Monday, 24 October 2011

Taman Astakona

Masa awal2 beli rumah yg aku duduki skrg ni, mmg rasa seronok sgt sebab akhirnya dpt jua kami tanah sekankang di bhgn depan dan belakang rumah utk melampias hobi bercucuk tanam.

Kemudian, selepas satu demi satu renovations kami buat, akhirnya tanah sekankang tu hilang jua di mata. Sudahnya, terpaksa berpuas hati dgn taman pasu saja.

Ni antara tanaman yg kami berjaya pasu kan di letakkan di bhgn lorong belakang rumah. Dan selalu PASU nya asal boleh saja ku taram utk tanam pokok2 tu asal tumbuh menghijau. Hehe.

Dr sebelah KIRI gambar - pokok limau purut (dlm polibag hitam), pokok limau kasturi dan pokok kari (dlm pasu tong cat). Pokok limau kasturi tu dh boleh mkn hasilnya pon dan pokok kari tu pulak adalah pokok INDUK yg telah byk berjasa kami tunaskan anak2 pokok nya utk di bagi2 pd jiran/kekawan yg mahu kan nya.

Kelihatan dlm gambar pokok serai yg telah di kontot kan oleh my cik abe. Turut kelihatan laman belakang rumah jiran yg di tanam POKOK ROZELLE. Dulu laman belakang ku pon rupanya begitu lah, ada kelibat tanah sekankang.

Pokok senduduk berbunga pepel ni antara minat cik abe. Dulu ada sepokok senduduk berbunga putih, mati pokoknya tak tinggal baka. Hehe. Sebelahnya pokok pandan subur mengharum.

Ni antara pasu anak2 pokok yg cik abe semai kan, menanti masa utk di pasu kan dgn lebih elok konon nya. Termasuk lah pokok orkid yg di hadiahkan oleh Mek. Pokok orkid ni rajin betul berbunga. Bila bunganya terbit, kena cecepat petik ambil, kalau tidak, ada la tgn2 liar lain yg pantang tgok laman org berbunga cantik.

Ni antara hasil tuaian terkini semalam. Err..bunga yg dh sedia cantik tak perlukan bekas yg cantik kan? pakai lah apa pon, tetap cantik..hehe..alasan. (Gelas tu pon dh nampak sedondon je dgn bunga orkid)

Bunga orkid ni salunya boleh tahan smpai 3 minggu tanpa perlu penjagaan rapi.

No comments:

Post a Comment