Monday, 22 August 2016

Random Ramblings...

Assalamualaikum Warahmatullah.

1. Rasa cepat ja dah masuk Ogos sudah. Tapi tahun ni macam perlahan sangat personal life progress, kadang rasa cam backwards pon ada. Hey dude, don't let routine kill you slowly!

2.  Anak2 semua doing well, sihat Alhamdulillah rezeki Allah pada kami. Aisyah sit the trial UPKK exam started today. Hope she will doing good, even study nya tak bersungguh mana pon. She treats the exam as normal exam, mak dia ja adrenaline rush lebih. Kot. 

3. Arissa Daneen genap setahun last 06/2016, dapat bertatih at her birthday. And now fasa penat kepung dan kejar. At age 14 bulan she manage to climb up and down the stairs without fell down. Phewwwww. Everyone claimed NOT seen her did it to stop it. Grrrrrr. But I remember one time she jatuh katil at age 10 bulan. Melalak terkejut. Then I teach her how to get down katil safely. And guess what? Lesson learnt! Tiap kali dia nak turun katil memang dia follow apa yang kita ajar tu. Aku peratiiiiii ja dia slow and steady buat, so cute. Haha. Dan cara tu jugak lah dia praktis untuk turun tangga dari tingkat atas sampai bawah, suma 20 mata anak tangga yer. Bahaya tu. Gate tangga dah fasa malas dah nak pasang, must consider this back.

4.  21/08/2016 semalam was our ANNIVERSARY ke 12. Alhamdulillah, masih menari dalam sweet and sour di pentas perkahwinan ini. Ya Allah, limpahi lah keberkatan Mu untuk kami, beri kan kami kekuatan untuk terus mengharungi nya dan menjaga amanah2 Mu.


Wednesday, 27 January 2016

Tok Ayah, Tok Mek mai KL...


Sudah bertahun jugak rasanya my Mek & Ayoh tak mai jenjalan umah anak2 kat KL ni. Awal bulan ni Alhamdulillah Mek Ayoh di beri kesihatan yang sangat baik untuk kembali menjengah kami kat sini. Minggu ni dah masuk minggu ke-3 Mek Ayoh berkampung umah anak2.

Memenuhi permintaan Mek Ayoh nak g Masjid Negeri Shah Alam. Sempat lepak piknik buka bekal.
Bergilir2 depa mai duduk rumah anak2. Tapi selalunya rumah aku dan rumah my kakak lah port wajib depa. Minggu lepas turn depa mai duduk seminggu kat my rumah.



Minggu ni hantar balik rumah my kakak as depa request. Memang rumah my kakak tu port peberet depa untuk stay lama sikit. Alasan sebab my kakak tak kerja, tak bosan sangat dok rumah seharian ada teman borak. Yer lah mak. Rumah aku ni hari kerja/sekolah memang aci bosan lah takda sapa kat rumah. Nak tinggal cucu2 dia hat kecik2 wat neman pon takut depa tak larat nak jaga. Baik lah duduk rehat saja. 



Hujung minggu ni nak kena balik Gua Musang dah, Ayoh nak sign buku elaun KESEDAR katanya. Takleh tak sign awal2 nanti Pengurus marah. Jenuh pujuk suruh stay sampai cuti Raya Cina.

Moga Mek Ayoh diberi kesihatan yang baik berterusan. AAmiin.


Thursday, 21 January 2016

Auni Oh Auni...


A throwback.

Tanggal 4/1/2016 yang lepas, Auni antara yang yang bergelar pelajar baru Tahun 1. Such a BIG moment for us. So harus lah gigih update hal begini. Sekadar untuk kenangan tuan belog.

Masih terbayang hal Auni pada Hari Orientasi November lepas. Gayat ikutkan nak tempuhi hari pertama persekolahan. Aku cuma mampu berdoa banyak2 moga Auni tak buat hal sangat sampai tak terkawal dek kami. Tambahan Cik Abe pon ada pergi sama menemani kali ini, rasa sedikit secure Auni tak buat hal lah kot. Takut Abah katanya.

Steady lagi masa ni.
Drama air mata Auni bermula usai waktu rehat. Tatkala dia tahu kami tak boleh dah meneman dia sampai ke kelas, saat tu lah keluar perangai cembeng nya. Tak mahu masuk kelas. Dah masuk kelas tapi mata asyik tengok keluar kelas mencari kami sambil menangis. Sabo je lah. Kemuncak nya dia muntah belahak dalam kelas!!!

Hari pertama persekolahan berakhir dengan Auni balik sekolah dengan baju persalinan baru.

Hari ke-2 terasa getir sebab terpaksa handle Auni sorang2. Kali ni set mind to the worst. Apa nak jadi, jadi lah. Redah saja orang kata. Hari ke-2 ni Auni menduga aku seawal babak pertama di tempat perhimpunan. Takmo masuk barisan kelas nya. Saat pelajar lain dah elok masuk barisan kelas masing2, dia masih tercegat kaku di tengah2 sambil memandang ke arah aku. Tak lama kemudian pecah suara tangis nya memecah keheningan sekolah. Seronok nya kan? anak sapa lah niiiiiiiii...rasa nak lari jauh2 menyorok. Haha.

Nak tak nak kena lah pergi jugak hadap dia konon nak tenang kan dia lah. Tapi rupanya makin teruk! Bukan takat melalak nangis, kali ni dengan baju aku sekali di pegang tarik kuat takmo lepas. Ahhhhhh sudah. Di tengah2 perhimpunan, di depan2 semua pelajar, guru dan ibubapa. Ko rasa? OK FINE.

Mujur lah tak lama tu sorang cikgu perempuan mai tolong. Dia ambil pegang tarik Auni lepas tu buat isyarat suruh aku cecepat pergi. Tanpa banyak soal, aku pon pergi lah dari situ dengan 1001 perasaan. Tak jauh aku berjalan dari kawasan perhimpunan, aku menyorok belakang sebatang tiang ni dengan jiwa kacau.

Selesai pelajar semua kena masuk ke kelas masing2, aku cecepat cari guru nya tadi. Soalan pertama Cikgunya pada aku "Anak sulung ke ni Puan.." ehhh tak, ni anak ke 3 dah ni. Anak pertama dan kedua takda perangai gini pon awal2 sekolah dulu. Saya pulak naik gayat bila hat ke 3 ni wat pangai. hehe.

Cikgu nya cakap jangan risau, serah pada sekolah saja nanti pandai2 lah cikgu kelas nya handle. Puan balik lah dulu. Baikkkkkk. So aku balik opis kejap dengan hati libang libu teringat kan anak.

Jam 9.45am keluar opis balik nak intai Auni time dia rehat pulak. As expected aku jumpa dia tengah nangis ntah apa2 kat kantin tu. Cehhhhhh. Lagi sekali cikgu perempuan tadi mai tolong aku tarik dan ambil dia bawa masuk kelas. Pahtu aku dah tak berani dah nak pergi intai Auni. Lagi elok dia tak nampak aku kot. Biar lah dia belajar survive. Abih2 pon dia nangis sampai muntah belahak macam hari semalam ja lah kot. Huhu.

Auni ni budak yang lambat panas orang kata. Suasana baru, kawan baru. Dia bukan nya tak suka sekolah at all.

Hari ke-2 persekolahan sekurang2nya berakhir dengan sedikit bagus bila melihat muka nya ceria saja keluar sekolah seolah2 tadak apa pon jadi that day. Hai la anak. Hati mak ko ni NGERI nak membayangkan bagaimana lah pulak drama ko nak buat esok hari.

Balik sekolah kemain senyum sengeh ko yer
Hari ke-3 persekolahan. Berbekal strategi baru aku lebih yakin hari ni. Strategi lah sangat katanya. Lepas letak Auni dalam barisan kelas nya, aku cakap tegas "Mama nak kena pergi opis dah ni. Auni duduk sekolah elok2, jangan nangis. Cari kawan" Abis cakap tu aku terus angkat kaki cecepat.  Sambil jalan tu aku doa banyak2 jangan lah Auni tu berlari nak ikut aku balik!!! hahaha. Mujur benda tu tak jadi.

Hahhhh, tu lah strategi aku. Hati kena KENTAL bebb. Ko nak suruh anak hati kental, ko dulu kena berhati kental yer mak2 yang ada anak cengeng gini. haha. Lagi dilayan lagi cembeng si anak, bukannya makin elok pon benor nya.

Tapi hati aku tak kuat gak benornya. Dalam 30 langkah gitu, aku pusing balik weiiiiii. Auni tengok saja mak nya patah balik. Muka nya berubah sedikit cuak. Oh my, jangan stat. Aku patah balik sebab aku tetiba rasa nak bagi REWARDS saat tu jugak sebab dia tak nangis dan tak ikut aku balik at first aku tegas tinggal kan dia tadi.

"Mama lupa nak salam peluk dengan Auni tadi..." saja aku buat alasan gitu walau dah buat pon benornya "Eh Auni dah ada duit belanja kan..." Laju Auni angguk. Muka nya nampak ceria balik. "OK bagus. Ni Mama tambah lagi singgit duit belanja sebab Auni sangat bagus hari ni" Aku peluk cium dia then blah. Kali ni betul2 blah tak pusing patah balik dah. Phewwwww.

Jam 9.45 pagi aku keluar opis pergi tengok Auni waktu rehat nya hari ni masih seperti hari 1 & 2 kah lagi. 
Sambil cari Auni kat kantin tu aku beli kan air milo sesiap untuk dia. Kesukaan dia, takut dia tak sempat beli.

Auni dah ada geng!!! Allah. Aku pulak rasa nak nangis tengok dia dah berkawan dan seronok gitu. Dah tak peduli dah kelibat aku, malah siap suruh aku balik. Hamboihhhh. Air milo yang aku beli kan utk dia pon tak mahu di ambil nya. "Auni dah beli dah minum dah tadi. Mama minum sendiri lah, Auni nak cari kawan nak masuk kelas dah..."

I have buddy friend already
Sujud syukur mak ko. Berakhir sudah episod ngeri nak hantar anak pergi sekolah. Sekolah kebangsaan belah pagi ni saja Auni wat pangai. Sekolah Kafa belah petang elok saja. Maybe Kafa tu kakak2nya ada sekali satu sekolah dia tak rasa cuak sangat kot.

Happy you, happy me

Now, dah hampir sebulan dah persekolahan boleh kata Auni makin matang dengan dunia baru nya. Kelas nya pon dah bertukar lagi sekali minggu ni. Tukar kelas makna nya cikgu dan kawan sekelas pon bertukar. Aku tengok dia masih ok, dah pandai adapt, dah pandai berdikari. Alhamdulillah.

Tatkala kebanyakan ibubapa sudah lega menghantar anak di luar pagar sekolah saja, aku masih lagi kekal dengan rutin pepagi hantar dia sampai ke barisan kelas nya di tempat perhimpunan. Mungkin aku punya masa banyak pepagi hari sebelum ke opis. Tak ada apa nak rushing, takat spend 5-10 minit gitu pejam mata saja lah. So just enjoy the moment. Berjalan berpimpinan tangan dengan Auni selagi dia mau dia suka. Dah besar esok2 macam kakak2 nya dah tau malu kot berkepit dengan mak lagi.

Auni at 3 yrs old. How time flies.


Wednesday, 20 January 2016

Tahun Baru, Rutin Baru...


Assalamualaikum warahmatullah,

Selamat Tahun Baru 2016. Bulan 1 pon dah nak sampai penghujung. Pejam celik orang kata, masa berlari pantas.

Tahun ni merasa lah handle 3 orang anak sekolah. Jadi mak supir jua. Bila hari sekolah, rutin aku bermula dari jam 5 pagi. Sedia kan bekal untuk anak sekolah pagi dan petang. Bekal biasa2 saja, takdan nak berbento-bento pon ikut trend. Asal sempat siap dan cukup bekal nya, dah tarik nafas lega lah aku. Kadang rutin terganggu bila baby Daneen tersedar dan tak mahu sambung tidur. Merasa lah kalut tahap gaban. Mana nak kelek anak, mana nak siapkan bekal, mana nak kerah anak siap ke sekolah, mana nak siapkan diri sendiri nak pergi opis. Pitam.

Jam 6.45am kena keluar rumah. Singgah taska dulu hantar baby Daneen. Ayra kadang abah nya hantar, kadang kami hantar. Abahnya keluar rumah jam 7.30am. Setel hal dua beradik yang kecik ni, terus tuju sekolah. Setakat 3 minggu sekolah ni, we are managed to reach school at 7.10-7.15am. Timing pepagi memang kena plan elok2, lewat 2,3 minit saja boleh jadi lari abih timing. Phewwww.

Usai hantar anak ke sekolah memasing, aku terus ke opis. Tahun ni boleh jadi pekerja cemerlang lah aku. Jam 7.40 dah terpacak kat opis. Luckily I am morning person, Happy saja bila sampai opis awal gitu, terus stat enjin buat itu ini. Fresh tanpa gangguan.

Jam 12.50 tengah ari keluar ambil dorang pulak. Auni balik jam 1 tgh ari, Aisyah & Ainaa jam 1.20. Sekolah dengan my opis ni boleh kata dekat saja, kalau tak pusing2 tu dalam 5-10 minit boleh sampai. Lesai ambil masing2 kat sekolah terus bawa dorang ke sekolah KAFA. KAFA ni kelasnya mula jam 2.15pm. Memang takda lah nak pusing or singgah lepak memana. Sedang elok ja timing tu untuk depa makan, tukar baju dan solat Zohor.

Selalu nya kami lepak makan kat halaman sekolah KAFA dekat kerusi batu depan pejabat Guru. Ramai ja budak2 lain yang sama senasib. Buka bekal masing2 nampak seronok masing2 berkelah situ.

Buka bekal, lauk simple2 saja sempat Mama masak pepagi.

Aku pon biasa nya tak tunggu lama kat sini, depa dah siap tukar seragam, nampak depa dah ngadap bekal masing2 tu terus cauuuu balik opis. Pesan kat Aisyah suruh tengok adik2, kemas simpan bekas bekal elok2 dan  jangan lupa bersih kan tempat makan. Tak risau sangat dah bila depa dah ada sini. Kawasan sekolah tertutup, pahtu kawan2 dan cikgu2 pon ada dah masa ni. Biasa jam 2.10pm tu dah sampai opis balik dah aku pon.  

Our kereta dah jadi rumah kedua kami kot. hehe. Persalinan KAFA memang sesiap bawa dari pagi, gantung dalam kereta. Tukar dalam kereta saja lah. Mujur lah dulu tak kedekut nak pasang tinted gelap sikit, memang baloi lah. haha. Adeh la. Macam orang nomad, tapi tu saja pilihan terbaik yang ada pon. Nak bawa balik opis jap takut lewat lak nak patah balik. Lagi penat nak ulang alik gitu. Tapi hari JUMAAT memang wajib bawa dorang balik my opis. Gap time lama, 2 jam. So meh la balik opis mama sat. Boleh la tukar pakaian dan makan dengan selesa sikit. Nak mandi pon boleh.

Jumaat boleh lepak opis Mama.
Balik sekolah petang tu dah tak risau nak kejar timing dah. KAFA dorang abih jam 5.40pm. Opishour aku jam 5.30pm. So sedang elok keluar opis terus hala ambil dorang lah.

Penat memang penat. Tp syukur dapat peluang urus sendiri hal sekolah anak2. Cuma kadang kesian kat anak2 yang kecil - Daneen & Ayra. Spashly Daneen lah. Pepagi buta, gelap lagi tu dah kena angkut pergi taska. Kalau dulu jam 8am baru hantar. La ni takdan nak gomol baby banyak2 pepagi. Most of time angkat dia time tengah syok tido. huhu. What to do. Sometime you have to loose some to get some. Mujur rutin petang tak banyak berubah pon. Kalau dulu sampai rumah jam 6pm, now managed to make it at 6.05 - 6.10pm. Boleh gomol baby puas2.

Saya dah tumbuh gigi 2 batang. Hobi saya suka geget now. Ouchhhh.

   

Thursday, 10 December 2015

A story of sleepless night's mom...


Baby Daneen tengah demam. Demam nak berkalih bulan ka apa tak tahu lah. Memalam tido asyik nak mengempeng saja lah dia. Memang tak lena tido kita dibuatnya. Semalam tengok dia ok sikit terus cilok keluar setel kan memacam. Baby Daneen hantar ke babysitter jap. Laki bini amik cuti sehari, tapi a day was started macam hari kijo gak. Pepagi dah keluar rumah macam gaya nak pergi kijo.

Pekena kopi O kawww bagi cerah sikit biji mata yang tak cukup tido
Ikutkan plan nak terus pergi sekolah beli buku sekolah anak2, sekali nya kedai buku buka jam 9 pagi. Jom lah bekpes dulu Cik Abe cakap.

Setel hal buku Aisyah, Ainaa & Auni. Kos buku saja lebih RM300 tiga beradik tu. Phewwww. Dah lah tahun depan dah tak dapat claim duit bantuan sekolah RM100 tu. Isk isk iskkkkkk. Apalah nasib.

Lepas tu kami hala ke EPF pulak. Urus kan pengeluaran EPF sikit. Ni untuk persiapan plan projek tahun depan. Moga segalanya berjalan lancar lah.

Jam 11 pagi dah peluh tiak setel 2 hal. Balik rumah jap angkut semua kecuali baby Daneen ke Warehouse Sale. Nak cari kasut sekolah pulak. Warehouse ni area Kota Kemuning sana. Tau pon thru FB grup taman.

Hasil rembatan




Kasut2 sekolah jenama Ben 10, Barbie ada flat price RM15- RM20 sepasang. Sandal2 biasa tu harga antara RM 5 - RM 8 ja. Murah banyak lah. Dalam pada nak jimat, pejam mata gak rembat mana patut.


Auni punya


Lepas setel sopin kasut sekolah, kami gegas pergi Klinik Kesihatan Jenjarom pulak nak cucuk imunisasi Ayra. Dah nak genap umur 2 tahun dah mek tu, tp last injection umur 18 bulan belum dapek2 lagi. Lega bila dapat setel banyak hal seharian semalam. Lepas Asar sampai rumah, flat abissssssss. Tambah penat bila demam baby Daneen pon belum kebah sangat lagi. Huhu.

Indeed.