Secara peribadi, MasterChef US serba tidak kena di mata aku. Mungkin karakter ketua Jurinya - Chef RAMSAY sgt sinonim dgn program HELL KITCHEN, kdg2 aku rasa peserta masterChef tak ubah spt peserta dapur Hell Kitchen spashly masa ujian dapur minggu ni.
Para peserta di bagi kpd 2 team - red team & blue team. Mereka di tugas kan utk memasak menu yg bakal di saji kan kepada pelanggan sebuah restoran terkemuka. Ketika ini, amat terserlah di mata aku karakter Chef Ramsay sebijik mcm dlm program Hell kitchen - suka menjerit, push to limit, put stress on calon2...phewwwww...buat aku kompius jap - ni program MasterChef kah or Hell Kitchen kah? Juga di mata ku melihat ketiga2 juri tu pon semuanya tidak mesra peserta.
Kerap kali ku lihat asal saja masakan peserta tak kena di tekak depa, pantas saja laku para jurinya begitu KEJAM samada drp mimik mukanya, lirikan mata nya, dan masakan peserta berakhir di tong sampah. Or mmg begitu kah FORMAT program nya di sana? sumpah aku tak tau. Hehe.
Rasa berbeza sungguh dgn para juri di dapur MasterChef Australia, yg ku kira lebih berhemah dan professional. Mungkin faktor Australia masih terletak di ASIA kot yer, so jd 'berbeza' bila di translate program nya ke versi BARAT - US.
Kini, tiba giliran MALAYSIA pulak mengadakan program hebat ini.
Baru memulakan siaran pertama pada hari Sabtu lepas (22/10/2011) dan kini baru masuk episod ke 3 rasanya mlm td. Baru peringkat saringan utk memilih 24 peserta yg layak menyarung apron MasterChef. Antara peserta2 yg sempat aku skodeng - pelakon Ary Malek dan pereka fesyen Ruzaini kot yer. Namun sehingga mlm td, kedua2 nya belum layak menyarung apron MasterChef lagi.
Sumber : Website ASTRO |
Tapi mlm td ada tunjuk promo Chef Johari akan tinggal kan barisan Juri. Oh satu kehilangan di situ. Siapa pula bakal mengganti beliau? jeng jeng jeng. Tunggu mlm nnti.
Peserta2 nya pelbagai bangsa, latar belakang. Menarik sungguh. Betul2 menggambarkan 1 MALAYSIA.
aku suka Australia ..hat junior pun best. terbahekkk. tp bila dah tgk masterchef hat obersi ni , nak x nak maka akupun mebandingkan ngan malaysia punya ..alahaiiiii malas nak cakap sbb baru beberapa episode kan . tp cakap mesjidnya , aku x dapek nak tgk sampai ujung ..why ?? bosan sehhhhhhh . juri lain plezzzzzz hahahaha
ReplyDeleteJuri2 dia skema abih and nmpak poyo pon yer gak..keke..
ReplyDelete