Showing posts with label Ainaa Najihah. Show all posts
Showing posts with label Ainaa Najihah. Show all posts

Monday, 16 November 2015

Tahsin dalam kenangan...

Tahun 2012 Aisyah kami daftar bersekolah Darjah 1. Masa tu yang aku nampak nak daftar dia di sekolah kebangsaan dan sekolah KAFA biasa seperti lazimnya yang mak pak lain buat. Manakala kelas mengaji pulak dia ikut sistem Iqra dari umur 4 tahun, umur 7 tahun tu mula naik Al Quran.

Namun aku tak penah rasa puas hati tiap kali dengar dia mengaji. Bunyi canggung ja kat my telinga. huhu. Kata ustazah ngaji nya, memang gitu gaya ngaji nya lelama ok lah bila dah makin naik juzuk. Entah lah, aku sendiri pon tak mahir sangat sistem Iqraq ni, dulu2 ngaji mana pakai sistem2 ni pon. Tau2 lancar ngaji, khatam.

Aku tau anak jiran mengaji Quran guna QIRAATI dengan ustazah depan umah kami. Memang dah selalu jugak Aisyah minta nak join kelas mengaji dengan kawan baik dia ni, tapi aku sayang nak pindah2 guru/tempat. Lagi pon aku fikir tak kisah lah memana sistem or guru, SAMA ja kot ngaji nya kalau dah pandai tu. Tapi sejak Aisyah naik Al Quran aku jadi lebih sensitif dengar bacaan dia tak berubah2 dari zaman Iqraq dia. Banding dengan anak jiran tu mengaji, memang lain sikit bacaan dia. Lebih bertajwid, ada taranum nya.  

Ustazah Qiraati ni buat kelas sambilan kat rumah, terhad sangat pelajar dia. Tak ramai budak dia amik since dia pon sibuk dengan anak2 kecil nya jugak. Mujur rayuan aku diterima, beliau sudi menerima mengajar my anak2. Tak terkata bahagianya aku. Lagi pon anak2 kami semua berkawan baik, geng selorong geng kayuh pepetang.

Throwback. Geng kayuh dan geng mengaji gak sudahnya.
Dah hampir hujung tahun 2012 tu, Aisyah dan Ainaa kami serah kan pada guru Al Quran baru ini, moga ada manfaat atas hijrah kami buat. Aisyah pon kena bermula dari awal balik walau dah naik Al Quran masa tu. Mula dari buku Qiraati 1 macam pelajar baru. Mula2 dia rasa sedikit tak seronok, tambah kawan baik nya dah nak habis Qiraati 5. Biasa lah kan bebudak, suka nak bersaing sesama depa.

Ainaa lagi lah masalah besar. Umur 5 thn mula mengaji Iqraq, dah umur 6 tahun pon buku 1 nya tak abih2 lagi!!! Kuat main, malas baca, tak minat baca. Itu lah ulang2 komen ustazah lama nya. Masa awal2 ke kelas Qiraati nya, urut dada jugak lah ustazahnya dengan Ainaa ni. Ainaa ni huruf jawi pon lintang pukang tak kenal lagi camno nak mengaji lancar kata nya. hehe. Syukur sangat kami dapat guru yang dapat lentur Ainaa.

Hujung tahun 2012, ustazah Qiraati tu plan buka branch tadika Dzul Iman di kawasan taman kami bermula sesi 2013. Beliau lah mula kenalkan kami dengan KELAS TAHSIN ni as pengganti kelas KAFA. Beliau juga meminta jasa baik kami untuk tolong support dia dengan menghantar anak2 kami as pelajar terawal sekolahnya.

Sesi 2013 semua anak2 kami bersekolah tahsin dan tadika di Dzul Iman. Kelas Tahsin nya masa tu cuma ada anak2 kami saja as pelajar, pengajian nya lebih fokus banding kelas KAFA sebelum ni. Aktiviti2 nya pon bagus, dapat built self esteem anak2 kami ke arah lebih bermanfaat. Ada kelas hafazan jugak.

Sesi 2015 ni kiranya sesi terakhir anak2 kat sini. Waima kelas Tahsin ni pon dah dimansuh kan sementara bermula sesi depan untuk fokus pada kelas tadika yang makin berkembang maju. Selama 3 tahun di sini, banyak sangat perubahan positif untuk anak2 aku terutamanya Ainaa. Dari buta jawi, buta arab, now boleh score A untuk subjek Arab & jawi di sekolah kebangsaan nya.

Cuma untuk kelas mengaji saja kami masih terus kan di bawah ustazahnya ni. Aisyah belum khatam ngaji lagi. Baru juzuk 15. Biar lambat asal cemerlang bacaan nya. Ainaa pon baru naik Quran bulan ni. Selama 3 tahun berturut ustazahnya ajak anak2 didikan dia join program di Majlis Khatam Al Quran Perdana, untuk memberi semangat pada anak2 kami supaya dapat khatam dengan cemerlang nanti. Majlis khatam dan Ihtifal tahsin di buat serentak.
 


Tahun lepas depa buat persembahan hafazan, tahun ni depa buat ala forum. Aisyah jadi pengerusi katanya. Aku ingat pengerusi tu camno lah, rupanya ala2 MC gitu. Bagus ustazahnya latih semua tidak gentar depan audien. 


InsyaAllah tahun depan kita aimed untuk majlis khatam untuk sendiri pulak yer anak2. Aminn. Amiinn.

Geng jiran setaman, sekelas, sekayuh.
Belah kanan bertudung Biru tu lah ustazah nya. Sangat baik dan rapat dengan anak2 didikan nya.
Tahun depan semua pakat bersekolah KAFA, berpisah lah semua bawa haluan masing2. Kemain sedih semua, dah banyak kenangan manis depa selama 3 tahun bersekolah Tahsin bersama2. 



Untuk rujukan. Tahsin ni adalah alternatif untuk kelas KAFA. Subjek2 nya pon sama dengan subjek KAFA. Cuma pada aku Tahsin ni lebih fleksibel dan rilex. Lepas tu dia ada tambahan subjek hafazan dan kem2 yang berterusan. Selama 3 tahun di Tahsin, anak2 di latih untuk tidak terlalu exam and ranking oriented. Namun depa tetap cemerlang bersaing. Hubungan dengan guru sangat2 rapat, mereka lah guru mereka lah kawan. Untuk ibubapa pon ada jugak program2 depa buat. Memang rugi kalau tak join. 



Monday, 31 December 2012

Hari Orientasi Tahun 1/2013...


...di SK Hicom, Shah Alam.

Assalamualaikum,

Tahun 2013 menyaksikan aku sekali lagi menghantar anak untuk tahun 1. Dua tahun berturut2 berdepan dengan situasi yang sama meletakkan kami dalam situasi yang terkawal kali ini. Alhamdulillah, tidak seperti masa Aisyah dulu, kali ni cuma aku sorang ke sekolah untuk urus kan mana patut.

Kami bertolak ke sekolah lebih kurang jam 7.40, consider lewat sebab program nya bermula jam 8 pagi. Ngam2 jam 8 pagi dah selamat berada di sekolah.


Ainaa awal2 lagi dah request nak baju kurung complete with tudung. Alhamdulillah. Even mama nya ada gak gedik2 nak suruh anak pakai pinafore. Should proud of her bila dapat buat pilihan yang betul as Muslim, isn't it?...so my 'gediksness' was not applicable anymore. haha.

Sampai kat sekolah, perkara pertama perlu buat, kena cek senarai nama anak kita duduk dalam kelas mana. Kedudukan kelas ni ditentukan masa ujian Diagnostik dulu. Ainaa dapat kelas 1C. Kelas ke-3 dari 7 kelas (A - G). Lega banyak benornya since we never expect much. Moga Ainaa dapat terus mendaki ke puncak mcm kakak Aisyah. Aisyah awal2 masuk kelas 1B, buka ni nanti tahun 2 Alhamdulillah dapat naik ke kelas A.


 
Ramai gak muka2 guru yang aku kenal masih pegang kelas tahun 1 kali ni, termasuklah yang jadi guru kelas Ainaa ni. Sempat borak dengan beliau, kutitipkan info yang Ainaa sedikit berbeza dengan kakaknya Aisyah. Sekilas pandang memang beliau dah cam katanya. haha. Memang aku menaruh harapan besar moga Ainaa dapat fokus belajar dan dapat bimbingan yang berkesan dari para gurunya. InsyaAllah beliau menjawap. Terima kasih Cikgu.
 

Lepas Ainaa di bawa masuk ke kelas oleh guru kelasnya, terus aku cabut pergi beratur nak ambil buku teks for Aisyah tahun 2 nanti. Lesai ambil buku, pergi ke kereta dulu hantar buku tu. Tak sanggup nak kelek buku byk2 kulu kilir. Dah la nanti nak kena ambil buku teks Ainaa lak. Jenuh gak lah bila sorang2 gini. Lepas tu terkejar masuk dewan for taklimat pulak.

Usai taklimat, ke kelas Ainaa lak untuk urusan seterusnya - ambil buku teks dan bayar yuran mana patut. Terkedu den bila Ainaa ckp dia pilih boy as deskmate nya. Sukati lah Ainaa, asal hang bahagia nak sekolah.



Wednesday, 3 October 2012

Hujung bulan ni nak raya lagi


Assalamualaikum Warahmatullah

Dok berangan nak tukar template blog kawe ni. Dah jemu kawe pon nak menatap blog yg makin menghampiri usia setahun bulan ni. Template blog aku jarang berubah wajah. Dan template ini paling setia selama hampir setahun ini. Rasanya perlukan sesuatu yang lebih FRESH. Tadi sempat skodeng template baru by blogger boleh tahan gak lawanya kan?

Hujung bulan ni bakal menyambut Raya Haji. InsyaAllah plan nya mahu balik kampung gak nanti. Tapi mood raya memang tadak apa lah, lebih kepada mood balik kampung bercuti dengan org tua saja. Tak pasti nak buat ibadah korban ke tak tahun ini. Faktor kesihatan Mek menjadi kekangan. Dan itu jugak yang membuat mood raya haji tak mai2 lagi.

Selalunya tiap tahun, sebulan sebelum tarikh Raya Haji, Mek akan tepon aku bertanyakan perihal ibadah kurban. Mahu ambil bahagian ke tidak, senang nak pergi booking lembu katanya. Awal2 booking boleh pilih lembu paling bagus. Memang Mek yang paling ceria kalau tiba bab begini. Dan selalunya tiap tahun rumah kami paling kurang ada 2 bahagian kurban kami ambil. Seakan KOSONG sambut raya Haji tanpa ibadah kurban sebetulnya.

Tahun ini Mek tak seceria dulu bertanya khabar perihal ibadah kurban. Namun InsyaAllah aku akan sediakan juga nanti bila tiba masanya. Yang penting raya haji ni mahu berkumpul ramai2 kami adik beradik di rumah Mek. Mahu buat kenduri kecil kalau di izinkan Allah dan dimurahkan rezeki.

Oh ya. Malam tadi merupakan pengalaman pertama Ainaa jumpa Dentist. At age 6yrs baru nak kenal doktor gigi. hehe. Ok la tu kan. Aku dulu dh tua bangka baru kenal dentist. Pahtu dia punya fobia, takut gegel tu takyah cakap la. Pakkal tak menahan sakit, paksa gak diri ke dentist. La ni baru berkurang sikit fobia tu. Sebab dh merasa sakit yg lagi sakit (sakit bersalin lorr...) so takat sakit gigi then jumpa dentist tu celah gigi je laaaaa...ececececehhhh. Haha.

Ainaa ni ntah bila masa giginya goyang ke apa, jgn harap laa dia nak cite kat mama, abahnya...tau2 satu malam ni dia dgn BANGGA show me her 'berlapis' teeth!!!

"tengok ni mama...gigi Ainaa BANYAKKKKK...HEBATTT!!!"

Banyak la ko nyer hebat nak oiiiii...jenuh gak nak faham kan dia kenapa gigi berlapis itu sesuatu yang tak bagus. For her, gigi banyak lagi laaaa senang nak makan, nak gigit apa2...adeh laaa.



Gigi depan hat bawah yang berlapis nya. So utk mengelakkan budak comel hat tak baper comel ni menjadi makin tak comel, maka marilah kita pergi cabut gigi nakkkk.


Tuesday, 17 July 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum Warahmatullah,

Haiyohhh...berkepam dah blog tak rajin ber'update sokmo.

Minggu last before menyambut Ramadhan. Puasa tahun ini adalah dikira tahun pertama bagi anak kedua - AINAA utk belajar berpuasa!!! Entah macam mana lah gaya mek sorang ni. Tak seperti kakak nya Aisyah yg mula minat belajar puasa seawal umur 4 tahun.

Tahun lepas Aisyah 'tuang' puasa 1 hari, tahun ni dia berazam nak puasa penuh katanya. InsyaAllah, mama sentiasa doa kan Aisyah berjaya puasa dan juga SOLAT penuh yer sayang. Dah pasti cabaran berpuasa tahun ini agak menduga Aisyah dgn persekolahannya pagi dan petang. Kalau dulu mula2 puasa, Aisyah cuma melihat PUASA itu adalah 'keseronokan' semata dgn menahan lapar dan dahaga,  sekurang2nya tahun ini  at age 7 tahun dia lebih faham makna PUASA. Alhamdulillah.

InsyaAllah puasa kali ini lebih meriah dan lebih bermakna dgn kehadiran Ainaa dalam korum ahli berpuasa dalam rumah. hehe. Tak sabar nak melihat dan melayan karenah dia nanti. Even sampai hari ni pon kalau ditanya psl berpuasa, dia jwb acuh tak acuh saja. Tak teruja pon, sabar saja lah. Itu yang menguatkan lagi azam kami utk mendidik dia berpuasa tahun ini.

Puasa ni tak tahu lah camno timing pepetang bila hari kerja tu. Kalau dulu, lepas balik kerja terus shoot balik rumah. Jam 5 ptg dah sampai rumah dah. Agak heaven lah timing nak main masak2 for buka puasa. Tapi kali ni kena shoot pergi sekolah dulu ambil Aisyah. Masa dah jadi agak terhad. Perihal menu buka puasa selalunya tidak menjadi hal sgt dalam keluarga kami. Apa yg ada, apa yg sempat di masak or dibeli, Alhamdulillah. Namun, seboleh mungkin akan usaha kan masak menu berbuka. Sebab kadang pergi Pasar Ramadhan pon blur tak tau nak beli apa. Bab terbeli yg tak sedap, tak elok tu mmg adat lah kan?

Oh ya...lately ntah naper suka msk macam2 jenis bubur. At least seminggu sekali buat, simpan dalam fridge, boleh tahan seminggu dok makan. Haha.

Bubur jagung ni INSPIRED by mak sedara CIKMA. Even hasilnya tak lah sesedap air tangan CIKMA.  Mana boleh celen CIKMA yang dah SKILLFUL menu ni. Bubur jagung adalah menu jualan CIKMA. Hari2 beliau masak seperiuk kenduri besorrrr tu dan di bungkus dalam plastik kecil2 utk diletak di warung jualan sekitar pekan BESUT. Tak sampai sejam katanya semua jualan dia habis!!! Murah rezeki nya, Alhamdulillah.


Bubur jagung versi CIKMA adalah lebih asli kot. Jagung fresh yang di sagat isinya dgn tgn, kelapa yg di mesin dan diperah sendiri santan nya. Sedangkan versi aku ni semuanya versi segera - jagung frozen + santan kotak!!! Daun pandan pon beli...haha...adeh laaaa...Pokok pandan dah hampir pupus kat TAMAN ASTAKONA ambo. Tak best sungguh la karang bulan puasa salunya nak guna daun pandan lebih dari biasa.




Monday, 26 March 2012

Citer Lain la pulak...asyik2 cite Korea, tak abih2...

Kannnnnnnnnnnn???

Aku pon sangap nak habis kan citer psl trip Korea tu. Haha. Dah ler line tenet asyik lempun je lately, jenuh nak upload gambar. Tu yg bercinta nak update entry.

Hari ni, anak dara no. 2 kawe - Ainaa ada trip lawatan sekolahnya. Katanya ke kilang roti dan Bukit Cherakah. Seronok la dia, dari minggu lepas asyik ingatkan aku apa yg cikgu dia pesan suruh pakai, suruh bawak. Aku pon mulanya ok saja, tapi lelama macam2 rasa lak mai. Maybe lately hangat balik pasal isu budak hilang dan dibunuh dgn kejam pulak tu. Allah jua yg mengetahui camno perasaan kami as parents ni kalau ada kes2 begini. Takziah to arwah adik DIRANG.

So, pagi ni dah macam2 pesan pulak aku cakap pada si Ainaa. Siap kan tag nama di tempat2 tertentu. Bila sesuatu isu tgh hot, tak semena2 akan jadi risau or maybe boleh jd worst - FOBIA. Tapi bagus nya, bila ada isu begini, seakan 'alarm' pada kita as penjaga utk lebih berhati2 or amalkan balik panduan keselamatan yg paling asas sekurang2nya. Kadang benda dah biasa kita harungi boleh jadi luar biasa kisahnya tak semena2. Namun, pada Allah swt jua kita berserah yg baik2. InsyaAllah.

Friday, 2 March 2012

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 2013

Baru selesai membuat permohonan secara talian untuk kemasukan tahun 1 sessi 2013 utk anak ke-2 kawe - Ainaa Najihah. Pendaftaran baru tahun 1 ni di buka bermula 01/03/2012 sehingga 30 April 2012 nanti.

Untuk memohon, sila ke SINI, dan baca arahan-arahan sepatutnya kita paham sebelum mula KLIK ke item "Permohonan on-line". Sebelum itu, ada baik nya kita semak dahulu sekolah pilihan kita tu terletak di DAERAH mana sebab kena isi taruk nama daerah sekolah yang di pohon sebelum boleh mula mengisi maklumat lain.


Untuk info daerah tersebut boleh klik SINI. Cuma isi nama sekolah pilihan kita, nanti akan keluar Direktori Sekolah yg menyatakan di daerah mana sekolah terbabit terletak. Di Selangor ni terdapat 10 daerah, dan daerah2 ini bukannya sama dgn nama bandar di mana sekolah terletak. contoh, sekolah yang aku pilih ialah SK Hicom. Kalau ikut akal pendek aku, sure lah terletak DAERAH Shah Alam sbb poskod nya Shah Alam. hehe. Rupanya terletak di daerah PETALING PERDANA, yet daerah Shah Alam pon tak wujud dek non wehhhhh.  So, sila kasi semak betul2, tersalah taruk karang bila ke step seterusnya nak isi nama sekolah, sekali nya tadak nama sekolah yg tersenarai, karang start lah libang libu macam aku dulu. hehe. So, kena betul kan dulu nama daerah yg di pohon, baru lah nama sekolah yang kita nak pohon tu ada dalam senarai  seterusnya.

Dah siap isi suma, sila cetak permohonan tu dan simpan elok2. Kemudian perlu ke sekolah terbabit untuk perakuan permohonan pulak. Bawak sekali segala dokumen yang di perlu kan dalam senarai yang telah di bagi tu.

Friday, 16 December 2011

To Ainaa Najihah With Lots of Love

Mama masih ingat, tatkala kita baru mendapat kunci rumah baru kita ni, mama tgh sarat mengandung kan kamu. Tiap2 minggu agenda kita adalah berkunjung ke rumah baru, meneliti kerja2 renovations dalam renyah membawa perut yg sarat.

Tanggal 16.12.2006, mama selamat melahirkan kamu di Hospital Putrajaya dalam dingin waktu dinihari. Syukur Alhamdulillah atas hadiah ke-2 dr Syurga kurniaan Allah buat mama dan abah.

Dan masa umur kamu 7 hari, mama dgn mood dalam pantang siap berstoken bagai terpaksa ke kedai tiles memilih tiles pilihan hati memandangkan abah kamu gusar pilihan nya tidak menepati selera mama. Hehe.

Kemudian kami terpaksa tangguh utk pindah ke rumah baru semata2 tiada nurseri sesuai kat sana utk kamu yg baru lahir masa tu. Umur kamu 6 bulan, kami akhirnya nekad pindah ke sana tapi masih kekalkan kamu di bwh jagaan pengasuh lama. Jenuh gak mama terpaksa ulang alik kulu kilir drive sorang2 dgn 2 org anak yg masih kecil iaitu kamu dan kakak kamu.


Namun, itu lah moments yg paling indah utk kita kan? Mcm2 kita buat utk habiskan masa dlm perjalanan supaya kamu berdua tidak bosan dan kacau mama driving. Mama hapal segala lagu kanak2 dan segala tricks utk hiburkan hati kamu berdua sepanjang perjalanan kita. Hampir 2 bulan juga kedaan tu kita terpaksa tempuhi.

Dan masih ingat lg, abah selalu bimbang bila kelibat kita semua lewat sikit muncul. Abah sanggup tunggu kita kat certain tempat dan iringi perjalanan kita dgn motosikal nya. Sayang abah.



Mama berjaya fully breastfeeding kamu selama 2 tahun usia kamu. Jimat duit susu abah. hehe.

Makin kamu membesar, makin serlah karakter kamu yg berbeza dgn kakak yg lebih feminin. Kamu lebih aktif, lebih lasak, salu kakak kamu jadi mangsa buli kamu tak padan dgn kecik. Mama pon kamu buli jugak. Kamu cuma takut abah kamu sorang saja. Tapi abah lah juga org yg paling kamu sayang, paling rapat.


Ini tempat peberet kamu kalau kita semua mulakan perjalanan. Jenuh tegur, jenuh marah kamu wat dek saja. Sampai tido pon sanggup terlentuk situ saja pantang org nk kalih angkat kamu amuk.


Hari ni, 16.12.2011 kamu genap usia 5 tahun. Alhamdulillah. mama doa kan moga Allah sentiasa melindungi kamu, memberi kejayaan dunia & akhirat, menjadi anak yg membahgiakan kami org tua kamu dan adik badik, serta menjadi insan yg berguna utk semua org. Selamat Hari Lahir anak ku.