Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Monday, 29 October 2012
Raya kami tanpa gambar...
Assalamualaikum Warahmatullah,
Hari ni dah mula kerja. Masih penat ikutkan. Tiga hari cuti, boleh kata 1 hari adalah masa di atas jalan saja. Namun sementelah dah namanya cuti, apatah lg cuti RAYA, semuanya boleh dikira pengalaman yang seronok2 saja. Badan sakit2 takpa asal hati gembira puas yer dak.
Ala balik kampung tempoh hari, it was took 7 hours to travel from KL-Simpang Pulai-Cameron Highlands-Gua Musang yang selalunya cuma 5 jam maksimum. Even 7 jam perjalanan, masih boleh di kata our LUCK sebab my adik dan kakak terpaksa merempuh jem sesak selama 12 jam!!!
Tak sangka jugak perjalanan raya kali ni ada kenangan nya tersendiri. Bila mana kami sampai di Cameron Highlands jam 4.30 pagi, di sambut dgn kabus tebal setebal2 nya. Sementelah hujan renyai2, cuaca sejuk pulak. Kabus seakan telah menjerkup kereta kami laksana tudung saji!! memutih saja keliling kami. Langsung tak nampak jalan depan belakang, malah jalan sebelah sisi pon x nampak. HARU.
Untuk seketika, kami terpaksa berhenti sekejap mencari punca jalan kami utk ke Lojing. Keadaan bertambah 'menakutkan' bila tiada kenderaan lain yang boleh dibuat kawan. Tak lama lepas tu, baru lah muncul kereta 2,3 buah belakang kami, tapi semuanya turut stuck macam kami bila tengok kabus tebal tu. Masing2 pakat teragak nak jadi 'pembuka bicara' jalan di depan. Hehe.
Perlahan2 Cik Abe pandu kereta menghampiri divider jalan sebelah kanan nya. Laksana boleh sentuh lah divider tu dari tingkat kereta. Maka bergerak lah kami berpandukan divider jalan tersebut. Dalam 2km jugak lah kami terpaksa membelah kabus tebal berpandukan divider tepi, belah depan langsung tak nampak apa, kalau terjun gaung pon nasib lah! Nauzubillah. Patut la jalan ni x popular di kalangan org kampung kawe, cabaran nya tak terjangkau dek akal. hehe.
Kami bertolak dari rumah jam 10.30 malam, selamat sampai di kampung tatkala azan subuh berkumandang di masjid Renok Baru. Fuhhhhh. Rekod bila sampai di pagi raya begitu.
Maka pagi raya kami hari Jumaat tu di sambut dgn mood mengantuk giler dan kalau boleh mahu bermalasan saja atas katil. Cuma sempat menjengah kemeriahan ibadah kurban berdekatan rumah dari atas tangga rumah saja. Laman rumah Mek memang akan penuh tiap kali pagi raya haji. Penuh dgn kereta2 ntah dari mana yang membuat ibadah kurban di sekitar situ. Mana yang kenal tu akan ambil kesempatan singgah beraya jugak dgn kami. Anak2 lak ikut Tok Ayah dorang ke tempat sembelihan lembu korban. Kemain seronok lah. Mama je tak larat nak ikut.
Hari tu menu raya kami simple saja. Mek sediakan ketupat palas, pulut dakap, nasi kapit dgn kuah kacang. Aku sempat buatkan 2 biji kek coklat dan kuah mee kari sebelum bertolak malam tu utk penambah menu raya kami.
Oh ya, kami tak buat korban pon tahun ini. Last minute, Mek cakap tak payah buat. Tapi daging tetap berlambak dapat sebab Ayah kena ambil bahagian menolong melapah lembu2 korban. Dapat sikit2 tiap sekor lembu as upah, tapi bila lesai suma, dikumpul2 dapat bawak pulang sebesen tulang2 dan sebesen lagi daging berserta hati, limpa. Alhamdulillah rezeki Tok Ayah.
Buatkan seperiuk besar sup tulang as requested by Tok Ayah. Seronok pakat meratah sehari suntuk. Malam tu kakak yang duduk kat Kota Bharu lak sampai, bawakan kami daging korban nya. Penuh peti sejuk Mek. Semua tulang gearbox terpaksa di rebus malam tu jugak utk jimatkan ruang peti sejuk.
Malam tu jugak kami bertolak balik ke kampung sebelah cik abe lak. Jam 1 pagi sampai di rumah BIL di Bukit Puteri, Besut. Kami bermalam di situ saja since MIL pon tiada di rumah kat kampung nya. Esok nya baru kami berkumpul dgn MIL di rumah SIL kat Pengkalan Nyireh, Besut. MIL sediakan daging bakar utk hidangan kami. Dah mula muak daging sebenarnya, tapi layan kan jugak. Dah musim daging katanya. Lewat malam hari tu kami patah balik semula ke Gua Musang. Tak sempat nak tunggu esok nya utk ibadah korban MIL dan BIL walau depa berharap sangat kami tunggu sampai lesai ibadah korban nya. Berhajat nak bekalkan kami daging korban mereka namun kami terpaksa bertolak awal.
Malam tu perjalanan dah mula sesak ikutkan. Kereta dah berduyun2 memulakan perjalanan balik ke KL. Ngeri bila di ingatkan perjalanan balik esoknya camno lah hai. Jam 2 pagi sampai rumah Gua Musang. Rehat secukup nya dahulu before bertolak balik ke KL esok pagi.
Monday, 10 September 2012
Surat Aduan Tuan Rumah Terbuka Raya 2012
Assalamualaikum Bai,
Pagi ni dtg gak opis...ikutkan nk MC...penat tak yah cite lah, tp tang mengantuk sgt2 tu buat Kaksu tak menahan diri ni...mata pon rasanya dh nampak lebam giler tak cukup tido...
Bai...pagi ni baru lah Kaksu dpt buka tengok ole2 Bai bagi smlm even beg I Malaysia Bai tu lah kaksu dok kelek sepanjang OH smlm as my beg paket duit raya too!!!...member siap tegur Kaksu mcm mak penganten bila bwk beg tu sbb nk isi duit salam kaut...cessssss...
TERIMA KASIH byk2...tgok je kain ni memang terbayang Bai terus, originally taste by Bahiyah....sukaaaaa...rasanya cukup utk di jadikan part kain kan? Nanti cari kain lain utk di buat GU baju nya...kalau tak, buat samping utk asben pon lawa gak ni...dan2 mai idea nk tema soft kaler purple tahun depan!!!
TQ dtg OH Kaksu...harap Bai puas menjamu selera dgn menu yang ada. Syhhhh...Nasi minyak dgn lauk ayam masak merah, jelatah dan papedom tu bukan Kaksu buat tau. Kami cuma tambah gulai daging je as lauk tambahan. Semua ingat gulai daging tu gulai kawah. Haiyohhh...Kuali besar pon Ksu tadok, kawah apatah laaa lagi. Bai sempat tak makan laksa penang, mihun sup siam?...Oh ya, desert nya pon sedap2 katanya. Kuih serimuka Ksu tempah sama dgn si pembuat Nasi Minyak. Bubur jagung tu pulak tempah dgn tuan rumah OH. Dengar kata dia bangun jam 5 pagi nak masak bubur jagung tu.
Cuma ralat tak leh layan Bai sgt2...peak hour, tamu tgh ramai, rasa kalau boleh nk belah badan dn jiwa 100 parts!!! biar boleh layan semua org sama rata...
Bai tahu tak Bai makin SLIM!!! jeles Kaksu...Kaksu gak makin menggemuk...camno ni...
sakit2 badan ni...asben Kaksu tibai amik MC gak tu even bersungguh dia nak pergi kijo awalnya...Kaksu suruh dia clearkan mana patut kat rumah tu...mlm td last tamu balik on 10.30pm...pahtu kami kena g antar adik balik rumah dia dulu before take FULL rest...salu kaksu suruh asben g dgn anak je buat kwn dia drive...tapi kali ini terpaksa temankan asben mlm td sbb takut dia bwk keta sorang karang dia mamai ngantuk ke apa...tahu dia pon penat gilerrr ari tu...Kaksu masuk keta, take a seat, waaaahhhhhhhhhhhhh rasa heaven sgt...baru rasa body is totally penat...
Bila dah rasa santai tu, baru la Kaksu rasa segala2 nya yg tak best...kaki, betis berdenyut sakit, bahu rasa macam kena smackdown 44x, mata rasa cam kena tumbuk...gila over...haha...and 1st time dalam hari tu rasa nak menguap luas2 dek ngantuk giler!!! Since pagi sabtu kaksu dh mangun seawal jam 5am nk g Pasar Borong Selangor yg hampeh tu...nanti Kaksu cite...pahtu seharian dok wat itu ini sampai ke mlm tu...Paksa stop wat kijo and masuk tido at 3.30 pagi...jam 5pg Kaksu dah terbangun, x leh nk sambung tido asyik dok tingat nk setelkan itu ini for majlis...tido just sejam lebih tp langsung x rasa ngantuk pon masa tu...
even masa tamu sampai, x rasa pon penat, ngantuk ke apa...tenaga tu mcm di pam2 ntah dtg dari mana...haha...
Bila dh setel, dok terhenyak lam keta tu baru lah mai rasa nk tido sgt2...menguap sekali...NIKMAT nya la hai rasa mengantuk tu...pahtu kijo Kaksu asyik menguap je lah sepanjang jln nk hantar adik...antara jaga atau terlelap pon Kaksu dah tak boleh beza...haha...tau2 dah sampai rumah adik, tau2 dah sampai rumah sendiri!!!
Pehal...gitu lah kalau dh wat jamuan ni yer dak...pyhsically and mentally kena prepare on the best mode org kata...and it's satisfying us indeep bila tamu dtg ramai2, jamu selera, bertanya kabar, bermaafan...ada yg dah lama x jumpa dpn mata, bila nampak tu dan2 mai rasa sebak pilu...aduhhhhh...Kaksu rasa mmg Kaksu dh totally OLD la bai...org tua je kan salu emotional lebih ni...hahaha...paling worst bila tgok kwn sekelas dh makin 'luas' dahinya, pahni leh join kelab pakcik botak katanya...haha...usia memakan diri kita tanpa kita sedar...
again, TQ for coming Bai...TQ gak for abe syed yg sudi mai...ckp kat dia, eh tak MACHO la lelaki dok seat sebelah seat driver pompuan!!! hahaha...it's not SWEET at all eventhough how tough is Ur lady...a man deserve to be a man laa kan - to be lady driver NOT have lady driver!!! hahaha...tp di maaf kan lah sbb dia demam yer ari tu...
Ralat banyak sebab tak sempat gak bergambar dgn Bai as kenangan. Bergambar pon mana sempat jer tumpang kamera kawan2. Kamera sendiri dah tak tahu mana letak dah. Huhu.
Monday, 3 September 2012
Jalan2 beraya, OH sana sinun...
Adat beraya di bandar. Rumah terbuka sepanjang Syawal. Sambil beraya, berjumpa, bermaafan juga adalah medan terbaik utk 'menternak' lemak di badan.
Terima kasih atas jemputan kawan2. Alhamdulillah.
Antara menu di rumah terbuka Mashie. Impress dgn table setting nya. Dan KIMBAB salunya menjadi antara menu wajib kalau ke rumah beliau selain laksa utara yang sedap.
Ini pulak beraya ke rumah Maria di Saujana Utama. Perut sengkak kena duduk menegak dek kenyang makan mcm2. hehe.
Raya Kami 2012 / 1433H - Part 3 (Akhir kot...)
Assalamualaikum Warahmatullah.
Better sambung cerita raya sebelum mood raya nya habis.
21/08/2012 (Selasa)
Antara kipas lama MIL yg masih elok berfungsi. Jenama TOSHIBA.
Pinggan mangkuk lama bersusun atas gobok usang. Tunggu masa je menantu dia buka mulut minta wat koleksi. Haha.
MIL lak pepagi hari ni dah ke
rumah jiran seberang jalan – dok bergulai istilah org kampung. Ada kenduri
kahwin. MIL jd tukang dapur merangkap tukang gulai.
Perjalanan lebih kurang sejam
lebih. Sejauh 90km++.
Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam. Sempat snap dari jauh saja.
Lepas tu singgah lagi di pantai
Penarik sekadar mencuba makanan becelup tepung nya. Kami ambil sotong besar 2
ekor, ikan kembong 2 ekor, udang RM10, keropok lekor, mee goreng dan air
kelapa. Kos abis RM50 utk 4 dewasa 5 kanak2. Seafood nya fresh sgt2.
Better sambung cerita raya sebelum mood raya nya habis.
21/08/2012 (Selasa)
Raya ke-3
Hari ini lebih kepada agenda
memenuhi jemputan kenduri kawen. Destinasi nya ke arah Kota Bharu. Musim2 raya
begini sebut saja Kota Bharu, terus rasa sebu perut mengenangkan trafiknya.
Kalau diberi pilihan, tak mahu lah kami ‘bergadai nyawa’ hala ke Kota Bharu.
Hehe. Namun melihat MIL yg bersungguh mahu memenuhi jemputan sedaranya, maka
kena gagahkan jua lah.
Jam 10.30 pagi kami bertolak, hampir
jam 2 ptg baru sampai ke rumah pengantin!!! Dgn jarak perjalanan tak sampai
100km. Itu pun kami guna pelbagai jalan alternative yg ada selepas Bandar Pasir
Puteh.
Hala balik, lagi sekali kami
‘menempah bala’ bila tersesat masuk ke laluan utama. Merasa lah jem tak
bergerak di sekitar Melor. 1km jaraknya hampir 1 jam kami tersadai kat situ.
Kemudian singgah di kenduri pemilik nursery anak2 kat area Bukit Jawa, Pasir
Puteh. Masa tu jam 5.45pm. Nasib baik tuan rumah belum simpan khemah lg. Gulai
nya sedap, ada campur umbut kelapa.
Hampir jam 8 malam baru kami
selamat sampai rumah di Bukit payong, Jerteh. Penat sungguh. Driver lg la
penat. Sian cik abe. Dari KL tak merasa
jem, dh duduk kampung pulak merasa jem. Haha.
22/08/2012 (Rabu)
Raya ke-4
Pepagi cik abe dah turun menebas
semak samun di belakang rumah mak nya. Itu antara rutin wajib bila balik
kampung. Selaku anak lelaki, bila berkesempatan tu buat lah mana patut utk memastikan
rumah pusaka terjaga rapi. MIL pon dah tak larat nak uruskan sorang2.
Sempat lah jugak cik abe tanam
pokok rambutan baka ‘anak sekolah’ dan ‘gading/gula batu’ 5 pokok keliling rumah. Selama ni Cuma ada
baka rambutan ‘perak’ saja yg tidak lg mendapat sambutan. Tadak sapa pon yang
nak makan bila tiba musim buahnya. Dulu2 mmg pemes lah rambutan baka ‘perak’
ni. Rumah MIL ni ikutkan lagi klasik
dari rumah my Mek kat Gua Musang. Banyak yg nak kena menten jaga. Lantai dan
dinding pon byk yg dah mereput sana sini di makan anai2. Sementelah MIL pon
duduk sorang2 dia selama puluh2 tahun tanpa suami, anak2 pon Cuma balik sekali
sekala saja, hard for her to maintain the house properly all time.
Cik abe mmg pesen rajin bila
balik kampung. Alhamdulillah. Tak kira rumah mak di ka, mak kawe ka, dia rajin
telek kijo apa perlu di buat. Tadak kijo pon dia akan cari kijo. Hehe. Salu dia
rajin kelebet ‘wiring’, plug point and electrical items lam rumah. Memana yg
rosak atau perlu upgrade tu dia akan buat lah mana patut. Cuma kat rumah my mak
dia tak pandai sgt nak bega kan part halaman rumah sbb mak pon jenis kaki
tanaman, pokok2 dia mmg terjaga rapi tak boleh di usik kadang tu.
Usai buat kijo di halaman rumah,
cik abe sambung menelek dalam rumah pulak. Salunya masalah utama rumah lama MIL
ni adalah sistem ‘wiring’ nya lah. Tambahan pulak MIL amat jarang guna
electrical items, so byk brg rosak sbb JARANG guna. Itu gak antara sebab kenapa
rumah MIL tak ada TV. Kami anak banak pon dah terbiasa dgn budaya ‘NO TV’ bila
pulang ke sini. Kalau rumah org lain meriah raya di serikan dgn program Raya
kat TV, rumah kami cuma meriah dgn program anak banak saja lah. MIL lah jd
penglipur laranya. It’s truly wonderful time for us to spend.
Dah puas menelek kijo yg ada, cik
abe ajak ke Bandar Jerteh sambil membeli
brg keperluan. On the way ke Jerteh, tetiba mai idea nak jalan2 cari
pasal ke KUALA TERENGGANU!!!
Agaknya Cik abe kesian kan bini
nya ni yg tak pernah sampai ke Kuala Terengganu even katanya kawen dgn anak Ganun.
Hehe.
Ajak kuarga BIL join us. Kami
hala ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai, akan melepasi Penarik, Merang dan Batu Rakit. Pemandangan
sepanjang perjalanan amat lah indah terutama bila sampai di Penarik. Selalunya
layan panorama pantai sekitar Besut saja, rupanya ada yg lagi cantik.
SubhanaAllah.
Mercu tanda Terengganu katanya.
Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam. Sempat snap dari jauh saja.
Sampai di Kuala Terengganu, kami
Cuma singgah di pantai Batu Buruk. Sempat gak lah cik abe pusing2 jalan dalam
Bandar nya.
Tak lama pon kami di sini. Kami berhenti lepak di Pantai Batu Buruk.
Lepas
lunch di A&W di pantai Batu Buruk, kami terus hala balik ke Jerteh. Singgah
pulak beli keropok di sebuah kedai di Batu Rakit. Sedap wehhhh keropoknya. Mula
tu ingin terjah beli Keropok Losong yg tersohor tu, tp biras ckp hat tu sudah
tak relevan lg. Hehe.
MIL tercengang bila tahu kami
berderak sampai ke Kuala Terengganu!!!
Malamnya kami berkemas utk pulang
ke Gua Musang keesokan hari nya. Akan habiskan baki cuti di sana pulak sebelum
pulang ke Kuala Lumpur.
Tuesday, 28 August 2012
Raya Kami 2012 / 1433H - Part 3
20/08/2012 (Isnin)
Raya ke-2.
8 tahun lepas pada tarikh ini lah
kami suami isteri di ijab qabul. Tepatnya jam 10.30pagi. Alhamdulillah atas
kelangsungan jodoh kami ini ya Allah. Ku mohon pada MU moga jodoh kami berpanjangan
berbahagia hingga ke syurga memadu kasih bersama keluarga tercinta. Aminnnnn.
Amat bermakna Juga bila dapat
menyambut Anniversary dalam mood raya. Tapi potong lemang ketupat je lah jawab nya,
kek tarak. Kedai kek semua tutup cik abe cakap. Haha.
Hari ini tiada agenda khusus
menanti. Cuma menyambung aktiviti ziarah raya yg tak sempat dihabis kan di Raya
pertama semalam. Lepas tu, mungkin akan ke rumah abang cik abe di Bukit Puteri,
Besut utk sama2 memeriahkan rumah terbuka nya.
Sekitar jam 11pagi kami keluar
rumah hala ke arah KERUAK. Masih sekitar kampong cik abe cuma Keruak ni hala ke
atas lagi dari Bukit Payong, akan melalui Lata Tembakah dan Kolam Air Panas La.
Mak sedara cik abe ada tinggal di sini.
Kami di jamu dgn menu tradisi di
sini – lemang mkn dgn PETAI JERUK!!!
Awal2 kahwin dgn cik abe dulu,
bila beraya dijamu dgn menu ini, tercengang jugak lah kawe. Bukan tak pernah makan petai jeruk, tp
canggung bila melihat semangkuk petai jeruk dihidang bersama juadah raya yg
lain. Kalau dihidang bersama menu berasaskan nasi pon ok lg, tp bila semata di
GU kan dgn lemang laksana mcm rendang, mula lah kawe terkulat2. Di sini
rupanya rendang tidak tersohor utk di
makan bersama lemang.
Barangkali ianya lebih kepada kebiasaan selera tempatan. Utk info, petai
adalah antara komoditi utama di sini. Bila musim petai, rata2 penduduknya akan
mengusahakan petai jeruk utk dijual atau utk stok makan sendiri. Petai jeruk
menjadi benda wajib ada di dapur setiap umah. Dan setakat ini, petai jeruknya
adalah TERSEDAP kawe pernah makan. Rasa petainya lebih berlemak dan rangup.
Kepakaran (air tangan??) yang tak boleh di nafikan.
Namun selama menjadi warga sini,
kawe belum mencuba lg makan lemang berlaukkan petai jeruk. Selalunya kawe makan
lemang kosong camtu saja. Namun tidaklah
sampai mencemuh menu tersebut, malah rasa bertuah sekurang2nya dgn ikatan
perkahwinan ini kawe berpeluang merasai nikmat budaya yg lain dari budaya
sendiri.
Usai beraya di sini, kami terus
hala rumah BIL. Menumpang kemeriahan rumah terbuka nya sampai ke petang.
Malam tu kawe buat stimboat utk
jamuan anak banak. Meriah.
Subscribe to:
Posts (Atom)