Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Monday, 25 February 2013
Terjah Utara (Part 10) - Langkawi...kena cukai beb!!
Ini kira entri terakhir di Langkawi. Phewwwww.
Sesampai kami di jeti terminal Kuah, Cik Abe terus pergi beli tiket. Sementara aku bergegas pergi kat bonet kereta, kemas properly barang soping tadi bersama beg baju supaya senang nak angkut.
Cik abe datang jer inpom dah selamat beli tiket feri jam 5.30pm. Lagi 20 minit lah masa kami ada masa tu. Alhamdulillah, urusan beli tiket nak balik sangat smooth. Tak ramai yang nak balik pepetang hari Ahad gitu seperti kami jangka kan. Timing pon kita boleh pilih nak tiket pukul berapa hingga last feri jam 7pm.
Then cik abe ke kaunter kereta sewa utk setelkan hal kereta dan dapatkan refund deposit. Kereta tu letak je depan area terminal, karang depa sendiri mai ambil.
Berangan nak singgah terjah kedai2 dalam terminal tu, tapi Cik Abe ajak masuk ke dalam cecepat.Terus lah check in ke kaunter kastam.
Sekalinya kawe kena tahan. Cuak giler wehhhh.
Officer tu tanya aku soping apa. Kebetulan 1 kotak brg aku kena hand-carry. Takleh nak sumbat dalam beg.
"kena cukai ni puan..."
aduhaiii naper pulak nak bercukai, bukannya byk kawe beli pon...sob sob...buat muka kesian.
"Puan sampai semalam kan...travel tak cukup 48 jam, kena cukai..."
yer ka...tak tau aku cakap, baru 1st time mai Langkawi. haha. Nampak benor sangap bab undang2. haha.
pong pang pong pang...depa kata nak caj cukai RM90...mahai oittttttt. Aku tawar2 minta diskaun. Boleh gitu? bolehhhhhhhh...haha. Finally, dia serah bil RM20 suruh bayar kat kaunter. Nasib la, kalau tahu tadi ku beli beg lain memurah sebiji kasi sumbat sorok kotak tu!! haha. Member cakap depa main rambang je cek semua, kalau yang obvious nampak tu sah2 la depa kena caj. Karang di kata tak menjalankan tugas pulak.
Nampak gaya hat dapat diskaun 20% masa beli Queen Anne tu buat bayar cukai je lah. hehe.
Dah setel urusan kastam, masuk ke terminal dalam. Seeloknya kalau berhajat nak soping kat situ, sila setel kan sebelum check in kastam. Kat terminal memang banyak kedai2 yang best. Kami masa baru sampai hari pertama tu sempat gak pusing2 kejap kat terminal masa tunggu setel sewa kereta. Masa kat sini lah kami dapat beli Pepero kotak Hijau 2 kotak besar. Bila aku minta nak beli lagi, no stock kata budak cashier. Lepas tu memang payah dah la jumpa pepero hijau. Selamat pepero 2 kotak tu jadi kudapan anak2 sepanjang kami kat Langkawi.
Tak ramai pon orang kat ruang berlepas petang tu. Tepat jam 5.30 kami dibenarkan naik feri. Feri tak penuh, kami konker duduk ruang atas.
Masa feri nak berlepas, tetiba aku terpandang this statue.
Oh my. I miss that part yang very sinonim gak bila datang Langkawi. Memang kena kasi ripit lah gini nampak gayanya. hehe. WAJIB ripit sebab kami pon dah jatuh cinta dengan bumi Mahsuri ni.
Moga ada rezeki nak menjejak kaki di sini lagi.
Friday, 22 February 2013
Terjah Utara (Part 9) - Langkawi (Lite Shopping di Haji Ismail Group)
Idaman Suri dan Haji Ismail Group katanya amat sinonim dengan Langkawi. Wajib singgah kalau berhajat nak shopping. Macam kalau pergi Korea wajib singgah Namdeamun market. haaaa gitu. Tak agak2 buat bandingan yer ko. Gangnam style sungguh.
Since masa adalah sangat2 terhad, aku kena lah sesiap plan mana nak tuju dan apa nak dirembat. Tadak istilah nak suvey2 dulu ke apa yer. Dapat singgah satu tempat pon dah cukup bagus.
So my cik abe suruh pilih nak pergi Idaman Suri ka Haji Ismail Group. Pejam mata, kawe pon pilih "Jum lah Haji Ismail Group" walau hati sangat2 lah tingin jugak nak berIdaman Suri.
Tak susah nak mencari kedai Haji Ismail Group ni. Di pekan Kuah, sekitar jalan Pandak Mayah ada 2- 3 kedainya kot. Pilih je nak singgah mana satu.
![]() |
Gambar dari HIG official site |
Cik abe drop aku dan anak2 dulu then pergi cari parking kereta. Orang memang ramai lah, meremut dalam kedai dok shopping macam grab barang free. huhu.
Memang boleh rambang mata kalau tengok coklat2 tu, semua nak kaut beli kalau boleh. Sedar2 nak bayar beratus habis mula lah garu kepala. hehe.
Gambar2 dalam kedai memang aku takdan nak ambil lah, dah sibuk memilih katanya. Cik abe bagi masa 45 minit je aku setelkan suma. Kijam ko bangggg. Macam lipas kudung aku shopping.
![]() |
Gambar cilok sini gak |
![]() |
Pepero Almond yang sangat sedap Sila beli. |
Setel bahagian coklat, aku tuju bahagian pinggan mangkuk lak. Lagi sekali rambang mata. hahaha. Adeh la. Cik abe lak buat isyarat sambil tunjuk jam.
![]() |
Hat ni kat branch HIG kat jeti. Tapi lebih kurang gini lah pemandangan lam branch HIG aku masuk tu. |
Tengah dok memilih satu set Corelle yang aku pasan agak beza harganya sikit dari yang lain, ada sorang makcik mai bisik kat aku hat tu paling baloi beli. Terkejut gak la kawe kena bisik camtu. haha.
Pahtu dia siap order 3 set yang sama macam aku pilih tu. Tak lama kemudian, anak lelaki dia datang, geleng kepala tengok mak dia "Mak beli lagi ka..." rupanya anak dia cerita maknya dah beli semalam. haha. Kaki Corelle mokcik yer. Makcik tu cakap dia dah suvey banyak tempat kat Langkawi set tu, kat sini paling murah. Waaaahhhh, lagi lah bersemangat aku nak rembat. hahaha. Yer lah, kederat aku memang takda nak suvey2 doh la.
Visions tak jadi ambil, rembat set Queen Anne seketul yang kebetulan ada 20% less. Setel.
Masa tengah cek barang, kagum aku tengok Makcik tadi soping. Penuh atas meja barang dia saja masa tu.
Dah setel cek barang, cecepat line up. Ambil lane pay by Cash yang paling pendek dan cepat Q nya.
![]() |
Hasil soping yang tak seberapa |
Saja lah aku pon tak ambil tiket ala balik sesiap sebab jadual kami dah lari lintang pukang since kami sampai. Konon takmo terikat dengan timing feri ala balik. Nak redah selagi boleh redah sampai last minit. So memang last minit sungguh la jadinya. hehe.
Terjah Utara (Part 8) - Langkawi (Makan Laksa tepi airport)
Tak semena jadi panjang sungguh entry trip Terjah Utara aku ni. Sampai PART 8 dah ni apa kes. Aku saja tulis mana teringat part by part as kenangan for us.
Lepas turun dari bertapa di Puncak Gunung Mat Cincang, maka perut pon mula lah berlagu minta di isi. Aku cadangkan pada Cik Abe jum makan di area airport Padang Mat Sirat yang disebut2 wajib singgah tu.
Usai refill minyak keta RM10, kami terus cari tempat nak dituju. Pencarian adalah secara rambang hanya berpandukan kawasan sekitar airport sebagai point utama nya. Kami punya rambang tu sampai masuk bahagian terminal gitu. haha. Dah susur sepanjang tepi pagar luar airport tapi masih tak jumpa gerai2 seperti yang digambarkan, so patah balik.
Namun dek hasrat kami KUAT nak merasa gak makan situ, terus susur jalan sama tadi tapi kali ini kami lajak jauh sikit ke depan. Alhamdulillah, tak lama kemudian jumpa jugak. Oh that's one of reason aku suka sgt psl Langkawi ni, sesat or tak jumpa tiada dalam kamus. hehe.
Laksa Power katanya. Jum try. |
Kami order laksa, rojak dan cendol. Itu je kot menu yang ada rasanya. Air biasa pon ada tapi terhad je lah pilihan nya.
Laksa nya sedap! Kuahnya pekat dan fresh. Memang puas lah makan bagi kaki laksa macam aku ni.
Anak2 bila nampak jer kapal terbang, kemain seronok lah depa. Yang tak bestnya, pakat dok merengek nak mandi laut.
Masa kami makan ni dah jam 3 lebih. Memang terkejar masa yang ada sebab kami target nak balik ke Kuala Perlis petang tu jugak. Feri terakhir jam 7. Tapi kalau boleh takmo lah ambil feri terakhir, karang sampai dah malam sangat then nak mencari hotel lagi satu hal pulak.
Lepas makan, anak2 mula merengek tak selesa. Dalam cuaca panas, badan melekit bagai. So kami singgah freshen up di sebuah masjid di Kampung Temoyong. Bagus sungguh kemudahan yang disediakan di masjid tersebut. Maybe depa dah biasa terima pelawat kot. Ada disediakan tempat mandi dan tandas yang amat bersih dan selesa. Bila dah mandi semua dah segar balik, baru lah lega nak terus kan misi seterusnya. Misi terakhir kot dek masa pon dah suntuk bebenor.
So, it's mama time. Jum SHOPPING!!!
Thursday, 21 February 2013
Terjah Utara (Part 6) - Langkawi (Makan di Pantai Cenang)
PART 5
Persepsi pertama kami bila sampai di area pantai Cenang ni, rasa macam bukan berada di Malaysia! Patut la ramai yang cakap Pantai Cenang macam Bali. Tapi aku tak berani nak cakap gitu sebab Bali pon tak pernah sampai acaner nak banding. hehe. Tapi yang pasti kalau nak banding dengan pantai area kampung kami kat Besut nun memang jauh panggang dari api la.
Pantai Cenang sangat2 meriah, pulak tu kami sampai sana waktu dah malam. Meriah dengan lampu, meriah dengan pejalan kaki yang semuanya kelihatan santai. Pelawat macam2 rupa ada. Paling ramai pelancong mat saleh la kot. Kedai2 cenderamata dan hotel bersepah tapi tersusun elok di sepanjang jalan utama. Yang best nya, walau nampak macam crowded tapi tempatnya sangat bersih, tenang, trafik sangat smooth dan nak cari parking pon senang.
Hajat nya mahu lepak area tepi pantai, tapi memandangkan waktu kami sampai sunset pon dah berlalu, last minute kami decide singgah makan di kedai2 yang terdapat sepanjang jalan itu saja.
Banyak pilihan ikutkan dan ini pilihan kami. Warung Janggus namanya. Betul2 tepi jalan utama dan berdekatan juga dengan Underwater World Langkawi (setentang jalan).
Kami pilih ikan siakap sekor untuk dibuat bakar dan udang besar size XXL 2 ekor untuk buttered. Menu lain kami order - tomyam campur, kailan ikan masin dan telur dadar.
Sementara menanti menu kami sampai, sempat lah menjamu mata tengok keliling. Paling saspek bila dengar sorang mat saleh ni order nasi goreng pahtu siap minta cili potong. Maybe tekak dah lama duduk Malaya kot yer. hehe.
Tak lama menunggu, menu kami sampai. Cepat servis nya. Rasa macam sikit je order tapi penuh gak sudahnya meja kami.
Ada di baginya skali sepiring ulam pucuk gajus/ketereh dan sambal belacan yang sedap.
Motif bagi ulam pucuk gajus? maybe trademark dorang kot sempena nama kedai. Kalau tak silap kawe, gajus tu dipanggil Janggus oleh orang sana, betui ka?
Alhamdulillah, masakan nya semua sedap2 spashly siakap bakar dan udang mentega. Nasib baik ambil Udang tu 2 ekor saja, memang besar sungguh. Sambal ikan bakar nya pon sangat sedap menepati tekak kami. Puas hati. Harga semua?? RM 57. Bagi kami berbaloi. Masa pilih ikan dan udang tu memang depa sesiap bagi harga nya, so senang bajet the bills.
Usai makan, sempat jugak singgah kedai2 yang berderetan sepanjang jalan. Tiada apa yang menarik pada kami. Harga pon kami perasan mahal sedikit daripada gerai di Makam Mahsuri. Sudahnya balik ke kereta yang kami parking dengan segala susah payah nya, tak jauh dari kedai makan tadi. Katanya stereng kereta ketat, memang hazabedah la Cik Abe nak buat 'side parking'. hehe.
Hajat di hati mahu singgah 'lite-shopping' kejap di pekan Kuah sebelum balik hotel. Takpon singgah di Dataran Lang yang berdekatan hotel. Masa tu jam lebih kurang 9.00 malam. Tapi anak2 dah mula merengek penat nak tidur, so malas nak berdrama terus lah balik hotel.
Sampai hotel, baru teringat kami ada complimentary voucher utk dinner malam tu. Tapi untuk 2 pax saja rupanya, extra pax kena bayar RM40/pax. Fuhhhh mahai tu. Takpa lah, nasib dah makan sedap kat pantai tadi.
Masuk bilik, bersihkan semua budak2 and we are ready for our sweet dream.
Bersambung. Lagi?...InsyaAllah.
Tuesday, 19 February 2013
Terjah Utara (Part 5) - Langkawi (Laman Padi)
Sebelum singgah makan di Pantai Chenang, kami sempat terjah ke Laman Padi yang terletak sekitar situ jugak. Itu pon secara tak sengaja kami singgah sebab tetiba ternampak signboard!
Dah tutup jugak tempat ini masa kami sampai. Tapi pintu pagarnya masih terbuka, boleh lah kami masuk ke dalam.
Waktu urusan nya adalah dari jam 10 pagi - 6 ptg. Dan caj masuk adalah PERCUMA.
Masa kami sampai sorang petugas pon tak ada. Pelawat adalah 2,3 orang dok meninjau kat dalam tu.
Laman Padi ni tak besar mana pon. Terdapat ruang muzeum untuk pameran dan ruang terbuka untuk amali. Dah tentu kami tak boleh masuk ke ruang muzeumnya yang dah bertutup tapi masih berpeluang ke ruang terbuka tempat penanaman padi nya.
Dan ini merupakan pengalaman pertama pada anak2 untuk melihat pokok padi dan orang2 lebih dekat. Merasa membelai butir2 padi, menghirup udara semilir angin berbau lumpur sawah dan mencuit bergurau dengan orang2. Padinya tengah menguning, cantik.
Auni sedikit pelik dan agak takut melihat orang2. Aisyah dan Ainaa macam biasa akan sibuk bertanya macam2 terutamanya pasal orang2.
Ada rooftop gak boleh tengok keseluruhan sawah padi. Lokasinya memang betul2 tepi jalan utama Pantai Chenang. Kat hujung gambar yang nampak pokok kelapa tu lah jalan utamanya.
Tak lama pon kami singgah sini since waktu ini dah magrib time. Aci seram juga bila suasana agak redup dan sunyi. hehe.
Jum balik cari makan pulak.
Bersambung. InsyaAllah.
Monday, 18 February 2013
Terjah Utara (Part 4) - Langkawi (Makam Mahsuri)
Setel hal kereta, kami terus ke hotel yang aku dah booking sesiap thru Agoda - Hotel Langkawi Seaview yang terletak tak jauh pon dari jeti Kuah. Melepasi area Eagle Square. Senang sangat nak mencari nya, Alhamdulillah. Untuk tempahan bilik tersebut, kami dapat skali complimentary dinner untuk malam gala Tahun Baru Cina yang di adakan malam tersebut.
Ikutkan, banyak agenda yang kami plan dah lari banyak since lewat sampai di sini. So kena berlapang dada untuk ubah plan supaya fit dgn masa yang ada dan mood masing2 terutamanya anak2. Takleh nak ikut plan kita sorang or nak puaskan hati kita saja. Dah namanya trip family, nak pulak bawak anak2 yang masih kecil macam anak2 kami.
Usai check in bilik, aku bagi ruang untuk semuanya berehat mana patut. Ikutkan hati aku mahu terus terjah jenjalan jelajah pulau. Mementang dah 'take nap' dalam feri tadi. Tapi Cik Abe insist suruh berehat dulu.
Jam 6.00 petang kami baru keluar.
![]() |
Muka fresh and hepi nak stat berjalan. |
Dan kami pon telah bersedia dengan map yang dah sesiap print ini. Amat berguna sepanjang trip kami. Alhamdulillah.
Lepas setel isi minyak, kami dari pekan Kuah terus hala ke arah Padang Matsirat. Nampak je signboard 'Makam Mahsuri' terus kami belok masuk ke situ even tahu dah lewat maybe tempatnya pon dah tutup kot.
Tempat parking di luar area Makam Mahsuri. Masih ramai waktu ini. |
Sampai2 sana, memang betul sangkaan kami, walau pintu pagar utamanya masih terbuka tapi tempatnya dah tutup pon.
Sedang kami dok posing2 kat luar kaunter tu, kami dapati pintu masuk ke taman dalam masih terbuka dan kami dibenarkan masuk sekejap oleh petugas yang tengah mengemas ketika itu. Cepat2 kami terjah masuk ke dalam. Tadak apa sangat lah kat dalam tu rupanya.
Tarikan utama nya Makam Mahsuri ni saja lah kot.
Tak lama pon berada dalam ni, respek peluang yang diberikan dek petugas tadi. Sedar diri kami dibenarkan masuk diluar waktu dan tanpa dikenakan caj pulak tu. Oh ya, untuk caj biasa adalah seperti berikut yer.
Again, kuasa mykad/mykid adalah sangat berguna untuk dapat harga lebih murah.
Sempat jugak lah kami singgah tengok barang2 jualan di gerai2 sekitar tempat parking kereta. Banyak kedainya dan macam2 jualan nya. Rata2 dok berjual hasil produk Langkawi - gamat, kain batik dan cenderamata.
Minyak gamat kat sini paling murah kot kalau nak beli. RM8 untuk15 botol. Ada yang semurah RM5 aku tengok kat banner mana ntah tapi tak sure that one for how many bottles, hat tu cap ROJAM. Harga tertakluk pada jenama minyak gamat itself. Hat macam dah popular tu sah2 lah mahal sikit menurut kata penjual kat situ. Tipu dia, tipu lah aku. hehe.
Aisyah dan Ainaa sibuk dok bertanyakan SIAPA MAHSURI. Oh my, gigih aku recall sejarah Mahsuri semata nak ceritakan pada anak2. Apalah makna kunjungan ke Makam Mahsuri tanpa kenal sejarah Mahsuri yer dak. Kena rajin dedahkan jugak anak2 pada malay fairy tales, tadak lah depa tahu kisah Cenderella, Snow White saja. huhu.
Seronok juga sesekali bertitih cerita kisah zaman dahulu kala pada anak2 kecil. Ikutkan banyak kisah Mahsuri ni, tapi versi aku cerita kat anak2 lebih kurang versi INI saja.
![]() |
lakaran rupa Mahsuri. |
Bersambung. InsyaAllah.
Terjah Utara (Part 3) - Dari Kuala Perlis ke Kuah, Langkawi
Jam 3.30 petang kami selamat berada di atas feri untuk memulakan perjalanan ke jeti Kuah, Langkawi. Untuk info, perkhidmatan feri ke Langkawi ini ada juga disediakan di jeti Kuala Kedah. Kalau dari K.Lumpur memang akan 'jumpa' jeti Kuala Kedah dulu tapi kami pilih untuk naik ke atas sikit di jeti Kuala Perlis.
Suasana dalam feri memang selesa. Lebih kurang je kot dengan feri yang pernah aku naik masa ke Batam dulu. Cuma seat nya lebih selesa daripada seat feri Batam. Kami bertuah bila dapat seat one row for our family even status kami cuma penumpang terselit. hehe. And Ainaa paling teruja bila dapat seat sebelah window. Aku pulak cuma ingat nak lelap kan mata je lah sementara feri berlabuh sampai nanti.
![]() |
Muka berlemoih and super penat |
Sempat lah aku tidur sekejap, hampir nak sampai destinasi, mata takmo lelap sudah bila tengok panaroma kat luar kemain cantik. Makin menghampiri pulau Langkawi, makin teruja aku tengok betapa cantiknya pulau lagenda ini. Hati mula berbunga2, hilang sudah segala penat lelah dek pengalaman hampeh kat jeti Kuala Perlis tadi.
Langkawi, aku datang!! waaahhh gitu katanya.
Jam 4.20 kami dah menghayun langkah di terminal jeti Kuah. Serta merta di hampiri oleh individu yang menawarkan servis sewa kereta. Rezeki dia bila dapat kastemer macam aku, sebab laju je aku decide terima tawaran nya. haha. Malas fikir nak survey2 dah kiranya. Badan dan otak pon dah penat, ingat nak check in hotel cecepat.
![]() |
Dalam Terminal jeti Kuah, tengah tunggu abah setelkan hal kereta |
Sewa yang dikenakan RM90 sehari. Sepatutnya kiraan sehari tu bermula dari jam kita amik sampai jam tersebut keesokan harinya. Contoh kita ambil kereta jam 4ptg, caj sehari dikira sampai jam 4ptg esok hari.
Tapi dalam kes kami, caj sehari tu dikira untuk hari semasa tersebut saja even kita ambil kereta dah lewat petang or malam. Rugi sikit lah kan. Peak time katanya. Since kami pon tak sure masa nak pulangkan kereta tersebut, maka kami diminta utk membayar sewa sehari dan deposit yang semuanya berjumlah RM 200. Dan masa kami pulangkan kereta keesokan harinya jam 5.30 petang, duit kami dipulangkan sebanyak RM 90, maknanya sewa kereta tersebut adalah RM 110.
Ini lah kereta kami.
Aku cuma bagi syarat "asal ekon keta tip top shud be ok for us..." Hasilnya kami dapat apa yg kami nak. Tapi kena berlapang dada dengan benda lain. Kami diberi kereta proton saga manual. Itu je yang ada katanya, sila percaya walau susah nak percaya. haha. Body ok je even nampak buruk sikit cuma tak tahan nya stereng kemain ketat nak pulas2, pintu sometimes takleh buka. Bertabah lah Cik Abe memandu. hehe.
Kalau tak sempat nak advanced booking kereta, jangan risau.Terdapat banyak kaunter untuk urusan sewa kereta ini disekitar jeti Kuah tu. Di kaunter sewa kereta itu jugak ada disediakan lain2 perkhidmatan seperti Mangrove tour dan Island hoping pada yang berminat.
Bersambung. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)