Jam 9.00am buka2 je pintu rumah, Aunty jiran sebelah kanan rumah terus lambai suruh amik biskut raya. Gaya tu macam dh lama tunggu kitorg buka pintu nk share the happiness of their Depavali. Sorry Aunty, time cuti ni apa kellas pepagi dh bersidai kat porch tu. Hehe.
So, sarapan pagi kami dgn juadah mood Depavali lah juga, tumpang kemeriahan depa. Aunty bagi maruku 1 bekas, kuih bunga ros 1 bekas dan sekut raya 2 bekas. "Jangan risau...semua HALAL" katanya. InsyaAllah. Kami makan tanpa was2. Ainaa saja konker 1 bekas kuih ros tak sempat nk snap gambarnya dh licin.Sekut raya tu sampai sudah tak luak, boleh la simpan utk Raya Haji nnti kot. Haha.
Lepas Zohor dalam hujan ranyai2, sempat ke rumah kawan sempena kenduri doa selamat dia naik rumah baru. Rumah nya sama taman dgn rumah kami, senang lah nk berziarah lepas ni bila masing2 lapang. Kami di jamu dgn juadah Nasi Tomato dan kuih muih.
Lepas Asar, adik yg stay di Kajang mai rumah bwk satay kajang for juadah petang. Berselera kami mengadapnya dlm kedinginan hujan yg turun berterusan dari tgh ari. Hidangan satay di lawan saja dgn teo O panas 1 jug besar kesukaan anak banak.
Demikian lah sambutan raya Depavali di kediaman kami. Hehe.
No comments:
Post a Comment