Showing posts with label Ayra Zahra Sofia. Show all posts
Showing posts with label Ayra Zahra Sofia. Show all posts

Tuesday, 28 January 2014

Pantang bersalin ni baper hari benornya?...

Assalamualaikum Warahmatullah,

Asyik mengira hari je orang dalam pantang ni. Aku ler tu. Haha. Masa awal2 pantang takda nak mengisah sangat. Asal orang tanya "dah baper hari Su?.." Mula la aku belek jari nak mengira. Nak congak pon kemain lembab memori lepas bersalin ni.

Orang melayu kita ada banyak versi berapa hari patut berpantang. Paling minimum rasanya 40 hari. Lepas tu ada yang kata 44 hari. Ada yang tetapkan 60 hari sama macam cuti bersalin orang kerja. Paling lama yang normal aku dengar adalah 100 hari. Yang tak normal, maybe lebih lagi kot. haha. Takpa. Yang penting, tak ada undang2 yang kata WAJIB pantang bersalin sekian2 hari.

So, secara teori nya aku ni dah lepas pantang paling minimum iaitu 40 hari. Perasaan?...seronok wehhhhh. Cam dapat lesen besar gitu. Lesen ngulauuuuuu pantang. haha. Tapi secara teori je lah gitu. Pantang tetap kena terus kan jua macam biasa, tak boleh drastik sangat stop pantang. Badan kita, tahu lah kita camno bahasa nya, yer dak?

Hari ke-40 pantang, aku celebrate dengan sakit bengkak susu. Terbaik lah. huhu. Seharian menahan sakit, sampai seram sejuk satu badan. Risau takut BENTAN. Demam urat. Jangan memain bengkak susu ni.

Macam2 petua ada untuk hilangkan sakit bengkak susu ni. Guna kobis dan guna sikat adalah yang paling ortodoks (tapi tak mustahil berkesan...) Selain itu, boleh tuam dengan air suam sambil urut pelan2. Aku ada gak sapu minyak Herbanika NR. Tapi kena pastikan tak terkena part nipple dan kena lapik part berminyak tu bila nak menyusu baby. Pahtu kena kerap nyusu kan baby supaya flow abih keluar. At the meantime, pam susu gak. Bengkak susu ni kalau tak dicegah awal boleh menyebabkan mastitis. Susu dah mengeras dalam salur tak boleh keluar. Kalau keluar pon susu berbentuk cam nasi or paling worst just nanah or darah. Finally its need an operation. Takmo lah sampai jadi gitu kan?

Friday, 24 January 2014

Kisah pantang bersalin kali ke-4


Again, tajuk nya adalah loud and clear. haha. Asal boleh je aku ni bubuh tajuk.Bercinta sungguh la nak buat new entry sepanjang cuti pantang ni. Ntah apa yang di sibuk kan tak tau lah, tapi yang pasti sehari2 tu rasa cam kejapppp je masa.

Assalamualaikum Warahmatullah,

Seperti yang aku 'angan' kan, pantang bersalin kali ini adalah sendirian berhad saja. Mujur jugak bersalin awal, sekurang2 nya aku ada masa 2 minggu untuk reheal dan mengadap karenah anak2 mula sekolah.

Balik dari hospital lepas bersalin tu, sampai je rumah tengok2 Cik Abe dah siap kan tempat aku dan baby adalah di ruang bawah berdekatan ruang tamu. Senang nak urus kami katanya. Lagi pon memang awal2 pantang cam HARAM gitu panjat turun naik tangga katanya. I follow je lah Banggggg. Asal selesa,  

Walau kali ini bersendirian menguruskan diri dan baby, sambil di bantu Cik Abe, Alhamdulillah kami betah melalui nya. Baby pon sangat lah behave awal2 bersalin, tidur je lah kerja nya siang malam. Sampai tahap naik risau sebab tidur je sokmo. haha. Makan minum semua Cik Abe sediakan sementelah masih bercuti lagi. Masak yang simple saja menu pantang.

Aku pon since dok berpantang kat ruang bawah je, memang senang banyak nak monitor keperluan anak2 yang lain. Walau mood berpantang, tapi memang takleh nak abai 100% lah bila dah ramai anak ni. Tanggungjawap pada keluarga gitu. Bukan nak layan buat kerja pon tapi dapat tengok depa terurus depan mata pon dah lega. Rasa selfish sgt kalau nak berpantang memerap dediam dalam bilik 24 jam. huhu.

My Mak masa ni dah sampai dari kampung tapi stay rumah my kakak kat Subang dulu. Bagi peluang Mak spend time kat sana dulu. Then, satu malam ni, MIL pulak tepon cakap nak mai rumah kami gak, jenguk cucu baru. Gigih orang tua ni nak mai KL naik bas dari Jerteh. First time naik bas lak tu. huhu.

Hari ke-5 berpantang, rumah mula meriah dengan tamu2. My mak with my ayah dan adik2 mai, then MIL lak sampai dengan anak SIL sorang. Bila dah ramai2 gitu, baru lah rasa betapa tak selesa nya nak berpantang di ruang terbuka gitu. I need my room for some privacy. haha.

Tapi memang takleh nak pindah randah port dah ler. Tambah2 Mak dan MIL pon suka sgt lah aku just lepak situ, senang nak monitor kami katanya. Bila cakap nak masuk bilik atas, menjerit MIL tak bagi naik turun tangga lagi. haha.

Urusan berpantang memang semua aku yang putuskan kali ini. Mana rasa tak patut follow tu, aku abai kan je lah.  Terutamanya bab makan minum, awal2 aku sebelum bersalin aku dah sesiap buat list menu pantang supaya tak terhad pilihan yang ada. Bab berurut, berbengkung dan bertungku masih jadi agenda wajib kena buat.

Kadang MIL ada gak tegur itu ini bab berpantang ni. Dia dah biasa jaga kawe berpantang since anak sulung lagi. hehe.Cara orang tua yang lebih ortodoks, bagus tu bagus tapi tak semua kita mampu nak ikut tambah2 yang ala2 tak logik tu lajuuuu je nak bangkang. huhu.

Untuk pantang kali ini, aku tak beli set lengkap pantang. Beli ala carte saja mana perlu. Dan Alhamdulillah, senarai ni memang dah cukup2 membantu aku mengharungi tempoh berpantang dengan selesa.

1. Minyak ubat Herbanika NR (Nora Roguy) botol hijau
2. Air Akar Herbanika NR - 30 uncang teh dalam 1 kotak
3. Pil Pyhtonatal NR
4. Minuman cocoa kolagen
5. Pati Jeli Gamat LUXOR
6. Ubat pilis sapu kat dahi
7. Mandian Herba TYT
8. Krim sapu Panas Halia

Bengkung moden lak aku ada beli selai saja buat gilir yang dah ada dua helai. Pahtu bengkung asli tali guna je yang lama punya masih elok lagi. Untuk sapuan kat perut aku buatkan campuran kapur makan dengan jus limau nipis untuk 3 minggu pertama untuk pakai siang hari. Malam hari lak aku selang seli pakai dgn krim sapu panas halia dan minyak herbanika NR.

Rutin harian aku bermula seawal jam 8 pagi. Mandi air panas bercampur ubat mandian herba TYT. Lepas mandi lumur minyak ubat herbanika NR satu badan. Kemudian bertungku satu badan.

Lepas bertungku tu baru sapu ramuan kapur makan dengan limau nipis kat perut dan pakai bengkung asli tali. Tak lupa tepek pilis atas dahi. Semua urus sendiri, lagi puas hati. Pahtu baru laa ambil sarapan. Kadang jam 10 pagi baru sarapan.

Time sarapan salunya aku minum air cocoa colagen cicah dgn roti atau biskut saja. Air cocoa kolagen ni lebih pada memberi tenaga benornya. Dan sebagai option utk minuman bercoklat selain MILO. Pantang kali ni aku seboleh mungkin elak minum milo sebab thru pengalaman lepas, MILO ni adalah penyebab utama aku mudah jadi sembelit during berpantang. Aci tobat bila sembelit time gini wehhhh. 

Pahtu bancuh gak air akar herbanika NR 1 mug. 1 uncang teh tu boleh recycle buat minum seharian. Just refill je air dalam mug tu dan minum lah dari pagi sampai malam. Aku lagi suka refill air panas daripada terus buat seteko besar ke apa. Suka minum bila air panas atau suam gitu sepanjang pantang ni. Nikmat betul.

Baby lak selalunya jam 10 pagi baru mandi kan. Aku mandikan sendiri gak baby ni. Tapi masa ada ramai tamu hari tu, my Mak or MIL gilir2 ambil alih tugas mandikan baby.

Lunchtime lak tak tentu. Dah kebulur sangat baru tingat makan. haha. Kadang awal jam 12 dah cari makan, kadang lewat sampai jam 2 ptg pon ada. Menu pantang aku tak susah pon. Asal ada boleh makan, tak banyak songeh. Sayur wajib ambil, makan banyak2 utk serat supaya senang lawas. Paling suka sup sawi dan ulam peria celur cicah sambal lada hitam halia.

Berat badan pon lajuuu je turun. Dari berat last pregnant 69.4kg, now dah 53kg. Aku ni cepat kembang cepat kempis, body belon bak kata opismates. Seawal minggu ke dua berat dah turun angka 5. Cuma tang perut degil, lambat betul susut. Jenuh berbengkung siap malam. 

Esok dah masuk 40 hari pantang. Alhamdulillah. Tak sabar nak keluar rumah. haha. Hari tu pertama kali keluar rumah pon masa bawa baby injet sebulan.

Oh ya. Lupa nak inpom nama baby baru. AYRA ZAHRA SOFIA. Panjang tul bagi aku tapi dah pilihan Cik Abe gitu. Ikutkan nak nak taruk 2 nama saja, ni sampai 3 nama. Sukati lah bangggg.

Ayra Zahra Sofia - foto taken at 28 days old