Monday, 23 November 2015

Auni dah konvo, mama...


Weekend semalam memang penuh dengan agenda Auni si anak bertuah ni. Sabtu dengan ujian diagnostik nya yang penuh drama, ahad nya pulak ke majlis konvo tadika dia. Memang dia lagi teruja dengan Hari Konvo nya ni. Save the date lah kata orang.


Hari ni angkut semua pergi ke MSU. Pertama kali ke sini, suka lah persekitaran MSU ni. Majlis pon lancar dan tempatnya pon sangat selesa. Alhamdulillah, terima kasih pada pihak tadika yang dapat menganjur kan acara dengan cemerlang.

video

Auni kat barisan depan, far left. Tiap2 malam rehearsal lagu Rama2 tu sampai mama pon dah naik hafal steps dan liriknya. Baby Daneen pon asal kakak Auni nyanyi lagu ni sure tersengeh bongeh spashly smpai part "ponggggg" kepompong pecah tu gelak terkekeh2. haha. Depa buat 2 shows, satu lagi Asma ul-Husna.


Si kecik baby Daneen dan kakaknya Ayra tak berapa sihat, mujur tak meragam sangat. Ayra tu sebelum keluar rumah dah sesiap telan ubat demam, sampai MSU terus galak lari kulur kilir jenuh nak kepung. Terima kasih to kakak Aisyah dan kakak Ainaa yang banyak tolong Mama jaga adik.



My little Auni yang paling manja kededek dan paling girlish, or paling gedik Ainaa cakap. Suka bangan jadi Elsa Frozen, suka mekap, suka baju bling2, suka high heel. Sampai now masih berebut dengan Ayra nak tidur sebelah Mama tiap malam. Aduhai la anak, kamu lupa ka dah punya dua adik bawah kamu. Tahun depan dah darjah 1 dah pon. Maybe dia paling lama sikit jadi bongsu kot, tu yang demand lebih.

Lepas ni 'pencen' sat hantar anak ke tadika. Tunggu lagi 3, 4 tahun untuk Ayra dan Daneen pulak kalau panjang umur.

No comments:

Post a Comment