempat dengar nurse menjerit the process will be tough.

Hampir 10 orang termasuk nurse dan doktor dok 'kerja' kan aku. huhu. My Cik Abe lah kekuatan aku masa tu. Aku cuma ingat maybe sampai sini je kot nyawa ni. Cubaan demi cubaan dibuat, sampai kan hampir putus asa jugak lah aku pon. Satu ketika, aku berjaya kumpul kan balik semua kekuatan yang masih tinggal dengan air mata berjurai memohon agar baby selamat di lahir kan. 

Dalam susah payah, getirnya memerah kudrat akhirnya lahir gak my baby girl at 12.23 noon dengan berat 3.9kg. Bapok besar!!! Hampir 1/2 jam berjuang. Baby pon dah stat berak dalam perut bila dah last2 tu. Lagi lah terdesak kena cecepat keluarkan baby. Pahtu katanya bila kepala baby dah lepas, bahu baby lak sangkut kejap. Luckily sangkut less than 10 saat. If more than 10 saat, Allah je tau apa nasib baby kecil ku itu. Masa bahu sangkut ni lah doktor terpaksa gak buat sedikit episiotomi. huhu.

Baby pose after 2 jam deliver


Lega selega nya bila dah selamat melahirkan. Alhamdulillah kami berdua selamat, sihat sejahtera. Lama gak lah kena stay dalam bilik bersalin tu sebab wad penuh katanya. Tapi selesa je bilik bersalin tu pon, Cik Abe pon boleh duduk teman kan sekali. Hampir jam 4.30 ptg baru lah aku di sorong masuk ke wad. Dan buat pertama kali gak aku merasa tidur bermalam dalam wad. Rezeki anak ke-4. Hehe. Anak2 sebelum ni semua lahir waktu dinihari, by petang tu dah boleh discaj balik rumah. Kali ni, esoknya jam 3 ptg baru discaj.

Memang di luar jangka ku lah baby leh membesar sehingga 3.9kg dalam perut. Last check up 2 minggu sebelum nya doktor estimate berat baby lam 3.3kg. Kami jangka kan baby bakal cecah 3.6 kg bila saat melahirkan. For info, last deliver masa Auni berat dia 3.5kg. Memang ada possibilities baby selepasnya akan makin besar. Normal nya gitu. Masa zaman Aisyah dan Ainaa berat depa berdua tak cecah 3kg pon, Aisyah 2.93kg, Ainaa 2.95kg.

Overall, walau diklasifikasi kan kelahiran kali ni pon mudah macam kelahiran ketiga2 anak yang terdahulu tapi Doktor telah meletak kan syarat untuk kelahiran akan datang, jika ada lah. Atas faktor kelahiran berisiko baby besar, kelahiran seterusnya disyorkan secara pembedahan (caeseran) serta merta.

Dan rasanya cukup lah takat 4 orang saja yang ada ni. Walau semuanya perempuan berderet, kami REDHA. Rezeki kami begini. Nama nak mencuba lagi utk zuriat lelaki tu, rasanya tidak lah kot. Cukup, cukup sudahhhhhh. Penat berharap sebetulnya. hehe.

Yang pasti, lelaki ke perempuan, sakit seksa bersalin tu SAMA saja kot. Bayangkan after bertarung nyawa melahirkan zuriat yang ini, ada gak suara 'sinis' berkata "POMPUAN LAGI KA SU?"...huhu. Pada ALLAH kami berserah.




 
  


Thursday, 19 December 2013

Alhamdulillah...sudah selamat.


Assalamualaikum Warahmatullah,

Kelahiran yang di tunggu datang jua seawal 38 minggu 3 ari. Alhamdulillah.


Baby GIRL. Yess again. hehe. Still blessed with it. Selamat di lahirkan pada 17/12/2013, selang sehari dengan besday kakaknya Ainaa on 16/12. Boleh share celebration. hehe.

Nanti kita update lagi pasal kelahiran nya. InsyaAllah.

Sunday, 15 December 2013

38 minggu sudahhhh...


Assalamualaikum Warahmatullah,

Yezzaaaa...my pregnancy sudah jejak minggu ke-38 semalam. Alhamdulillah, masih bertahan walau banyak hal sudah goyah untuk dilaksana kan seperti biasa. Adat la tu kan bila dah hujung2 trimester gini.

Makin hari makin berat nak bawa badan ni. Kaki tangan pon dah asyik bengkak sembab dan kebas saja. Segala pergerakan jadi serba terbatas dek perut yang semakin memboyot dan berat yang makin bertambah. Rekod lah pregnant kali ni berat mencecah 70kg. Phewwwwww. Nangis la nak gain weight nanti.

Last check up, doktor cakap baby dalam kedudukan terbaik dan bersedia sudah. Now dah masuk fasa 2 minggu sekali check up. Semua dipermudahkan setakat ini.

Kerja2 kat opis pon dah banyak settle down to hand over. Tak ada mood dah ikutkan nak pergi kerja lately. Hari2 asyik la ingat nak ponteng saja. haha. Serba malas dan serba tak selesa nak stay kat opis hoihhhhh. Tapi nak amik cuti awal pon sayang cuti gak kalau tak bersalin lagi. Bertabah saja lah, at least mai kerja ada gak peluang nak aktifkan badan ni.
 

Tuesday, 19 November 2013

My Pregnancy this week - 34 weeks


Minggu ke-34 sudah. This week marks the beginning of my last month of pregnancy. Oh yeahhhh, chaiyukkkk chaiyukkkkk. Moga dapat bertahan sampai full term. Kali ini memang berangan nak bersalin cukup2 due or lewat sikit pon takpa. Mana tau kot ada rezeki nak sambut baby bersama detik tahun baru kan? Baby dok elok2 puas2 dalam perut mama, takyah cepat2 sangat keluar macam kakak2 kamu yer nak.

Weekend kelmarin dok berangan nak basuh pakaian baby and siap kan beg hospital bagai. Tinggal angan2 saja. See, aku memang suka bertangguh nak buat itu ini, walau dah sarat gini pon dok la enjoy sweet time sokmo. Bila weekdays, hari kerja gini mula lah dok teringat itu ini belum setel, pahtu gayat sorang2 kot terbersalin awal, baru padan muka itu ini belum buat. Dah la kerja opis pon belum sepenuhnya siap lagi ni nak hand over.

So far di minggu ke-34 ni, baby behave je lagi dok dalam perut ni. Sesekali dah mula rasa kontraksi nya. Mild. Tak merisaukan sangat. Braxton hicks. Sakit ulu hati. Itu biasa di alami di fasa2 begini. Alhamdulillah, masih boleh tidur lena bila timing elok. Tak ada gangguan imsonia ke apa. Bab meresah nak tidur tu pon biasa lah bila dh gini. What to expect...perut dah besar boyot, kaki tangan selalu kebas2, nafas mudah semput, bantal tu kalau boleh nak letak keliling satu body semata nak bagi selesa TAPI tetap tak selesa jugak.

Mujur minggu ini dah mula cuti sekolah. Boleh cuti rehat dari jadi mak supir budak2 sekolah. Takat drive ulang alik kijo saja, InsyaAllah masih berkudrat walau perut dah cecah stereng.

Oh ya, Malam tadi my Mek tepon cakap maybe nak turun KL cuti sekolah ni sambil teman aku bersalin dan berpantang katanya.  Memang dah lama betul Mek tak mai jenjalan KL since tak sihat ni. Aku memang takda nak berharap orang tua mai jaga dalam pantang nanti, InsyaAllah boleh handle sendiri nanti. Tahu yang my Mek & my MIL, both dah tak berapa sihat sangat dah tahun2 kebelakangan ni. If anak2 terdahulu memang depa berdua suka je nak gilir mai teman aku berpantang kat sini.

Elok gak Mek nak mai, lajuuuuu aku pesan minta bawa kan tungku dan bengkung. Soheh dua barang ni ada kat kampung, dulu aku bagi ke my adik untuk dia guna.  Pahtu minta tolong mek beli kan ubat kuning baby gak kat kedai ubat cina kat kampung tu. Dah biasa dari anak pertama dulu Mek sedia kan ubat ni untuk mandikan anak2 masa depa baru lahir.

Dalam seminggu baby lahir tu Mek akan mandikan baby dengan air ubat ni walau baby takda kuning. Nak elak kuning katanya. Mujarab. Alhamdulillah, so far anak2 memang bebas kena kuning. Air ubat tu macam mandian herba je pon. Aku ingat nak cari gak kat kedai2 ubat cina belah sini, ada kot. Dah alang2 Mek nak mai tu, pesan terus lah. Senang dah biasa nak cari kedai mana kat kampung tu.



















Monday, 18 November 2013

Daftar Bersalin di Hospital Putrajaya


Assalamualaikum,

Entah kenapa mengandung kali ini, macam terhegeh2 je buat persiapan. Sindrom anak dah ramai ke apa ni. Haha. Selalu fikir macam lambatttttttt lagi nak bersalin, ada masa lagi konon nak buat itu ini.

Ikutkan urusan pendaftaran bersalin ni boleh di buat seawal minggu ke-20 mengandung. Tapi dok la bertangguh nak pergi dari minggu ke minggu. Sampai dah masuk minggu ke-33 baru tersedar dari lamunan gitu. Gegel gak wehhh takut kena marah dek spital sebab lambat daftar. Paling haru, kalau permohonan di tolak. Tak pasal2 kena plan bersalin hospital lain pulak.

Jumaat lepas nekad ambil cuti untuk setel kan hal pendaftaran bersalin ni. Memang dari awal dah plan nak bersalin di Hospital Putrajaya saja, dah ada pengalaman melahirkan ketiga2 anak kat sana. Setakat ini, pengalaman aku bersalin kat sana adalah memuaskan. Moga kali ini pon sama lah nanti.

Alhamdulillah, dipermudah kan urusan aku hari tu. Maybe dalam sistem depa dah ada 3 rekod aku bersalin tanpa masalah kat situ. Kandungan kali ini pon tiada masalah juga setakat ini. Tanpa banyak tanya, lesai urusan pendaftaran hari tu dalam masa sejam saja. Kebetulan tak ramai orang pon yer gak. Tak perlu jumpa doktor pon, dan tak perlu booking untuk buat appointment check up. Kalau dulu, berlama gak aku kena bersidai kat situ. Buat minor check up pahtu kena booking appointment major check up kat situ, at least sekali sebelum due date.

Ni aku listkan antara prosedur biasa nak daftar bersalin di wad biasa di sini. Khasnya bagi yang menjalani rawatan check up di klinik swasta (bukan klinik kesihatan kerajaan biasa).

1.   Pastikan bawa buku rekod kesihatan mengandung yang disediakan oleh pihak klinik yang kita selalu berurusan. Selalu nya buku ini warna MERAH, PINK atau BIRU. Colours doesnt matter, yang penting ia nya buku rekod yang mengandungi segala data rawatan mengandung kita selama ini. Pastikan segala maklumat dan attachment medical lab report/gambar scan ke apa, ada di kepil kan bersama dalam buku tersebut.

2. Dapat kan surat rujukan (referral letter) untuk pendaftaran bersalin di O&G Hospital Putrajaya, dari doktor yang merawat kandungan kita di klinik tersebut.

3. Untuk urusan daftar bersalin di Hospital Putrajaya boleh dibuat setiap hari ISNIN DAN JUMAAT. Dari Jam 8 pagi hingga 5 petang. Boleh telefon untuk details info at 03-83124200.

4. Seeloknya datang awal ke hospital. Parking adalah sangat terhad.

5. Dapatkan nombor giliran di lobi utama. Sila tekan nombor untuk urusan bahagian O&G.

6. Kaunter pendaftaran nya banyak, InsyaAllah sekejap saja nombor giliran dipanggil.

7. Selesai di kaunter pendaftaran, kita nanti di arahkan ke KAUNTER A (BAHAGIAN O&G) pulak utk urusan berikut nya.

8. Di Kaunter A, sila serahkan buku rekod kesihatan dalam bakul kecil yang disediakan atas meja utama. Nanti nurse bertugas akan panggil nama kita utk urusan seterusnya.

9. Bila nama dipanggil, nurse akan key in segala data/info dalam sistem komputer. Jika dah ada rekod, cuma pengesahan saja akan dibuat. Selepas itu, mungkin di arahkan untuk buat minor check up seperti ujian air kencing, ambil timbangan berat badan dan tekanan darah.

10. Jika perlu, satu tarikh appointment akan di berikan untuk kita hadir kemudian nanti.

Tiada bayaran dikenakan untuk urusan pendaftaran ini. Dalam kes aku, tak perlu ada appointment check up dah kat sini lagi. Cuma sambung buat check up di klinik biasa aku pergi tu saja lah. Bila tiba nak bersalin, baru lah serah diri ke hospital nanti.

So far pengalaman bersalin tiga anak kat sini, semua nya adalah kelahiran normal. Keluar je tanda nak bersalin tu, terus shoot ke hospital bahagian kecemasan bersalin. Pahtu memang dok bersidai terus dalam labor room tak perlu masuk wad dulu ke apa, sebab salunya aku ni bila dah keluar tanda gitu, bukaan dah 50%. Sebab tu takleh nak bertangguh tunggu betul2 sakit baru nak pergi spital.

Pahtu nak tunggu 50% sampai bukaan betul2 full tu ambil masa lam sejam dua gak lah. Golek gelantang lah ko dalam labor room tu. Suami boleh teman kita dalam tu, dun wori. Bunyi macam mudah dan kejap je kan, tapi hakikatnya sakit bersalin tu tetap lah azabbbb. hehe. 



Wednesday, 13 November 2013

My Pregnancy This Week - 33 Weeks


Assalamualaikum,

Pejam celik, kandungan dah masuk 33 minggu sudah. Pejam celik tu macam kejap je bunyi nya. Tapi aku pon memang rasa kejap je peknen kali ni. Tahu2 dah sarat boyot, lagi sebulan lebih nak due kalau ikut full term. InsyaAllah. Tapi rekod aku ni salu bersalin awal, by week 36 above tu patut kena get ready, baby anytime leh keluar.

Malam tadi di serang sakit gigi lak. Rasa goyang je gigi geraham atas bawah. Sakitnya menyucuk2 sampai kejung pipi. Tetiba je sakit. Maybe kurang kalsium kot. Walau dah minum susu dan ambil pil kalsium, masih lagi kurang dos ke apa. Simptom biasa katanya, tapi nothing much boleh buat. Bertahan saja lah kot. Malam tadi dok berkumur air garam, lega sikit.

So far, result check up masih ok. Last week buat test MGTT, pon ok saja. Berat tambah lagi sekilo. Baby pon elok engage di kedudukan sepatutnya.  Jumaat ni ada appointment check up di Hospital Putrajaya pulak, Moga semua berjalan lancar. Pergi sorang2 je nanti, My Cik Abe takleh cuti nak neman driver.

Keperluan ibu dan anak pon dah hampir 80% berjaya dilangsai kan. Hopefully boleh setelkan cecepat dalam masa 2 minggu ni. Set Pantang pon belum decide lagi mahu beli yang mana satu. Dok bertimbang tara antara set NR atau pon set Shaklee yang tengah in-trend skrg ni katanya. Macam bagus je, macam ok je dengar orang cite. hehe. Pantang yang sebelum2 nya penah guna set bersalin Leesa Formula dan Sendayu Tinggi. Ok jugak, rasi dengan aku. Kali ni konon nak try yang lain pulak.

Bengkung dan tungku pon dok ingat masih ada simpan, skali nan ado. Ntah dah bagi sapa dulu. Minyak/air selusuh belum cari lagi.

Pahtu, nak kena booking tukang urut and confinement lady.  Fuhhhhh. Cam banyak je lagi ni listnya. hehe.

Ni pon sambil2 buat keperluan bersalin dan berpantang, kena gak sekali arung buat persiapan anak sekolah. Sementara tengah larat nak berjalan mencari membeli ni, kena redah suma. Hari sabtu lepas kami terjah Pasaraya Hari-hari beli mana patut. Setel part baju/kasut/tudung/stoking sekolah. Baju sekolah KAFA saja belum setel lagi.