Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Spageti prawn olio...


...for our dinner.
 
Cepat dimasak sedap dimakan. hehe.
 
A simple resepi tonight.
 
Rebus spageti 1/2 paket dan tos
Udang dikopek kulit 20 ekor
Bawang holland 1 biji di dadu kecil
Bawang putih 7 ulas di cincang halus
Fresh tomato 1 biji di potong dadu
Garam dan serbuk lada hitam sikit
 
Cara masak
 
Panaskan sikit olive oil dalam kuali
Tumis bawang2 sampai brownish colour
Masuk kan udang
Perasakan dgn garam, serbuk lada hitam
Masukkan spageti dan tomato
Gaul sebati.
 
Taburkan chilies flake while serving.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 18 February 2013

Mau masak apa...

...utk dinner nanti?

Rilek jap dari topik pasal jenjalan. hehe.

Pepetang ni mula mai sangap fikir nak masak or makan apa. Tadi si Jiejah pon ada dok bertanya kat FB. Terus belek2 folder yang ada kot nak mai idea masak ulang2. Gila pemalas. haha.

Mihun sup


Masak lemak cilipadi udang galah

sambal bilis potai
 

Siakap stim


Gulai ketam
Tapi yang best kalau dapat gulai kawah ni ler kot. Tak puas makan masa kenduri kahwin kakak ipar bulan lepas.




Wednesday, 19 December 2012

Puding Roti Kak Jee...


...aka kak Fauziah Samad.

Masa pertama kali mencuba resepi Kak Jee ni terus kami jatuh cinta.



Kisahnya satu hari tu kebetulan stok roti tak luak2, kat rumah pulak tak cukup bahan nak buat puding roti berkuah kastard versi biasa kawe buat.

Terus tingat pernah baca kat blog Kak Jee psl puding roti yang simple. Cara nak buat pon senang. Tak rugi nak cuba.

Resepinya kawe tiru bulat2, cuma ada sikittt je derhaka. Ya ampun Kak Jee. Roti tu kawe guna roti semata, bukannya crust roti as per kak Jee guna.

Jum semak resepi nya.


PUDING ROTI (inspired by Kak Jee)

BAHAN2

 
1 pek/buku roti sandwich Gardenia or else.

susu manis (ikut suka nak manis mana. Lebih kurang guna +- ½ tin)

3 biji telor

butter/marjerin

esen vanila (tak bubuh pon takpa)

CARA


Koyak kasar2 Roti dan direndam dalam lebih kurang 2 mug air. Ramas2 sedikit. Lepas kira kira 10 minit, buangkan sikit airnya.
 
Sambil itu panaskan oven 10 minit suhu 200 darjah.
 
Pukul telor dan masukkan ke dalam roti tadi. Kemudian masukkan susu dan rasa.


Lenserkan bekas dengan sedikit butter/marjerin/minyak masak.
Tuangkan bancuhan ke dalam bekas loyang yang sesuai. ¾ penuh jer tau.
Bubuhlah hirisan butter atau marjerin di permukaan nya.
 
Gambar dari Blog Kak Jee
 
 
Kemudian letak bekas dalam dulang pembakar (takut bancuhan tertumpah ketika masak) dan bakar selama 1 - 1½ jam atau sampai masak.
 
Sejukkan betul2 baru dipotong.


Ni puding roti kawe baru siap masak. Kembang sehak walafiat sungguh la kan masa pepanas?


Puding roti ni saja bakar bagi garing hangus2 sikit atas permintaan my cik abe. Dan salunya tak sempat sejuk betul2 dah ada tangan yang gatal mencubit makan.

Tu yang dalam gambar mula2 atas sekali tu rupa puding lam loyang dah sumbing2 tepinya kena cubit dek anak2 termasuk cik abe!!




Tak kisah lah kan rupa tak cantik asal sedap dan yang penting semua orang suka. Alhamdulillah.

Kalau rajin dan ada bahan nya, boleh la juga buat kuah kastardnya, laaaaagi sedap. Takpon makan dengan aiskrim pon nyakuk jugak.

Thursday, 6 December 2012

Kuih Kasturi...


...atau di sebut jugak kuih rengas, kuih kacang hijau adalah antara kuih peberet kawe. Kuih kasturi ni antara kuih jualan Mek satu ketika dulu selain kuih cek mek molek, kuih bom dan kuih bingka.

Gambar : sumber google saja

This is my first attempt buat sendiri kuih kasturi ni. Bilamana terpandang bubur kacang masih berbaki selepas berhari2 di simpan dalam peti sejuk, mai idea nk transform bubur kacang tu menjadi inti kuih kasturi.

Mula2 bubur kacang tu kena panaskan sampai kering kuahnya dan disejuk kan. Jangan lupa tambah GULA sebab bubur kacang ini akan jadi kurang manisnya bila dah di keringkan nanti.Then tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga inti kacang boleh di bentuk di kepal2. Tepung gandum jangan taruk terlalu banyak pulak.

Kalau guna based dari BUBUR kacang, inti akan jadi lebih soggy, as long as dapat dikepal dibentuk sebegini dah ok. Then, sejuk kan dalam peti sejuk supaya inti jadi lebih tegap sebelum di 'batter' kan.



Boleh taruk kelapa parut muda juga dalam inti ni.

Kemudian buat adunan batter. Batter ni sama saja bahan dan cara nak buat batter utk goreng pisang, keledek dan sewaktu nya. My version ni guna campuran tepung beras, tepung gandum, garam dan gula sikit. Kalau nak bagi warna kuning taruklah secubit dua serbuk kunyit. Bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya untk menyalut inti kacang.


Nanti celupkan saja inti kacang dalam adunan batter, goreng dalam minyak penuh.

My kuih kasturi ni ada perasa durian lg hahhh. Since bubur kacang tu memang ada taruk durian pon. hehe. Bila nak keringkan kuah nya, kawe tambah lagi  seulas dua durian. Dah katanya musim durian kan, mewah durianlah sana sini.

Oh ya. Petang semalam bos apek ada bagi durian jugak. Diletak nya kotak berisi durian atas bonet kereta kawe kat parking tu terus dia blah. Tengok2 ada 7 biji lam kotak terus panggil akak admin kat opis suh mai amik sebiji dua wat balik.

Durian raja kunyit from Bentong katanya. Kaki durian jugak bos ni, sanggup terjah memana kalau tahu ada durian sedap.


Sedap sungguh la durian ni. Nak lagi boleh tak bos????? haha...

Saturday, 24 November 2012

Nasi belauk...


...untuk sarapan pagi Sabtu yang dingin ni.



Assalamualaikum,

Hujan renyai2 kat luar tu sejak subuh lagi. Syok kalau dok melengkor atas katil, tarik selimut rapat2 layan blues, untung2 boleh lelap balik. hehe.

Jenguk dapur tengok apa yg boleh dibuat breakfast. Sudahnya cuma perangat belen dinner malam td, jadi lah menu nasi belauk yang popular sebagai sarapan pagi ore kapong kawe.

Happy weken suma. Apa program hari ni adik kakok blako?



Tuesday, 6 November 2012

Aiskrim Malaysia perisa Strawberry ala Cameron Highlands


Assalamualaikum,

Malam tadi menjadi gak projek Aiskrim malaysia. Aku guna sepeket saja buah stoberi nya.



Buah stoberi kasi blender dengan air sampai hancur. Kalau boleh jgn hancur halus sangat, biar ada ketul sikit2. Sukatan air tu ikut suka lah. Macam aku buat ni, dgn buah stoberi sebanyak lam gambar atas tu, aku guna lam 3 cawan air masa blender. Masa dalam periuk, tambah lg 2 cawan air.


Masukkan gula utk manis nya. Biar manis sikitttt sebab kalau manis2 buah bila eskrem dah sejuk manis tu akan jd kurang manis sgt tak sedap jugak. Malam tadi aku taruk lam 6,7 sudu gula rasanya. Lepas tu jangan lupa taruk kordial perisa stoberi.

Aku guna perisa stoberi hat ni, stoberi blend katanya. Dapat lam hampers raya dulu. hehe.


Taruk perisa stoberi anggaran 1/2 cawan. Kalau suka boleh campur dgn perisa anggur atau oren sikit. Lepas tu didihkan lama sikit adunan tu. Tapi jangan sampai pekat. Agak2 semua dah sebati, test rasanya dh ok cukup manis, masam nya, DONE. Kemudian Sejukkan.

Guna plastik aiskrim Malaysia yang biasa tu.



Adunan stoberi tadi masuk kan dalam jug yang ada muncung sikit tu supaya senang nak tuang taruk lam plastik aiskrim.

Suka hati lah nak taruk byk mana air stoberi dalam plastik tu cuma pastikan jgn penuh sgt, tinggal ruang utk proses utk ikatnya. Tapi semoleknya taruk sikit sudah, anggaran pjg sejengkal saja dalam plastik. Masa nak ikat tu, pastikan plastik biar kembung tegang elok sebelum ikat mati. Lebihan plastik selepas ikatan tu boleh la di gunting buang nak bagi nampak cantik kemas.

Jangan lupa kacau air dalam jug tiap kali sebelum tuang dalam plastik supaya pati2 buah stoberi masuk juga lam plastik, takda la semua pati mendap ke bawah jug suma.


Dah siap semua, taruk dalam freezer.

Bila aiskrim dah mengeras elok, boleh laaaa makan.


Pagi ni, anak2 bangun tido je semua pakat terkam ke peti sejuk. Teruja nak tengok aiskrim nya. Lepas tu pakat sibuk pulak nak makan dan2 tu jugak.



So brekpes dgn eskrem la pepagi ni termasuk abah nya sekali. haha.

 

Thursday, 25 October 2012

Resepi Singgang Daging


Assalamualaikum,

Separuh jiwa sudah berada di kampung. Orang dah berjujuk2 kelik kampung, kawe masih rajin membanting tulang di opis. Membanting la sangat. Hehe. Pepagi tadi bos apek masuk2 je terus halau kawe balik!!!...balik lah katanya, so sad katanya bila the road almost clear today since most people already towards their kampung while he still having me at office. Haha.

Now tengah setel mana patut. Memang plan nak amik hapday pon hari ni. Dah setel kijonya, boleh la balik yer bos. Karang kijo x setel ko gak yang bising.

Raya Haji kalau belah kampung kawe memang di sambut meriah. Cuma keterujaan nak balik kampung awal tu tak mencanak sangat seperti masa Raya Puasa. Maybe persiapan raya haji cuma akan bermula sejurus ibadah korban.  Juadah raya tak penting sgt. Ada ketupat palas saja pon dah cukup baik. Oh ya hari ni lah hari buat ketupat kan? terlepas la peluang nak menghidu wangi aroma pulut 'arong' Mek.

Esok sure dapat banyak daging korban. Mabuk daging la kejap. Dan singgang daging ialah antara resepi yang tak cemuh di makan.


Bahan2
1. Daging anggaran 300gm dihiris nipis atau tebal ikut suka asal boleh empuk dagingnya
2. Asam keping 4,5 keping
3. Biji ketumbar 1 sudu makan penuh - ditumbuk kasar
4. Garam, serbuk perisa

Bhn2 di hiris nipis
1. Bawah putih 1 labu
2. Bawang merah kecil 4 ulas
3. Halia anggaran 3 inci
4. Lengkuas anggaran 2 inci
5. Cili kering 5,6 tangkai di basuh, direndam dgn air panas kejap dan tos kan.
6. Kunyit hidup anggaran 1 inci

Cara membuatnya
1. Satukan SEMUA bahan dalam periuk dan bubuh air utk kuahnya, jgn byk sgt airnya. Agak2 tengelam semua bahan dan lebih kan sikittt dah cukup elok.
2. Didihkan kuah then perasakan dgn garam dan serbuk perisa.
3. Renehkan kuah sehingga daging betul2 empuk. Siapppppp


Hirup kuah nya panas2. Sedap. Kalau kawe, dengan 'bahan2 hiris' tu skali kawe ngap makan. hehe.

Wednesday, 24 October 2012

Kerabu Nangka Kaknam Style


Assalamualaikum,

Dah mood cuti dah ni ikutkan. Hari ni pulun siapkan kerja mana patut. Esok maybe mahu kerja hapday saja kalau line clear.

Hari Isnin lepas ada beli nangka muda 1 pek kat Pasaraya Carrefour, ada dalam 3 juring isi nya. Dok terliur nak buat ulam cicah budu. Pahtu ada belen tak habis makan wat ulam, jadi lah menu kerabu nangka pulak malam tadi.




Aneka kerabu ni memang alltime peberet. Ratah abih semangkuk pon tak sedar. Macam2 cara nak buat kerabu ni kan? Biasanya kawe ikut resepi keluarga saja.

Bahan2 nya
1. Dua mangkuk isi nangka muda yang telah dicelur dan di siat kasar. Perah sikit air nya bagi sedikit kering.
2. 1 ekor ikan kembong atau memana ikan yang sesuai (selayang, sardin) yang telah direbus dan di buang tulang.
3. Santan pekat 1 cawan
4. Bawang merah kecil 5 ulas
5. Lada hitam 1 sudu makan
6. Cilipadi 5,6 biji sukati pedas nak tara mana di hiris nipis
7. Kacang panjang 3,4 kerat di hiris nipis.
8. Daun kesum 5,6 helai di hiris nipis.
9. Timun batang diracik halus.
10. Kerisik 2 sudu makan
11. Air asam limau nipis - 1 biji
12. Garam, gula


Cara Buat
1. Dalam 1 mangkuk besar, satukan isi nangka muda, kerisik, kacang panjang, timun batang, daun kesum dan cilipadi yang telah dipotong halus.
2. Tumbuk bawang merah bersama lada hitam dan isi ikan.
3. Masak santan sekejap bersama bahan tumbuk
4. Perasakan kuah dgn garam gula. Kalau pekat tambah air sikit. Kacau kuah santan sampai mendidih.
5. Tuang kuah santan ke dalam mangkuk bahan kerabu.
6. Gaul rata biar semua bahan bersalut kuah
7. Perasakan dgn air asam limau
8. Seimbangkan rasanya, sedia utk di makan.

Monday, 22 October 2012

Sweet Corn in cup - DIY


Assalamualaikum Warahmatullah,

Jarang2 jugak kawe buat benda ni, sebab salu nya kalau ada stok jagung manis prefer untuk di buat bubur yang lebih peberet.



Sapa2 yang suka makan ni, boleh lah try wat sendiri kat rumah.

Bahan2 dan cara2 nya

1. Jagung manis ikut sukatan masing2 suka. Ready packed frozen sweet corn will do.
2. Kukus jagung sehingga masak. Jgn lupa salu gaul balik jagung supaya masak sekata. Katanya guna mikrovave pon boleh.
3. Bila jagung dah masak, bubuh dalam mangkuk besar
4. Ketika jagung tgh panas2 tu amik butter gaul bersama. Sukatan butter suai kan dgn sukatan jagung. Biar butter boleh menyaluti corns perfectly. Jgn byk sgt sampai too oily.
5. Sprinkle some salt.
6. Kalau suka manis, boleh taruk susu pekat manis dalam 2,3 sudu.
7. Olah rasa lemak masin manis nya sehingga menepati selera.

Siapppppppp utk di makan gedik2. hehe.


Pokok orkid lately rajin berbunga. Maybe dek hujan yang selalu turun hampir setiap hari. Alhamdulillah.


Tuesday, 9 October 2012

Spicy Soft Tofu Stew - A recipe


Assalamualaikum Warahmatullah,

Masa mula2 nak belajar masak spicy soft tofu ala Korea dulu, jenuh gak dok cari kat tenet camno cara dan bahan nya. At last jumpa gak video ni yang truly fit dgn aku nak try. Jom sama2 layan.



Senang je kan bahan2 nya. Nak buat pon senang main campak2 saja. Selalunya Korean ni suka buat 'broth' guna dried anchovies (ikan bilis ler tuuu...haha), kelp (seaweed), cendawan dan lelain sumber makanan laut spashly clams.

Serbuk cili mmg watak utama lam masakan ni. Macam kawe hari tu guna serbuk cili cap BABA's saja. haha. Pahtu taruk gochujang paste yang kebetulan ada stok kat rumah.


Sos gochujang ni kawe kirim member beli kat Korean Outlet dalam Ampang Point. Hari tu terpandang sos ni ada gak di jual di Tesco.






Monday, 8 October 2012

Kemaruk tak abih2...

Mingu lepas memang minggu kemaruk korean food!!!

Last friday, ended up kawe masak spicy soft tofu soup demi tekak yang ngada2 ni.


Sedap sungguh la dok hirup makan pepanas. Mula2 dulu tgok resepi dan cara masak nya pahtu kawe belasah je masak ikut cara kawe. Asal ada rupa, ada rasa jadi laaaaa...haha. Tp korean food ni tak payah sangat pon nak memasaknya ikutkan. Paling asas kena ada Korean paste macam Gochujang paste atau Soy bean paste dan juga serbuk cili korea. Sebab most korean food ada taruk bendalah ni as basic food nya. And semua bahan tu adalah HALAL bhn2 buatan nya. Semua bahan adalah dari sumber tumbuhan semata.

Tapi tetap takleh celen hat makan kat sana la kan. huhu.



Minggu ni cukup2 lah kemaruk korean food.

Now craving this desert lak. Dah lama tak buat ni - bubur kacang campur red kidney beans.

Tuesday, 7 August 2012

Nasi Bukhara Briyani from Syed Bistro

"The one and only bukhara briyani" - Katanya dekat kotak packaging. Wallahu'alam.

Yang pasti bila tiba bulan puasa, tak sah kalau tak beli menu ni sekali dua di cawangan Syed Bistro terdekat dengan area kami iaiatu di Puchong Perdana. Even menu ni di jual sepanjang masa, namun sedapnya lain macam kalau bulan puasa. Haha.


Pilihan kami selalu nya lauk ayam dan daging saja. 1 pek nasi memang banyak portion nya.


Anak-anak memang gemarkan nasi ni, makan nasi saja tanpa lauk pon boleh bertambah2 makan nya.


Ada juga pilihan lauk daging kambing dan rusa. Sesekali disediakan daging puyuh jugak kalau tak silap.

Selain Bukhara Briyani, menu lain yang popular adalah Murtabak singapore pon ada di jual di Syed Bistro. Amat sedap dan tebal intinya.

Friday, 13 July 2012

Sengkuang calit

Assalamualaikum Warahmatullah

Tengah tingin makan hat ni -


SENGKUANG CALIT...

Mana nk cari? Dulu2 pernah makan satu kedai area USJ Subang. Dah tak ingat area mana.

Maybe boleh buat sendiri this weken kot. Beli kuah rojak hat sedap2 then tabur kacang tumbuk byk2 atas sengkuang, mabales!!

Thursday, 1 March 2012

Resipi Pulut Semangat aka pulut Kuning

Resipi Pulut Semangat


Bahan2
1. 1kg beras pulut
2. 3 sudu makan serbuk kunyit halus
4. 3 keping asam keping
5. Santan pekat 3 cawan
6. Garam + gula
7. Daun pandan atau daun pisang atau kain net utk buat lapik periuk kukusan

Cara2 rendam pulut
1. Beras pulut di basuh, kemudian di rendam dgn serbuk kunyit + asam keping. Pastikan air menenggelami beras pulut. Kacau air supaya serbuk kunyit sebati dgn air + beras pulut.
2. Rendam beras pulut sekurang2nya 4-5 jam. Dalam masa tersebut, sesekali kacau beras supaya kaler kunyit sekata. Paling elok rendam semalaman.
3. Kemudian tos kan beras pulut, buang asam keping.

(Nota : Asam keping di guna kan supaya warna kunyit boleh sebati dgn beras pulut menjadi warna kuning nya serlah tanpa ada bau kunyit)

Cara masak pulut
1. Sediakan periuk kukusan. Cth periuk kukusan yg di guna kan.



2. Mula2 panaskan air kukusan (3/4 penuh periuk) sampai mendidih.
3. susun daun pandan/daun pisang yg di carik2 di bhgn bwh periuk sebelum di taruk beras pulut. Periuk kukusan ni kan ada lubang2 wap tu, so kena kasi tutup sikit2/jarang2. Tapi jgn pulak tutup lubang tu at all, karang wap air tak naik atas, beras tak masak elok. Boleh juga guna kain NET utk buat lapik bwh tu supaya beras pulut tak jerlus jatuh ke bawah. Guna daun pandan/daun pisang boleh menambah keharuman pulut.
4. Ratakan beras pulut dalam periuk secara sekata supaya masaknya pon sekata
5.Taruk periuk kukusan di atas periuk bwh yg berisi air kukusan tadi. Tutup tudung periuk rapat2
5. Bila dah naik wap, buka penutup dan karehkan pulut bagi sekata. Masak lagi 2-3 min.
6. Angkat beras pulut taruk dalam besen kecil or mangkuk besar utk proses adunan santan.
7. Santan pekat di campur dgn 2 sudu kecil garam + 1 sudu kecil gula. Kacau sebati.
8. Taruk santan ke dalam pulut tadi, gaul sebati.
9. Kukus pulut semula - taruk dlm periuk kukusan tadi dan masak lagi selama 20-25 minit. Jgn lupa lapik jugak bhgn bwh periuk dgn daun pandan/daun pisang/kain net supaya pulut tidak jatuh ke bawah.
10. Angkat pulut dan sejuk kan. Boleh letak dalam acuan sukati kita.
11. Boleh di hidang dgn lauk rendang, kuah gulai or sambal tumis ikut suka masing2.

Tips : Kalau masak beras pulut yang byk, masa taruk dalam periuk kukusan tu taruk skali sudu/garfu  tetengah supaya ada rongga udara, akan masak sekata beras pulut tu nanti. Dan pastikan  'kareh' beras pulut selalu dan waktu memasak di lanjutkan sampai beras pulutnya masak sekata.

Monday, 27 February 2012

Craving Pavlova

Ada kesukaan terbaru sejak akhir2 ini.
Kesukaan yang boleh membinasakan diet jika di luar kawalan. hehe.






menggoda tak?...

Pavlova homemade by member from kelab Isteri gak - Anna ni rasanya tidak terlampau manis macam pavlova biasa. Di adun dgn buah2 segar, kemanisan dan kesegaran nya boleh diterima tekak melayu aku ni.



Dulu takut gak bila dengar ada yang kata pavlova ni rasminya manis leting rasanya. Tapi bila menerai pavlova Anna ni terus jatuh chenta.


Sila terjah FB beliau kalau terasa nk order, mesti cuba, pasti tak nyesal punya. hehe.

Tuesday, 21 February 2012

Nasi Ayam katanya

Menu express bila bahan dan masa tak berapa nak ada. Dalam peti sejuk cuma ada ayam dan salad saja. Kebetulan ada gak daging kamben yg telah di perap beberapa hari lepas, so kasi hidang sekali.





Tadak dlm gambar - nasi + sup. Aku kalau masak nasi ayam time hari kijo mmg guna resepi yg paling sempoi je lah. Haha. Dah kata menu express kekdahnya.

Mula2 buat sup ayam sepiukk besorrrr. Dalam sup tu mcm biasa lah taruk bhn2 nya - bwg merah besor potong baji + halia + bwg putih + carot + celery + sup bunjut. Angkat ayam bila dh setengah masak then kasi perap ayam dgn bwg putih+halia+kicap manis+cili kisar+garam+lada sulah+sos tiram. Sup dlm periuk sambung kasi reneh. Perasa kan sup dgn garam, lada sulah.

Buat bwg goreng sket - bwg merah kecil di mayang, di gaul dgn garam+gula sket, the goreng sampai brownish. Toskan. Taruk dalam kuah sup masa nk hidang nanti dan simpan sikit utk taruk dlm nasi.

Pahtu nasi nya, basuh beras, toskan then amik sup ayam td (sekali dgn halia/bwg2 sket) boh dalam piuk beras ikut sukatan beras + kiub ayam seketul, terus ON msk nasi. Tadak nk tumis2 bagai dah la. haha. Takyah boh garam sbb sup tu dh cukup perisa dah suma. Bila nasi dh masak, tabur bwg goreng dan kacau gembur2 kan nasi bg serata.

Utk sos kicap tu, amik belen perapan ayam td, tambah sup ayam sket then kasi masak sampai likat. Utk sos cili lak tumbuk cili padi + bwg putih + halia, then tambah sup ayam + sos cili + cuka sket, then masak sampai sos likat.

Ayam tu goreng cam biasa, pahtu pappppppppp ketuk dan potong dgn pisau besor. Mak aiii..siap sound efek skali hah aku inpom ni.


Ayam tu ada lebih, pagi ni aku buat 'wrap' for breakfast. Pon buat sempoi2, guna je apa yg ada - lebihan ayam di siat2, salad + sos cili. Kat rumah kawe mmg tadak stok sos 'ilir2' cam mayonis ka, sos thousand island ke apa. Sos Bilis byk la. Keke. Wrap ni guna tortila biasa beli kat Carrefour.