Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, 5 November 2015

Patin temerloh masak asam tempoyak


Hujung bulan 09/2015 yang lepas, sempat berkampung dua hari di pekan Temerloh sempena pernikahan adik lelaki kami. Temerloh memang terkenal dengan Patin nya lah kan.     

Kami sewa homestay sekitar pekan Temerloh. Seronok main masak2 bila dah kumpul ramai2 tu. Kami pergi beli patin sangkar kat tebing sungai Pahang. Cakap je nak beli, baru tuan patin pergi 'kaut' patin dalam sangkar kat sungai belakang gerai. Tengah menggelitik lagi ikan nya masa kena potong, siang. Suka betul tengok. Dah siap potong pon masih gerak2 lagi ikan nya.

Ikan tu nanti basuh bersih2 buang semua darah yang melekat. 

Segar ikan nya. Tengok isi nya.
Kat gerai ikan tu ada dijual jugak tempoyak dan daun kesum. Senang lah kami tak perlu susah2 cari bahan utama nak masak patin tempoyak.

Si tukang masak kami adalah my kakak no. 2 yang memang pakar masak. Husband nya pon org Kuala Lipis, Pahang. Memang kira pandai lah masak menu ni banding kami tekak kelate suma. 

Simple ja bahan dan cara masak nya. Sukatan nya main agak2 je lah, ikut banyak mana ikan nya. Kakak cakap kalau sekor dua ikan tu guna lah tempoyak dalam 1,2 senduk. Cilipadi dalam 10 biji, tengok lah tahap kepedasan mana yang suka. Kunyit Hidup 2 ketui besar ibu jari kaki. Asam keping 2 keping. Kalau tempoyak dah sedia masam, kurang kan atau tak perlu dah asam keping, sukati lah katanya. Resepi suma main agak2, main campak2 ja. Nasib la kan. haha. Tempoyak tu kalau dapat tempoyak baru lagi sedap aroma nya. Yang penting tempoyak ni kena blend or kacau campur dengan air dulu biar sebati jangan berketul2, baru tuang dalam periuk.

Bahan2

Ikan patin
Tempoyak
Kunyit hidup
Cilipadi
Daun kesum
Asam keping.
garam, gula
pak aji kalau suka

Cara2 - Blend kan bersama cilipadi, kunyit hidup dan tempoyak dengan sedikit air. Masuk kan dalam periuk kemudian tambah air biar sedang elok pekat nya, jangan pekat sangat jangan cair sangat. Jerang kuah dengan api perlahan, bila dah mendidih baru masuk kan ikan patin dan daun kesum. Perasakan cukup rasa. Renih lagi sampai rasa semua sebati. Jangan kacau selalu takut ikan hancur.

tips, Guna api perlahan, baru rasa cili dan kunyit tu masak dan naik aroma nya.



Dua periuk kami masak masa kat homestay tu.


Sedap nya hai hirup kuah tu.

Kat Shah Alam ada kedai patin temerloh yang sedap. Nama nya Temerloh Catering kat Kompleks Dataran Otomobil Seksyen 15. Memang sedap menu ikan patin masak asam tempoyak nya. Tak payah dah nak pergi Temerloh sana nak merasai masakan ni sebab tukang masak nya pon memang konpem orang sana.

Memang banyak je kan kedai patin temerloh sekitar KL ni yang jadi sebutan. Paling glemer katanya Go Bang Maju. Tapi menurut isteri adik, kedai tu tak pemes pon di kalangan penduduk tempatan sebab rasanya tak sesedap mana menurut piawaian tekak orang tempatan. Selera masing2 lah kan.

Adik ipar baru kami rumahnya dekat sungai Pahang ni jugak. Resepi mak nya pon sedap, lain sikit bahan2 katanya. Nanti kita korek rahsia resepi nya kita share sini. hehe. Masa rombongan meminang dulu, hidangan patin tempoyak ni menjadi hidangan utama. Aduhai, bertambah2 kami makan sampai naik segan dengan tuan rumah.

Monday, 2 November 2015

Kek Coklat Kukus Sedap Dan Mudah



Resepi kek coklat ni memang dah menjadi viral kot. Resepi yang sama dan ulang2 orang tepek dan kongsi. Aku pon asal nak buat kek coklat sure guna resepi ni jugak, konpem menjadi dan sedap. Pahtu melambung2 pujian anak kat mak ni hahhhhhh. Kembang montot mak kau jap, macam kan terer sangat lah buat kek. haha.

Bahan2
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/marjerin di cairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara2 Sedia kan
1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat, minyak/marjerin cair ke dalam periuk/kuali. Masak atas api perlahan, kacau hingga gula larut sekata. Bila gula dah agak hancur, tutup api. Sejuk kan sekejap.
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking soda, soda bikarbonat dan serbuk coklat.
3. Dalam bekas besar yg lain, pukul telur hingga kembang (macam nak buat telur dadar tu)
4. Masuk kan campuran pertama (no. 1 tadi) ke dalam bekas adunan telur. Kacau sebati sekejap.
5. Masuk kan sedikit demi sedikit campuran kedua (no. 2 tadi) ke dalam campuran no. 4. Kacau sebati, jangan berketul2.
6. Panaskan pengukus.
7. Sedia kan loyang kek. Sapu marjerin/mentega pada loyang, curah kan adunan kek tadi dalam loyang.
8. Bila air pengukus sudah mendidih, baru letak loyang dalam pengukus.
9. Lapik penutup pengukus dengan kain/aluminium foil supaya air tidak menitis atas kek.
10. Kukus kek selama 45 minit - 1 jam. Pastikan air dalam periuk pengukus tidak kering.

My old pesen cara mengukus
Sejuk kan kek sebelum di pakai kan topping


Topping mudah dan sedap

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega/marjerin

Cara - Masukkan semua bahan dalam periuk kecil. Masak sekejap atas api perlahan dan kacau perlahan hingga larut sebati.  Kemudian tuang sekata atas kek.


Dah letak topping nya, boleh lah hias sukati nak letak apa atas kek nya. Nak letak buah stoberi ka, coklat kaler2 ka. Mine cuma letak chocolate rice saja. Tu pon jenuh nak tepis tangan2 kecil yang tak sabar2 nak potong sambil fefelin potong kek besday yang ntah baper kali setahun besday nya.



OK sangat lah kan hasil nya ni? Bahan2 nya pon mudah dan jimat. Berbaloi2.