Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts
Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts

Wednesday, 14 December 2011

Percutian Bajet Ke Genting Highlands - Part 3 (berkelah di hotel)

Lega bila dpt check in bilik awal hari tu. Kesian dekat MIL je lah, takut dia penat even nampak dia teruja dgn trip setakat ni.

Kami dpt bilik Family Room. Utk rekod, rate nya cuma RM190/day. Dan kami bayar extra RM60 ari tu utk extra charge peak seasons cuti sekolah begini.

Biliknya luas dan selesa utk kami. Ada katil double dan single, mmg tak cukup menampung kami semua. Jgn risau, kami dh awal2 usung TOTO/bantal/selimut extra dr rumah. Again, dont forget it's call Bajet trip...haha.


Utk trip ni, aku siap angkut skali rice cooker, beras dan sedikit lauk pauk utk hidangan kami nanti. Ada juga stok makanan lain yg aku bawa utk keselesaan perut kami anak banak. Pendek kata, tak payah nak terjah kedai cari makan lg lah. Jimat. Hehe.

Semangat aku bangun jam 5pg ari tu utk msk bekalan makanan kami ke sini. Menu sempoi bodo2 je (cam biasa) aku buat - sambal goreng, daging goreng halia, ikan bilis goreng bwg dan telur rebus 10 biji!!! Kemudian goreng mee 2 pek dan MIL buatkan kuih cek mek molek.


Dan tak lupa jugak botol BUDU dan kicap!!! haha. Berselera sungguh ler kami ngadap hidangan sempoi tu dalam bilik hotel. Nangis manager hotel kalau nampak ni. Haha.

MIL lah yg paling sonot benornya bila dpt makan gini. Dia paling risau makan kat kedai sbb katanya boleh jadi pening tak tau nak makan apa, and paling teruk dia claimed tak kenyang kalau mkn kat kedai. Adeh laa mek. Haha.

Pada belah malam nya, aktiviti kami dalam bilik je lah. Namun lepas anak2 tido, aku dan cik abe sempat cilok keluar berdua sekadar menikmati panorama malam di situ. Menikmati kopi panas bersama roti canai, semuanya terasa sgt sedap dlm cuaca dingin begitu.

Pagi esoknya, pepagi lagi kami bersiap utk check out. Sebab ada lg destinasi yg perlu di kunjungi sebelum pulang ke rumah. Sempat bersarapan di cafe hotel. Cuma tambah RM12 utk semua extra person yg kami ada. Pihak hotel hanya bagi 3 pax free coupon. Alhamdulillah, pilihan menu sarapannya mengenyang kan kami semua utk memulakan perjalanan hari itu.





Bergambar kenangan depan hotel sebelum berangkat pulang. Kabus tebal menyelubungi. Macam dalam citer hantu Ainaa cakap.

Tepat jam 9 pg kami menuju balik ke KL.



Mek Minah pesan suruh besarkan gambar ni dan frame kan. Nak bg tunjuk kat org kampung katanya. Hehe. Beghehh mek.

Selamat Tinggal Genting Hinglands.

Nota : Utk info Hotel Seri Malaysia Genting Highland boleh klik sini

Tuesday, 13 December 2011

Percutian Bajet ke Genting Highland - Part 2 (Taman Santai Strawberry)

Kunjungan kami ke puncak Genting cuma utk 'sightseeing' saja, tidak berhasrat utk ke Taman Tema nya yg salu di sebut2 org itu. Di tambah dgn cuaca teruk pada waktu kami sampai, most taman nya di tutup oleh pihak pengurusan, menambah faktor selamat poket ambo. Lagi pun, dah namanya percutian BAJET, so segalanya kena ikut bajet lah. Hehe.

Asal nya kami berangan nak berpiknik di atas sana. Siap kami bwk bekal makanan dari rumah. Sudahnya, kami cuma dpt berpiknik di restoran KFC saja!! Namun still berbaloi sbb dpt gak bukak bekalan makanan kami sbg tambahan menu. Kuih Cek mek molek dan tea o panas je pon.

Usai sampai balik ke stesen Skyway Awana jam 12.30 tgh ari, kami putus kan ke Taman Santai Strawberry pulak. Mengisi masa terluang sementara waktu check in bilik hotel jam 3 ptg nanti.


Lokasi taman ni berdekatan dgn hotel penginapan kami - Hotel Seri Malaysia. Mmg senang utk ke sini, kami pon cuma berpandukan papan tanda arah saja utk ke sini.

Ikutkan taman strawberry di sini takda lah semeriah kat Cameron Highlands sana, cukup lah sekadar merasai dan menikmati pengalaman melihat strawberry dpn mata org kata.

Dan bg rombongan kami, lokasi ini sudah amat2 berbaloi. Yg penting, Admission Fee nya adalah FREE. Bajet. hehe.


Then, kami bagi peluang kat anak2 dan MIL utk merasai 'self picking strawberry', kemain teruja masing2.


Utk aktiviti ini pon tidak di kenakan sebarang bayaran. Kami di benarkan masuk dlm 1 group (3 org) dan di bekal kan 1 bakul kecil dan gunting. Namun atas budi bicara penjaga masa tu, semua rombongan kami dapat masuk ke dalam sini dan boleh 'seludup' gunting sorang satu kecuali si kecik Auni je tak di bagi nya gunting takut macam2 pulak dia potong. Haha.

Bila dah selesai, pergi ke kaunter utk timbang strawberry yg telah di petik then bayar ikut timbangan nya. Minimum berat perlu kita kutip ialah 100gm (RM6.50 kalau tak silap).

Kemudian, kami terus menyusuri laluan situ ke kwsn gerai2 jualan sekitar nya pula. Boleh lah nak soping cenderamata kenangan (termasuk ANGRY BIRDS..haiyyoh..) kat sini. Ada juga jualan sayur dan bunga namun tak se meriah Cameron Highlands lah produk nya.



Agak teruja bila sampai ke laluan ni. Buah Anggur bergayutan di tangkai.

Aktiviti kami di sini selesai sekitar jam 2 ptg. Terus menuju ke hotel penginapan. Alhamdulillah dpt check in terus.

Akan bersambung (lagi). InsyaAllah.

Percutian Bajet ke Genting Highland - Part 1

Senyap2 je aku plan trip ke Genting Highland ni. Konon nak bagi surprise kat Mek Minah merasa cuaca sejuk kat sana. Jenuh gak cari bilik kosong sekitar sana, akhirnya dpt gak bilik nya utk 1 malam di Hotel Seri Malaysia, Goh Tong Jaya.

Percutian ni jugak adalah utk anak2 jugak sbb sepanjang cuti sekolah ni belum berkesempatan lagi bwk depa ke mana2. Walau sehari semalam saja percutian nya, Alhamdulillah kami dpt manfaat kan sebaik mungkin.

Jam 8.30 pagi kami dah sampai di Stesen Awana Skyway Cablecar. Saja aku plan sampai seawal ini utk elak kesesakan yg salu berlaku di situ bila musim sekolah begini. Utk rekod, kadar tambang Skyway ni ialah RM5 sehala utk semua usia. Kami amik RETURN tiket terus.


Semua pakat teruja utk merasai pengalaman naik cablecar ni. Anak2 pon first time merasai pengalaman ni.


MIL kontrol gayat naik bendalah ni. Gegel lutut katanya, asyik dok tanya bila nak sampai stesen nya.
Auni pon sakan erat berpaut di leher aku sepanjang perjalanan tu. Takut. Hehe. Kabus tebal melatari pemandangan kami.



Sampai puncak sana, cuaca bertambah buruk. Dengan kabus yg tebal, angin yg agak kuat dan hujan renyai2, cuaca sgt2 sejuk bagi kami. MIL pula tak bersedia dgn baju sejuk nya walau jenuh aku ingatkan utk bawa baju spare. So, kami lebih byk berlegar di sebelah dalam bangunan saja. Punah harapan utk berkelah di taman sambil menikmati pemandangan di sekitar situ. hehe.

Jam 12.30 tgh hari kami bertolak turun ke bwh balik. Masa ni hujan masih lg renyai2 di sekitar Genting Highland. Dan sesampai nya kami di stesen bawah tu, org dah meremut beratur bersimpang siur utk naik cable car. Nasib baik kami dah lepas naik ke atas.

Namun dek tak puas hati dgn trip pagi tu, kami putuskan utk mendaki naik sekali lagi ke puncak pada sebelah ptg nya. kali ni dgn berkereta pulak. Pon pengalaman yg manis utk kami semua sbb dapat menikmati pemandangan yg hebat juga sepanjang perjalanan.

Kali ni cuaca agak elok tiada hujan, cuma kabus nya masih tebal dgn suhu yg mencecah 15C. Namun anak2 masih sakan berlari riang dlm suhu begitu.


Akan bersambung. Insya Allah.