Monday, 29 October 2012
Raya kami tanpa gambar...
Assalamualaikum Warahmatullah,
Hari ni dah mula kerja. Masih penat ikutkan. Tiga hari cuti, boleh kata 1 hari adalah masa di atas jalan saja. Namun sementelah dah namanya cuti, apatah lg cuti RAYA, semuanya boleh dikira pengalaman yang seronok2 saja. Badan sakit2 takpa asal hati gembira puas yer dak.
Ala balik kampung tempoh hari, it was took 7 hours to travel from KL-Simpang Pulai-Cameron Highlands-Gua Musang yang selalunya cuma 5 jam maksimum. Even 7 jam perjalanan, masih boleh di kata our LUCK sebab my adik dan kakak terpaksa merempuh jem sesak selama 12 jam!!!
Tak sangka jugak perjalanan raya kali ni ada kenangan nya tersendiri. Bila mana kami sampai di Cameron Highlands jam 4.30 pagi, di sambut dgn kabus tebal setebal2 nya. Sementelah hujan renyai2, cuaca sejuk pulak. Kabus seakan telah menjerkup kereta kami laksana tudung saji!! memutih saja keliling kami. Langsung tak nampak jalan depan belakang, malah jalan sebelah sisi pon x nampak. HARU.
Untuk seketika, kami terpaksa berhenti sekejap mencari punca jalan kami utk ke Lojing. Keadaan bertambah 'menakutkan' bila tiada kenderaan lain yang boleh dibuat kawan. Tak lama lepas tu, baru lah muncul kereta 2,3 buah belakang kami, tapi semuanya turut stuck macam kami bila tengok kabus tebal tu. Masing2 pakat teragak nak jadi 'pembuka bicara' jalan di depan. Hehe.
Perlahan2 Cik Abe pandu kereta menghampiri divider jalan sebelah kanan nya. Laksana boleh sentuh lah divider tu dari tingkat kereta. Maka bergerak lah kami berpandukan divider jalan tersebut. Dalam 2km jugak lah kami terpaksa membelah kabus tebal berpandukan divider tepi, belah depan langsung tak nampak apa, kalau terjun gaung pon nasib lah! Nauzubillah. Patut la jalan ni x popular di kalangan org kampung kawe, cabaran nya tak terjangkau dek akal. hehe.
Kami bertolak dari rumah jam 10.30 malam, selamat sampai di kampung tatkala azan subuh berkumandang di masjid Renok Baru. Fuhhhhh. Rekod bila sampai di pagi raya begitu.
Maka pagi raya kami hari Jumaat tu di sambut dgn mood mengantuk giler dan kalau boleh mahu bermalasan saja atas katil. Cuma sempat menjengah kemeriahan ibadah kurban berdekatan rumah dari atas tangga rumah saja. Laman rumah Mek memang akan penuh tiap kali pagi raya haji. Penuh dgn kereta2 ntah dari mana yang membuat ibadah kurban di sekitar situ. Mana yang kenal tu akan ambil kesempatan singgah beraya jugak dgn kami. Anak2 lak ikut Tok Ayah dorang ke tempat sembelihan lembu korban. Kemain seronok lah. Mama je tak larat nak ikut.
Hari tu menu raya kami simple saja. Mek sediakan ketupat palas, pulut dakap, nasi kapit dgn kuah kacang. Aku sempat buatkan 2 biji kek coklat dan kuah mee kari sebelum bertolak malam tu utk penambah menu raya kami.
Oh ya, kami tak buat korban pon tahun ini. Last minute, Mek cakap tak payah buat. Tapi daging tetap berlambak dapat sebab Ayah kena ambil bahagian menolong melapah lembu2 korban. Dapat sikit2 tiap sekor lembu as upah, tapi bila lesai suma, dikumpul2 dapat bawak pulang sebesen tulang2 dan sebesen lagi daging berserta hati, limpa. Alhamdulillah rezeki Tok Ayah.
Buatkan seperiuk besar sup tulang as requested by Tok Ayah. Seronok pakat meratah sehari suntuk. Malam tu kakak yang duduk kat Kota Bharu lak sampai, bawakan kami daging korban nya. Penuh peti sejuk Mek. Semua tulang gearbox terpaksa di rebus malam tu jugak utk jimatkan ruang peti sejuk.
Malam tu jugak kami bertolak balik ke kampung sebelah cik abe lak. Jam 1 pagi sampai di rumah BIL di Bukit Puteri, Besut. Kami bermalam di situ saja since MIL pon tiada di rumah kat kampung nya. Esok nya baru kami berkumpul dgn MIL di rumah SIL kat Pengkalan Nyireh, Besut. MIL sediakan daging bakar utk hidangan kami. Dah mula muak daging sebenarnya, tapi layan kan jugak. Dah musim daging katanya. Lewat malam hari tu kami patah balik semula ke Gua Musang. Tak sempat nak tunggu esok nya utk ibadah korban MIL dan BIL walau depa berharap sangat kami tunggu sampai lesai ibadah korban nya. Berhajat nak bekalkan kami daging korban mereka namun kami terpaksa bertolak awal.
Malam tu perjalanan dah mula sesak ikutkan. Kereta dah berduyun2 memulakan perjalanan balik ke KL. Ngeri bila di ingatkan perjalanan balik esoknya camno lah hai. Jam 2 pagi sampai rumah Gua Musang. Rehat secukup nya dahulu before bertolak balik ke KL esok pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takde kesronokan balik raya kalau tak jammed.itu kata adik saya la.hehe
ReplyDeleteIrfa...so true...hahaha..
ReplyDelete