Monday, 24 October 2011

Ujian Diagnostik Tahun 1

Hari Sabtu 22/10/2011 lepas, kami ke Sek. Keb. HICOM, Shah Alam utk Ujian Diagnostik Tahun 1 kemasukan 2012, bagi anak sulung kami - Aisyah Batrisyia.
Jam 7.30pagi sudah berada di kwsn sekolah. Terus cek penempatan Bilik Exam utk Aisyah. Ada 6 meja checking disediakan oleh pihak sekolah. Mula2 kami tuju meja ke-6, sebab meja tersebut paling lengang. Rupanya meja checking di susun mengikut ABJAD NAMA MURID. So, terus menonong pergi ke meja 1. tak silap jangkaan kami, nama Aisyah termasuk dlm list bilik 1. Sempat skodeng, list nama bermula dgn nama MUHAMMAD saja telah menguasai 2 meja checking.

Usai checking bilik exam, hanya melepak di sekitar kawasan tersebut sementara menanti jam 8 pagi utk Aisyah masuk ke Bilik 1.

Aduhai, Ainaa selepas di potong rambutnya tempoh hari, kelihatan semakin 'hensem' lagaknya.

Cantik gaya cangkung Mek Auni. hehe. Ralit melayan anak2, tak sedar murid2 lain sudah buat barisan di meja bilik masing2. Terus gesa Aisyah masuk barisan dia, 2nd last jadinya. Walhal antara yg terawal sampai tadi.

Ujian Diagnostik ini katanya sebagai panduan utk pihak sekolah menilai keupayaan murid2 tahun 1 yg bakal mula sekolah Januari 2012 nanti. Soalan ujian ini lebih kepada kemampuan murid utk menguasai 3M - menulis, mengira & membaca.

Seperti yg di ucapkan oleh Puan Pengetua sekolah pada hari itu, ujian ini dilakukan bukan tujuannya utk mengasingkan murid yang pandai dgn murid yg lemah. Tapi lebih kepada PANDUAN pada pihak sekolah utk mengenalpasti keberkesanan sistem pengajaran para guru mereka utk setiap murid nanti. Dan di beritahu juga pada kami, walaupun keputusan ujian murid nnti tidak memberangsangkan dan di letakkan di kelas yg ke belakang sedikit ataupun kelas pemulihan,  TAPI ini tidak bermakna selama nya murid tersebut akan terus berada di kelas tersebut. Saringan demi saringan akan terus di jalankan oleh pihak sekolah selaras dgn kematangan dan perkembangan semasa murid nanti dan akan ditempatkan ke kelas yg sejajar dgn perkembangan tersebut lah.

Beliau seakan MAKLUM kebanyakan ibu bapa mengharapkan yg TERBAIK utk anak, dan sudah semestinya pemilihan ke kelas teratas adalah menjadi idaman semua ibu bapa. As for me, duduk lah kelas mana pon Aisyah, asalkan kamu RAJIN belajar sudahhhh...

Jam 8 pagi, Aisyah bergerak masuk ke bilik exam nya. Ibu bapa 'dihalau' ke kwsn kantin skolah, jauh dr area bilik2 exam tersebut. Sebelum pergi, sempat skodeng anak dara kami ni. Hamboihhhh...konpiden ko nakkk duduk seat paling depan. Haha. Agaknya murid2 lain dlm barisan depan2 tu dh pilih seat lain elok2, tinggal seat depan2 je tadak org nk duduk so nasib laa Aisyah hat last masuk bilik kena pilih seat mana kosong je lah.

Mama doa kan moga Aisyah BERJAYA with flying colours. waaahhh matik laa feelin cam anak nk seat exam SPM!!!

Resultnya cuma ketahuan bila 'Orientation Day' nya nnti.

No comments:

Post a Comment