Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Thursday, 19 September 2013

My pregnancy this week - 25 weeks


Assalamualaikum,

Asal masuk je sini kijo nya lap habukkk, lap sawanggggg.

Tak tau apa nak cite pon, meh laaaa update pasal pregnancy saja. Alhamdulillah dah masuk minggu ke-25 minggu ni. Perut pon makin berkembang dengan jayanya, last check up gain weight 4kg/month!!! Penangan beraya sakan, makan tak hengat.

Badan ni rasa macam rupa gergasi berjalan sudah. Dah masuk fasa perut mula memboyot, serba seksa nak duduk nak baring nak bangun. Kadang mai sakit kejang urat kat punggung dan kaki, boleh menangis bawa badan. Dugaan. Aku ni pulak tiap kali pregnant, macam ada pembawakan budak Mak kata, jadi sakit sendi sana sini. Kurang Kalsium kot, takpon high asid uric ke apa. Cek dgn doktor cakap ok. Pergi berurut pon tak baik2. Kejap sakit sendiri buku lali. Bengkak abih. Pahtu jangkit ke pergelangan tangan lak. gitu lah dok ulang2 sampai lah bersalin karang. Lepas bersalin je, semua tu hilang dengan sendiri.

Ni je lah gambar terbaru kawe yang ada, beraya OH sana sini dengan geng.

Masa bulan raya hari tu,  sempat gak merai tetamu yang sudi mai beraya kat rumah. Masak sempoi2, bukan juadah raya pon. InsyaAllah nak masak ala kadar tu tadak hal, cuma kawe risau bebenor rasa tu ntah macam mana la. Sejak mengandung ni, asalkan masak je semuanya nak terarah jadi masin!!! Risau takut masin, sudahnya jadi tawar bebenor la pulakkkk. Haha.

Gambar Ehsan FB Mashi

Ni je lah kot cite raya aku hari tu. Gambar2 raya kami pon sampai la ni belum transfer lagi dari kamera.





Friday, 4 November 2011

My dear bos apek

Dah lah pepagi td sentap dgn peniaga gerai tu, sampai2 opis je terpandang envelop ni atas meja.

"Is it the best way I should spend my raya haji holiday, bos??? pffftttttttttt...

OK. This envelop is from my dear bos apek. Dalam envelop "Urusan Seri Paduka Baginda" hokayyyy...URUSAN BAGINDA la sgt - suruh aku FEED kucing2 dia!!!

Ni memang habit bos apek aku tiap kali dia pergi bercuti. Aku la selalu jadi mangsa kena bagi makan kat kucing2 kat rumah dia tu sepanjang dia cuti. Dari kerja kat opis sampai ke luar opis, muka aku jugak lah dia dok tingat, dok harap. So, mmg layak betul lah aku jd KULI kat sini kan?..haha. However, Aku tak kisah pon task feeding his cats, anggap je amal jariah kat binatang drp depa terbiar kebuluran yer dak. Lagi pon rumah aku dgn bos apek ni consider dekat jugak. Dekat2 pon kena kuar masuk hiway ELITE tu la jugak. Aku kat area marhaen Bandar Saujana Putra, rumah dia pulak kat area Elit USJ Subang Jaya. Huhu.

Plan tetiba je kot apek ni. Dia tahu aku tak balik Kelate for Raya haji terus berdesupppp dia amik turn g bercuti. Kat Opis ni kami berdua takleh dua2 cuti serentak, kena amik turn masing2 takut 'tikus menari bila kucing tadak.." kat opis ni.

btw, kemas je kan tulisan my bos apek? Gaya tulisan seorang professional Consultant Engineer with title IR lagi molek aku rasa banding dgn tulisan tgn seorang yg title DR, spashly medical doctor. Haha. Dia ni lebih byk menulis tgn drpd menaip kat komputer or enpon. Mmg tadak set PC pon dlm bilik dia, nk type sms pon salu minta tulun aku taipkan. So far aku tak penah lg ada masalah nk baca handwriting dia, senang je nk paham even ada conteng/corrections pon dia elok je tulis bg org suma leh baca.

Selamat bercuti boss, jgn lupa bwk ole best2 yer pulang nanti.

tetiba. hehe.

Monday, 31 October 2011

Hi...my name is...

Dah lama bertangguh nk buat entry ni. Patut aku buat ni as 1st entry ari tu lg kan?

Aku asal org Kelantan, dh serlah kenegerian aku from certain entry kan? hehe..Kelantan belah Gua Musang, spesifiknya perkampungan peneroka KESEDAR di Renok Baru, 7km dari bandar Gua Musang. Masa aku umur 8 tahun (sekitar tahun awal 80-an), mak ayah berhijrah dr Pasir Puteh (belah ayah)/Besut (belah mak) utk jadi antara peneroka terawal di sini.

Masih ingat lg kenangan pertama kali menjejak kaki di Stesen keretapi Gua Musang yg serba daif masa tu. Kedatangan kami di Sambut dgn kenderaan 'rasmi' peneroka ke tanah rancangan tersebut - TRAKTOR!! As kanak2 seusia 8 thn masa tu, mmg aku SGT TERUJA dapat naik traktor. Berhimpit2 dgn 3-4 buah keluarga lain sepanjang perjalanan di trak tanpa bumbung yg di sambung belakang traktor tersebut. Aku kira pengalaman pertama itu sbg GAMBARAN AWAL pada penghidupan kami di sana.

Nama betul aku SUHASLINA anak pak GHANI. Nickname sutera was started since zaman sekolah lagi, gabungan SU dan TERA. Tera is stand for "terror" benornya...sila muntah ijo.  So berterusan aku guna nickname ni kat mana2 aku fikirkan sesuai. My 1st email account pon guna nama ni jugak smpai la satu masa akaun tu corrupted takleh pakai then aku register nama 'suterazen' pulak. ZEN is sumtin so meaningful in JAPANESE words. So that is where the name of blog 'suterazen' come from, from my email address it self only lorrrrrrr..hehe. Nothing so special or extraordinary huh?

My cik abe org BESUT, Ganun. Satu area dgn kg nenek aku belah mak gak. And dia pon bukan 'org jauh', kami berkongsi MOYANG yg sama belah ayah aku. Nenek dia dgn nenek aku adalah adik beradik, so Ayah aku dgn Mak dia adalah sepupu, so close is it? Tapi before kawen kami tak penah kenal antara satu sama lain sebab mak pak masing2 migrate dr kampung asal before kami lahir lg, dan tak penah bersua selepas itu dek kepayahan hidup masing2 . Jodoh kami pon di atur oleh mak dia at first.

La ni after 7 tahun usia perkahwinan, kami di kurniakan 3 org anak, semuanya GIRL. Alhamdulillah

Aisyah Batrisyia Bt Mohd Anuar, lahir pada 22/05/2005


Ainaa Najihah Bt Mohd Anuar, lahir pada 16/12/2006

Auni Madihah Bt Mohd Anuar, lahir pada 14/10/2009

Dalam kerjaya pulak, aku masih lagi seorang kuli kat sebuah Consultant Company. Consultant in Mechanical & Electrical Engineering services yg terletak di Bandar Puchong Utama. Tahun ni dh masuk tahun ke-11 aku kat sini, rasanya sampai pencen la kot aku dok sini.