...untuk anak2.
1. Dapat jelajah main lepas bebas di luar rumah, di laman sepuas hati.
Seawal pagi dah start berkawad kat laman. Selipar mama salu jadi mangsa depa balun. Bila kita kelui panggil buat2 muka inesen tengok kita balik. Siap bawak duit raya kat tangan nak g mana dikk??
Salunya depa suka hala kacau rumah Toksu dorang kat belakang rumah MIL. Hobi dorang bagi salam tapi takmo masuk rumah pon. Kemain kuat bagi salam spashly nya AUNI ni dgn pelatnya "alalalakummmmmmm.." siap berlagu hujungnya.
Lepas tu patah balik buat projek utamanya...
Bila muncul je partner in crime, aktiviti pon bermula.
2. Dapat tidur dalam KELAMBU!!!
Oh yang ini memang betul2 peberet anak2. Kadang belum pon masa tidur dah sibuk gesa kita pasang kelambu ni. MIL lak jenis rajin melayan cucu. Siap dibelinya kelambu kaler pink utk anak2 dara kawe. Kelambu ni seusia dgn Aisyah kot tak silap. Selain berfungsi utk mengekang nyamuk, kelambu ini juga adalah taman permainan terhebat!!!
ehemmmm...ni pulak kelambu for mama dan abah dorang. Kelambu pesen baru katanya. Kalau dulu beli utk baby je, la ni utk mak pak baby pon ado!!!
Mula tu cam tak tergamak gak nak tido dalam kelambu gedik2 ni. Haha. Cik abe siap ckp macam pengantin baru la pulak.
Bila balik kampung MIL, memang semua parking tido kat ruang luar ni. Tiap keluarga ambil port masing2, penuh segenap ruang. Berselerak bergelimpangan adalah pemandangan yg paling INDAH bila dh ramai2 berkumpul. Ada bilik2 pon sorang pon takmo tido dalam bilik.
No comments:
Post a Comment