20/08/2012 (Isnin)
Raya ke-2.
8 tahun lepas pada tarikh ini lah
kami suami isteri di ijab qabul. Tepatnya jam 10.30pagi. Alhamdulillah atas
kelangsungan jodoh kami ini ya Allah. Ku mohon pada MU moga jodoh kami berpanjangan
berbahagia hingga ke syurga memadu kasih bersama keluarga tercinta. Aminnnnn.
Amat bermakna Juga bila dapat
menyambut Anniversary dalam mood raya. Tapi potong lemang ketupat je lah jawab nya,
kek tarak. Kedai kek semua tutup cik abe cakap. Haha.
Hari ini tiada agenda khusus
menanti. Cuma menyambung aktiviti ziarah raya yg tak sempat dihabis kan di Raya
pertama semalam. Lepas tu, mungkin akan ke rumah abang cik abe di Bukit Puteri,
Besut utk sama2 memeriahkan rumah terbuka nya.
Sekitar jam 11pagi kami keluar
rumah hala ke arah KERUAK. Masih sekitar kampong cik abe cuma Keruak ni hala ke
atas lagi dari Bukit Payong, akan melalui Lata Tembakah dan Kolam Air Panas La.
Mak sedara cik abe ada tinggal di sini.
Kami di jamu dgn menu tradisi di
sini – lemang mkn dgn PETAI JERUK!!!
Awal2 kahwin dgn cik abe dulu,
bila beraya dijamu dgn menu ini, tercengang jugak lah kawe. Bukan tak pernah makan petai jeruk, tp
canggung bila melihat semangkuk petai jeruk dihidang bersama juadah raya yg
lain. Kalau dihidang bersama menu berasaskan nasi pon ok lg, tp bila semata di
GU kan dgn lemang laksana mcm rendang, mula lah kawe terkulat2. Di sini
rupanya rendang tidak tersohor utk di
makan bersama lemang.
Barangkali ianya lebih kepada kebiasaan selera tempatan. Utk info, petai
adalah antara komoditi utama di sini. Bila musim petai, rata2 penduduknya akan
mengusahakan petai jeruk utk dijual atau utk stok makan sendiri. Petai jeruk
menjadi benda wajib ada di dapur setiap umah. Dan setakat ini, petai jeruknya
adalah TERSEDAP kawe pernah makan. Rasa petainya lebih berlemak dan rangup.
Kepakaran (air tangan??) yang tak boleh di nafikan.
Namun selama menjadi warga sini,
kawe belum mencuba lg makan lemang berlaukkan petai jeruk. Selalunya kawe makan
lemang kosong camtu saja. Namun tidaklah
sampai mencemuh menu tersebut, malah rasa bertuah sekurang2nya dgn ikatan
perkahwinan ini kawe berpeluang merasai nikmat budaya yg lain dari budaya
sendiri.
Usai beraya di sini, kami terus
hala rumah BIL. Menumpang kemeriahan rumah terbuka nya sampai ke petang.
Malam tu kawe buat stimboat utk
jamuan anak banak. Meriah.
No comments:
Post a Comment