Sunday, 26 August 2012

Raya Kami 2012 / 1433H - Part 1 (Pra Raya)


Raya Kami 1433H/2012 – Part 1

16/08/2012 (Khamis)

Setelah hamper sebulan berpuasa, kini tiba lah saat yang ditunggu oleh kami terutamanya anak2. Agenda BALIK KAMPUNG seakan menjadi satu agenda paling bermakna buat Aisyah, Ainaa dan Auni, apatah lagi kalau pulang dengan mood raya.

Cik abe telah pon mula bercuti hari ini. Cadangnya kami akan memulakan perjalanan paling awal jam 3 petang nanti. Sempat lah kawe ke opis sekejap separuh hari setelkan mana patut sebelum bercuti panjang. Beban kerja pulak semakin menjelang raya semakin menimbun hampir2 menenggelamkan semangat raya kawe. Namun satu kepuasan bila dapat melunaskan tanggungjawab sebaik  mungkin terutama berhubung isu bonus raya pada semua staff. Alhamdulillah. Biar lah semua pulang beraya dengan hati gembira dengan sedikit imbuhan daripada opis.

Tepat jam 3.50 ptg kami bersedia utk memulakan perjalanan pulang ke kampung tercinta. Saat2 akhir Cik Abe putuskan utk guna laluan berbeza kali ini. Selalunya kami guna laluan KL-Raub-Gua Musang, kali ini kami nekad ingin guna laluan KL-Simpang Pulai-Cameron Highlands- Gua Musang buat pertama kali.

Alhamdulillah keputusan kami tepat bila memilih laluan tersebut. Perjalanan sangat lancar. Sesuatu yang PELIK pulak rasanya. Bila mengharungi satu perjalanan yang lancar, tiada kereta yg ‘berebut’ mahu pulang ke kampung masing2. Oh seakan hilang semangat raya!! Haha. Dan buat pertama kali jugak cik abe serah stereng pada bini nya. Mengantuk punya pasal di laluan PLUS yang lurus bendul bak kata cik abe buat dia cepat mengantuk. Dah biasa dengan jalan berliku Karak Highway. So merasalah bini jadi pilot sekejap, sesuatu yang dah lama jugak kawe pencen sejak bergelar isteri.

Kami berhenti untuk berbuka puasa di sebuah masjid di pinggir Cameron Highlands. Kami langkah kanan ke situ rupanya. Kebetulan masjid tersebut mengadakan kenduri kecil maka kami disambut dgn tangan terbuka utk bersama menikmati hidangan dgn kariah tempatan. Alhamdulillah. Kami sempat bertukar juadah bekalan kami dari KL – pizza sejuk dgn tetamu kanak2 di situ. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Merasa lah sekejap suhu sejuk di situ.

Jam 8mlm, kami meneruskan perjalanan hala ke Gua Musang melalui LOJING. Jalannya sgt2 berliku dan agak berbahaya ditambah pulak dgn kabus yg asyik melatari sepanjang jalan kami. Jarang2 sekali kami berselisih dgn kereta lain, mmg pelik sungguh perjalanan RAYA kami tahun ini. Sepanjang perjalanan cuma dipenuhi hutan rimba, sesekali baru nampak kelompok penempatan kecil, menambah rasa sunyi yg ada. Lebih kurang sejam lebih kami selamat sampai di Bandar Gua Musang.

Kepulangan kami disambut dgn senyum lebar oleh Tok Ayoh dan Tok Mek yg setia menanti dari siang tadi. Hilang segala lelah dan resah bila melihat wajah kedua orang tua yg kelihatan sihat walafiat, Alhamdulillah.

 

17/08/2012 (Jumaat)

Di Bandar Gua Musang, pagi Jumaat nya selalu meriah dgn Pasar Pagi atau Pasar minggu kami panggil. Di adakan di sebelah Bandar Baru Gua Musang, berdekatan dgn bangunan tetap pasar Gua Musang. Kalau dari jalan besar utama boleh ambil hala ke arah Hospital Gua Musang (melalui Stesen Minyak SHELL) atau pon melalui Masjid besar Tg. Razaleigh (melalui stesen minyak PETRONAS).

Di pasar minggu ni macam2 ada jualan nya. Memang bertambah meriah kalau menjelang raya begini. Pasarnya bermula seawal pagi sehingga tengah hari sebelum Solat Jumaat.

Maka pagi ini ke situ lah kami tuju utk merasai mood raya org kampung kawe. Rambang mata jugak bila melihat jualan tudung2nya yg pelbagai dan dijual murah2. Adik2 sempat memborong seluar jeans berjenama tp made in SIAM!!! Haha.  Cik abe lak spt biasa akan terjah gerai jualan kaset/CD mencari koleksi2 lagu DIKIR BARAT kesukaan nya.

Kemudian kami singgah membeli kelengkapan bahan2 utk juadah berbuka ptg tu dan juadah raya. Kami akan menyambut raya di kampung cik abe bukan di sini. So kena  pastikan semuanya mencukupi utk kegunaan Mek membuat juadah raya nanti. Raya kali ni cuma adik2 yg memeriahkan raya di rumah Mek nanti, kakak2 semua beraya di kampung suami masing2 termasuk lah kawe. Ada yang beraya di rumah masing2 bila suami tak dapat cuti saat2 akhir.

Untuk juadah berbuka puasa hari ni, Mek buat bubur lambuk dan ketupat sotong. Bubur lambuk yang dah semestinya berbeza dgn bubur lambuk versi KL. Paling special bubur lambur versi  Mek mesti taruk BUDU!!!

 

18/08/2012 (Sabtu)

Usai Sahur tadi terus bersiap utk bertolak ke kampong Cik Abe di Bukit Payong, Jerteh. Aku tempah tulang rusuk 3kg di tempat proses daging lembu berdekatan rumah Mek utk di bawa pulang rumah MIL.

Seawal jam 7pg kami dh selamat meredah jalan raya utk perjalanan balik kampung kali ke-2. Trafik agak lancar belah pagi ni. Kami sempat singgah di Kuala Krai depan pasaraya BILAL utk soping kuih raya tempatan.

Jam 10.00 pagi selamat sampai di Bandar Jerteh. Masih awal utk terus balik rumah MIL, cik abe ajak singgah rewang Bandar Jerteh kejap. Aku terjah kedai gunting nyonya!!! Upahnya  RM10 utk gunting saja. Murah.

Puas merewang di Bandar Jerteh kami hala pulang. Sampai2 je tengok MIL tgh buat ketupat palas di birai pintu utama yang terbuka luas menghadap jalan utama. Barangkali sambil menanti kepulangan kami.Tapai pulut dah siap katanya. Juadah wajib raya tu. SIL dan anak2 pon dah ada kat rumah MIL masa kami sampai. Di rumah MIL, salunya tugasan menyediakan juadah raya di serahkan pada SIL yg memang pakar memasak. Menantu bongsu nya ni cuma ambil pangkat kuli cabuk saja lah mampu.

Namun SIL serah tugas pada aku utk sediakan juadah berbuka di hari terakhir puasa. Sup tulang rusuk dgn sambal kicap jadi menu utama. Pahtu buat sambal kerang petai. Petang tu kami hala ke PARAM di Kg. Raja, Besut. Tiada yg menarik hati utk dibeli, pening kepala pulak tengok org berpusu2 seakan pesta di serata ceruk. Pemandangan biasa bila perantau pulang ke kampung.

Puas hati tgok semua org berbuka puasa dgn penuh selera dgn juadah kawe masak. Licin sup tulang seperiuk besar pakat hirup ratah.
Malam tu operasi menyucuk sate utk hidangan raya esoknya. Raya tahun ni juadah raya ditetapkan oleh SIL – sate dgn kuah kacang, nasi kapit, nasi minyak dgn lauk gulai kerutub daging+jelatah+sambal belacan.

Berakhir sudah Ramadhan kami tahun ini. Moga ada jodoh berjumpa lagi di tahun depan. InsyaAllah, aminnnnn...

No comments:

Post a Comment