Showing posts with label Kelab Isteri. Show all posts
Showing posts with label Kelab Isteri. Show all posts

Monday, 25 February 2013

EG from Mak Ngah...


...member of Kelab Isteri KMC.

Assalamualaikum,

EG (Exchange Gift) ni kira antara aktiviti yang kami buat bila ada permintaan dan boring. hehe. Dah selalu gak lah kami ber'EG' dan tiap EG selalunya ada TEMA dan bajetnya supaya senang masing2 nak mencari hadiah.

And I got this from my EG partner - Mak Ngah (bukan nama sebenar...haha..). Tudung syria cotton.


oh silau...cantik kotaknya.
Bila buka kotak, ingatkan selai je tudungnya, rupanya ada dua helai. Terlebih sudaaaaa ni. Alhamdulillah, baik hati sungguh my frens. Boleh lah melaram sakan lepas ni.

Actually I did request this type of hadiah. haha. Tak comel sungguh siap mintak nak hadiah gapo.

Saja nak senangkan tugas mencari hadiah di pihak Mak Ngah. Kebetulan kawe tengah suka dengan syria cotton, memang baloi la mendapat hadiah gini.

bling bling


Feelin muslimah gitu bila tudung labuh bawah dada.
Again, terima kasih Mak Ngah.

Monday, 2 July 2012

Family Day and potluck Kelab Isteri

Ini bukan acara tahunan, tapi antara program terbaik yg tak harus dilepaskan bila ia nya berlangsung!!!





Tak semua yg dapat menghadirkan diri. Namun hasil kesungguhan kwn kami Linot menyusun pelbagai aktiviti utk semua, majlis berlangsung dgn meriah dan happening.




Nota : Moga persahabatan yg terjalin berkekalan selamanya. Aminnnn.

Tuesday, 21 February 2012

Girls Day Out

Sabtu weken kelmarin, sempat luangkan masa berdating dgn Kak Inazz, member kelab isteri. Plan tergezutttt kekdahnya, sbb last minit baru dpt lampu ijo dari my cik abe. Oh bukan senang nk dpt lampu ijo since jadi bini org dan mak org ni. Kalau dapat pon, soheh byk pulak syarat2nya. Takpa, ambo redha asal masing2 bahagia. hehe.

Nikmatnya pepagi dpt lepak dgn member dlm suasana aman damai sambil bergucip. keke. Kami breakfast kat Taman warisan Pertanian, masing2 order mihun sup.



Aku punya mangkuk kasi tambah nasi impit, org tamak biasa lah kan. Konon mau makan soto, tp soto tarak. Sudahnya tak abih pon sup aku tu. makan 2,3 mulut dah takleh masuk, kuat betul 'bau lembu' nya kat hidung aku.

Aku pakai shirt + suar track jer sbb pepagi tu aku singgah jogging jap kat area taman sebelah Masjid Besi. Bukan jogging sgt pon, more to brisk walk je kot. Haha.

Agak2 Alamanda dah bukak, kami terus tukar lokasi ke sana lah. Terjah sana sini, window shopping.


Then, Reeny pon join us. Lama gak la dok pusing2 dalam tu. Ntah apa yg di belek, yg di beli tadok sgt pon. Pompuan. hehe. Dah jam 12.30 tu aku gesa suruh stop lunch, lapar dh la aku dek bekpes td makan ciput je. Haha. Lagi pon aku nak pulang awal, janji jam 1pm nak pick up anak2 kat taska dorang, tu pon macam dh terlajak masanya. huhu.

Usai makan, terus hala balik. Tinggal kan kak Inazz dan reeny menyambung perjuangan window shopping.

Tuesday, 27 December 2011

Lunchdate dengan gewe2 lawa

Plan tetiba. Bila kepala stress, cam best dpt hanging out dgn members yg sekepala. Lepak HOMST lagi kali ni.

Menu kali ni ada siakap stim nyonya, garlic beef, sayur apo ntah, tofu apo ntah. Aku sampai2 je semua menu dh terhidang, terus pulun makan. Haha. Senang hati sungguh.




Yang ado tadi - K.Inazz, jiejah the besan, dan Adek.

Adek tgh bercuti tak abih2 lg tu, Tahun depan baru masuk opis balik katanya. Tadi si ibu yg aktif ni angkut skali 2 anaknya si Hakim dan Fatin. Mak dgn anak nampak cam adik dan kakak je. Body dok cekeding gitu gak ler even dh anak empat. Jeles sungguh.

Ni Fatin anak sulung nya. Besar dah anak dara ni.







Makan2, borak2. Jam 2.15pm baru hala balik Puchong.

Wednesday, 23 November 2011

WW 2 : Menjamu selera di Restoran Ayam Kampung Tuan Faridah


Nota 1  : Restoran Ayam Kampung Tuan Faridah, Bandar Bukit Puchong, Puchong.
Nota 2 :  Detin makan dgn geng Kelab Isteri, KMC - Reeny, Mashi, Eikin & K.Inazz

Saturday, 29 October 2011

Gathering at Atrium Cafe, Sunway Tower


Wajah2 kegembiraan on our gathering Kelab Isteri KMC at Atrium Cafe, Sunway Tower on last 28/10/2011. Ada juga acara EG (Exchange Gift).

Aku antara yg terawal sampai, jam 12tgh hari dh stat isi perut. Foods selection nya tidak mengecewakan. Macam2 ada. Tinggal larat tak larat je nk angkut makan semua. Paling menarik selera aku salad table - smoke salmon, kerabu kupang, salad udang. Bread pudding nya pon best, aku gu mkn dgn eskrem, yummehhhh. Nasi Itik ada, pasta section, noodles station (wanton mee sup nya mabeles), Western station (burger, chicken grill, etc.). Pilihan lauk pauknya pon not bad at all. Ada chinese style, Indian style and Malay style.


Untuk rekod, Atrium Cafe ni during weakdays (Mon - Friday) lunch buffet nya from 12 tgh ari - 2.30 ptg. Hari Sabtu lunch buffet stat on 12pm - 4pm (include tea time). Then paling best ada MARATHON BUFFET on Sunday start 11am until 11pm. Sesiapa yg plan nk g merendek kat Sunway Piramid boleh stat the day with breakfast at 11 then g shopping, then sambung makan for lunch. G tengok wayang, then sambung makan lagi dan lagi sampai jam 11 mlm. Haha.

Boleh call tanya dorang for details - 03 7492 8000 Extn. 6305.

Friday, 28 October 2011

Kelab Isteri KMC

Hari ni ada plan lunchdate dgn geng Kelab Isteri KMC kat Sunway Hotel. Tak tahu lah boleh cilok ke sana ke tak. Nak amik cuti pon dh takleh, minggu ni kan dh cuti raya Deepavali, selasa tu dh ler aku dh amik cuti hapday setel S&P rumah tu. Lagi mau cuti hari ni? mau kena pelankung dek bos apek aku tu. Hehe. Tu yg terfikir nk cilok je lah nnti lunchtime, minta time slip 2 jam + 1 jam lunchtime. OK la kot.

Rindu nk geder2 bersama kekawan yg terchenta ini.
Ni gambar kenangan musim raya tahun 2010 masa majlis pot luck di rumah Linot dan tahlil utk arwah suami nya.

KMC tu maknanya Kampung Melayu.Com, then ada la mcm2 thread forum dlm tu macam memana forum gak lah. Aku 'terjebak' dgn Kelab Isteri on 2006, mulanya sekadar suka2 saja, now most of them dh jadi kwn rapat pon. Aku kira ramai antara kita yg terjebak dgn forum mcm ni kan? Mula2 jd kawan alam maya saja then upgrade jd kwn rapat bila dh salu gathering or dating memana.