Monday 18 February 2013

Terjah Utara (Part 3) - Dari Kuala Perlis ke Kuah, Langkawi


Jam 3.30 petang kami selamat berada di atas feri untuk memulakan perjalanan ke jeti Kuah, Langkawi. Untuk info, perkhidmatan feri ke Langkawi ini ada juga disediakan di jeti Kuala Kedah. Kalau dari K.Lumpur memang akan 'jumpa' jeti Kuala Kedah dulu tapi kami pilih untuk naik ke atas sikit di jeti Kuala Perlis.

Suasana dalam feri memang selesa. Lebih kurang je kot dengan feri yang pernah aku naik masa ke Batam dulu. Cuma seat nya lebih selesa daripada seat feri Batam. Kami bertuah bila dapat seat one row for our family even status kami cuma penumpang terselit. hehe. And Ainaa paling teruja bila dapat seat sebelah window. Aku pulak cuma ingat nak lelap kan mata je lah sementara feri berlabuh sampai nanti.

Muka berlemoih and super penat
Jarak perjalanan nak ke Langkawi lebih kurang 1 jam 15 minit. Perjalanan pon lancar saja, tiada tersengguk2 terlantun2 dek ombak. Macam naik bas je mama, bak kata Aisyah. Macam laa dia pernah naik bas. errrr...Bas sekolah gamaknya.

Sempat lah aku tidur sekejap, hampir nak sampai destinasi, mata takmo lelap sudah bila tengok panaroma kat luar kemain cantik. Makin menghampiri pulau Langkawi, makin teruja aku tengok betapa cantiknya pulau lagenda ini. Hati mula berbunga2, hilang sudah segala penat lelah dek pengalaman hampeh kat jeti Kuala Perlis tadi.

Langkawi, aku datang!! waaahhh gitu katanya.

Jam 4.20 kami dah menghayun langkah di terminal jeti Kuah. Serta merta di hampiri oleh individu yang menawarkan servis sewa kereta. Rezeki dia bila dapat kastemer macam aku, sebab laju je aku decide terima tawaran nya. haha. Malas fikir nak survey2 dah kiranya. Badan dan otak pon dah penat, ingat nak check in hotel cecepat.



Dalam Terminal jeti Kuah, tengah tunggu abah setelkan hal kereta

Sewa yang dikenakan RM90 sehari. Sepatutnya kiraan sehari tu bermula dari jam kita amik sampai jam tersebut keesokan harinya. Contoh kita ambil kereta jam 4ptg, caj sehari dikira sampai jam 4ptg esok hari.

Tapi dalam kes kami, caj sehari tu dikira untuk hari semasa tersebut saja even kita ambil kereta dah lewat petang or malam. Rugi sikit lah kan. Peak time katanya. Since kami pon tak sure masa nak pulangkan kereta tersebut, maka kami diminta utk membayar sewa sehari dan deposit yang semuanya berjumlah RM 200. Dan masa kami pulangkan kereta keesokan harinya jam 5.30 petang, duit kami dipulangkan sebanyak RM 90, maknanya sewa kereta tersebut adalah RM 110.

Ini lah kereta kami.


Aku cuma bagi syarat "asal ekon keta tip top shud be ok for us..." Hasilnya kami dapat apa yg kami nak. Tapi kena berlapang dada dengan benda lain. Kami diberi kereta proton saga manual. Itu je yang ada katanya, sila percaya walau susah nak percaya. haha. Body ok je even nampak buruk sikit cuma tak tahan nya stereng kemain ketat nak pulas2, pintu sometimes takleh buka. Bertabah lah Cik Abe memandu. hehe.

Kalau tak sempat nak advanced booking kereta, jangan risau.Terdapat banyak kaunter untuk urusan sewa kereta ini disekitar jeti Kuah tu. Di kaunter sewa kereta itu jugak ada disediakan lain2 perkhidmatan seperti Mangrove tour dan Island hoping pada yang berminat.

Bersambung. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment