Showing posts with label Property. Show all posts
Showing posts with label Property. Show all posts

Friday, 18 May 2012

Occupied, Alhamdulillah...What's next??



Assalamualaikum Warahmatullah,

Sejak akhir ini serasa waktu rehat hujung minggu begitu pendek waktu nya. Semuanya gara2 projek rumah Anggerik. Cuti hujung minggu esok adalah paling dinanti oleh aku dan cik abe utk berehat sakan!
  
Asalnya plan kami utk dapatkan penyewa by 15hb ni, tapi bila tgok byk lg nak kena tacap kami postpone ke 1hb June. Sekali bila dh buat iklan kat Mudah.my, ada pulak yg mahu cecepat pindah. Itu yg buat kerja kami jadi padat dari jadual asal. My cik abe lah yg paling kesian. Asyik dok ulang alik pergi sana tiap2 mlm even hari kerja semata nak siapkan kerja mengecat dan membaik pulih mana patut. Aku nak sub upah pada org dia tak bagi, nak jimat katanya. So, merasa lah buat kerja sampai cramp badan.

So far, myself and my cik abe happy with this. Even rumah kecik and murah, tetap berbesar hati kami. Even mahu disewakan pada org buat ketika ini, tetap lah kami buat rumah ni mcm rumah kami jua. Jiran2 ada gak yg menegur kami yg beriya dok kemas rumah bila kami nak pindah masuk. Masing2 agak terkejut bila dengar rumah tu kami nak sewakan. Kalau nak disewakan kenapa beriya tacap depa tanya. Karang kalau penyewa duduk, abih lunyai gak rumah. Sesia je depa kata. Mmmm..betul lah tu, kami pon ada gak fikir gitu. Tapi kami pon percaya masih ada manusia yg waras boleh jaga rumah dgn baik. Fikir yg baik2 saja lah kan.

Ni antara projek cik abe sepanjang 2 minggu lepas.

Master Bedroom


SEBELUM


SELEPAS

Bilik Tengah
SEBELUM

SELEPAS
Bhgn Yard


SEBELUM

SELEPAS

Bahagian hall

SEBELUM
SELEPAS


Grill dan sebahagian dinding luar di cat baru.

Penyewa dah mula masuk rumah kelmarin. Cuma penyewa bilik tengah saja yang belum pindah. Lepas ni fasa melayani karenah penyewa la pulak yer dak. Moga dipermudahkan lah semua. InsyaAllah, aminnn.

Lepas projek rumah Anggerik ni, sepatutnya projek lain bakal menyusul pulak, InsyaAllah. Berdoa semoga dimurahkan rezeki oleh Allah swt utk melaksana kan projek tersebut.

Tuesday, 8 May 2012

Belum sedia utk disewa

Rupanya dah lama entry kosong saja tanpa gambar. Pagi ni gigih transfer gambar mana ada utk bahan entry. hehe.

Ni hasil projek BERSIH kat rumah Angeerik hari minggu lepas.


Pandangan dari hall ke bilik tidur utama.



Bilik tidur utama. Lantai parquet asal diganti dgn tiles, dan perabot tu semua adalah hat owner lama tolak sekali masa jual rumah. Hat baring atas tilam tu ialah AUNI. Penat tunggu mak pak nya siap kijo sampai tidur kepenatan. hehe.


Bilik tido ketiga (paling kecil) kami kekal kan keadaan asal 100%.


Pandangan ruang tamu dari arah dapur. Lantai dh licin berkilat tu.


Dapur tenit. Semua barang adalah hat asal ada dalam rumah masa kami beli. Memana yang elok tu kami kekalkan utk kegunaan tenant kami nanti.


Bahagian yard hala ke bilik mandi. Tempat sidai kain dan mesin basuh semi auto pon barang asal, masih elok lagi berfungsi, so kami kekalkan juga.


Ni bilik kedua, agak besar. Lantai parquet asal telah ditukar pada tiles jugak.

Lepas ni projek mengecat pulak. Mulanya takmo cat, tapi bila tengok dinding mostly kusam sana sini, terpaksa pejam mata bear cost for re-painting. Hopefully new look will add value rental for this house. Tak byk sgt berhabis utk kos cat ni. Alhamdulillah my cik abe dapt good bargain utk 3 tong cat (each 7 liters) dari kekawan dia at price RM40 saja. Dan kerja mengecat akan di buat sendiri oleh beliau dgn bantuan bini nya ni. haha. Nak jimat punya pasal.

Saturday, 14 April 2012

Proses Tukar Nama Owner Dan pasang Meter Baru dgn SYABAS

Tu dia...kemain panjang tajuk nya.

Tapi sebelum itu, sukacita di ingatkan apa2 info yang aku bakal coretkan nanti adalah 100% daripada pengalaman aku sendiri saja. Tak mustahil ianya berbeza maklumat bergantung kepada kes masing2.

Since rumah sub sale yg aku beli ni terletak di kawasan yg memang terkenal dgn masalah bekalan air nya yang kerap terputus dek masalah pengurusan bayaran yg kurang cekap, maka urusan utk membuat penyambungan semula bekalan air ke rumah tersebut agak berliku. Berliku sedikit saja lah. Dan dikira masih di tahap normal bagi aku. hehe.

Di area sini katanya kebanyakan pengurusan apartment sukar mendapat kerjasama daripada penghuninya utk bayar bil air meter PUKAL SYABAS utk mengelak kejadian terputus bekalan air. Amat lah kasihan bagi pihak yang tekun membayar bil nya tapi terpaksa jua hadapi masalah terputus bekalan semata2 atas konsep 'SHARING IS CARING". haha. Takdo lah. Amat lah tidak adil bukan, kalau hanya disebabkan ONAR segelintir pihak tapi seluruh penduduk menghadapi beban nya?...Pemaju nya takyah cakap lah, siang2 depa dah cuci tangan dalam kes ini katanya.

Maka, most apartment telah mengambil inisiatif utk menubuhkan Persatuan Penduduk masing2 bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung kes bekalan air ini. Lantas timbul lah idea atas usaha kewujudan METER INDIVIDU utk setiap rumah di samping meter pukal SYABAS yg asal. Lebih praktikal utk menangani masalah penghuni yang liat membayar bil air sebab hanya bekalan air rumah mereka saja akan terjejas bila meter individunya di potong!!!

Dan sekurang2nya aku lega sebab apartment yang aku beli ini katanya antara yang terbaik pengurusan nya oleh Jawatankuasa Penduduk. Direkodkan sejak 2 tahun lepas mereka dapat selesaikan masalah bekalan air dengan pihak SYABAS dengan kaedah lebih sistematik.

So, segala urusan aku utk menukar nama dan mendapat bekalan air semula hanya perlu di buat menerusi pejabat Jawatankuasa Penduduk itu saja. Mereka ibarat orang tengah antara owner rumah dgn pihak Syabas. Dan semestinya ada perjanjian yang kena dipatuhi oleh Persatuan Penduduk ke atas meter pukal yg dibekalkan oleh pihak Syabas. Maka itu lah urusan nya tidak boleh dibuat sesuka hati terus di pejabat Syabas.

As new owner di kawasan tersebut, aku amat menyokong segala usaha mereka ini. Muafakat membawa berkat kata orang. Mula2 mereka akan pastikan owner lama sudah melunaskan segala bil tertunggak utk maintenance dan air. Selepas itu, barulah akan ada concern utk aku apply penyambungan semula perkhidmatan.

Borang permohonan bekalan air SYABAS perlu di isi dan diserahkan berserta perkara berikut i.e.
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan S&P
3. Wang Deposit RM100
4. Wang Selenggara Pemasangan Meter RM30

Bagi kediaman yg tidak diduduki melebih 6 bulan, perlu mendapatkan penilaian dan pengesahan daripada Tukang Paip yg berlesen dan berdaftar dgn SYABAS. Part ni je lah yg sedikit renyah. Dalam kes aku, boleh saja minta pihak Persatuan Penduduk untuk tolong setelkan bhgn tersebut. Pastinya terdapat kos yg perlu dibayar. Mereka memberi anggaran kos sekitar RM150 - RM 200. Ahh mahai bebenor lak bg aku. hehe.

Aku memohon utk setel sendiri part tersebut. Luckily opis aku mmg link dgn bidang tersebut. Terus saja aku tepon site staffs mohon carikan sesapa yg punya kelayakan tersebut with minimum cost!!! Alhamdulillah, dipermudahkan. Malah langsung aku tak perlu bayar apa2, semuanya atas dasar favor katanya dek company good wills selama ini. Betul ke ni wehhh? jgn pulak lepas ni ada yg asyik merengek dgn aku suruh cepat proses claim depa sudah laaaaa...mau aku pelangkung korang. haha.

Proses permohonan akan mengambil masa maksimum nya 2 minggu. Ada harapan lebih cepat katanya. InsyaAllah. Sememangnya aku mahu cepat2 dapat bekalan air kat rumah tu, senang utk proses seterusnya. Nak cuci rumah ka, nak buat renovation ka.

Friday, 13 April 2012

Proses Tukar Nama Owner di TNB

Jika kita membeli rumah sub-sale (terpakai), maka terdapat keperluan utk urusan tukar nama bagi segala bil utiliti yang standard iaitu bil api, bil air, bil cukai taksiran dan cukai tanah. Dan keperluan itu menjadi tahap WAJIB sekiranya property yang kita beli itu sudah tiada sambungan meter elektrik ataupun meter air.

Biasanya owner lama (penjual) akan potong bekalan elektrik sebaik saja urusan jual beli selesai. Maka sebagai owner baru, kita boleh lah memohon penyambungan semula dan penukaran nama ini dibuat serta merta.

Boleh telefon TNB careline 1300 885454 utk mendapat info kaunter TNB mana yg patut kita terjah utk lunaskan urusan ini. Dan sila sediakan dokumen2 berikut (1 copy) :

1. Borang Tukar Nama yg boleh di dapati di kaunter TNB
2. Salinan Kad Pengenalan pemilik baru 
3. Salinan S&P
4. Setem Hasil bernilai RM10 sebanyak 2 keping (RM10 x 2 keping)
5. Bayaran Deposit

Sampai di kaunter TNB, cakap saja mahu buat proses tukar nama dan mohon meter baru (jika elektriknya telah dipotong). Maka akan di beri 1 borang utk di isi. Di kaunter TNB selalu nya ada 2 jenis button utk nombor giliran - pembayaran dan perkhidmatan. Pastikan kita tekan no. giliran di butang perkhidmatan.

Bila di kaunter, sila forward kan borang yg telah di isi dan segala dokumen yang diperlukan tadi. Akan dapat 1 penyata (deposit) utk dibuat pembayaran nya terlebih dahulu sebelum di sahkan. Jumlah deposit meter ini katanya bergantung pada jenis rumah (flat, apartment(high, medium, low cost), teres, banglo, dan lain2). Dan utk rekod, bagi rumah aku beli tu (medium cost apartment) jumlah deposit yg dikenakan adalah sebanyak RM 210. Selepas membuat pembayaran di kaunter pembayaran, sila kembali ke kaunter perkhidmatan utk mengesahkan nya.

Dan semalam, pihak kaunter ada memaklum kan  aku yang TNB akan datang pasang meter baru dan penyambungan semula elektrik akan dijalan kan dalam masa 5 hari berkerja. Namun, seawal sehari selepas urusan tersebut aku buat i.e. HARI INI, depa telah datang utk pasang meternya!!! Efisen sungguh.

Ikutkan daripada info yang aku dapat thru talian TNB, mereka ada listkan suruh sedia kan WANG PROSES sebanyak RM3. Tapi pengalaman aku semalam, tiada pula diminta oleh kaunter bagi tujuan wang proses ini. Aku pon tak bertanya pasal ni pada mereka. hehe.

Dalam kes aku, rumah yg dibeli telah lama di potong meternya dek TNB.  As owner baru, kita tak diwajibkan setel segala bayaran tertunggak oleh owner lama. Tiada istilah setel semua hutang dulu baru boleh masuk meter baru + api. Namun ada juga kes seperti bil air dan bil maintenance, di mana pihak pemaju (bahagian Maintenance) atau pihak penyelia bangunan akan pastikan tiada tunggakan sebelum perkhidmatan baru di salurkan ke kediaman kita.

Sebagai pembeli adalah sangat molek kita pastikan owner lama telah mengambil inisiatif membayar segala bil tertunggak. Dan sebagai penjual pon, mereka tidak boleh terlepas dari bebanan menyelesaikan segala tunggakan bil sebab di akhiran proses jual beli ini, lawyer akan pastikan segala resit bukti pembayaran akan dikemukan terlebih dahulu sebelum baki bayaran di buat.

Sekiranya kita dapati masih ada tunggakan bil, sila dapatkan nasihat dari pihak lawyer sebelum baki bayaran di langsai kan pada owner lama. Ada option utk deduct semua kos bil tertunggak tersebut menerusi jumlah baki bayaran. Maksudnya, katalah owner lama masih berhutang bil2 sebanyak rm2500, maka boleh lah minta concern dari lawyer utk tolak terus RM2500 ni daripada jumlah bayaran. Cth owner patutnya dapat baki bayaran RM50,000, tapi bila dikira bersih selepas tolak kos bil tertunggak (atas persetujuan owner jugak) maka beliau dapat bersih RM 47,500 saja. Dan kemudian kita as owner baru akan berkewajipan utk selesaikan bil tertunggak bagi pihak owner lama, dan segala resit pembayaran perlu di kemukan pada lawyer sebagai bukti bayaran telah dibuat.

Moga catatan ini ada manfaat utk aku di masa hadapan dan utk semua jua. InsyaAllah.

Apartment Anggerik - Part 2

Boleh ikuti kisah awal nya di sini - PART 1

Diam tak diam, sudah 6 bulan berlalu masanya. Dan Alhamdulillah, semuanya sudah selesai jua. Ikutkan proses nya boleh dipercepatkan lagi, namun aku di fahamkan faktor pemaju yang sukar memberi kerjasama utk issue Release Letter, menjadi penyebab atas kelewatan. Sekitar bulan 2/2012 baru lah dapat surat tersebut. Kemudian, segala urusan menjadi agak cepat dari sebelum nya. Hujung bulan 03/2012 pihak bank telah release full payment. Bayaran telah di buat pada owner lama awal minggu ni. Dan semalam aku juga sudah selamat claim back any ouststanding from lawyer office.

Pakkal antara aku dan penjual rumah tu, masing2 tiada apa yang mahu di kejar dlm proses jual beli ni, segalanya kata org hanya 'follow the flow'. Barangkali sikap kami ini memberi sedikit kelebihan pada pihak lawyer kami utk lebih santai membuat kerja. hehe. Yang mana pada firasat aku, patutnya boleh je setel urusan ni lebih cepat kot!!!

Utk rekod, rumah ni dijual oleh penjual dgn harga below price purchase. Harga asal beliau beli dulu adalah RM69,900. Dan beliau jual pada aku dgn harga RM55,000 saja. Rezeki kata org. Bukan senang nak cari property yang bagus dijual dgn harga below market rate, apatah lg below price purchase!!!

OK, ini catatan as panduan aku dan mungkin boleh jadi panduan utk org lain utk membeli property sub-sale.

Awal2 urusan, aku dikehendaki bayar 10% deposit pada owner. 3% masa booking, dan baki 7% di bayar masa sign S&P. Semuanya berjumlah RM5,500.

Utk loan nya pulak, since aku dapat rumah dgn harga below market rate, maka aku UP kan harga rumah menjadi RM65,000 dalam S&P. Ikutkan aku boleh UP loan sampai RM85,000 (base on market value by Valuer Report). Since ini merupakan rumah kedua (under my name) so bank cuma luluskan loan 80%++ saja. So dapat lah loan  RM54,800 INCLUDING lawyer fee dan GMTA. Loan bersih utk rumah hanya RM52,000 saja.

Kos lawyer adalah sebanyak RM1,200 dan kos SPA duty stamp RM150. Di lunaskan bayaran nya 3 kali ansuran atas budi bicara dan kemajuan kerja lawyer.

From RM52,000 duit bank disburse pada lawyer, lawyer akan pecahkan bayaran nya pada owner lama dan aku. Owner (penjual) akan dapat BAKI harga rumah yg ASAL yg belum di bayar i.e. (RM55,000 - RM5500 deposit) = RM 49,500. So lawyer cuma issue payment sebanyak RM49,500 pada penjual. Baki duit sebanyak (RM52,000 - RM49,500) = RM 2,500 adalah milik pembeli aka aku.

Even ciput tp boleh lah menampung sedikit kos yang telah aku keluarkan. Kiranya kos yg aku keluarkan utk beli rumah ini ialah :
= Deposit 10% + Kos lawyer + kos duty stamp
= RM5500 + RM1200 + RM 150
= RM 6850

Then, bila dpt reimbursement RM2500 tu, kira kos bersih aku adalah (RM6850 - RM2500) = RM4,350.00. Masih berbaloi.

Jika kata aku UP loan sampai RM85,000 (base on market value by Valuer Report) maka boleh lah dapat reimburse kaw2, boleh cover suma kos aku keluarkan dan siap dpt duit poket lg!!! Best kan beli rumah siap dpt duit lg...hehe...

Dan perlu di ingat kos yg perlu dikeluarkan bukan habis setakat itu saja. Kos lain yg terlibat SELEPAS urusan semua selesai adalah spt :

1. Kos penukaran nama dan supply from TNB, Syabas or Majlis
2. Kos renovations (if any)

Semalam aku dah setel urusan di TNB. Prosedur2 tukar nama ni nanti aku perjelaskan dalam entry lain. InsyaAllah.

Wednesday, 2 November 2011

Cara dan Tips Nak Refinance Housing Loan

Secara umum nya, kaedah refinance ni boleh di buat sekiranya kita dalam keadaan berikut.

1. Nak withdraw salah sorang nama borrower, cth drpd guna 2 nama nk jd kan 1 nama je.
2. Nak gain benefit from current low interest compare to our existing loan. Logiknya, lower interest lower installment lah kan? Or boleh maintain installment but with shorter loan period.
3. Nak dpt kan cash utk sesuatu tujuan murni korang

Salunya org buat refinance ni sbb nk dpt kan cash lah. Sebab bila kita refinance rumah, automatik nilai rumah kita di kira dgn MARKET VALUE. Dan salunya harga property ni mmg akan selalu naik dari semasa ke semasa. cth, masa kita beli dulu harganya rm200K (tahun 2005), mungkin la ni dh jd rm280K (tahun 2011). So, beza harga tu lah yg menjadi profit cash kita.

Gambar Hiasan semata

Antara prosedur2 nak buat refinance ialah

1. Sila cek balik Letter offer bank terms 'locking period' rumah kita tu. Locking period ni ialah tempoh di mana sebarang urusan jual beli or refinance tak boleh di jln kan, IF nk buat jugak PENALTY akan di kena kan. But dun worry, salu kadarnya sikit saja dalam 3% - 5% from baki or prinsipal loan kita. Kalau rasa cam RUGI or sayang pitih nk byr that penalty, so bertabah lah kamu menanti sampai abih locking period tu. Locking period ni salu pihak bank letak dlm 3-5 tahun dr tarikh S&P.

2. Sila cek dgn pihak bank status loan kita - ada outstanding payment ka, baki loan agak2 baper, kadar interest semasa. Then minta advise nk buat refinance. Certain bank tak accept refinance within bank yg sama, cth dlm kes aku dulu - EON Bank takleh buat refinance kat EON Bank gak. Kena cari bank lain. Tak tau la pesal.

3. Sila cek bank mana yg boleh bg the BEST offer refinance with lowest interest. Salu yg jadi sebutan - CIMB, Public Bank. Macam aku ari tu, aku pilih Bank Islam sbb senang nk link dgn akaun yg dh ada. Dan jgn lupa pastikan REKOD bank kita masa tu CANTIK (tadak tunggakan memana, tak blacklisted ke apa, ratio pendapatan/expenses still munasabah ke tak), supaya senang urusan lulus loan tu nanti.

4. Bila dh jumpa bank idaman hati tu, boleh lah submit permohonan loan spt biasa. Dokumen yg di perlukan adalah - salinan S&P rumah, S&P developer, Letter Offer Bank dan lain2 dokumen peribadi kita yg lain (slip gaji 3 bln terkini, copy IC, penyata EPF/EA form terkini, penyata bank (gaji masuk) 3 bln terkini). Jumlah loan tu kita tentukan nk berapa, boleh juga include skali kos lawyer dan MRTA dlm loan.

5. Bank akan advise estimate market price utk kita taruk dlm permohonan kita tu. Atau pon, kita juga boleh cek market price rumah kita tu. Camno nk cek? boleh tgok kot ada fasa baru yg baru naik area rumah kita tu, baper developer letak harganya. Takpon p skodeng kat memana properties website, tgok area kita tu salu org jual dgn harga camno.

6. Biasanya kelulusan bank boleh dpt dlm masa seminggu. Kemudian bank akan aturkan VALUER mai cek rumah kita sbb nk compare total loan kita apply tu valid ke tak. Cth nya, kita apply rm200K, skali Valuer mai cek nilai rumah kita hanya rm180K, so automatik loan kita boleh dpt takat rm180K saja lah secara asasnya. Kalau kita apply rm200K, skali Valuer cek rega umah kita rm250K, its depend pada kita samada nk REVISE total loan or nk stick to rm200K tu td. Sbb pehal kita jugak yg nk bayar loan tu kan? amik byk, bayor lah byk. hehe. Tapi pada yg perlukan cash profit yg byk, ada certain tips camno nk UP kan harga rumah kita tu and propose to valuer.

7. Setel suma sign Letter Offer Bank, cari lawyer pulak. Nak senang cito amik je lawyer sama dgn lawyer bank. Tp kalau korang dh ada lawyer peberet, boleh la proceed situ, boleh mintak diskaun kaw2 yer dak, jimat bajet dah.

8. Pastikan tiada tunggakan bil cukai pintu dan cukai tanah rumah kita tu. Lawyer akan mintak suma ni sblm sign S&P.

9. Dalam masa 4-6 bulan gak lah baru boleh selesai suma urusan dan bank akan disburse cash profit pada kita selepas tolak suma kos2 yg telah dipersetujui.

Antara kos2 yg terlibat utk refinance

1. Lawyer Fee - bajet dlm RM 2K - RM 3K (depend harga rumah)
2. Valuer Fee - bajet dlm less than rm1K (depend harga rumah & lokasi rumah yg nk di terjah)

Bila dh selesai suma urusan dan dh stat bayar installment baru dgn loan baru ni, JGN LUPA redeem MRTA lama dgn syarikat insurans, iaitu MRTA utk house loan sebelum kita buat refinance tu. Caranya, telefon syarikat Insurans mana yg kita buat MRTA tu dulu then submit dokumen yg di perlukan. Boleh laa dapat duit lagi sket.

Nota 1 : Info ni sekadar pengalaman peribadi aku setakat ini, mungkin ada lg tips yg hebat drpd org yg lebih berpengalaman.

Thursday, 20 October 2011

Free Gift

Seminggu dua ni, aktiviti menerjah prospek baru seakan terhenti seketika. Most tawaran yg datang tidak menarik minat aku at 1st impression utk dipertimbangkan secara serius. Unit2 yg di tawarkan berada di aras 3 & 4, ada juga aras Ground Floor, pon bukan my interest. Ada je alasan yg ku berikan pada agen yg bersusah2 salurkan maklumat. Lagipun, unit yg mahu di beli kali ini totally utk investment saja, so as for me "get better seed to get better harvest"...errr...betul ka?


Minggu depan, InsyaAllah akan sign S&P utk pembelian apartment Anggerik hari tu. Dan akan selesaikan baki bayaran 10% deposit pada owner lama. Alhamdulillah dpt owner lama yg sangat baik, even S&P belum di meterai lg, beliau sudah sudi memberi 1 set kunci rumah pada kami sbg FREE GIFT sbb sudi beli rumahnya. Mcm2 style FREE GIFT ni rupanya.

Utk rekod, selalunya kunci rumah hanya di 'hand-over' selepas semua urusan selesai. Namun, walaupun telah di beri kunci rumah, kami belum pernah lg menjengah rumah tersebut sesuka hati. Tahu yg suma itu BUKAN hakmilik kami 100% lg. Org berbudi kita berbahasa. Ada kaitan kah? hehe.

Thursday, 13 October 2011

To buy or Not to buy - PART 2

Wahhhh...terus timbul cerita part by part gitu.

Rumah tu JADI BELI tapi KALAH BIDDING.
Adat bertanding bak kata agen td.
Apa hal pon, semua ini adalah pengalaman.
Tak cuba kita tak tau yer dak. Cuba lg di masa hadapan kalau ada peluang lagi.

Namun, sebelum AUCTION time td, peluang lain sudah mengintai di tirai kamar. Oh tetiba boleh teringat tirai langsir 'henglish style' rumah tu. Hehe.Tadak JODOH nampak gayanya utk menyelak tirai langsir lace kusam itu.

Agen pertama yg menguruskan pembelian rumah hari tu menitip pesan, kalau berminat sila lakukan lawatan tapak ke prospek baru berikutnya. Kali ni pilihan agak 'tercabar' sbb rumahnya terletak di ARAS 4.

Fuhhhhhhhhhh...tapi tawaran harga nya sungguh menarik utk dilepaskan. Unit Subsale, RM40K and NEGOTIABLE. Hehe..dan terbayang di kepala my negotiable price.

Tapi...ARAS 4 tuuuuuuuuuuuuu...adehhhhh...Currently katanya dh ada existing tenant. Not bad huh.
Aras 4 pon still ada berminat nk sewa. Mungkin nanti boleh la buat marketing -
 "sewa rumah saya, FREE original exercise track 4 floors 24 jam!!!"

Ada yg berminat? boleh booking sekarang. Hehe.


Wednesday, 12 October 2011

To buy or Not to buy

Lunchtime tadi sempat rushing pergi tengok prospek baru.
Cantik jugak prospek baru ni, pintunya siap berlangsir 'henglish style' - lace gitu.


Lokasi sama dgn apartment Aggerik yg telah kami beli, cuma berbeza blok saja.
Dan prospek ini di tawarkan sbg unit LELONG bukan nya sub-sale spt unit kami beli ari tu.
RP RM47K. Kedudukan rumah lg cantik view nya (end lot) at 1st floor.


Will update apa hasil nya esok - to buy or not to buy... jeng jeng jeng...

Apartment Anggerik

Petang semalam sempat menghubungi lawyer bertanyakan 'progress documentation' utk pembelian rumah - Apartment Anggerik. Seronok pulak melayani perbualan dengan officer tersebut, org PERAK. Pekat sungguh dialek perak nya, ditambah dgn kepoh bicaranya. "ajer nyer yer...Harapnya hasil kerja pon sekepoh dan sepantas bicara tuan badan lerr" hehe...


Untuk rekod, ini merupakan pembelian rumah kedua kami. Apartment kos sederhana di kawasan Putra Perdana, Puchong. Apartment murahan saja, pemilik asal beli dengan harga rm70K, dan dijual pada kami dengan harga rm55K. And market value area situ RM85K. Alhamdulillah, rezeki org kata. Apartment berkeluasan 750sqt, 3 bedrooms + 2 bathrooms, terletak at 1st floor. Mengikut kata agen kami, pemilik jadikan rumah ini sebagai asrama untuk anak buah nya yang sedang belajar pada ketika itu. Then since anak buahnya menyambung pelajaran ke luar negara, rumah telah terbiar kosong sejak setahun lalu.

Ni antara gambar di lokasi yang sempat kami terjah tempoh hari. Rumahnya masih berkeadaan sgt baik dan bersih.

Barang2 yg ada dlm rumah tu pon akan di jual pada kami secara lumpsum dek pemiliknya malas nak clear kan rumah for us. Antara brg yg ada - set sofa, 3 set bilik tidur, 1 set meja makan, 3 drawer baju dan rak2 kecik yg lain.


Langsir tu pon di tolak jual pada kami...errrrrr...mcm terlebih sudah pulak kan? hehe..Apa2 pon kami hanya akan membayar utk memana brg yg masih elok & cantik di mata kami saja nanti. Brg2 ni suma akan kekal di rumah ni jugak nanti utk kegunaan bakal penyewa.








Baru selesai urusan 'bank loan', menanti untuk urusan S&P pulak. Setakat ini, semuanya masih berjalan lancar. Mungkin pelaksanaan urusan nya akan selesai dalam masa 6 bulan paling cepat.