Showing posts with label Aisyah Batrisyia. Show all posts
Showing posts with label Aisyah Batrisyia. Show all posts

Monday, 16 November 2015

Tahsin dalam kenangan...

Tahun 2012 Aisyah kami daftar bersekolah Darjah 1. Masa tu yang aku nampak nak daftar dia di sekolah kebangsaan dan sekolah KAFA biasa seperti lazimnya yang mak pak lain buat. Manakala kelas mengaji pulak dia ikut sistem Iqra dari umur 4 tahun, umur 7 tahun tu mula naik Al Quran.

Namun aku tak penah rasa puas hati tiap kali dengar dia mengaji. Bunyi canggung ja kat my telinga. huhu. Kata ustazah ngaji nya, memang gitu gaya ngaji nya lelama ok lah bila dah makin naik juzuk. Entah lah, aku sendiri pon tak mahir sangat sistem Iqraq ni, dulu2 ngaji mana pakai sistem2 ni pon. Tau2 lancar ngaji, khatam.

Aku tau anak jiran mengaji Quran guna QIRAATI dengan ustazah depan umah kami. Memang dah selalu jugak Aisyah minta nak join kelas mengaji dengan kawan baik dia ni, tapi aku sayang nak pindah2 guru/tempat. Lagi pon aku fikir tak kisah lah memana sistem or guru, SAMA ja kot ngaji nya kalau dah pandai tu. Tapi sejak Aisyah naik Al Quran aku jadi lebih sensitif dengar bacaan dia tak berubah2 dari zaman Iqraq dia. Banding dengan anak jiran tu mengaji, memang lain sikit bacaan dia. Lebih bertajwid, ada taranum nya.  

Ustazah Qiraati ni buat kelas sambilan kat rumah, terhad sangat pelajar dia. Tak ramai budak dia amik since dia pon sibuk dengan anak2 kecil nya jugak. Mujur rayuan aku diterima, beliau sudi menerima mengajar my anak2. Tak terkata bahagianya aku. Lagi pon anak2 kami semua berkawan baik, geng selorong geng kayuh pepetang.

Throwback. Geng kayuh dan geng mengaji gak sudahnya.
Dah hampir hujung tahun 2012 tu, Aisyah dan Ainaa kami serah kan pada guru Al Quran baru ini, moga ada manfaat atas hijrah kami buat. Aisyah pon kena bermula dari awal balik walau dah naik Al Quran masa tu. Mula dari buku Qiraati 1 macam pelajar baru. Mula2 dia rasa sedikit tak seronok, tambah kawan baik nya dah nak habis Qiraati 5. Biasa lah kan bebudak, suka nak bersaing sesama depa.

Ainaa lagi lah masalah besar. Umur 5 thn mula mengaji Iqraq, dah umur 6 tahun pon buku 1 nya tak abih2 lagi!!! Kuat main, malas baca, tak minat baca. Itu lah ulang2 komen ustazah lama nya. Masa awal2 ke kelas Qiraati nya, urut dada jugak lah ustazahnya dengan Ainaa ni. Ainaa ni huruf jawi pon lintang pukang tak kenal lagi camno nak mengaji lancar kata nya. hehe. Syukur sangat kami dapat guru yang dapat lentur Ainaa.

Hujung tahun 2012, ustazah Qiraati tu plan buka branch tadika Dzul Iman di kawasan taman kami bermula sesi 2013. Beliau lah mula kenalkan kami dengan KELAS TAHSIN ni as pengganti kelas KAFA. Beliau juga meminta jasa baik kami untuk tolong support dia dengan menghantar anak2 kami as pelajar terawal sekolahnya.

Sesi 2013 semua anak2 kami bersekolah tahsin dan tadika di Dzul Iman. Kelas Tahsin nya masa tu cuma ada anak2 kami saja as pelajar, pengajian nya lebih fokus banding kelas KAFA sebelum ni. Aktiviti2 nya pon bagus, dapat built self esteem anak2 kami ke arah lebih bermanfaat. Ada kelas hafazan jugak.

Sesi 2015 ni kiranya sesi terakhir anak2 kat sini. Waima kelas Tahsin ni pon dah dimansuh kan sementara bermula sesi depan untuk fokus pada kelas tadika yang makin berkembang maju. Selama 3 tahun di sini, banyak sangat perubahan positif untuk anak2 aku terutamanya Ainaa. Dari buta jawi, buta arab, now boleh score A untuk subjek Arab & jawi di sekolah kebangsaan nya.

Cuma untuk kelas mengaji saja kami masih terus kan di bawah ustazahnya ni. Aisyah belum khatam ngaji lagi. Baru juzuk 15. Biar lambat asal cemerlang bacaan nya. Ainaa pon baru naik Quran bulan ni. Selama 3 tahun berturut ustazahnya ajak anak2 didikan dia join program di Majlis Khatam Al Quran Perdana, untuk memberi semangat pada anak2 kami supaya dapat khatam dengan cemerlang nanti. Majlis khatam dan Ihtifal tahsin di buat serentak.
 


Tahun lepas depa buat persembahan hafazan, tahun ni depa buat ala forum. Aisyah jadi pengerusi katanya. Aku ingat pengerusi tu camno lah, rupanya ala2 MC gitu. Bagus ustazahnya latih semua tidak gentar depan audien. 


InsyaAllah tahun depan kita aimed untuk majlis khatam untuk sendiri pulak yer anak2. Aminn. Amiinn.

Geng jiran setaman, sekelas, sekayuh.
Belah kanan bertudung Biru tu lah ustazah nya. Sangat baik dan rapat dengan anak2 didikan nya.
Tahun depan semua pakat bersekolah KAFA, berpisah lah semua bawa haluan masing2. Kemain sedih semua, dah banyak kenangan manis depa selama 3 tahun bersekolah Tahsin bersama2. 



Untuk rujukan. Tahsin ni adalah alternatif untuk kelas KAFA. Subjek2 nya pon sama dengan subjek KAFA. Cuma pada aku Tahsin ni lebih fleksibel dan rilex. Lepas tu dia ada tambahan subjek hafazan dan kem2 yang berterusan. Selama 3 tahun di Tahsin, anak2 di latih untuk tidak terlalu exam and ranking oriented. Namun depa tetap cemerlang bersaing. Hubungan dengan guru sangat2 rapat, mereka lah guru mereka lah kawan. Untuk ibubapa pon ada jugak program2 depa buat. Memang rugi kalau tak join. 



Monday, 5 November 2012

Our Sunday is better...

...than Saturday. Alhamdulillah.

Assalamualaikum,

Pagi Isnin hari ni bermula dgn santai. Aisyah dan Ainaa masing2 tidak bersekolah. Cuti peristiwa katanya dek program sekolah, sementelah dah minggu akhir persekolahan minggu ni maybe kelonggaran awal diberi. Anak2 pon dah mood cuti sekolah semua tu. Auni lah yang paling seronok bila ditemani 2 kakak nya kat taska dari pagi sampai petang.

Semalam Ahad, kami ke Hari Keusahawanan sekolah Aisyah. Ibubapa di wajibkan beli kupon bernilai RM20. Mula tu dok fikir RM20 mungkin sikit sgt, hampir2 nak beli kupon tambahan sebab dok terbayang kemeriahan berbelanja nanti bersama anak2. Nasib baik jugak lah kupon tambahan tu aku tak beli awal2. Nak perabihkan kupon RM20 tu dah sangap. Tapi kot ye tak cukup gak kupon RM20 tu, boleh jer beli kupon tambahan di hari kejadian.

Gerai tak baper banyak satu hal. Pilihan pon limited. Still boleh tima kalau satu produk cuma dibenarkan 1 gerai je menjualnya. Then, bila nk g beli kena beratur panjangggggggg takpon kena tunggu agak lama nk nanti giliran or bhn jualan siap di masak. Aduhai.

Memang tidak adil nak bandingkan gerai Hari Keusahawan sekolah dgn gerai2 di luar sana kan? As parents, memang kita akan support sepenuh hati whatever acara yg sekolah anjurkan.




Barang jualan pon tadak lah murah sgt, sama je kot dgn harga kat gerai luar. Ada yg lebih mahal pon yer gak bila tgok saiz nya cenonetttt saja. Tak kisah lah. Yang penting Aisyah happy dapat join acara sekolahnya bersama kami. With kupon RM 20, kami beli fish nugget, ice blended, semangkuk kecil laksa penang, jambu asam boi, satey 4 cucuk.

Ainaa yang keboringan sempat wat surfing atas kerusi.


Dh boring surfing dia bantai wat breakdance lak...




Lama2 dia pon sangap dah tak tau buat apa. Haha. Ok lah jum balik.


Dari sekolah Aisyah ni kami hala ke Bandar Puteri, Klang menziarah kawan cik abe yang baru dapat baby. Tumpang gembira for them for the newborn after 3 years married. Alhamdulillah.

Lepas tu ala balik cik abe kata mahu guna SKVE to rumah kami. From KESAS masuk hala ke Banting melalui jalan kebun, jalan ke Johan Setia then towards Telok Panglima Garang. Singgah makan KFC Telok Panglima Garang kejap before off naik SKVE derek ke Bandar Saujana Putra.

Hujan renyai2 sepanjang perjalanan kami. Cuaca yg selalu hujan, sejuk dan berangin akhir2 ni betul2 terasa macam musim tengkujuh di kampung. Kalau dulu bila tiba musim tengkujuh, kami akan bersedia utk mengikat perut. Ayah yg kijonya penoreh getah full time, musim tengkujuh lah paling ditakuti. Batang pokok getah yang basah tidak selayaknya boleh ditoreh utk mendapatkan hasil menyara keluarga.

Hampir jam 4 ptg kami sampai rumah. Seronok bila sejuk2 gini pakat dok berselubung dalam comforter buat aktiviti masing2.


Aisyah hampa bila sampai maghrib time tak dapat main basikal sepuas hati dek hujan tak teduh2 sampai malam.

Malam tu buat pasta saja for our early dinner.



Ntah apa namanya pasta ni. Main campak saja mana ada. For mama & abah wajib tabur chilies flake to satisfied fit our tekak melayu. haha.


Buah stoberi beli atas Cameron hari tu ada 2 peket belum terusik lagi. Plan nak buat eskrem malaysia perisa stoberi macam hat jual kat Cameron tu. Sedap kan? tak jumpa resepinya lg, jenuh gugel asyik keluar resepi creamy eskrem saja. Takpo lah, karang kawe buat pandai2 sendiri. haha.



 

Thursday, 7 June 2012

Untuk yang masih mencari sekolah anak2...

Mungkin boleh pertimbangkan sekolah berikut...


Nota : Selagi cuti sekolah tak habis...bertabah lah melihat notis mcm2 bertepek sana sini di dlm rumah...

Wednesday, 30 May 2012

Siapa JIMMY PALIKAT ni?

Lagu peberet anak2 la ni - "Anak Kampung" by Jimmy Palikat. Kalau boleh tetiap malam nk buat konsert Youtube lagu ni.



Tak pernah la dengar nama Jimmy Palikat ni sebelum ini. Mula tu ingatkan penyanyi Indonesia dh la, rupanya anak tempatan kita gak from SABAH bahhh..Oh saya sangat2 suka SABAH, walau tak pernah sampai SABAH lagi...hehe.

Wednesday, 29 February 2012

Pulut Semangat

Pulut semangat atau lebih dikenali dgn nama pulut kuning kalau belah sini, amat sinonim dgn sebarang acara keraian yg hendak disambut.


Kalau di kampung kawe, pulut semangat ni di kira IBU segala juadah utk acara istimewa seperti kenduri kahwin, kenduri berkhatan, kenduri cukur jambul anak, kenduri anak naik Quran besar, anak Qatam Quran or else acara yg di rasa sgt bermakna bg keluarga tersebut. Seolah kehadiran pulut kuning ini adalah satu simbol kekuatan semangat utk kehidupan baru yg lebih baik. Mungkin sebab itu di panggil PULUT SEMANGAT kot. Ini cuma pendapat peribadi.

Selalu nya tugas membuat pulut semangat ni di kendalikan oleh org2 tua supaya pulutnya masak cantik, sedap dan lemak. Kemudian pulut semangat ini akan di hias dgn bunga telur, takpon sekadar juraian kepingan telur dadar biasa ditabur atau dibentuk gaya kelopak bunga di atas nya. Sejajar dgn peredaran zaman, byk gak pembaharuan design pulut semangat ni. Ada yg di gubah menjadi POKOK bunga telur dan pulut nya bukan sekadar di warna kan dgn warna kuning, tapi ada juga warna hijau dan merah!!! Ada juga di taruk dalam acuan comel2 pahtu di gubanh dgn 1001 hiasan moden.

Namun, aku lebih gemar dgn design lama saja. Di mana bongkah Pulut kuning seketul kemudian di cucuk dgn bunga telur diatas dan sekelilingnya. Untuk menjadikan pulut kuning menjadi sebentuk BONGKAH asas yg teguh bukan senang. Di situ lah kepakaran membuat pulut kuning akan menjadi taruhan nya. Silap gaya, bongkah tersebut akan RUNTUH sebelum masanya. Jangan memain kalau pulut kuning RUNTUH dalam sesuatu majlis, org tua2 percaya ada yg sinonim dgn kenjadian tersebut. Wallhua'alam. Just info, percaya jangan. hehe.

Being NEW generation dlm keturunan mak aku, aku admit tadak skill nak membuat pulut semangat ni. Namun, bila tiba masanya perlu membuat pulut semangat utk acara peribadi keluarga yg istimewa, GIGIH aku memenuhi permintaan cik abe dan anak.

"Tempah je lah bang...senang kijo dan konpem jadi.." aku sedikit merayu. Hehe.
"awak ni benda gini pon main tempah2...bukannya sokmo anak naik Quran besar, apa salahnya awak cuba buat sendiri bagi nampak meriah...bagi semangat sket kat budak2 tu moga makin semangat nk ngaji..." cik abe takmo ngalah.

Seingat aku, cuma sekali je aku pernah buat pulut kuning ni utk hidangan anak banak. Tapi masa tu masak sikit je pon, tapi kali ni jadi GAYAT sikit sebab kena masak 3kg beras pulut. Karang tak menjadi pulut kuning aku, sesia je bangggggg...haha.

Akhir nya, GIGIH gak aku masak demi sebuah SEMANGAT katanya. hehe. Dah la kena hari kijo lak tu. Nasib baik cik abe sudi amik alih tugas aku, tolong aku g pick up Aisyah kat sekolah petang tu, so aku boleh terus balik rumah lepas waktu opis. Plan nya pulut ni kena hand over ke tempat ngaji Aisyah jam 8.30pm. Aku sampai rumah dah jam 6pm, tak ke gegel lutut aku dibuatnya?

Malam sebelum tu aku dh sesiap 'mati kan awah' for rendang. Tinggal nak taruk santan je lah petang tu. Beras pulut 3kg aku dah sesiap rendam before off gi kijo pagi tu.

Beras pulut 3kg - kena buat 2x kukus dgn periuk kukusan aku tu. Dah la kukusan pertama aku dah salah teknik, down gilerrrrrrrrrr dibuatnya. Terus tepon mak, ngadu!! haha. Then, mak bagi tips & petua, Alhamdulillah kukusan pertama masak elok even agak lambat. Utk kukusan ke-2, jam 7pm baru aku stat buat. Nasib baik kali ni semua nya ok. Phewwwwww. Lega.



Seperiuk pulut semangat, seperiuk rendang yang perlu kami packing. Aku tambah telur rebus bodo2 gitu je.




Nasib baik ada anak buah mai menolong packing. Opps, rumah sepah2. haha.



Nota 1 : Kepada Aisyah, anak ku. Moga makin rajin mengaji pahni, dan moga cepat khatam Quran. InsyaAllah, aminnn.

Wednesday, 18 January 2012

Rutin Baru

Pejam celik, dh masuk pertengahan bulan 1 dah. macam biasa, masa cepat berlalu bila kita dh sibuk dgn urusan masing2 yer dak. Mengkalu duduk sesaja aku rasa jenuh gak nak tunggu masa berlalu, rasa cam lambat je masa berjalan. Ttak caya cuba g tanya sesapa yg tgh warded kat spital tu. Hehe.

Since Aisyah masuk darjah 1 ni, rutin aku pon turut berubah sikit. Mula2 terasa gak kejutan penatnya, ni bila dh masuk 2 minggu, slowly adapted lah minda dan badan aku pon. Rutin sebelah pagi masih seperti tahun lepas, sebab Aisyah sekolah sesi petang. Kalau sesi pagi konpem jam 6.30pg dh kena sesiap kuar rumah. Salunya jam 6 pagi baru aku bangun tido. Masa ni lah baru aku nak siapkan semua, mmg kelam kabut sket tp terkawal. Hehe.

Jam 7 pagi baru kejutkan anak2 bangun tido. Get dressed, having simple breakfast. Jam 7.30 kami semua dh sesiap keluar rumah. Aisyah kena g sekolah KAFA belah pagi ni, abah nya yg handle antar. Aku lak kena handle 2 anak off to Taska dorang dulu pepagi. From taska,  Ainaa akan ke tadika dgn Owner taska sbb anak nya pon tadika yg sama.

Aisyah abih sekolah KAFA nya at 11 am, aku minta tolong pengasuh kat Taska dorang pergi pick up. Dekat je pon, area situ gak. Sampai taska, Aisyah kena bersiap ke sekolah kebangsaan lak, salu jam 12tgh ari tu van nya dh mai amik. Mmg betul2 aku harapkan pengasuh aka anak buah kat Taska tu yg monitor Aisyah bab ni spashly bab makan dan pakaian Aisyah.

Kalau dulu, habis je office hour at 5.30ptg, aku terus tuju balik rumah, terus pick up anak2 kat Taska at 6pm. La ni rutin tu di ambil alih oleh cik abe pulak. Luckily dia pon balik awal, sekitar jam 6.15pm dia dh ambil budak2 tu. Aku pulak from office jam 5.30ptg tu terus hala ke sekolah Aisyah. Salunya jam 6 tu aku dh tercongok kat gate sekolah. haha. Tunggu dia balik at 6.30ptg. Jenuh la jugak dok menunggu tu. Nak keluar lewat sket from office ni aku tak konpiden, dibuatnya trafik jem, masak ler...nak2 LDP area Puchong, USJ ni. Better safe than sorry. Sampai awal takpa, jgn lewat dek terperangkap dlm jem, sian anak aku. huhu. So, pandai2 lah aku cari aktiviti to kill time dlm masa menunggu tu. Salunya aku bekal kan sumtin to read. Next time aku ingat nk try jogging lak, dpn skolah tu ada padang rekreasi, ada yg dok jogging situ. Ok jugak kan? boleh gak aku exercise utk bekal stamina gi Korea tu nanti. haha.

Lepas Aisyah keluar, terus hala balik rumah. It took average 20 min. travel. So by 7pm tu mmg dh ada kat rumah. Pahtu kena siap mana patut for dinner, siap anak2 for kelas Quran lak at 8pm. Anak2 kena siapkan homework before g kelas Quran ni. Takleh pakai ayat depa nk buat homework lepas kelas mengaji, sure liat punya lepas balik ngaji. Sebab masa ni depa suma dah tahap super penat, lagi nk hadap homework, mmg tak jalan. Kelas mengaji tu sejam jer pon, at 9pm dh lesai. At least depa ni bila balik ngaji tu, perasaan dh lapang, nk rilex main ke apa masa tu je lah pon. Jam 10pm paksa depa suma masuk tido. La ni senang dh paksa dorang tido, maybe sbb Aisyah dh super penat, cepat tido, adik2nya dh tadak taiko nk main, jd lempun so lelama tido gak lah.

Aisyah so far dh ok byk kat sekolah. Awal2 dulu dia suka MAIN tak tentu masa. Pernah aku skodeng dia, masa cikgu break jap dan suma budak duduk dlm barisan, dia bantai bangun dok main tiang bendera kat depan tu dgn kwn dia. Cikgunya suruh masuk barisan, dia wat dekkk je. Eiii, geram aku nak g sekeh pala dia masa tu. haha. Anak jiran lak ngadu dgn aku Aisyah suka main kejar2 kat kantin sekolah. Adeh laaaa..senak dada aku dengar.

Aisyah ni mmg pesen aktif, over sosial pon yer gak. Dalam kelas suka borak even cikgu ada depan!! Salu lah dia masa kat tadika dulu kena isolate dr kekawan lain sbb takut dia kacau budak lain. Salu gak kena denda berdiri dlm kelas. Pendek kata dlm kelas mmg dia payah nk fokus sbb pala asyik dok ingat nak main, borak!!! Tp kira ok jugak, dlm pada dia gitu, at least sekolahnya agak baik. So, tau ler kan naper abah nya masa cek kelas anak dulu, dia tuju kelas paling corot skali nk cek nama anak dia?...haha...

La ni dh ok byk. Aku tanya cikgu kelas nya, suruh dia monitor tgok Aisyah. At least Aisyah dah pandai fokus time cikgu mengajar kat depan, tak borak or main dgn kwn sebelah dia. Time perhimpunan pon aku skodeng dia dh boleh duduk elok dlm barisan. And kawan baik dia tu pon aku tgok byk tulun ubah karekter dia kot. Cek2 rupanya anak cikgu disiplin skolah, patut lah. Legaa gak lah aku pon. At least Aisyah could find right person to make her bestfriend.

La ni dia pulak yg pandai ngadu psl anak jiran tu. Sbb anak jiran tu pesen too skema kot bagi dia. Even sampai la ni anak jiran tu tak penah beli apa2 kat kantin, hari2 mak dia bekalkan sumtin. Bagus tu. Aku ingat maknya tak mahu anak dia mkn kat kantin lah, rupanya anaknya pesen takleh berebut membeli kat kantin tu sampai sudah tak dapat2. Kalau Aisyah nampak, Aisyah akan g tolong dia. Budak ni salu sorang2 Aisyah ckp, tadak kwn sekelas dia ke apa yg sama2 all time. Kalau depa sampai awal kat skolah, depa akan lepak kat 1 area ni. Aisyah salunya akan pergi pada geng2 dia lah. Budak ni akan stay kat satu ruang, sorang2, diam2. Sian pulak aku dok imajin. Budaknya baik sgt, sopan santun,  pandai pulak tu. Tapi kalau anak over lasak macam Aisyah pon tak bagus gak. Huhu.

Saturday, 7 January 2012

Babak Kedua dan LULUS

Minggu pertama sekolah berakhir sudah. Lega. Even ada drama sikit semalam - Aisyah tak gi skolah, van nya lupa nk mai amik!!! Pulak tu, babysitter nya pon takda nak tepon aku awal2 inpom apa2, bila aku tingat nk kol cek tu pon dah jam 2.15pm, baru lah tau anak still tersadai kat nurseri. Takpo lah, amik suma ni sbg teladan.

Hari pertama persekolah, aku amik cuti separuh hari saja utk monitor Aisyah. Kesimpulan nya, tadak apa nak di risau kan lah. Dengan bantuan pihak sekolah, semuanya nampak terurus. Ibu bapa pon cuma boleh monitor dari jauh je, takleh tinjau sampai ke kelas anak masing2. Kami cuma di benarkan berada di kawasan kantin skolah saja.


Aisyah masa ni baru sampai sekolah dgn bas sekolah. Berpimpin tgn dgn kawan dia, anak jiran kami melintas jalan utk masuk ke kwsn skolah dgn konpiden. haha. OK LULUS.


Berada dalam barisan semasa perhimpunan pelajar untuk dengar taklimat mengikut kelas masing2. OK LULUS.


Bersedia utk ke kelas dengan di pandu oleh guru kelas nya. OK LULUS. haha.

Lepas Aisyah masuk kelas, aku pon cau lah. Dok situ pon bukan leh wat apa pon. Mai skolah balik nak monitor waktu rehat dia pulak jam 3.40pm.


Sekali tu, aku terlewat sket, sampai2 skolah budak dah kuar kelas, dah meremut kat kantin. Alamakkkkkkkk...sesak nafas aku jap cari Aisyah dalam ramai2 tu. Suma nampak sama je. Haha.


Last2 dpt gak tangkap dia tgh duduk dgn kwn dia, kat tgn dh ada air sirap. Bila tanya naper tak beli makanan, dia kata takmo makan suma nampak tak sedap, boleh?? Bila tanya ada duit baki ke tak beli air tu, dia tunjuk duitnya. OK LULUS.

Then, bagi dia fingers food (sweet corn + sekut) yg aku bawa. Dia makan sikit terus takmo. Kenyang lg katanya. Memang dia dh makan nasik kat nurserinya before van skolah amik. Dan bukan jenis pemakan pon yer.





Kawan dia sebelah tu beli nasi lemak. Memang berdikari lah budak2 la ni. Depa tahu camno nak berkawan dan apa depa nak buat. OK LULUS.

Lepas waktu rehat, suma murid kena berhimpun sekali lg. Lepas taklimat guru, sekali lagi depa akan di pandu ke kelas masing2. So takda istilah anak2 kita terlupa masuk kelas or tak jumpa kelas lepas waktu rehat or anak2 merayap or ralit kat kantin ke apa. Lega. OK LULUS.

Aku pon lepas tu terus balik rumah sementara nak amik Aisyah waktu sekolah balik nanti at 6pm ari tu.

Jam 5.45 kami dh sampai ke sekolah. Jam 6ptg pintu pagar di buka dan semua murid di pandu keluar skolah oleh pak guard dalam 2 barisan. Jenuh gak aku skodeng telek muka sorang2 budak yg keluar gate tu. Sampai sudah tak jumpa muka anak sndiri. Stat risau. haha. Rupanya Aisyah ingat pesanan kami supaya tunggu DALAM KAWASAN PAGAR sekolah. Aku je lupa pesanan sendiri, hampeh. Haha...Bila semua budak dah keluar, aku jenguk dalam pagar sekolah, Aisyah sedang elok je duduk atas bangku dekat situ dgn kwn dia td. OK LULUS.

Lega bila hari tu berakhir dgn jayanya utk kami. Alhamdulillah sumanya LULUS for Aisyah, so tadak la risau sgt aku memikirkan keadaan dia di dunia baru nya ni. And maybe Aisyah pon dah byk berdikari sebelum ni, tak susah utk dia adapt dgn suasana baru. Ni dah terbayang2 si AINAA masuk darjah satu di tahun depan pulak. NGERI nak bayangkan. haha. Tak mustahil kami akan berpencak silat melayan karenah Ainaa. Masa kat sekolah ari tu, ada gak budak2 yg wat pangai, menangis teriak cari mak ayah. Oh aku dh terbayang itu lah AINAA tahun depan. haha.

Tuesday, 3 January 2012

Hari Suaikenal Tahun 1 SK Hicom

Seawal jam 7.30am kami keluar rumah utk ke sekolah Aisyah - SK Hicom, Shah Alam. Agak berdebar sebenarnya kami utk menempuhi pengalaman pertama ini. Rasanya Aisyah lebih rileks berbanding mak ayah nya ni. Hehe.


Kami yg tak sabar2 pagi tu, menunggu abang driver siap.

Kalau ikut jadual nya, program nya bermula jam 8am hingga 11.30am. Sampai je sana, mula2 kena cek nama Aisyah di tempatkan di kelas mana. dapat kelas 1B or 1 Budi namanya.


Nama anak kami di turutan no. 19. Ada 7 kelas semuanya dari 1A hingga 1G. Turutan kelas ni katanya ikut pencapaian anak kami masa Ujian Diagnostik dulu. As usual, mak pak yg cakna lebih bab kelas ni, anak2 cam biasa tak kisah apa pon. haha. Cik abe lg best, dia mula2 tuju telek nama anak dia di kelas paling last. Pahtu dia g UP 1 kelas lagi dan lagi. From G to F to E to  D...pahtu dia bebel tak jumpa2 nama anak dia...haha...Aku pulak stat telek from kelas A, then to B nampak lah nama Aisyah tp aku diam kan jer tak bg tahu pon dia, bg dia THRILL cari nama anak dlm list...haha..



Dah tau kelas nya, jum ke dewan taklimat pulak. Aisyah buat sementara ni kami tak pakai kan dia tudung lg. Bagi dia selesa dgn persekolahan barunya ni then slowly adapt her to pakai tudung, InsyaAllah.



Tgh line up nak masuk kelas masing2. Mak pak tak di benarkan ikut anak masing2 ke kelas, kena stay kat dewan taklimat tu sampai habis taklimatnya.

Taklimat nya byk berkaitan dgn sesi pembelajaran anak kami lah nanti, termasuk bab disiplin. Tahun 1 ni akan guna KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah), menggantikan KBSR yg lama. Dah tadak UPSR dh la nanti katanya, akan di ganti dgn sistem penilaian lain berteras kan 4M. Kalau dulu cuma 3M je kan - Membaca, Menulis dan Mengira. La ni nambah 1 lg M - MENAAKUL (berfikir secara kritis dan logik). Tahun 1 2012 ni kira batch ke-2 perintis KSSR yg di mula kan tahun 2011.

Secara asas nya aku paham KSSR ni mcm sistem Long Life Learning, iaitu persediaan asas secara fizikal dan mental pada anak2 utk menjadi warga yg lebih berdaya saing di masa hadapan dlm semua aspek bukan setakat pencapaian akademik semata. Sebab elemen 4M yg di terapkan tu, akan mencakupi bidang keusahawan, kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi, serta aspek kerohanian, sosio emosi dan nilai murni.

Bila dah habis taklimatnya, baru lah cikgu benarkan kami ke kelas anak utk urusan buku teks dan pembayaran yuran dan lain2.

Aku dan cik abe berpecah dua. Aku ke kaunter buku teks dan cik abe ke kelas Aisyah utk urusan2 lain.

Bila aku dh lesai amik buku teks, terus ke kelas Aisyah meninjau keadaan kat sana pulak. Beratur lg utk urusan buat tag nama anak dan bayar kos mcm2, abih RM71.

Sempat tgok gelagat para pelajar dlm kelas, termasuk si Aisyah. Semuanya macam dh selesa dgn dunia baru mereka. Langsung tak hiraukan mak ayah masing2. Budak2 zaman la ni gamaknya, tadak istilah takut or nak depend kat mak ayah je cam zaman aku dulu.


Dah setel suma, terus boleh amik anak2 masing bwk balik. Lega satu bab org kata.

Sedikit tips dr Genius Aulad aku penah baca psl First Day in school' -

Say realistic things to your child about his first day in school. Resist the temptation to say things like "It'll be the most fun you've ever had," and never belittle your child's fears or concerns. Instead, help calm his fears with information. Talk to him about what to expect when he gets to school — where he'll be going, what he'll be doing, and who will be in class with him. You can read stories about starting school and have an enjoyable story time together. Don't forget to doa together too, that's the most important one!

Friday, 16 December 2011

Buai laju-laju

Aktiviti BIASA di petang hari after pick up anak2 kat nurseri dorang.
Dan menjadi aktiviti LUAR BIASA bila siap posing bergambo semata nk wat modal tepek dalam blog.
Before ada blog, tak heran nak bergambor kat situ pon so far. haha.


Nota : Photo taken by Aisyah, Thank you my dear.

Thursday, 1 December 2011

Terasing Di Bumi Sendiri by Usop Wilcha





Nota 1 : "sapa2 yg nak ikut nyanyi, sila angkat tangan mcm saya.."

Nota 2 : Usop Wilcha pada satu ketika dulu di kenali sbg SHY8 (Shai-eight) dan lagu beliau ni pernah HIT di awal thn 90-an kalau tak silap.

Monday, 21 November 2011

Graduation And Concert 2011

Ini adalah kiranya acara terakhir dan katanya klimaks bagi tadika anak2 kami - 5th Concert and Graduation 2011 Tadika Intelek Ria. Bertempat di Dewan Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya pada hari Sabtu lepas (19/11/2011).

Acaranya bermula jam 9 pagi, kami berada sedikit awal di sana dan sempat bersarapan di sekitar kawasan sekolah. Cuma sempat beli sarapan di Petronas Mart, paling menarik ada jual Nasi Ambeng. Rasanya ini pertama kali aku makan nasi ambeng. Sedap jugak. Mungkin bertambah sedap kalau sebelum itu aku tidak balun nasi lemak sampai 2 bungkus!!! Oppss.

Siap bersarapan kami segera masuk ke dewan utk acara nya. Aisyah katanya masuk bahagian deklamasi pantun (sajak?) dan tarian Hindi Song. Sut baju punjabi tu memang kena lah dengan lagunya. Hehe. Ainaa pulak ambil bahagian English Song. Ntah lagu apa, aku tgok cam muzik/dance lagu hawaii je. Sungguh tak sesuai dgn jiwa Ainaa. Dia nak join lagu Micheal Jackson (lagu Beat it), sah lah cikgunya tak bagi sebab itu hanya utk student lelaki saja. Haha.

Utk rekod, ini adalah tadika ke-2 anak2 utk tahun 2011. Pada awal thn 2011, kami asalnya mendaftar masuk anak2 ke Genius Aulad Taman Puchong Prima.





Antara gambar2 kenangan semasa bersekolah di Genius Aulad. Sejuk mata tengok baju seragamnya menutup aurat, biarpun hanya sempat bertahan dlm kelas saja pon dh ok lah yer dak. Hehe. Usai kelas salunya serabai gini lah rupanya.


Sepanjang di sini, urusan transport pergi & balik sekolah terpaksa di buat sendiri memandangkan perkhidmatan van sekolahnya tak sampai ke area rumah kami. Amat memenatkan dan memeningkan terutama bila aku ada urusan luar di saat perlu pick up depa kat sekolah. Atas kekangan ini, dalam terpaksa akhirnya aku pindahkan sekolah anak2 ke tadika berhampiran rumah saja pada sesi pertengahan tahun tu. Bukan senang nk cari tadika yg masih ada kekosongan masa ni.

Tadika Intelek Ria akhirnya menjadi pilihan kami. Boleh kata 70% tenaga pengajar include owner (pengetua) nya Indian. Yang paling menyedihkan kami hanya 1 je lah kot - baju seragam nya hanya ada pilihan set skirt pendek. Drastik lah perubahan seragam nya, dgn seragam tutup aurat di Genius Aulad dulu.

So far pendekatan tadika ni amat sesuai dgn anak ke-2 kami - Ainaa. Ainaa ni baru 1st year masuk tadika tahun ni. Di tambah dgn perangai nya yg agak lasak tapi manja kededek, byk yg perlu kami beri perhatian lebih pada dia berbanding kakaknya Aisyah.

Masa awal tahun masuk sekolah di Genius Aulad, jenuh gak lah melayan songeh nya. Dia di kira paling muda dlm kelas 5 tahun sebab lahir pertengahan bln 12, maksudnya pada bln 1/2011 tu dia masuk dgn usia 4 tahun 1/2 bulan!!! hehe. Nasib baik cikgu2 dia byk memahami dan bagi dia ruang utk slowly adapt the situation. Tapi yg geramnya, Ainaa ni kdg ambil kesempatan atas keterbukaan cikgu pd dia, so sepanjang sekolah di Genius Aulad sempat lah dia pegang gelaran ratu toilet, ratu main, ratu air mata, ratu gaduh. Adeh la. Sepanjang 6 bulan sekolah di Genius Aulad, tak byk perubahan yg kami boleh harapkan dari Ainaa.

Bila di tukarkan ke tadika Intelek Ria ni, pada awalnya dia memberontak jugak takmo ke sekolah. Sebab katanya CIKGU GARANG!!! Dah biasa cikgu kat genius Aulad yg suka manja kan dia agaknya. Haha. Di Intelek Ria pulak, pantang dia wat pangai sket, denda katannya ROTAN!!! Tapi aku tgok pendekatan CIKGU GARANG ni amat berkesan for Ainaa, sebab start dr tu, dia makin rajin belajar dan ada kemajuan nya. Alhamdulillah. Utk persekolahannya tahun depan, kami akan kekalkan di sini jugak lah nanti.

Sekolah ni yg bagusnya sebab Pengetua nya fully involve dgn urusan pembelajaran & pengajaran sekolah nya. Sukatan pelajaran di ceduk dari sistem Smart Readers di mana English menjadi bahasa utama. Ikutkan hari ni (21/11/2011) dah start cuti sekolah, tapi pengetua nya bagi arahan supaya semua murid hadir ke sekolah sampai habis bulan ni utk tujuan REVISION & IMPROVEMENT murid2 nya.

Monday, 24 October 2011

Ujian Diagnostik Tahun 1

Hari Sabtu 22/10/2011 lepas, kami ke Sek. Keb. HICOM, Shah Alam utk Ujian Diagnostik Tahun 1 kemasukan 2012, bagi anak sulung kami - Aisyah Batrisyia.
Jam 7.30pagi sudah berada di kwsn sekolah. Terus cek penempatan Bilik Exam utk Aisyah. Ada 6 meja checking disediakan oleh pihak sekolah. Mula2 kami tuju meja ke-6, sebab meja tersebut paling lengang. Rupanya meja checking di susun mengikut ABJAD NAMA MURID. So, terus menonong pergi ke meja 1. tak silap jangkaan kami, nama Aisyah termasuk dlm list bilik 1. Sempat skodeng, list nama bermula dgn nama MUHAMMAD saja telah menguasai 2 meja checking.

Usai checking bilik exam, hanya melepak di sekitar kawasan tersebut sementara menanti jam 8 pagi utk Aisyah masuk ke Bilik 1.

Aduhai, Ainaa selepas di potong rambutnya tempoh hari, kelihatan semakin 'hensem' lagaknya.

Cantik gaya cangkung Mek Auni. hehe. Ralit melayan anak2, tak sedar murid2 lain sudah buat barisan di meja bilik masing2. Terus gesa Aisyah masuk barisan dia, 2nd last jadinya. Walhal antara yg terawal sampai tadi.

Ujian Diagnostik ini katanya sebagai panduan utk pihak sekolah menilai keupayaan murid2 tahun 1 yg bakal mula sekolah Januari 2012 nanti. Soalan ujian ini lebih kepada kemampuan murid utk menguasai 3M - menulis, mengira & membaca.

Seperti yg di ucapkan oleh Puan Pengetua sekolah pada hari itu, ujian ini dilakukan bukan tujuannya utk mengasingkan murid yang pandai dgn murid yg lemah. Tapi lebih kepada PANDUAN pada pihak sekolah utk mengenalpasti keberkesanan sistem pengajaran para guru mereka utk setiap murid nanti. Dan di beritahu juga pada kami, walaupun keputusan ujian murid nnti tidak memberangsangkan dan di letakkan di kelas yg ke belakang sedikit ataupun kelas pemulihan,  TAPI ini tidak bermakna selama nya murid tersebut akan terus berada di kelas tersebut. Saringan demi saringan akan terus di jalankan oleh pihak sekolah selaras dgn kematangan dan perkembangan semasa murid nanti dan akan ditempatkan ke kelas yg sejajar dgn perkembangan tersebut lah.

Beliau seakan MAKLUM kebanyakan ibu bapa mengharapkan yg TERBAIK utk anak, dan sudah semestinya pemilihan ke kelas teratas adalah menjadi idaman semua ibu bapa. As for me, duduk lah kelas mana pon Aisyah, asalkan kamu RAJIN belajar sudahhhh...

Jam 8 pagi, Aisyah bergerak masuk ke bilik exam nya. Ibu bapa 'dihalau' ke kwsn kantin skolah, jauh dr area bilik2 exam tersebut. Sebelum pergi, sempat skodeng anak dara kami ni. Hamboihhhh...konpiden ko nakkk duduk seat paling depan. Haha. Agaknya murid2 lain dlm barisan depan2 tu dh pilih seat lain elok2, tinggal seat depan2 je tadak org nk duduk so nasib laa Aisyah hat last masuk bilik kena pilih seat mana kosong je lah.

Mama doa kan moga Aisyah BERJAYA with flying colours. waaahhh matik laa feelin cam anak nk seat exam SPM!!!

Resultnya cuma ketahuan bila 'Orientation Day' nya nnti.