Better sambung cerita raya sebelum mood raya nya habis.
21/08/2012 (Selasa)
Raya ke-3
Hari ini lebih kepada agenda
memenuhi jemputan kenduri kawen. Destinasi nya ke arah Kota Bharu. Musim2 raya
begini sebut saja Kota Bharu, terus rasa sebu perut mengenangkan trafiknya.
Kalau diberi pilihan, tak mahu lah kami ‘bergadai nyawa’ hala ke Kota Bharu.
Hehe. Namun melihat MIL yg bersungguh mahu memenuhi jemputan sedaranya, maka
kena gagahkan jua lah.
Jam 10.30 pagi kami bertolak, hampir
jam 2 ptg baru sampai ke rumah pengantin!!! Dgn jarak perjalanan tak sampai
100km. Itu pun kami guna pelbagai jalan alternative yg ada selepas Bandar Pasir
Puteh.
Hala balik, lagi sekali kami
‘menempah bala’ bila tersesat masuk ke laluan utama. Merasa lah jem tak
bergerak di sekitar Melor. 1km jaraknya hampir 1 jam kami tersadai kat situ.
Kemudian singgah di kenduri pemilik nursery anak2 kat area Bukit Jawa, Pasir
Puteh. Masa tu jam 5.45pm. Nasib baik tuan rumah belum simpan khemah lg. Gulai
nya sedap, ada campur umbut kelapa.
Hampir jam 8 malam baru kami
selamat sampai rumah di Bukit payong, Jerteh. Penat sungguh. Driver lg la
penat. Sian cik abe. Dari KL tak merasa
jem, dh duduk kampung pulak merasa jem. Haha.
22/08/2012 (Rabu)
Raya ke-4
Pepagi cik abe dah turun menebas
semak samun di belakang rumah mak nya. Itu antara rutin wajib bila balik
kampung. Selaku anak lelaki, bila berkesempatan tu buat lah mana patut utk memastikan
rumah pusaka terjaga rapi. MIL pon dah tak larat nak uruskan sorang2.
Sempat lah jugak cik abe tanam
pokok rambutan baka ‘anak sekolah’ dan ‘gading/gula batu’ 5 pokok keliling rumah. Selama ni Cuma ada
baka rambutan ‘perak’ saja yg tidak lg mendapat sambutan. Tadak sapa pon yang
nak makan bila tiba musim buahnya. Dulu2 mmg pemes lah rambutan baka ‘perak’
ni. Rumah MIL ni ikutkan lagi klasik
dari rumah my Mek kat Gua Musang. Banyak yg nak kena menten jaga. Lantai dan
dinding pon byk yg dah mereput sana sini di makan anai2. Sementelah MIL pon
duduk sorang2 dia selama puluh2 tahun tanpa suami, anak2 pon Cuma balik sekali
sekala saja, hard for her to maintain the house properly all time.
Cik abe mmg pesen rajin bila
balik kampung. Alhamdulillah. Tak kira rumah mak di ka, mak kawe ka, dia rajin
telek kijo apa perlu di buat. Tadak kijo pon dia akan cari kijo. Hehe. Salu dia
rajin kelebet ‘wiring’, plug point and electrical items lam rumah. Memana yg
rosak atau perlu upgrade tu dia akan buat lah mana patut. Cuma kat rumah my mak
dia tak pandai sgt nak bega kan part halaman rumah sbb mak pon jenis kaki
tanaman, pokok2 dia mmg terjaga rapi tak boleh di usik kadang tu.
Usai buat kijo di halaman rumah,
cik abe sambung menelek dalam rumah pulak. Salunya masalah utama rumah lama MIL
ni adalah sistem ‘wiring’ nya lah. Tambahan pulak MIL amat jarang guna
electrical items, so byk brg rosak sbb JARANG guna. Itu gak antara sebab kenapa
rumah MIL tak ada TV. Kami anak banak pon dah terbiasa dgn budaya ‘NO TV’ bila
pulang ke sini. Kalau rumah org lain meriah raya di serikan dgn program Raya
kat TV, rumah kami cuma meriah dgn program anak banak saja lah. MIL lah jd
penglipur laranya. It’s truly wonderful time for us to spend.
Dah puas menelek kijo yg ada, cik
abe ajak ke Bandar Jerteh sambil membeli
brg keperluan. On the way ke Jerteh, tetiba mai idea nak jalan2 cari
pasal ke KUALA TERENGGANU!!!
Agaknya Cik abe kesian kan bini
nya ni yg tak pernah sampai ke Kuala Terengganu even katanya kawen dgn anak Ganun.
Hehe.
Ajak kuarga BIL join us. Kami
hala ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai, akan melepasi Penarik, Merang dan Batu Rakit. Pemandangan
sepanjang perjalanan amat lah indah terutama bila sampai di Penarik. Selalunya
layan panorama pantai sekitar Besut saja, rupanya ada yg lagi cantik.
SubhanaAllah.
Mercu tanda Terengganu katanya.
Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam. Sempat snap dari jauh saja.
Sampai di Kuala Terengganu, kami
Cuma singgah di pantai Batu Buruk. Sempat gak lah cik abe pusing2 jalan dalam
Bandar nya.
Tak lama pon kami di sini. Kami berhenti lepak di Pantai Batu Buruk.
Lepas
lunch di A&W di pantai Batu Buruk, kami terus hala balik ke Jerteh. Singgah
pulak beli keropok di sebuah kedai di Batu Rakit. Sedap wehhhh keropoknya. Mula
tu ingin terjah beli Keropok Losong yg tersohor tu, tp biras ckp hat tu sudah
tak relevan lg. Hehe.
MIL tercengang bila tahu kami
berderak sampai ke Kuala Terengganu!!!
Malamnya kami berkemas utk pulang
ke Gua Musang keesokan hari nya. Akan habiskan baki cuti di sana pulak sebelum
pulang ke Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment