19/08/2012 (Ahad)
Allahhuakbar Allahhuakbar
Allahhuakbar
Bangun lah anak2 ku. Hari yg
kamu tunggu2 sudah tiba. Hari ini lah Hari Raya.
Seawal subuh, bilik air rumah MIL
dah gegak gempita dgn telatah cucu2 nya.
Aisyah, Ainaa dan Auni seronok sungguh tak sabar nak memakai baju baru.
“Hari ni tak payah puasa ke
mama?...” Tanya Ainaa.
“Hari ini hari raya sudah. Tak
boleh puasa. Ainaa nak puasa lg ka?..” Aku jangka kan Ainaa akan menjawap TAKMO
PUASA, sekali dgn yakin dia jawab..
“Ainaa nak puasa lagi lepas ni.
SERONOK PUASA kan mama..”
ALHAMDULILLAH. Walau tahun ini
merupakan tahun pertama Ainaa belajar puasa, kami bersyukur dgn kesungguhannya
utk berpuasa penuh dan tidak culas sehari pon. Teringat masa di Gua Musang,
masa tu kami tgh shopping dalam pasaraya ECONJAYA (supermarket paling
pemes…hehe). Ainaa nangis mengongoi2 minta nak buka posa. Dah tak malu dah
depan2 ramai org tu. Barangkali tidak tahan dugaan berpuasa di kampung yg
cuacanya panas kering, di tambah dgn godaan deretan minuman depan dia masa tu.
Aduhai.
Pelan2 aku raih dia bawa dalam
pelukan. Ku usap air mata yg mengalir di
pipi mulusnya.
“Ainaa sungguh2 ka nak buka
posa?...”
Terdiam dia tak menjawab, hanya
tangisan yg berlagu perlahan.
“Puasa mmg begini sayang…lapar,
dahaga, letih…Ainaa kena sabar, kena tahan…Allah sayang kalau Ainaa dapat tahan
semua ni…”
Akhirnya, sebagaimana cepatnya
dia merajuk tadi, begitu lah jua bila dh termakan pujuk. Itulah Ainaa.
Cuma raya tahun ini sedikit RALAT
bila tak dapat membawa anak2 ke masjid utk solat raya. Masing2 tak mahu pulak
ikut MakTok dorang bila mama takleh ke masjid.
Kutip duit raya!!!
Lepas cik abe balik dari masjid, maka bermula lah aktiviti ziarah raya kami. Raya belah kampong cik abe boleh dikatakan meriah dgn aktiviti ziarah memandangkan kami berdua dari rumpun yg sama. Sedara belah cik abe adalah jua sedara belah kawe jugak. Mak sedara kawe adalah mak sepupu dia. Pak sedara dia adalah pak sepupu kawe.
Lesai ziarah belah cik abe, kami
terjah ziarah belah kawe dari belah Mek pulak. Mek pon berasal dari Besut ni
jua, so urusan ziarah sedara mara di musim raya menjadi lebih mudah.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment