Thursday, 21 January 2016

Auni Oh Auni...


A throwback.

Tanggal 4/1/2016 yang lepas, Auni antara yang yang bergelar pelajar baru Tahun 1. Such a BIG moment for us. So harus lah gigih update hal begini. Sekadar untuk kenangan tuan belog.

Masih terbayang hal Auni pada Hari Orientasi November lepas. Gayat ikutkan nak tempuhi hari pertama persekolahan. Aku cuma mampu berdoa banyak2 moga Auni tak buat hal sangat sampai tak terkawal dek kami. Tambahan Cik Abe pon ada pergi sama menemani kali ini, rasa sedikit secure Auni tak buat hal lah kot. Takut Abah katanya.

Steady lagi masa ni.
Drama air mata Auni bermula usai waktu rehat. Tatkala dia tahu kami tak boleh dah meneman dia sampai ke kelas, saat tu lah keluar perangai cembeng nya. Tak mahu masuk kelas. Dah masuk kelas tapi mata asyik tengok keluar kelas mencari kami sambil menangis. Sabo je lah. Kemuncak nya dia muntah belahak dalam kelas!!!

Hari pertama persekolahan berakhir dengan Auni balik sekolah dengan baju persalinan baru.

Hari ke-2 terasa getir sebab terpaksa handle Auni sorang2. Kali ni set mind to the worst. Apa nak jadi, jadi lah. Redah saja orang kata. Hari ke-2 ni Auni menduga aku seawal babak pertama di tempat perhimpunan. Takmo masuk barisan kelas nya. Saat pelajar lain dah elok masuk barisan kelas masing2, dia masih tercegat kaku di tengah2 sambil memandang ke arah aku. Tak lama kemudian pecah suara tangis nya memecah keheningan sekolah. Seronok nya kan? anak sapa lah niiiiiiiii...rasa nak lari jauh2 menyorok. Haha.

Nak tak nak kena lah pergi jugak hadap dia konon nak tenang kan dia lah. Tapi rupanya makin teruk! Bukan takat melalak nangis, kali ni dengan baju aku sekali di pegang tarik kuat takmo lepas. Ahhhhhh sudah. Di tengah2 perhimpunan, di depan2 semua pelajar, guru dan ibubapa. Ko rasa? OK FINE.

Mujur lah tak lama tu sorang cikgu perempuan mai tolong. Dia ambil pegang tarik Auni lepas tu buat isyarat suruh aku cecepat pergi. Tanpa banyak soal, aku pon pergi lah dari situ dengan 1001 perasaan. Tak jauh aku berjalan dari kawasan perhimpunan, aku menyorok belakang sebatang tiang ni dengan jiwa kacau.

Selesai pelajar semua kena masuk ke kelas masing2, aku cecepat cari guru nya tadi. Soalan pertama Cikgunya pada aku "Anak sulung ke ni Puan.." ehhh tak, ni anak ke 3 dah ni. Anak pertama dan kedua takda perangai gini pon awal2 sekolah dulu. Saya pulak naik gayat bila hat ke 3 ni wat pangai. hehe.

Cikgu nya cakap jangan risau, serah pada sekolah saja nanti pandai2 lah cikgu kelas nya handle. Puan balik lah dulu. Baikkkkkk. So aku balik opis kejap dengan hati libang libu teringat kan anak.

Jam 9.45am keluar opis balik nak intai Auni time dia rehat pulak. As expected aku jumpa dia tengah nangis ntah apa2 kat kantin tu. Cehhhhhh. Lagi sekali cikgu perempuan tadi mai tolong aku tarik dan ambil dia bawa masuk kelas. Pahtu aku dah tak berani dah nak pergi intai Auni. Lagi elok dia tak nampak aku kot. Biar lah dia belajar survive. Abih2 pon dia nangis sampai muntah belahak macam hari semalam ja lah kot. Huhu.

Auni ni budak yang lambat panas orang kata. Suasana baru, kawan baru. Dia bukan nya tak suka sekolah at all.

Hari ke-2 persekolahan sekurang2nya berakhir dengan sedikit bagus bila melihat muka nya ceria saja keluar sekolah seolah2 tadak apa pon jadi that day. Hai la anak. Hati mak ko ni NGERI nak membayangkan bagaimana lah pulak drama ko nak buat esok hari.

Balik sekolah kemain senyum sengeh ko yer
Hari ke-3 persekolahan. Berbekal strategi baru aku lebih yakin hari ni. Strategi lah sangat katanya. Lepas letak Auni dalam barisan kelas nya, aku cakap tegas "Mama nak kena pergi opis dah ni. Auni duduk sekolah elok2, jangan nangis. Cari kawan" Abis cakap tu aku terus angkat kaki cecepat.  Sambil jalan tu aku doa banyak2 jangan lah Auni tu berlari nak ikut aku balik!!! hahaha. Mujur benda tu tak jadi.

Hahhhh, tu lah strategi aku. Hati kena KENTAL bebb. Ko nak suruh anak hati kental, ko dulu kena berhati kental yer mak2 yang ada anak cengeng gini. haha. Lagi dilayan lagi cembeng si anak, bukannya makin elok pon benor nya.

Tapi hati aku tak kuat gak benornya. Dalam 30 langkah gitu, aku pusing balik weiiiiii. Auni tengok saja mak nya patah balik. Muka nya berubah sedikit cuak. Oh my, jangan stat. Aku patah balik sebab aku tetiba rasa nak bagi REWARDS saat tu jugak sebab dia tak nangis dan tak ikut aku balik at first aku tegas tinggal kan dia tadi.

"Mama lupa nak salam peluk dengan Auni tadi..." saja aku buat alasan gitu walau dah buat pon benornya "Eh Auni dah ada duit belanja kan..." Laju Auni angguk. Muka nya nampak ceria balik. "OK bagus. Ni Mama tambah lagi singgit duit belanja sebab Auni sangat bagus hari ni" Aku peluk cium dia then blah. Kali ni betul2 blah tak pusing patah balik dah. Phewwwww.

Jam 9.45 pagi aku keluar opis pergi tengok Auni waktu rehat nya hari ni masih seperti hari 1 & 2 kah lagi. 
Sambil cari Auni kat kantin tu aku beli kan air milo sesiap untuk dia. Kesukaan dia, takut dia tak sempat beli.

Auni dah ada geng!!! Allah. Aku pulak rasa nak nangis tengok dia dah berkawan dan seronok gitu. Dah tak peduli dah kelibat aku, malah siap suruh aku balik. Hamboihhhh. Air milo yang aku beli kan utk dia pon tak mahu di ambil nya. "Auni dah beli dah minum dah tadi. Mama minum sendiri lah, Auni nak cari kawan nak masuk kelas dah..."

I have buddy friend already
Sujud syukur mak ko. Berakhir sudah episod ngeri nak hantar anak pergi sekolah. Sekolah kebangsaan belah pagi ni saja Auni wat pangai. Sekolah Kafa belah petang elok saja. Maybe Kafa tu kakak2nya ada sekali satu sekolah dia tak rasa cuak sangat kot.

Happy you, happy me

Now, dah hampir sebulan dah persekolahan boleh kata Auni makin matang dengan dunia baru nya. Kelas nya pon dah bertukar lagi sekali minggu ni. Tukar kelas makna nya cikgu dan kawan sekelas pon bertukar. Aku tengok dia masih ok, dah pandai adapt, dah pandai berdikari. Alhamdulillah.

Tatkala kebanyakan ibubapa sudah lega menghantar anak di luar pagar sekolah saja, aku masih lagi kekal dengan rutin pepagi hantar dia sampai ke barisan kelas nya di tempat perhimpunan. Mungkin aku punya masa banyak pepagi hari sebelum ke opis. Tak ada apa nak rushing, takat spend 5-10 minit gitu pejam mata saja lah. So just enjoy the moment. Berjalan berpimpinan tangan dengan Auni selagi dia mau dia suka. Dah besar esok2 macam kakak2 nya dah tau malu kot berkepit dengan mak lagi.

Auni at 3 yrs old. How time flies.


2 comments:

  1. Lama x sggah sini, haha.. mcm2 karenah ye ank2 ni
    Setakat ni dh 2 ank masuk drjah 1 tkde buat perangai
    Suh aku blik lg ada
    Tggu lh no 3 dan 4 nnt cmner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog pon jarang nk berhapdate Irfa wehhh. haha. Sian org nk singgah x da cite apa. Tu lah. Anak 1,2 suma ok. Hat no 3 ni menguji betui.

      Delete