Tuesday, 25 October 2011

Chinese Muslim Restaurant - Homst

Hari ni spt di jadual kan aku dan cik abe ke pejabat lawyer utk urusan dokumentasi pembelian Apartment Anggerik. Buat pertama kali juga bersua muka dgn owner rumah tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan masing2 faham dgn terma dan syarat nya. Hampir 2 jam jugak stuck di sini. Usai urusan di sini, kami hala ke CIMB Bank bangunan UMNO Shah Alam pulak utk urusan seterusnya.

Jam 1.15 tgh ari baru semuanya selesai. Legaaaaaa. Baru terasa perut dah mula berbunyi minta di isi. "Jum bang, kita g cari makan best2, celebrate sempena setel urusan dgn baik hari ni"...hehe. Ligat kepala dok fikir mahu tuju mana, akhirnya memilih ke Restoran HOMST, sbb dok teringat usul best2 kawan yg pernah makan disini.

Saat kami tinggal kan bangunan bank, hujan lebat sunguh. Menambah darjah kebulur kami. Sampai saja di HOMST, terus di ambil order kami. Dan tak smpai 10 minit kemudian, hidangan kami sampai. Wahhh...sungguh episien.

Antara menu yg kami order - tomyam seafood, ayam pandan, kung po beef, kerabu mangga dan garlic baby kailan. Dan masing2 hanya memilih chinese tea utk pembasah tekak. Kami order portion SMALL, tp bila sampai hidangan nya, terkejut jap tgok portion SMALL nya cukup utk 4 org makan!!!
Ayam pandan, dah ngap 3 ketul baru tingat nk amik gambar.


Kung po beef

Seafood tomyam (sotong/lala/udang)

Kerabu mangga, garlic baby kailan
Tomyam tu mai dlm mangkuk besorrr, jenuh ceduk dgn cik abe sampai mengah perut di buatnya. Semua nya sedap2 dan kena dgn tekak kami. Sementelah tgh kebulur pulak, makin bertambah2 sedap dibuatnya. Tapi aku td nasi cuma luak separuh, lepas tu sakan dok ratah lauk spashly sayur yg fresh tu. Ayam pandan 7 ketul, 3 ketul saja kami berjaya habiskan, selebihnya suruh depa tolong bungkus kan. 'Boyeh' perut kami dibuatnya nak habiskan semua lauk2 tu.

Dan paling best bila tgok bil nya RM 55.80, termasuk milo suam yg cik abe order at last. Bagi aku sgt berbaloi harga tu dgn portion nya dan kesedapan masakan, servisnya cepat dan suasana restorannya pon menarik. InsyaAllah ini bukan kunjungan kami yg terakhir. Mahu mencuba menu SALTED YORK EGG based dan buttered prawn/chicken nya pulak. Takpon steamed fish with teochew style or HK style.

Utk rekod, ini cawangan yang ke-4 katanya. Ada lagi kat TTDI, Kota Damansara dan Kajang.

Di Shah Alam, restoran HOMST ni terletak di area belakang Tesco Extra, 1 area dgn restoran GENG (Upin & Ipin), sebaris dgn restoran mamak dan sebelah butik My Hannah kalau tak silap. Dan paling best jugak, restoran ni di lengkapi SURAU bg yg memerlukan nya. Ni alamat nya kalau ada yang mau terjah.

No 5 & 7, Jalan Boling Padang H,
13H, SS13, Shah Alam.
Tel : 03-55130760




No comments:

Post a Comment