Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, 27 February 2013

Terjah Utara (Part 12) - Perlis Part 2


Usai di taman Ular, kami teruskan perjalanan meredah Perlis. Hajat mahu singgah macam2 tempat, tapi sudahnya kami cuma memandu mengikut kata hati tanpa tujuan spesifik. Tengah memandu, ternampak signboard ke Padang Besar, Cik Abe dan2 cakap "JOMMMM". Aku lak macam terpinga2 sebab memang tadak hati pon nak ke situ. Apa yang best situ bang oiiiiiiiii...


On the way ke sana, ada melepasi Tasik Timah Tasoh, tengok dari kejauhan saja. Ralit tengok sampai lupa ambil gambo. cesssss. Lawaaaaaaaaa area situ bebbb. Bangan nak singgah ala balik ler, skali nan ado. Balik ikut hiway Changlun.


Masa on the way ke sana, trafik amat lancar. Ingatkan tak ramai orang ler, skali sampai je kat area Arked Niaga Padang Besar tu, meremut maknosia...holiday madness, again. haha. Berjujuk2 kereta nak masuk hala situ. Parking lak memang penuh sendat kat tepi2 jalan area situ sampi ke bulatan utama depan Imigresen.

Aku tanya cik abe kot dia ada spesifik nak soping apa kat situ, tak kuasa nak singgah kalau takat nak merayap cuci mata. Aku bajet lebih kurang je dgn pasar kampung aku kot. haha. Dah nama sempadan Siam, pasar2 kat kampung aku pon byk berjual barang2 made in Siam. Murah pon murah. Ala2 pekan Rantau Panjang, Pengkalan Kubur la kot.

Tapi dah alang2 sampai tu, Cik Abe cakap jum lah singgah. Gigih dia cari parking, Alhamdulillah dapat gak selit.

Kami redah pasar tanpa tujuan. Jamu mata tengok barangan je lah. Kalau dah biasa pergi Rantau Panjang, Pengkalan Kubur kat kampung kawe nun memang tak heran sangat lah sampai sini kot. Aku tengok ramai dok borong Toto/Narita. Jenguk2 gak kot ada kedai duty free. Tutup pulak dah kedai yang aku nampak tu sempena raya cina. Pelik. Ke aku yang silap kedai. haha.

Sudahnya beli jajan sikit then beli mainan for anak2. Lepas tu balik. Memang tak rasa nak soping apa include cik abe. Aku tengok Narita/Toto tu harganya lagi mahai dari pasar Jerteh kampung Cik Abe. Huhu. Dok skodeng kot ada buah mangga, nan ado. Bukan musim kata penjual tu.

Dalam sejam gitu berada kat Padang Besar then balik. Nampak je susur keluar ke PLUS hiway terus hala situ nak turun KL.

Bila lalu hiway ni akan melepasi area Chuping which is sangat terkenal dengan ladang tebu terbesarnya tu. Dia punya luas tu tak tercapai dek akal aku. Mula2 macam teruja lah tengok ladang tebu yang cantik saujana mata mandang.

Tapi bila miles away pon keep repeating view ladang tebu ko boleh jadi naik pelik dan bosan. Pelik sebab takkan seluas itu ladang tebu saja, tadak kampung ka haper ka. Bosan sebab asyik2 view ladang tebu hat semak mata tu je ado, apa yg cantiknya pokok tebu sila habaq maiiii...kot sawah padi lawa lg kot. haaaa gitu. haha.

Punyalah luas dan jauh jarak nya sepanjang hiway tu kena menikmati pemandangan ladang tebu kepunyaan orang terkaya Malaysia katanya.


Tak silap aku ada tertengok satu signboard ni menulis info tentang ladang tebu Chuping kat roundabout di lebuhraya tu. Kagum bila tahu ladangnya seluas 8000++hektar. Phewwwww.

Lepas mengharungi lautan ladang tebu, nampak ada sebuah gerai betul2 tepi hiway dengan signboard LAKSA. Jum lah singgah, pekena laksa perlis.



Laksanya beza sikit dari laksa yang kami makan kat Langkawi tepi airport tu. Kuahnya lebih cerah. Tang lain sama je kot dari segi rasa, pekat. Oh sedap. Ainaa boleh habis sepinggan laksa ni dia sorang!! kaki laksa in making. haha. Ada geng la mama nanti.



Then aku try pulut ayam. My first time. Siap tanya camno nak makan. Rupanya kena gu makan dgn ayam goreng then terlopong jap mulut bila kena tuang sos cili thai atas pulut. Sumpah tak sedap makan pulut dengan sos cili. hahaha. Sudahnya aku kuis part sos cili then pergi ceduk amik gulai ayam. Baru lah syok. haha. Oh ya, GULAI dia amat2 la sedap!!! Gulai utara kot yer. Memang kawwwwwwwww abis. Bau gulainya melekat kat tangan aku sampai malam tu. 

Dah kenyang, teruskan perjalanan turun ke Kedah. Tadak plan singgah memana. Ada gak bangan nak singgah Teluk Beris tengok Ladang Anggur. Then singgah Taiping, bermalam kat sana. Member dok roger suruh singgah Kuala Sepetang try Mee Udang tersohor tu. Tengok camno.


Dah sampai Changlun. Kedah oredi. Seronok berjalan tempat baru gini even tak singgah memana pon. Takat tengok nama tempat, been there pon dah rasa teruja waaaahhhh Sini rupanya Changlun...waaaaah, sini rupanya Guar Chempedak...waaaahh sini rupanya Baling....hahaha. Salu tengok lam peta or dengar orang sebut je kan.

Cuaca masa ni memang terik gila. Utara katanya memang panas kering. Keluar je Tol JITRA, Cik Abe makin meresah bawak kereta. Panas begitu buat dia jadi cepat mengantuk.

So, ended up kami ambil keputusan tukar driver. Jum lah saya drive pulak, aku cakap. Dah la masa tu RNR terdekat pon jauh ke depan lagi, so nak tak nak kena lah stop kejap kat emergency lane.

bersambung....

Tuesday, 26 February 2013

Terjah Utara (Part 11) - Singgah Perlis 1


Kami sampai di jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 7 malam. Sudang rembang senja menanti fajar berlabuh. Awal2 masa kat Langkawi aku dah tepon pihak hotel kami bakal check in lewat.

Kami menapak ke tempat parking kereta tak jauh dari situ. Lega banyak bila tengok kereta selamat tanpa cacat cela. Alhamdulillah. Tiada petugas pon yang dok berjaga masa kami sampai, terus ambil kereta, blah. hehe.

Bermula misi mencari hotel penginapan kami yang dah ditempah awal. Hotel Seri Malaysia je pon, kat Kangar. Boleh kata senang mencarinya berpandukan GPS semata. Thanks to technology and adroid. haha.

Sampai hotel hampir jam 8 malam. Usai check in, masing2 tak sabar dah masuk bilik berehat.
Malam tu kami tak keluar kemana pon, makan pon order room service saja. Dah tak larat nak keluar cari makan.


Kami order 3 menu for our dinner - chicken chop with blackpeper sauce, beef chili dgn nasi putih dan nasi goreng cina. Alhamdulillah, kenyang.

Pepagi esoknya lepas breakfast layan kan anak2 mandi kolam sampai lebam. Jam 11 pagi check out. Kami plan nak ronda2 pusing Perlis mana sempat.


Muka monyok masing2 kena paksa posing tengah panas lit lit

Alhamdulillah my girls sangat2 sporting sepanjang our trip. Kesihatan pon berada tahap terbaik. Walau cuaca sangat panas di Utara ketika itu, but we manage in good condition. Cuma muka masing2 ada lah kesan sunburn spashly Auni. Cik abe pon salu pasti kan bekalan air mineral kami mencukupi. Sanggup singgah kedai beli bila nampak dah kurang stok. Memang kuat minum air putih budak2 ni kalau berjalan.

PERLIS sangat cantik. Sawah padi terbentang luas dan pasti ada latarbelakang bukit dihujung panoramanya. Tenang damai je. Ralit dok tengok pemandangan saja aku ni, tempat baru sampai kekdahnya. Walau sama dok Malaysia tapi tetap ada bezanya tiap negeri ni yer dak.

Kami decide singgah di Taman Ular.




Gambar pinjam SINI

Kat sini ada dua ruang utama - ruang pameran tertutup dan ruang taman terbuka. Tapi hat terbuka tu masih tertutup lah kiranya untuk segala binatang2 yang ada sebab dok dalam sangkar masing2. hehe. Macam Zoo.

Mula2 kami ke ruang pameran yang terletak dalam bangunan. Banyak betul lah spesies ular yang dipamerkan. Budak2 dengan bapak budak memang seronok dok terjah tengok masing2. Aku dok dediam jejauh. Ntah apa yang menariknya tengok spesies ular ni. Sama je rupa aku tengok. huhu. mak geli nak oiiiiii.


Ular2 kat sini semua spesies sopan santun, tak bergerak2 ko. Aku ingat mula tu ntah ular plastik ke apa depa tipu taruk situ, sekali kalau tenung lelama ada moving wehhhh. Sian dorang kena kurung gitu.

Masa kami sampai sini ramai gak pengunjung Cina. Amik aura tahun Ular kot.

Then, kami keluar jelajah ke taman terbuka pulak. Sini lagi menarik bagi aku. Lagi REAL binatang2 tu suma. Tadak la balik2 tengok ular je macam kat dalam tadi. Ada gak buaya, monyet, ostrich, tuntung. Ayam dan tikus pon ada. hehe. Tapi tutup lah rumah ayam, rumah tikus masa tu.



Dah puas jenjalan tengok sedara mara suma, Cik Abe ajak naik kereta kuda pulak. Kereta kuda ni disediakan dalam Taman Ular tu jugak. Added attraction kot. Bayaran yang dikenakan RM5 per person.


Kesian kuda tu kena bawak mak debab ni. hehe.

Auni muka cuak, takut mula2...

Auni masih muka cuak. haha.
Dedekat Taman Ular ni ada sungai rekreasi, boleh la nak mandi manda kalau mahu. Tapi kami hari tu terus balik sambung perjalanan tanpa arah tujuan. hehe.












Monday, 25 February 2013

Terjah Utara (Part 10) - Langkawi...kena cukai beb!!


Ini kira entri terakhir di Langkawi. Phewwwww.

Sesampai kami di jeti terminal Kuah, Cik Abe terus pergi beli tiket. Sementara aku bergegas pergi kat bonet kereta, kemas properly barang soping tadi bersama beg baju supaya senang nak angkut.

Cik abe datang jer inpom dah selamat beli tiket feri jam 5.30pm. Lagi 20 minit lah masa kami ada masa tu. Alhamdulillah, urusan beli tiket nak balik sangat smooth. Tak ramai yang nak balik pepetang hari Ahad gitu seperti kami jangka kan. Timing pon kita boleh pilih nak tiket pukul berapa hingga last feri jam 7pm.

Then cik abe ke kaunter kereta sewa utk setelkan hal kereta dan dapatkan refund deposit. Kereta tu letak je depan area terminal, karang depa sendiri mai ambil.

Berangan nak singgah terjah kedai2 dalam terminal tu, tapi Cik Abe ajak masuk ke dalam cecepat.Terus lah check in ke kaunter kastam.

Sekalinya kawe kena tahan. Cuak giler wehhhh.

Officer tu tanya aku soping apa. Kebetulan 1 kotak brg aku kena hand-carry. Takleh nak sumbat dalam beg.

"kena cukai ni puan..."

aduhaiii naper pulak nak bercukai, bukannya byk kawe beli pon...sob sob...buat muka kesian.

"Puan sampai semalam kan...travel tak cukup 48 jam, kena cukai..."

yer ka...tak tau aku cakap, baru 1st time mai Langkawi. haha. Nampak benor sangap bab undang2. haha.

pong pang pong pang...depa kata nak caj cukai RM90...mahai oittttttt. Aku tawar2 minta diskaun. Boleh gitu? bolehhhhhhhh...haha. Finally, dia serah bil RM20 suruh bayar kat kaunter. Nasib la, kalau tahu tadi ku beli beg lain memurah sebiji kasi sumbat sorok kotak tu!! haha. Member cakap depa main rambang je cek semua, kalau yang obvious nampak tu sah2 la depa kena caj. Karang di kata tak menjalankan tugas pulak.

Nampak gaya hat dapat diskaun 20% masa beli Queen Anne tu buat bayar cukai je lah. hehe.

Dah setel urusan kastam, masuk ke terminal dalam. Seeloknya kalau berhajat nak soping kat situ, sila setel kan sebelum check in kastam. Kat terminal memang banyak kedai2 yang best. Kami masa baru sampai hari pertama tu sempat gak pusing2 kejap kat terminal masa tunggu setel sewa kereta. Masa kat sini lah kami dapat beli Pepero kotak Hijau 2 kotak besar. Bila aku minta nak beli lagi, no stock kata budak cashier. Lepas tu memang payah dah la jumpa pepero hijau. Selamat pepero 2 kotak tu jadi kudapan anak2 sepanjang kami kat Langkawi.

Tak ramai pon orang kat ruang berlepas petang tu. Tepat jam 5.30 kami dibenarkan naik feri. Feri tak penuh, kami konker duduk ruang atas.

Masa feri nak berlepas, tetiba aku terpandang this statue.




Oh my. I miss that part yang very sinonim gak bila datang Langkawi.  Memang kena kasi ripit lah gini nampak gayanya. hehe. WAJIB ripit sebab kami pon dah jatuh cinta dengan bumi Mahsuri ni.


Moga ada rezeki nak menjejak kaki di sini lagi.

Friday, 22 February 2013

Terjah Utara (Part 8) - Langkawi (Makan Laksa tepi airport)


Tak semena jadi panjang sungguh entry trip Terjah Utara aku ni. Sampai PART 8 dah ni apa kes. Aku saja tulis mana teringat part by part as kenangan for us.

Lepas turun dari bertapa di Puncak Gunung Mat Cincang, maka perut pon mula lah berlagu minta di isi. Aku cadangkan pada Cik Abe jum makan di area airport Padang Mat Sirat yang disebut2 wajib singgah tu.

Usai refill minyak keta RM10, kami terus cari tempat nak dituju. Pencarian adalah secara rambang hanya berpandukan kawasan sekitar airport sebagai point utama nya. Kami punya rambang tu sampai masuk bahagian terminal gitu. haha. Dah susur sepanjang tepi pagar luar airport tapi masih tak jumpa gerai2 seperti yang digambarkan, so patah balik.

Namun dek hasrat kami KUAT nak merasa gak makan situ, terus susur jalan sama tadi tapi kali ini kami lajak jauh sikit ke depan. Alhamdulillah, tak lama kemudian jumpa jugak. Oh that's one of reason aku suka sgt psl Langkawi ni, sesat or tak jumpa tiada dalam kamus. hehe.


Laksa Power katanya. Jum try.
Tempatnya memang best lah bagi yang suka lepak 'open space'. Sebelahnya area airpot, sebelahnya lagi adalah tepi laut. Sambil makan boleh tengok kapal terbang nak berlepas/mendarat dan sebelah lagi boleh tengok pantai. Angin menderu, kawasan nya pon teduh je banyak pokok.



Kami order laksa, rojak dan cendol. Itu je kot menu yang ada rasanya. Air biasa pon ada tapi terhad je lah pilihan nya.



Laksa nya sedap! Kuahnya pekat dan fresh. Memang puas lah makan bagi kaki laksa macam aku ni.


Anak2 bila nampak jer kapal terbang, kemain seronok lah depa. Yang tak bestnya, pakat dok merengek nak mandi laut.

Masa kami makan ni dah jam 3 lebih. Memang terkejar masa yang ada sebab kami target nak balik ke Kuala Perlis petang tu jugak. Feri terakhir jam 7. Tapi kalau boleh takmo lah ambil feri terakhir, karang sampai dah malam sangat then nak mencari hotel lagi satu hal pulak.

Lepas makan, anak2 mula merengek tak selesa. Dalam cuaca panas, badan melekit bagai. So kami singgah freshen up di sebuah masjid di Kampung Temoyong. Bagus sungguh kemudahan yang disediakan di masjid tersebut. Maybe depa dah biasa terima pelawat kot. Ada disediakan tempat mandi dan tandas yang amat bersih dan selesa. Bila dah mandi semua dah segar balik, baru lah lega nak terus kan misi seterusnya. Misi terakhir kot dek masa pon dah suntuk bebenor.

So, it's mama time. Jum SHOPPING!!!


 

Thursday, 21 February 2013

Terjah Utara (Part 6) - Langkawi (Makan di Pantai Cenang)


PART 5

Persepsi pertama kami bila sampai di area pantai Cenang ni, rasa macam bukan berada di Malaysia! Patut la ramai yang cakap Pantai Cenang macam Bali. Tapi aku tak berani nak cakap gitu sebab Bali pon tak pernah sampai acaner nak banding. hehe. Tapi yang pasti kalau nak banding dengan pantai area kampung kami kat Besut nun memang jauh panggang dari api la.

Pantai Cenang sangat2 meriah, pulak tu kami sampai sana waktu dah malam. Meriah dengan lampu, meriah dengan pejalan kaki yang semuanya kelihatan santai. Pelawat macam2 rupa ada. Paling ramai pelancong mat saleh la kot. Kedai2 cenderamata dan hotel bersepah tapi tersusun elok di sepanjang jalan utama. Yang best nya, walau nampak macam crowded tapi tempatnya sangat bersih, tenang, trafik sangat smooth dan nak cari parking pon senang.

Hajat nya mahu lepak area tepi pantai, tapi memandangkan waktu kami sampai sunset pon dah berlalu, last minute kami decide singgah makan di kedai2 yang terdapat sepanjang jalan itu saja.

Banyak pilihan ikutkan dan ini pilihan kami. Warung Janggus namanya. Betul2 tepi jalan utama dan berdekatan juga dengan Underwater World Langkawi (setentang jalan).


Kami pilih ikan siakap sekor untuk dibuat bakar dan udang besar size XXL 2 ekor untuk buttered. Menu lain kami order - tomyam campur, kailan ikan masin dan telur dadar.

Sementara menanti menu kami sampai, sempat lah menjamu mata tengok keliling. Paling saspek bila dengar sorang mat saleh ni order nasi goreng pahtu siap minta cili potong. Maybe tekak dah lama duduk Malaya kot yer. hehe.



Tak lama menunggu, menu kami sampai. Cepat servis nya. Rasa macam sikit je order tapi penuh gak sudahnya meja kami.


Ada di baginya skali sepiring ulam pucuk gajus/ketereh dan sambal belacan yang sedap.

Motif bagi ulam pucuk gajus? maybe trademark dorang kot sempena nama kedai. Kalau tak silap kawe, gajus tu dipanggil Janggus oleh orang sana, betui ka?

Alhamdulillah, masakan nya semua sedap2 spashly siakap bakar dan udang mentega. Nasib baik ambil Udang tu 2 ekor saja, memang besar sungguh. Sambal ikan bakar nya pon sangat sedap menepati tekak kami. Puas hati. Harga semua?? RM 57. Bagi kami berbaloi. Masa pilih ikan dan udang tu memang depa sesiap bagi harga nya, so senang bajet the bills.

Usai makan, sempat jugak singgah kedai2 yang berderetan sepanjang jalan. Tiada apa yang menarik pada kami. Harga pon kami perasan mahal sedikit daripada gerai di Makam Mahsuri. Sudahnya balik ke kereta yang kami parking dengan segala susah payah nya, tak jauh dari kedai makan tadi. Katanya stereng kereta ketat, memang hazabedah la Cik Abe nak buat 'side parking'. hehe.

Hajat di hati mahu singgah 'lite-shopping' kejap di pekan Kuah sebelum balik hotel. Takpon singgah di Dataran Lang yang berdekatan hotel. Masa tu jam lebih kurang 9.00 malam. Tapi anak2 dah mula merengek penat nak tidur, so malas nak berdrama terus lah balik hotel.

Sampai hotel, baru teringat kami ada complimentary voucher utk dinner malam tu. Tapi untuk 2 pax saja rupanya, extra pax kena bayar RM40/pax. Fuhhhh mahai tu. Takpa lah, nasib dah makan sedap kat pantai tadi.

Masuk bilik, bersihkan semua budak2 and we are ready for our sweet dream.


We did some minor renovation. hehe. Katil2 tu semua kami kalih tolak rapat ke dinding, baru syok nak golek anak banak.

Bersambung. Lagi?...InsyaAllah.

Tuesday, 19 February 2013

Terjah Utara (Part 5) - Langkawi (Laman Padi)


Sebelum singgah makan di Pantai Chenang, kami sempat terjah ke Laman Padi yang terletak sekitar situ jugak. Itu pon secara tak sengaja kami singgah sebab tetiba ternampak signboard!


Dah tutup jugak tempat ini masa kami sampai. Tapi pintu pagarnya masih terbuka, boleh lah kami masuk ke dalam.

Waktu urusan nya adalah dari jam 10 pagi - 6 ptg. Dan caj masuk adalah PERCUMA.
Masa kami sampai sorang petugas pon tak ada. Pelawat adalah 2,3 orang dok meninjau kat dalam tu.

Laman Padi ni tak besar mana pon. Terdapat ruang muzeum untuk pameran dan ruang terbuka untuk amali. Dah tentu kami tak boleh masuk ke ruang muzeumnya yang dah bertutup tapi masih berpeluang ke ruang terbuka tempat penanaman padi nya.


Dan ini merupakan pengalaman pertama pada anak2 untuk melihat pokok padi dan orang2 lebih dekat. Merasa membelai butir2 padi, menghirup udara semilir angin berbau lumpur sawah dan mencuit bergurau dengan orang2. Padinya tengah menguning, cantik.

Auni sedikit pelik dan agak takut melihat orang2. Aisyah dan Ainaa macam biasa akan sibuk bertanya macam2 terutamanya pasal orang2.


Ada rooftop gak boleh tengok keseluruhan sawah padi. Lokasinya memang betul2 tepi jalan utama Pantai Chenang. Kat hujung gambar yang nampak pokok kelapa tu lah jalan utamanya.


Tak lama pon kami singgah sini since waktu ini dah magrib time. Aci seram juga bila suasana agak redup dan sunyi. hehe.


Jum balik cari makan pulak.

Bersambung. InsyaAllah.

Monday, 18 February 2013

Terjah Utara (Part 4) - Langkawi (Makam Mahsuri)



Setel hal kereta, kami terus ke hotel yang aku dah booking sesiap thru Agoda - Hotel Langkawi Seaview yang terletak tak jauh pon dari jeti Kuah. Melepasi area Eagle Square. Senang sangat nak mencari nya, Alhamdulillah. Untuk tempahan bilik tersebut, kami dapat skali complimentary dinner untuk malam gala Tahun Baru Cina yang di adakan malam tersebut.

Ikutkan, banyak agenda yang kami plan dah lari banyak since lewat sampai di sini. So kena berlapang dada untuk ubah plan supaya fit dgn masa yang ada dan mood masing2 terutamanya anak2. Takleh nak ikut plan kita sorang or nak puaskan hati kita saja. Dah namanya trip family, nak pulak bawak anak2 yang masih kecil macam anak2 kami.

Usai check in bilik, aku bagi ruang untuk semuanya berehat mana patut. Ikutkan hati aku mahu terus terjah jenjalan jelajah pulau. Mementang dah 'take nap' dalam feri tadi. Tapi Cik Abe insist suruh berehat dulu.

Jam 6.00 petang kami baru keluar.

Muka fresh and hepi nak stat berjalan.
Mula2 kena isi minyak kereta dulu lah. Tak susah nak mencari pam station nya merata ada. Kalau sesat pon senang je nak pusing patah balik ke apa sebab kawasan nya tadak lah besar mana pon.

Dan kami pon telah bersedia dengan map yang dah sesiap print ini. Amat berguna sepanjang trip kami. Alhamdulillah.



Lepas setel isi minyak, kami dari pekan Kuah terus hala ke arah Padang Matsirat. Nampak je signboard 'Makam Mahsuri' terus kami belok masuk ke situ even tahu dah lewat maybe tempatnya pon dah tutup kot.

Tempat parking di luar area Makam Mahsuri. Masih ramai waktu ini.

Sampai2 sana, memang betul sangkaan kami, walau pintu pagar utamanya masih terbuka tapi tempatnya dah tutup pon.



Sedang kami dok posing2 kat luar kaunter tu, kami dapati pintu masuk ke taman dalam masih terbuka dan kami dibenarkan masuk sekejap oleh petugas yang tengah mengemas ketika itu. Cepat2 kami terjah masuk ke dalam. Tadak apa sangat lah kat dalam tu rupanya.

Tarikan utama nya Makam Mahsuri ni saja lah kot.






 
Tak lama pon berada dalam ni, respek peluang yang diberikan dek petugas tadi. Sedar diri kami dibenarkan masuk diluar waktu dan tanpa dikenakan caj pulak tu. Oh ya, untuk caj biasa adalah seperti berikut yer.



Again, kuasa mykad/mykid adalah sangat berguna untuk dapat harga lebih murah.


Sempat jugak lah kami singgah tengok barang2 jualan di gerai2 sekitar tempat parking kereta. Banyak kedainya dan macam2 jualan nya. Rata2 dok berjual hasil produk Langkawi - gamat, kain batik dan cenderamata.


Minyak gamat kat sini paling murah kot kalau nak beli. RM8 untuk15 botol. Ada yang semurah RM5 aku tengok kat banner mana ntah tapi tak sure that one for how many bottles, hat tu cap ROJAM. Harga tertakluk pada jenama minyak gamat itself. Hat macam dah popular tu sah2 lah mahal sikit menurut kata penjual kat situ. Tipu dia, tipu lah aku. hehe.


Aisyah dan Ainaa sibuk dok bertanyakan SIAPA MAHSURI. Oh my, gigih aku recall sejarah Mahsuri semata nak ceritakan pada anak2. Apalah makna kunjungan ke Makam Mahsuri tanpa kenal sejarah Mahsuri yer dak. Kena rajin dedahkan jugak anak2 pada malay fairy tales, tadak lah depa tahu kisah Cenderella, Snow White saja. huhu.

Seronok juga sesekali bertitih cerita kisah zaman dahulu kala pada anak2 kecil. Ikutkan banyak kisah Mahsuri ni, tapi versi aku cerita kat anak2 lebih kurang versi INI saja.

lakaran rupa Mahsuri.
Lesai di Makam Mahsuri, kami teruskan perjalanan ke arah Pantai Chenang pulak. Plannya mahu menikmati sunset sambil mencari makan malam kami.

Bersambung. InsyaAllah.

Terjah Utara (Part 3) - Dari Kuala Perlis ke Kuah, Langkawi


Jam 3.30 petang kami selamat berada di atas feri untuk memulakan perjalanan ke jeti Kuah, Langkawi. Untuk info, perkhidmatan feri ke Langkawi ini ada juga disediakan di jeti Kuala Kedah. Kalau dari K.Lumpur memang akan 'jumpa' jeti Kuala Kedah dulu tapi kami pilih untuk naik ke atas sikit di jeti Kuala Perlis.

Suasana dalam feri memang selesa. Lebih kurang je kot dengan feri yang pernah aku naik masa ke Batam dulu. Cuma seat nya lebih selesa daripada seat feri Batam. Kami bertuah bila dapat seat one row for our family even status kami cuma penumpang terselit. hehe. And Ainaa paling teruja bila dapat seat sebelah window. Aku pulak cuma ingat nak lelap kan mata je lah sementara feri berlabuh sampai nanti.

Muka berlemoih and super penat
Jarak perjalanan nak ke Langkawi lebih kurang 1 jam 15 minit. Perjalanan pon lancar saja, tiada tersengguk2 terlantun2 dek ombak. Macam naik bas je mama, bak kata Aisyah. Macam laa dia pernah naik bas. errrr...Bas sekolah gamaknya.

Sempat lah aku tidur sekejap, hampir nak sampai destinasi, mata takmo lelap sudah bila tengok panaroma kat luar kemain cantik. Makin menghampiri pulau Langkawi, makin teruja aku tengok betapa cantiknya pulau lagenda ini. Hati mula berbunga2, hilang sudah segala penat lelah dek pengalaman hampeh kat jeti Kuala Perlis tadi.

Langkawi, aku datang!! waaahhh gitu katanya.

Jam 4.20 kami dah menghayun langkah di terminal jeti Kuah. Serta merta di hampiri oleh individu yang menawarkan servis sewa kereta. Rezeki dia bila dapat kastemer macam aku, sebab laju je aku decide terima tawaran nya. haha. Malas fikir nak survey2 dah kiranya. Badan dan otak pon dah penat, ingat nak check in hotel cecepat.



Dalam Terminal jeti Kuah, tengah tunggu abah setelkan hal kereta

Sewa yang dikenakan RM90 sehari. Sepatutnya kiraan sehari tu bermula dari jam kita amik sampai jam tersebut keesokan harinya. Contoh kita ambil kereta jam 4ptg, caj sehari dikira sampai jam 4ptg esok hari.

Tapi dalam kes kami, caj sehari tu dikira untuk hari semasa tersebut saja even kita ambil kereta dah lewat petang or malam. Rugi sikit lah kan. Peak time katanya. Since kami pon tak sure masa nak pulangkan kereta tersebut, maka kami diminta utk membayar sewa sehari dan deposit yang semuanya berjumlah RM 200. Dan masa kami pulangkan kereta keesokan harinya jam 5.30 petang, duit kami dipulangkan sebanyak RM 90, maknanya sewa kereta tersebut adalah RM 110.

Ini lah kereta kami.


Aku cuma bagi syarat "asal ekon keta tip top shud be ok for us..." Hasilnya kami dapat apa yg kami nak. Tapi kena berlapang dada dengan benda lain. Kami diberi kereta proton saga manual. Itu je yang ada katanya, sila percaya walau susah nak percaya. haha. Body ok je even nampak buruk sikit cuma tak tahan nya stereng kemain ketat nak pulas2, pintu sometimes takleh buka. Bertabah lah Cik Abe memandu. hehe.

Kalau tak sempat nak advanced booking kereta, jangan risau.Terdapat banyak kaunter untuk urusan sewa kereta ini disekitar jeti Kuah tu. Di kaunter sewa kereta itu jugak ada disediakan lain2 perkhidmatan seperti Mangrove tour dan Island hoping pada yang berminat.

Bersambung. InsyaAllah.



Friday, 15 February 2013

Terjah Utara (Part 2) - Dari KL ke Kuala Perlis

Nota : Entry ini panjang. Panjang dek versi luahan perasaan.

Jumaat (08/02/2013)

Usai balik kerja petang Jumaat tu baru aku mula berkemas. Untuk guna di pulau Langkawi aku asingkan sesiap bagasinya. Bagasi tu aku buat 2 in 1. Dalam bagasi besar ada bagasi medium. Aku fikir senang nanti salah satu bagasi tu akan diguna untuk di isi hasil soping mana ada bila balik nanti.

My cik abe aku kerah masuk tidur after solat Magrib. Buat bekal nak memandu karang. Hampir jam 1 pagi baru kejut kan Cik Abe dan anak2. Aku memang tak tido lah, dok berkemas sambil berjaga tengok jam takut terbabas nak kejut semua orang. Kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 1.30 pagi. Perjalanan lancar walau sedikit perlahan dek kenderaan banyak masa tu.

Kami berhenti rehat di RNR Bukit Gantang jam 5.40 pagi utk setel kan mana patut. Sempat la bersihkan diri, solat subuh dan sarapan ala kadar. Then teruskan perjalanan dengan lebih bertenaga.

Kami menikmati sunrise di bumi jelapang utara - Kedah. Indah betul pemandangan dilatari sawah padi saujana mata mandang. Ralit dibuatnya. Sudahnya hampir jam 10 pagi baru kami sampai di Kuala Perlis.

Sebelum ke Jeti, singgah di sebuah masjid untuk refresh. Mandi dan tukar baju segala. Penat dan mengantuk toksah cakap ler aku ni. Budak2 semua memang seronok la depa, sepanjang jalan dok balun tidur saja, celik2 mata dah sampai.

Kemudian baru ke jeti untuk ambil tiket. Dan MIMPI ngeri pon mai bila tengok manusia kemain meremut kat situ!!! OMG.

Dah la agak 'culture shock' bila tengah Q nak masuk ke jeti tu kereta kami di hampiri orang bermotosikal yang menawarkan lot parking. Since ini kunjungan pertama kami, maka agak cuak lah. Dok baca pengalaman orang ke Langkawi naik feri, tadak lak dok cite lagu ni.

Rupanya servis tersebut memang ditawarkan bila area jeti mencecah peak time. Depa ni akan 'tolong' driver dapatkan lot paking di sekitar situ. And dah tentu kos nya lebih mahal banding kos paking biasa yang ditawarkan pihak jeti iaitu sekitar RM 10 hingga RM 15 saja sehari.

Nak mencari lot paking sendiri memang tak berani lah. Takut ter'parking' tempat orang karang sesia je kereta jadi mangsa. Dah la nak kena tinggal hampir 2 hari kat situ. So better play safe, pejam mata terima their service.

Mula2 depa letak harga RM30 per day. Mak aii, mencekik tul. Aku pon dgn konpinden cakap "ehhh salu RM 15 je pon paling mahai..." Ewaaahhhh, gaya aku tu macam laaaa dah biasa ke situ. haha. Tapi ok gak ler, lepas aku argue sikit2, tawar2 sikit, dapat lah harga RM20 per day. Ok lah, logik sikit. Yang penting kereta aku selamat nak bermalam kat situ. Katanya depa pon berurusan atas kapasiti Majlis Daerah situ gak, bukan illegal business ke apa. Wallahu'alam.

Dari tempat parking nak ke jeti, kena jalan lebih kurang 5 minit kot. Takda lah jauh sangat. Rezeki kami dapat lot parking agak dekat dengan jeti. Beg pon satu je nak kena bawak. Ada yang ntah mana2 depa lantun, kesian tengok kena jalan kemain jauh dok heret beg dan anak2 kecil lagi.

Dah sampai jeti, tengok Q kemain panjang. Hampir2 give up nak terus kan plan. Masa tu penuh dengan orang sesaja kat area jeti tu. Memana pon tadak ruang kosong nak duduk menunggu. Dalam bangunan penuh. Luar bangunan pon penuh.



Semua gambar Ehsan SINI
Cik abe nekad Q jugak. Dah alang2 sampai dia kata. Betul jugak. Cuma aku je kot yg culture shock byk tengok holiday madness kat jeti tu. hehe. What do you expect kalau travel time cuti gini? So dan2 kami buat MOTTO - kena bertabah dan bahagia kan diri anda selalu.

Kesian Cik Abe kena Q dalam sejam lebih gak lah baru dapat tiket nya. Itu pon untuk feri tiket jam 5 petang!!! Paling best masa tu baru jam 11.30 pagi. Sabar sabar. Ingat MOTTO kita. hehe.

Nak tak nak, kena lah berkampung di jeti untuk tempoh tersebut. Patut la ramai orang lepak situ, rupanya masing2 kena tunggu turn feri masing2.

Kemudahan yang ada di jeti dan kawasan sekitar nya boleh kata memuaskan. Cuma bila dah ramai gitu kena berlapang dada tengok mana kurang terutamanya bab kebersihan. Kami pon bila dapat port sesuai nak lepak, terus bentang paper buat alas duduk.

Ada gak mai idea nak check in kejap memana hotel sekitar yang available, tapi menurut orang kat situ semua dah full. Nasib la kan. Nak keluar jenjalan memana pon dah tak kuasa nak ambil kereta balik, karang sesia je hilang lot parking.

Nasib baik gak mood anak2 semua bagus masa tu. Depa tahu apa yer dak, tahu seronok dapat berjalan je lah. Paling kasihan bila tengok babies yang kecil asyik nangis merengek tak selesa. Dengan cuaca panasnya, duduk lak kat area open luar building. Tapi lagi ok duduk luar building, sesekali angin mai rasa best jugak. Banding kalau duduk dalam bangunan even ada kipas, ekon langsung tak rasa apa, bahang menyengat!

Oh ya. Untuk kos tiket dan jadual feri boleh refer SINI yer. Dan sila pasti kan bawa mykad dan mykid anak2 untuk dapatkan harga 1 Malaysia katanya.

Kemudahan kedai memang banyak sekitar area jeti. Nak cari makan memang senang lah. Fast food pon ada. Sedia kan pitih saja.

We did everything to kill time. huhu. Lambat nya masa berlalu. Bukan lambat benornya kot, tapi dah memang LEWAT masanya. Yang kita dok la menanti sesaja ni ntah kerja gila apa. haha. Jenuh layan enpon, layan tab sampai bosan. Nasib ingat kena spare bateri. Jenuh duduk, berdiri, bersila, belunjur, tinggal baring tido je tak gamak nak buat. Anak2 pon puas buat aksi akrobatik sampai berlemoihhh satu badan, layannnnnn.

Kemudahan tandas dan surau memang disediakan di sini. Surau nya selesa. Tandas nya semacam sikit. hehe. Ada satu ketika air tadak, haru kejap.

Lastly, cik abe ajak tukar port lepak. Kali ni kami pindah ke area luar belah dalam tempat feri berlabuh ambil/turun kan penumpang. Ikutkan takleh masuk pon area situ, tapi nasib kami dapat gak masuk. Situ best banyak sebab boleh layan view lawa dok mengadap laut, angin pon kuat dan yang penting tak ramai orang sangat.

Rupanya Cik Abe ni dia dok perati je bila penumpang2 naik ke feri and he found some TIPS. Then Cik Abe riki2 tanya petugas feri about that. The TIPS is boleh SELIT naik that feri kalau ada seat kosong!!!

Memang MUSTAHIL lah kan ada yg kosong bila dah ramai gitu and tempat duduk lak mmg dijual mengikut tempat duduk masing2. Cari pasal je karang mandai2 je menyelit, kena halau turun!! Tadak istilah ko menyelit nak berdiri menempel dalam feri tu, seated suma. Seat kosong pon maybe sebab orang tu kansel the tiket last minit kot. Takpon jenis tak pasan departure time, sesat barat memana tetengah khalayak ramai tu.

So we JUST ask a FAVOR from petugas. Kena cakap bisik2 tau. hehe. Sebab semua orang take advantage nak buat gitu. On top of it, rezeki masing2 lah. kalau takat ko sorang nak main selit2 maybe senang la kot, ni kalau dah 5 anak banak macam kami ni?

Masa tu anak2 pon dah super penat nak melasak. Si Auni dah tertido atas pangkuan aku. Ainaa lak tidur melentok kat bahu kiri. Dah rupa apa dah aku masa ni, tak tau lah.

Bila feri jam 3pm sampai nak ambil penumpang, kami dok la berdoa moga ada rezeki kami nak menyelit on that trip. Jenuh gak la kena tunggu sampai habis penumpang check in dalam feri. Sasspen gila. Bila sesekali tengok macam dah tadak orang nak check in, waahhhh hati mula berbunga2. Tengok2 ada lagi yang datang berbondong2. Kecewa. Bila tengok dalam feri pon macam dah penuh, lagi laaa kecewa. Dan persaingan memang banyak, masing2 tunggu peluang je nak menyelit. Ada je yang dok meleser kat petugas minta jasa baik. Nasib laa semuanya di bawah kawalan petugas takleh suka2 terjah masuk.

Hampir masa feri tersebut nak bertolak, aku memang dah malas fikir dah la. Biar lah. Tunggu je lah feri kami jam 5ptg nanti.

Alih2 petugas feri kuit tangan nya ke arah kami suruh mai naik feri!!!

ALLAHUAKBAR. rasa nak meletup dada aku dek gembira sangat. Nak nangis pon ada. Agaknya depa kesian tengok kami kot, dah rupa ala pengemis ke apa duduk bersila sambil pangku anak tidur tepi jeti tu. haha. Whatever, I am so blessed. Alhamdulillah. Lega seleganya bila can get in with very comfortable seats for us.

Jam 3.30ptg feri meninggalkan jeti Kuala Perlis.


Bersambung. InsyaAllah.