Showing posts with label Auni Madihah. Show all posts
Showing posts with label Auni Madihah. Show all posts

Thursday, 21 January 2016

Auni Oh Auni...


A throwback.

Tanggal 4/1/2016 yang lepas, Auni antara yang yang bergelar pelajar baru Tahun 1. Such a BIG moment for us. So harus lah gigih update hal begini. Sekadar untuk kenangan tuan belog.

Masih terbayang hal Auni pada Hari Orientasi November lepas. Gayat ikutkan nak tempuhi hari pertama persekolahan. Aku cuma mampu berdoa banyak2 moga Auni tak buat hal sangat sampai tak terkawal dek kami. Tambahan Cik Abe pon ada pergi sama menemani kali ini, rasa sedikit secure Auni tak buat hal lah kot. Takut Abah katanya.

Steady lagi masa ni.
Drama air mata Auni bermula usai waktu rehat. Tatkala dia tahu kami tak boleh dah meneman dia sampai ke kelas, saat tu lah keluar perangai cembeng nya. Tak mahu masuk kelas. Dah masuk kelas tapi mata asyik tengok keluar kelas mencari kami sambil menangis. Sabo je lah. Kemuncak nya dia muntah belahak dalam kelas!!!

Hari pertama persekolahan berakhir dengan Auni balik sekolah dengan baju persalinan baru.

Hari ke-2 terasa getir sebab terpaksa handle Auni sorang2. Kali ni set mind to the worst. Apa nak jadi, jadi lah. Redah saja orang kata. Hari ke-2 ni Auni menduga aku seawal babak pertama di tempat perhimpunan. Takmo masuk barisan kelas nya. Saat pelajar lain dah elok masuk barisan kelas masing2, dia masih tercegat kaku di tengah2 sambil memandang ke arah aku. Tak lama kemudian pecah suara tangis nya memecah keheningan sekolah. Seronok nya kan? anak sapa lah niiiiiiiii...rasa nak lari jauh2 menyorok. Haha.

Nak tak nak kena lah pergi jugak hadap dia konon nak tenang kan dia lah. Tapi rupanya makin teruk! Bukan takat melalak nangis, kali ni dengan baju aku sekali di pegang tarik kuat takmo lepas. Ahhhhhh sudah. Di tengah2 perhimpunan, di depan2 semua pelajar, guru dan ibubapa. Ko rasa? OK FINE.

Mujur lah tak lama tu sorang cikgu perempuan mai tolong. Dia ambil pegang tarik Auni lepas tu buat isyarat suruh aku cecepat pergi. Tanpa banyak soal, aku pon pergi lah dari situ dengan 1001 perasaan. Tak jauh aku berjalan dari kawasan perhimpunan, aku menyorok belakang sebatang tiang ni dengan jiwa kacau.

Selesai pelajar semua kena masuk ke kelas masing2, aku cecepat cari guru nya tadi. Soalan pertama Cikgunya pada aku "Anak sulung ke ni Puan.." ehhh tak, ni anak ke 3 dah ni. Anak pertama dan kedua takda perangai gini pon awal2 sekolah dulu. Saya pulak naik gayat bila hat ke 3 ni wat pangai. hehe.

Cikgu nya cakap jangan risau, serah pada sekolah saja nanti pandai2 lah cikgu kelas nya handle. Puan balik lah dulu. Baikkkkkk. So aku balik opis kejap dengan hati libang libu teringat kan anak.

Jam 9.45am keluar opis balik nak intai Auni time dia rehat pulak. As expected aku jumpa dia tengah nangis ntah apa2 kat kantin tu. Cehhhhhh. Lagi sekali cikgu perempuan tadi mai tolong aku tarik dan ambil dia bawa masuk kelas. Pahtu aku dah tak berani dah nak pergi intai Auni. Lagi elok dia tak nampak aku kot. Biar lah dia belajar survive. Abih2 pon dia nangis sampai muntah belahak macam hari semalam ja lah kot. Huhu.

Auni ni budak yang lambat panas orang kata. Suasana baru, kawan baru. Dia bukan nya tak suka sekolah at all.

Hari ke-2 persekolahan sekurang2nya berakhir dengan sedikit bagus bila melihat muka nya ceria saja keluar sekolah seolah2 tadak apa pon jadi that day. Hai la anak. Hati mak ko ni NGERI nak membayangkan bagaimana lah pulak drama ko nak buat esok hari.

Balik sekolah kemain senyum sengeh ko yer
Hari ke-3 persekolahan. Berbekal strategi baru aku lebih yakin hari ni. Strategi lah sangat katanya. Lepas letak Auni dalam barisan kelas nya, aku cakap tegas "Mama nak kena pergi opis dah ni. Auni duduk sekolah elok2, jangan nangis. Cari kawan" Abis cakap tu aku terus angkat kaki cecepat.  Sambil jalan tu aku doa banyak2 jangan lah Auni tu berlari nak ikut aku balik!!! hahaha. Mujur benda tu tak jadi.

Hahhhh, tu lah strategi aku. Hati kena KENTAL bebb. Ko nak suruh anak hati kental, ko dulu kena berhati kental yer mak2 yang ada anak cengeng gini. haha. Lagi dilayan lagi cembeng si anak, bukannya makin elok pon benor nya.

Tapi hati aku tak kuat gak benornya. Dalam 30 langkah gitu, aku pusing balik weiiiiii. Auni tengok saja mak nya patah balik. Muka nya berubah sedikit cuak. Oh my, jangan stat. Aku patah balik sebab aku tetiba rasa nak bagi REWARDS saat tu jugak sebab dia tak nangis dan tak ikut aku balik at first aku tegas tinggal kan dia tadi.

"Mama lupa nak salam peluk dengan Auni tadi..." saja aku buat alasan gitu walau dah buat pon benornya "Eh Auni dah ada duit belanja kan..." Laju Auni angguk. Muka nya nampak ceria balik. "OK bagus. Ni Mama tambah lagi singgit duit belanja sebab Auni sangat bagus hari ni" Aku peluk cium dia then blah. Kali ni betul2 blah tak pusing patah balik dah. Phewwwww.

Jam 9.45 pagi aku keluar opis pergi tengok Auni waktu rehat nya hari ni masih seperti hari 1 & 2 kah lagi. 
Sambil cari Auni kat kantin tu aku beli kan air milo sesiap untuk dia. Kesukaan dia, takut dia tak sempat beli.

Auni dah ada geng!!! Allah. Aku pulak rasa nak nangis tengok dia dah berkawan dan seronok gitu. Dah tak peduli dah kelibat aku, malah siap suruh aku balik. Hamboihhhh. Air milo yang aku beli kan utk dia pon tak mahu di ambil nya. "Auni dah beli dah minum dah tadi. Mama minum sendiri lah, Auni nak cari kawan nak masuk kelas dah..."

I have buddy friend already
Sujud syukur mak ko. Berakhir sudah episod ngeri nak hantar anak pergi sekolah. Sekolah kebangsaan belah pagi ni saja Auni wat pangai. Sekolah Kafa belah petang elok saja. Maybe Kafa tu kakak2nya ada sekali satu sekolah dia tak rasa cuak sangat kot.

Happy you, happy me

Now, dah hampir sebulan dah persekolahan boleh kata Auni makin matang dengan dunia baru nya. Kelas nya pon dah bertukar lagi sekali minggu ni. Tukar kelas makna nya cikgu dan kawan sekelas pon bertukar. Aku tengok dia masih ok, dah pandai adapt, dah pandai berdikari. Alhamdulillah.

Tatkala kebanyakan ibubapa sudah lega menghantar anak di luar pagar sekolah saja, aku masih lagi kekal dengan rutin pepagi hantar dia sampai ke barisan kelas nya di tempat perhimpunan. Mungkin aku punya masa banyak pepagi hari sebelum ke opis. Tak ada apa nak rushing, takat spend 5-10 minit gitu pejam mata saja lah. So just enjoy the moment. Berjalan berpimpinan tangan dengan Auni selagi dia mau dia suka. Dah besar esok2 macam kakak2 nya dah tau malu kot berkepit dengan mak lagi.

Auni at 3 yrs old. How time flies.


Monday, 23 November 2015

Auni dah konvo, mama...


Weekend semalam memang penuh dengan agenda Auni si anak bertuah ni. Sabtu dengan ujian diagnostik nya yang penuh drama, ahad nya pulak ke majlis konvo tadika dia. Memang dia lagi teruja dengan Hari Konvo nya ni. Save the date lah kata orang.


Hari ni angkut semua pergi ke MSU. Pertama kali ke sini, suka lah persekitaran MSU ni. Majlis pon lancar dan tempatnya pon sangat selesa. Alhamdulillah, terima kasih pada pihak tadika yang dapat menganjur kan acara dengan cemerlang.



Auni kat barisan depan, far left. Tiap2 malam rehearsal lagu Rama2 tu sampai mama pon dah naik hafal steps dan liriknya. Baby Daneen pon asal kakak Auni nyanyi lagu ni sure tersengeh bongeh spashly smpai part "ponggggg" kepompong pecah tu gelak terkekeh2. haha. Depa buat 2 shows, satu lagi Asma ul-Husna.


Si kecik baby Daneen dan kakaknya Ayra tak berapa sihat, mujur tak meragam sangat. Ayra tu sebelum keluar rumah dah sesiap telan ubat demam, sampai MSU terus galak lari kulur kilir jenuh nak kepung. Terima kasih to kakak Aisyah dan kakak Ainaa yang banyak tolong Mama jaga adik.



My little Auni yang paling manja kededek dan paling girlish, or paling gedik Ainaa cakap. Suka bangan jadi Elsa Frozen, suka mekap, suka baju bling2, suka high heel. Sampai now masih berebut dengan Ayra nak tidur sebelah Mama tiap malam. Aduhai la anak, kamu lupa ka dah punya dua adik bawah kamu. Tahun depan dah darjah 1 dah pon. Maybe dia paling lama sikit jadi bongsu kot, tu yang demand lebih.

Lepas ni 'pencen' sat hantar anak ke tadika. Tunggu lagi 3, 4 tahun untuk Ayra dan Daneen pulak kalau panjang umur.

Ujian Diagnostik Tahun 1 Sesi 2016 - Auni oh Auni.

Sabtu kelmarin Auni ke sekolah baru nya nanti untuk Orientasi dan Ujian Diagnostik Tahun 1. Awal bebenor sekolah ni buat. Tapi kira bagus jugak lah lesai awal2 ni, boleh bercuti dengan senang hati sampai buka sekolah 4/1/2016 nanti.

Hari tu cuma aku saja hantar Auni, My cik abe kena kijo pulak. Bawa Ainaa as peneman. Anak2 lain semua tinggal kejap kat taska dengan anak buah. Risau gak takut Auni buat perangai, jenuh la nak handle. Doa banyak2 moga dipermudah kan.

Sampai sekolah, terus bawa Auni ke tempat berkumpul. Tengok dia pon ok saja, lega lah kita ni. Lepas dia masuk barisan bersama budak2 lain, aku terus ke dewan untuk taklimat bersama Guru Besar (GB). Since sekolah ni kira baru gak pada aku, so sangat lah teruja nak dengar amanat GB nya. Masa tu aku sempat jeling ke arah tempat Auni, tengok dia dah gerak masuk ke kelas untuk ambil ujian.

Memang lain sikit lah budaya dan suasana sekolah ni banding dengan sekolah Aisyah Ainaa. Sekolah baru katanya, nampak lebih Gah gitu. Baru tu tak baru lah, tapi banding dengan sekolah Aisyah Ainaa tu lagi lah lama bangunan2 nya.

Actually sekolah ni dengan sekolah Aisyah Ainaa jarak nya less 1km saja. Dulu tak terfikir nak daftar depa kat sini, sebab tengok sekolah ni too crowded depan sekolah nya which is aku rasa not good lah untuk urusan transport. Memang itu pon yang GB nya hilite gak, tapi rupanya depa ada sistem yang agak cekap untuk menangani masalah utama dorang.

Aku daftar kan Auni kat sini sebab sekolah ni ada sesi pagi untuk Darjah 1. Tahun depan semua kakak nya sekolah sesi pagi, so aku rasa ada baik nya dia juga sekolah sesi pagi. Aku plan nak handle sendiri transport depa ke sekolah. Dah alang2 opis dekat dengan sekolah dorang. Jimat banyak situ.

Taklimat GB selesai ja, kami terus ke kantin cari makan sat. Langsung lupa nak jenguk Auni. My mistake lah sebab OVER konpiden yang Auni tu boleh bawa diri. Padahal aku tau Auni tu boleh tahan kededek dia. Huhu.

Lesai makan, aku kembali ke dewan tadi untuk urusan bayaran yuran. Tetiba, jeng jeng jengggggggg.

Aku nampak Auni tengah nangis weiiiiiiiiiii. Ahhhhh sudahhhhh. Terus sejuk kaki tangan aku. hahaha. Dia ke situ untuk cari kami, gayat bila tak jumpa mak nya.

Tanya dia macam2, tapi no answer. Auni dah siap jawab ujian ka? Auni lari dari kelas ka? Auni nak ke toilet ka? Meronta2 menjerit dia takmo balik ke kelas nya, nak balik rumah katanya. Adoiiii. Glemer kejap lah mak ko. haha.

Nasib la mak ko ni kental jiwa raga nak oiiiii.

Aku cepung dukung dia bawa naik ke kelas nya balik. Jumpa cikgu kelas nya, pelik cikgu nya pon tak tau Auni keluar kelas. Tengok senarai nama pon tak ada tanda kehadiran tercatat. Tak masuk kelas ka anak aku awal2 tadi? Auni masih menangis dan meronta2 takmo masuk kelas. Bertabah je lah aku dengan pandangan parents lain tengok kami masa tu. Sempat gak aku dengar sorang mak ni ckp "takutnya kalau anak kita pon gini kan bangggg.." hahaha. OK fine.

Cikgu nya suruh kami balik bila tengok keadaan Auni dah gitu. Tak guna gak Puan paksa dia amik exam hari ni, nanti dia stress tak dapat jawab. Aku tetiba jadi sakit hati sangat dengar ayat cikgu tu. Dah la aku tengok dia pon takda inisiatif nak pujuk psiko Auni. Ehhh cikgu darjah 1 kottttttt, sure dah mindset dengan masalah2 gini boleh jadi kat anak2 yang masih baru ni.

Pelan2 aku tarik nafas dalam2. Istighfarrrrrrrrr.


Aku kata nak amik exam gak hari tu. Cuma aku mintak bagi masa kat kami nak tenteram kan Auni. Aku tau Auni boleh buat, cuma maybe dia gayat kejap bila tengok aku tak ada dekat2 dia macam makpak budak lain. Aku ingat SEMUA IBUBAPA WAJIB ke dewan dengar taklimat GB. Rupanya bila aku pergi antar Auni ke kelas nya, ramai giler kot dok menebeng tepi kelas anak masing2. Chehhhhh. Anak jenis hati kental ok la, tapi Auni ni hati kerdil sure gayat bila tengok mak nya tadak.

Alhamdulillah Cikgu nya bagi kebenaran Auni sit the exam walau lewat hampir sejam dari budak2 lain. Ujian Diagnostik ni diberi masa 1 jam 30 minit untuk menjawab nya. Ada budak dah siap jawab pon ada dah masa tu.

Aku bawa Auni ke toilet, freshen up. Bagi dia tenang dan rilex. Buang air kecil. Baru nampak dia ok.Baru nak bercerita hal dia tadi. Katanya dia dah masuk kelas dah dapat kertas soklan. Tapi lepas tu dia kata SEDIH sebab tak nampak aku. So Auni keluar lah cari mama. Siap dia tanya kenapa aku tak pergi kelas dia, mama orang lain semua pergi katanya. Yer lah, yer lah, salah mama kamu.

Tengah urus kan Auni tu tetiba masuk sorang cikgu ni kalut tanya aku kenal ka dengan mak budak boy sorang ni. Budak ni nak berak, mak nya ntah mana, Puan kenal tak mak nya? Ko rasa?...aduhai cikgu zaman milenium. Agaknya takut kena basuh berak budak ka apa. Budak tu tak terberak pon lagi dalam seluar kot. hahaha. Ko kena TOLONG ja budak tu, takkan itu pon ko nak kelui panggil mak dia. Tahu gitu, baik lah kami makpak ni takyah ke mana2, hadap anak masing2 je lah dari awal sampai lesai.

Aku cakap mana lah nak tau anak sapa ni cikgu. Ramai, beratus makpak kat luar nun. Aku pergi ja ke budak tu tanya dia nak apa. Dia kata nak berak tapi susah nak buka belt seluar dia. Aku tolong lah kejap. Cikgu tadi dah blah keluar jamban!!! hoihhhhhh.

Auni dah cargas nak sit exam balik. Tapi dengan syarat aku kena dok dekat dia lah. Cikgu pon dah bagi meja dekat pintu senang aku dok dekat dia. Cikgunya suruh aku tolong sekali Auni jawab soklan. Puan tolong explain saja tau, jangan bagi jawapan pulak. Baikkkkkkkkkkkkkkkk.

Budak bertuah of the day

Memang gitu pon kaedah Ujian Diagnostik ni. Cikgu akan bagi guideline nak jawab soalan bersama2. Cikgu akan baca kan soalan dan pilihan jawapan untuk budak2 jawap sendiri. Cikgu akan ulang2 soalan dan jawapan jika ada budak2 yang masih tak faham. Bagi budak yang cepat paham depa akan terus baca dan jawab sendiri. Ok sangat lah kan. Tapi since Auni sorang ja ketinggalan, cikgu nya takmo lah ulang balik dari soalan 1 tu. Cikgu2 kena fokus budak2 lain yang dah nak abih jawab.

Kertas soalan tu ada merangkumi semua latihan kemahiran - menulis, mengira dan mewarna dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Senang2 saja soalan nya, mostly apa yang di ajar di tadika tu semua ada lah. Contoh soalan nya macam baca jam pukul berapa, suai padan gambar, soalan matematik tambah dan tolak.

Dah naik syehhhh menjawab, terus naik kaki atas kerusi.

Auni pon bila mood dah ok tu, takda lah aku nak kena layan dia lagi. Biar kan je lah dia jawab sendiri. Lega sangat aku akhirnya berjaya gak pupuk jiwa budak ni balik. Cikgu nya pon mai bisik kat aku, sambil peluk bahu aku katanya mujur Puan tak balik tadi bila saya suruh balik. Aku senyum kelat. Teringat kes dalam tandas tadi pon yer.

Yer lah, maybe cikgu tak kenal anak kita, tapi aku rasa kalau dah amik tanggung jawab jaga budak2 tahun 1 ni para guru kena lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal jadi. Memang lah di zaman milenium ni orang kata budak2 semua dah cerdik, takda takut2, takda nak melalak cembeng lagi dah. Almaklum semua budak la ni pergi pra sekolah sebelum naik darjah 1. Takda istilah baru nak sesuai kan diri ke apa.

Ntah la. Pada aku, budak tetap budak. Salah timing, salah kero sikit, apa2 boleh jadi. Aku lebih pada salah kan DIRI SENDIRI je lah, sebab lalai menilai mood Auni hari tersebut bila berdepan new crowd. Lalai sebab langsung lupa nak jenguk keadaan dia walau sekejap. Lebih fikirkan nak cari makan dulu lepas taklimat GB tu dari nak pergi jengah anak. hehe.

Proud myself too sebab mampu handle situasi tu dengan baik dan cool. Cool la sangat. Yupp,walau berdepan dengan pandangan sinis makpak lain dan cikgu2 nya di awal2 tu. Ntah la, maybe pengalaman ANAK LIMA kot, buat aku jadi mak yang lebih tabah, lebih selamba dan lebih tebal muka. hahaha. Cuma pesan aku, kalau berdepan suasana gini, tak kira anak kita or anak orang, kena sama2 bagi semangat. Jangan tambah masalah orang. Baik diam dari berkata2 ayat negatif.

Balik rumah malam tu baru cerita kat cik abe. Tu pon dia yang tanya dulu pasal Auni. Pada aku semua dah jadi sejarah. Sejarah yang manis2 tentunya untuk di kenang.

   

Friday, 12 July 2013

Auni Madihah...


Bulan 10 nanti genap umurnya 4 tahun. InsyaAllah Mama hadiahkan baby for Auni yer nanti. hehe.
Marah betul kalau orang cakap dia dah besar. Soheh di sangkalnya "Auni kecik lagi laaaaa..." yer lah, body je kecik nak oiiiiii.

Suka makan mihun sup, ratah milo kosong dan air oren Sunquick. Air oren tu kena bancuh cukup sejuk dan masam manis nya. Kadang nak ngelat belikan dia kordial senang nak bancuh. Takmo dia. Tak sedap katanya. Memilihhhhhhh.

 



 

Since install Unifi dulu, hobinya berjaga tetengah malam layan tab cap ayam. Malam gitu je lah pon dia nak melayan tab, siang hari tak mandang pulak. Layan TV lagi syok with kakak2nya kot. Malam hari, kakak2 suma tido awal dek penat sekolah, tinggal dia sorang masih buntang mata.


Peberet dia cenel about 'playdough' or 'making food fun easy'...tu dia, kemain pjg tajuknya ntah nak describe tak tau ler. Contohnya macam hat gini.





Hat "Oekakigumirando' tu paling dia suka tengok. Kawe pon ralit bila kadang tu tumpang tengok.

Monday, 18 March 2013

Chicken Pox (CP) : A story of Pantang Larang...


My dear Auni dah hampir bebas dari CP nya. Alhamdulillah. CP Auni tak byk sgt naiknya. Kekecik je biji CP tu. Tapi nak prevent dia dari garu bekas CP tu memang payah la. Tapi since semalam dah hilang dah gatalnya, lega. After cuti dua hari bekerja dan 2 hari cuti weken, hari ni kena lah masuk kerja balik. Dah namanya kulikutif nak cuti lelama pon takleh.

Ikutkan tak boleh hantar lagi ke Taska nya. Menurut kawan2, fasa CP tengah nak kering tu lah fasa paling berpotensi untuk menjangkiti orang2 kelilingnya. Kesian la pulak kalau terjangkit kat budak2 lain kat Taska tu.

Aku pon benornya pantang kalau nampak ada budak2 yang got CP tapi parents dorang still hantar juga ke Taska. Pastu soheh berjangkit2 habis satu taska tu. Sama kes Auni ni ler jugak. Dua minggu lepas memang nampak ada sorang dua budak yang kena CP. Kadang Taska dah tolak takmo terima budak2 yang kena CP ni. Tapi atas perikemanusian dan prihatin depa, terpaksa terima jugak. Selalunya anak buah yang kerja situ akan isolate lah, budak sakit kena jaga khas kat tingkat atas.

Nak jadi cite budak sorang ni adalah anak pada pekerja situ gak. Ragam anak sakit kan, nak berkepit dengan mak nya 24 jam. Maknya kena buat kerja khas kat situ takleh nak bertapa tunggu dia lam bilik isolate tu sokmo. So kadang anaknya bercampur duduk dengan budak2 lain, mana la tak berjangkit.

Tapi aku pon takda nak salahkan maknya sgt. Paham camno hati sorang ibu yang bekerja ni. Anak sakit nak amik cuti, bukan senang. Tambah2 kalau sakitnya berlarutan berpanjangan mcm CP ni. Tak cukup takat sehari dua amik cuti. Tapi kalau kita ada pilihan dan peluang, sila lah amik cuti jaga anak yang kena CP ni kat rumah. InsyaAllah, bila kita niat takmo susahkan orang lain, Allah akan bagi kita 1001 hikmah yang tak tercapai dek akal kita.

So the above was NO. 1 of pantang larang nya. hehe.

Pantang larang lain yang always spreading among moms (which is tak soheh ada ke takda bukti saintifik nya) as follows.

1.  Jangan memasak goreng2 atau tumis2 dalam rumah. Bimbang aroma atau minyak bertebaran kat udara tu akan meresapi kulit anak yang kena CP boleh buat jadi gatal2 merenyam.

2. Elak makanan yang ada unsur2 kegatalan macam ayam, telur dan makanan bergoreng. Ikan tertentu saja boleh makan.

3. Jangan kena air hujan, nanti berparut bekas CP.

4. Jangan makan kicap. Hat ni aku tak tau pasai pa. Adakah takut bekas CP jadi parut HITAM?

5. Elakkan menggaru CP takut berparut tak cantik la pulakkkk. Pastikan kuku pendek bersih dan kalau perlu sedia kan towel kecil untuk gosok part yang gatal mereyam tu.

6. Elak kan mandi dengan sabun atau bersyampu, berlosyen bagai. Lumur calamine lotion takpa.

7. Pakai pakaian yang sesuai material nya supaya tidak menambah darjah kegatalan CP. If kat taska, depa bolen kan ajer, pakai pampers saja budak2 ni.

OK. Sekian sedikit info dari doktor yang tak bertauliah.




Sunday, 4 November 2012

There was happy and sad day...

...on our Saturday.

Ainaa kemain seronok pagi Sabtu ni. Ada acara konsert tahunan sekolahnya, menjadi lebih manis utk senior seperti dia sebab ada Graduasi.



Untuk konsertnya, Ainaa terlibat dgn lagu Tamil. Persalinan bajunya disediakan oleh pihak sekolah. Kalau suruh Mama yg sediakan, rasanya tak terbeli kot baju gini. Cantik juga bajunya, tp material nya tak baper selesa. Nasib lah pakai pon sekejap saja for that day.

Mama tacap sikit muka Ainaa biar nampak berseri sikit for her concert. With limited skills and stuffs, I am done with 'colouring' her face. Yg penting, she satisfied and happy with the result. Berani kamu x suka??? haha...

 
 
Aisyah pon nak tumpang sekaki Mama mekap kan. Sudahnya mata yang buntang jadi nampak sepet. haha. Ntah2 apa mama ni. Org mekap nak kasi besar, bundar mata. Mama mekap kan terus jd mata sepet!!!
 

 

Before off to tempat konsertnya, sempat singgah bekpes jap layan roti canai. Auni kalau roti canai telur boleh abih sekeping dia makan sorang.


Sampai dewan konsert jam 9 pagi. Sama je tempatnya dgn tahun lepas di Dewan Sekolah Wawasan USJ 15. Nothing much to expect for this events, macam  tak ada improvement je dari segi pengendalian majlis dan aturcara majlis. Berlapang dada saja. Yang penting pelajar suma happy and ada kenangan manis for their kindergarden phase.



And this is acara Ainaa. Nari gelek2, goyang2 rupanya. Patut laa jenuh suruh dia tunjuk demo camno dia kena nari for konsert, mati2 takmo tunjuk depan kami. haha. Malu katanya.


Ainaa at back row. Hamboihhh dpt partner mamat rambut pacak yer...



Mama tengok kat list acara, Lagunya tajuk "BILLA'. Soheh la mama x pernah dengar lagu ni. Maybe lagu tengah pemes ni kot yer lam carta depa.
 
 

Then, saat yang ditunggu for murid umur 6 tahun - pakai jubah & topi konvo. Alhamdulillah and Tahniah my dear.


Usai majlis lebih kurang jam 1pm. Ala balik, kami singgah di Giant Putra Heights for little shopping and lunch. Lepas siap makan, cik abe stay with anak2 kat Games space. Aku lak terus ke Kedai Anakku di level bawah mencari hadiah utk anak kawan. Sempat ingatkan cik abe more alert jaga anak. Knowing him yang sgt2 particulars bab anak, tak byk yg aku perlu risau kan pon.

Santai lah aku pon doing the shopping, It's always heaven kalau tiba bab shopping baju baby ni kan? Setel beli brg kat situ, sempat lg aku jengah2 kedai sekitarnya. Agak lama jugak dok santai2 sambil menanti cik abe turun dari level atas with anak2. Dah boring tu, terus la tepon cik abe tanyakan. Alih2 dia pulak tanya aku " AUNI DENGAN AWAK ke?..." AHHHHHHHHHH SUDAH!!!

Cepat2 aku meluru naik ke level atas, biar betul Auni tadak lam jagaan cik abe? gelap seketika dunia. Ya Allah. Cik abe cakap dia tinggal kan Auni with Aisyah seketika sementara dia tukarkan token mainan kat kaunter. Dekat situ je pon. tapi aku agak dia tinggal kan Auni gitu je tanpa Auni tengok abahnya pergi mana. Auni tgh ralit main masa tu katanya so dia pesan kat Aisyah. Aisyah lak maybe pergi mainan kat sebelah situ kejap tinggalkan adik dia main sorang2. Yang Auni lak bila dh abih main, stat mencari suma org sampai ntah mana2 dia pergi. Cik abe balik semula kat tempat mainan tu tengok2 anak dah tadak!!!

GILA. Rasa nak menjerit kuat2. Mana anak aku?????

Then, aku recall masa tgh santai jengah kedai kat bawah aku ada terdengar pengumuman anak hilang. Wonder that is my doter?? Ya Allah, mudah2 mudahannnnnnn ya Allah. Laju kaki aku seret ke kaunter info. Cik abe lak ntah mana dh dia pergi mencari anak. Dalam aku laju2 jalan tu ada sorang lelaki tegur.

"akak cari anak hilang ka?.."

Yer dikkk...ada nampak tak, budak pompuan kecik umur 3 thn pakai baju, suar biru?..
macam bertih aku menjawab. Dada terasa ketat seketatnya. Mata seakan kelam. Badan mahu rebah.

"saya dengar ada pengumuman tadi. rasanya dh betul kot budaknya tu. Cer akak pergi tgok.."
hahh...sama lah pengumuman aku dengar gak td.

 Sesampai kat kaunter info, SAH AUNI!!!

Elok je dia tak nangis ke apa, dikelilingi staff Giant masa tu. Include sorang mat salleh, Store Manager katanya. Dalam gembira dah jumpa anak, hati sebal mengingatkan kelalaian kami. Whatever reasons nya it should NOT happen, ever!!! and walau anak hilang di bwh jagaan pihak suami, namun IF somethings worst happen, tetaplah kesilapannya di kami berdua. Kesilapan yang boleh membawa gundah gulana seumur hidup.

What am I without this child? my treasure, my breath, my everything...


 
Auni was about 10 minit hilang from us. 10 minit seakan bertahun rasanya menanggung seksa. Masa mula2 kami jumpa dia, Auni nampak ok tp mukanya seakan kompius. Ku peluknya ketat2, just say that everythings was fine and we love her very2 much.



Terus lah kami balik lepas tu. Tak sampai 5 minit kemudian, Ainaa lena dalam pangkuan. Letih maybe dgn pengalaman baru nya kali ini. Kejap sungguh dia pegang peluk plastik jajan yang di beri oleh staff Giant tu.



I bet that jajan was her strength bila dikelilingi org yang dikenali. The jajan always be a jajan, we dont have to put much trust on it compared to people yng tak dikenali around her masa tu. Ntah la. So sad bila tengok muka dia tgh tidur tu.

Alhamdulillah, I am very lucky enuff bila dapat melihat his face again.

My dear, Dont you dare go far away from us...



Tuesday, 23 October 2012

Nikmat sihat cara Auni...

 
tengok apa tu?
 
"...ASYKAR"...
 
 
 
MADAGASCAR rupanya
 
 
Alhamdulillah Auni dah fully recover demam nya by end last week. Tu yang hari Ahad tu boleh lenjan main air sepuas hati with kakaks.
 
 
 
Bila dah sihat kembali ni, makin banyak makan. Salu gitu kan? selera bertambah2 bila baik dari demam. Minum susu kalau selalunya takat 2-3 botol sehari. La ni selang 2 jam soheh dia minta susu. Benda lain makan tak hengat jugak. Itu nak, ini nak. Badan kecik gitu jugak. Takpo lah, asal sihat ada selera nak makan, mama dah cukup gembira my dear.
 

 


Wednesday, 3 October 2012

Auni yang demam

Dah lama jugak Auni tak demam sebegini. Dari malam semalam lagi dah stat demamnya. Kemuncaknya, dia muntah belahak memalam buta. Kasihan sungguh anak mama. Dengan mata terpisat menahan ngantuk aku gagah kan bersihkan muntah dan tukar salin mana patut.

Malam ini seawal jam 8 malam dah masuk bilik beradu. Usai Cik Abe keluar hantar Aisyah dan Ainaa ke kelas mengaji nya, pelan2 aku angkat Auni yang dah tidur naik ke bilik. Kasi lap badannya dengan tuala basah.



Alhamdulillah selepas hampir sejam dok mengelap badannya kembali suhu normal. Lega sikit.

Now rehat jap sambil blogwalking. Hypp TV Unifi ada bagi siaran percuma utk semua channelnya selama seminggu (1/10 -7/10). Tak terlayan nak tengok semua. Banyak gak channel yg menarik pada aku mcm Luxe.TV (psl fashion semata...), Travel channel, Nat Geo Music, Nat Geo Adventure, Warner TV, Universal TV, Fox Crime TV, TVN HD (Korea)...eh macam pjg je list aku ni...haha.



Wednesday, 11 July 2012

Singgah rumah Opah...


Assalamualaikum Warahmatullah,

Kisah hari minggu yg lepas...



Nota : Auni si bongsu paling gembira dgn persinggahan ini. Siap bagi SALAM nak masuk rumah!!!

Monday, 17 October 2011

Baru Dua

Apa yg baru DUA tu??...

Alkisahnya, 16/10/2011 adalah hari ulangtahun ke - 2 bagi AUNI MADIHAH, anak ke-3 kawe. Alhamdulillah, baru dua tahun di izinkan Allah s.w.t utk bernafas di bumi ini, dan semoga terus di panjang kan usia wahai anak ku utk melayari tahun-tahun seterusnya. InsyaAllah. Aminnnnnnn.

Anak ke-3 ini meneruskan tradisi kakak2 nya di lahirkan di Hospital Putrajaya di waktu dinihari. Jam 8 pagi di sorong ke wad dan jam 2.30 tgh hari telah di benarkan keluar wad. Alhamdulillah, sepanjang 3 kelahiran ini telah di permudahkan segala oleh Allah s.w.t.

Namun, kelahiran ke-3 ini jua telah terkesan sedikit kepayahan nya. Mungkin atas faktor usia ibu nya yang semakin meningkat menyebabkan proses kelahirannya lelah banyak. Seakan SERIK juga bila di kenang kembali detik itu. Tapi, SERIK sekejap org kata, lepas tu semuanya HILANG seakan tiada apa yg di takuti lg. "Jum, bikin No. 4 bila pulak..."hehe.





Auni hanya sempat fully breasfeeding selama setahun usianya. Selepas itu, terpaksa campur susu nya dgn susu formula biasa. Dan sehingga saat ini, masih lg bf budak tenit ni secara part time. Belum ada plan nk stop kan bfnya, selagi ada kemampuan teruskan je lah.


Antara 2 org kakaknya, Auni paling rapat dgn kakaknya yg sulung - Aisyah Batrisyia. Si kakak sulung (usia 6 tahun) ni pon dah boleh di harapkan utk tugas menjaga adik nya dgn penuh kasih sayang. Si kakak no. 2 - Ainaa Najihah pulak lebih pada geng bergaduh nya saja walaupun beza usia depa 3 thn.


Mama doa kan moga anak2 mama terus di lindungi oleh Allah s.w.t. sepanjang masa drp segala musibah, menjadi anak-anak yg solehah dan menghormati org tua, di beri kejayaan di dunia & di akhirat, menjadi insan kesayangan di mana jua kamu semua ditempatkan, di tetapkan iman nya sepanjang usia dan mendapat jodoh yg baik nnti utk menjaga kalian di dunia & akhirat. Aminnnn.