Tuesday 26 February 2013

Terjah Utara (Part 11) - Singgah Perlis 1


Kami sampai di jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 7 malam. Sudang rembang senja menanti fajar berlabuh. Awal2 masa kat Langkawi aku dah tepon pihak hotel kami bakal check in lewat.

Kami menapak ke tempat parking kereta tak jauh dari situ. Lega banyak bila tengok kereta selamat tanpa cacat cela. Alhamdulillah. Tiada petugas pon yang dok berjaga masa kami sampai, terus ambil kereta, blah. hehe.

Bermula misi mencari hotel penginapan kami yang dah ditempah awal. Hotel Seri Malaysia je pon, kat Kangar. Boleh kata senang mencarinya berpandukan GPS semata. Thanks to technology and adroid. haha.

Sampai hotel hampir jam 8 malam. Usai check in, masing2 tak sabar dah masuk bilik berehat.
Malam tu kami tak keluar kemana pon, makan pon order room service saja. Dah tak larat nak keluar cari makan.


Kami order 3 menu for our dinner - chicken chop with blackpeper sauce, beef chili dgn nasi putih dan nasi goreng cina. Alhamdulillah, kenyang.

Pepagi esoknya lepas breakfast layan kan anak2 mandi kolam sampai lebam. Jam 11 pagi check out. Kami plan nak ronda2 pusing Perlis mana sempat.


Muka monyok masing2 kena paksa posing tengah panas lit lit

Alhamdulillah my girls sangat2 sporting sepanjang our trip. Kesihatan pon berada tahap terbaik. Walau cuaca sangat panas di Utara ketika itu, but we manage in good condition. Cuma muka masing2 ada lah kesan sunburn spashly Auni. Cik abe pon salu pasti kan bekalan air mineral kami mencukupi. Sanggup singgah kedai beli bila nampak dah kurang stok. Memang kuat minum air putih budak2 ni kalau berjalan.

PERLIS sangat cantik. Sawah padi terbentang luas dan pasti ada latarbelakang bukit dihujung panoramanya. Tenang damai je. Ralit dok tengok pemandangan saja aku ni, tempat baru sampai kekdahnya. Walau sama dok Malaysia tapi tetap ada bezanya tiap negeri ni yer dak.

Kami decide singgah di Taman Ular.




Gambar pinjam SINI

Kat sini ada dua ruang utama - ruang pameran tertutup dan ruang taman terbuka. Tapi hat terbuka tu masih tertutup lah kiranya untuk segala binatang2 yang ada sebab dok dalam sangkar masing2. hehe. Macam Zoo.

Mula2 kami ke ruang pameran yang terletak dalam bangunan. Banyak betul lah spesies ular yang dipamerkan. Budak2 dengan bapak budak memang seronok dok terjah tengok masing2. Aku dok dediam jejauh. Ntah apa yang menariknya tengok spesies ular ni. Sama je rupa aku tengok. huhu. mak geli nak oiiiiii.


Ular2 kat sini semua spesies sopan santun, tak bergerak2 ko. Aku ingat mula tu ntah ular plastik ke apa depa tipu taruk situ, sekali kalau tenung lelama ada moving wehhhh. Sian dorang kena kurung gitu.

Masa kami sampai sini ramai gak pengunjung Cina. Amik aura tahun Ular kot.

Then, kami keluar jelajah ke taman terbuka pulak. Sini lagi menarik bagi aku. Lagi REAL binatang2 tu suma. Tadak la balik2 tengok ular je macam kat dalam tadi. Ada gak buaya, monyet, ostrich, tuntung. Ayam dan tikus pon ada. hehe. Tapi tutup lah rumah ayam, rumah tikus masa tu.



Dah puas jenjalan tengok sedara mara suma, Cik Abe ajak naik kereta kuda pulak. Kereta kuda ni disediakan dalam Taman Ular tu jugak. Added attraction kot. Bayaran yang dikenakan RM5 per person.


Kesian kuda tu kena bawak mak debab ni. hehe.

Auni muka cuak, takut mula2...

Auni masih muka cuak. haha.
Dedekat Taman Ular ni ada sungai rekreasi, boleh la nak mandi manda kalau mahu. Tapi kami hari tu terus balik sambung perjalanan tanpa arah tujuan. hehe.












No comments:

Post a Comment