Saturday, 7 January 2012

Babak Kedua dan LULUS

Minggu pertama sekolah berakhir sudah. Lega. Even ada drama sikit semalam - Aisyah tak gi skolah, van nya lupa nk mai amik!!! Pulak tu, babysitter nya pon takda nak tepon aku awal2 inpom apa2, bila aku tingat nk kol cek tu pon dah jam 2.15pm, baru lah tau anak still tersadai kat nurseri. Takpo lah, amik suma ni sbg teladan.

Hari pertama persekolah, aku amik cuti separuh hari saja utk monitor Aisyah. Kesimpulan nya, tadak apa nak di risau kan lah. Dengan bantuan pihak sekolah, semuanya nampak terurus. Ibu bapa pon cuma boleh monitor dari jauh je, takleh tinjau sampai ke kelas anak masing2. Kami cuma di benarkan berada di kawasan kantin skolah saja.


Aisyah masa ni baru sampai sekolah dgn bas sekolah. Berpimpin tgn dgn kawan dia, anak jiran kami melintas jalan utk masuk ke kwsn skolah dgn konpiden. haha. OK LULUS.


Berada dalam barisan semasa perhimpunan pelajar untuk dengar taklimat mengikut kelas masing2. OK LULUS.


Bersedia utk ke kelas dengan di pandu oleh guru kelas nya. OK LULUS. haha.

Lepas Aisyah masuk kelas, aku pon cau lah. Dok situ pon bukan leh wat apa pon. Mai skolah balik nak monitor waktu rehat dia pulak jam 3.40pm.


Sekali tu, aku terlewat sket, sampai2 skolah budak dah kuar kelas, dah meremut kat kantin. Alamakkkkkkkk...sesak nafas aku jap cari Aisyah dalam ramai2 tu. Suma nampak sama je. Haha.


Last2 dpt gak tangkap dia tgh duduk dgn kwn dia, kat tgn dh ada air sirap. Bila tanya naper tak beli makanan, dia kata takmo makan suma nampak tak sedap, boleh?? Bila tanya ada duit baki ke tak beli air tu, dia tunjuk duitnya. OK LULUS.

Then, bagi dia fingers food (sweet corn + sekut) yg aku bawa. Dia makan sikit terus takmo. Kenyang lg katanya. Memang dia dh makan nasik kat nurserinya before van skolah amik. Dan bukan jenis pemakan pon yer.





Kawan dia sebelah tu beli nasi lemak. Memang berdikari lah budak2 la ni. Depa tahu camno nak berkawan dan apa depa nak buat. OK LULUS.

Lepas waktu rehat, suma murid kena berhimpun sekali lg. Lepas taklimat guru, sekali lagi depa akan di pandu ke kelas masing2. So takda istilah anak2 kita terlupa masuk kelas or tak jumpa kelas lepas waktu rehat or anak2 merayap or ralit kat kantin ke apa. Lega. OK LULUS.

Aku pon lepas tu terus balik rumah sementara nak amik Aisyah waktu sekolah balik nanti at 6pm ari tu.

Jam 5.45 kami dh sampai ke sekolah. Jam 6ptg pintu pagar di buka dan semua murid di pandu keluar skolah oleh pak guard dalam 2 barisan. Jenuh gak aku skodeng telek muka sorang2 budak yg keluar gate tu. Sampai sudah tak jumpa muka anak sndiri. Stat risau. haha. Rupanya Aisyah ingat pesanan kami supaya tunggu DALAM KAWASAN PAGAR sekolah. Aku je lupa pesanan sendiri, hampeh. Haha...Bila semua budak dah keluar, aku jenguk dalam pagar sekolah, Aisyah sedang elok je duduk atas bangku dekat situ dgn kwn dia td. OK LULUS.

Lega bila hari tu berakhir dgn jayanya utk kami. Alhamdulillah sumanya LULUS for Aisyah, so tadak la risau sgt aku memikirkan keadaan dia di dunia baru nya ni. And maybe Aisyah pon dah byk berdikari sebelum ni, tak susah utk dia adapt dgn suasana baru. Ni dah terbayang2 si AINAA masuk darjah satu di tahun depan pulak. NGERI nak bayangkan. haha. Tak mustahil kami akan berpencak silat melayan karenah Ainaa. Masa kat sekolah ari tu, ada gak budak2 yg wat pangai, menangis teriak cari mak ayah. Oh aku dh terbayang itu lah AINAA tahun depan. haha.

No comments:

Post a Comment