Monday, 5 November 2012

Our Sunday is better...

...than Saturday. Alhamdulillah.

Assalamualaikum,

Pagi Isnin hari ni bermula dgn santai. Aisyah dan Ainaa masing2 tidak bersekolah. Cuti peristiwa katanya dek program sekolah, sementelah dah minggu akhir persekolahan minggu ni maybe kelonggaran awal diberi. Anak2 pon dah mood cuti sekolah semua tu. Auni lah yang paling seronok bila ditemani 2 kakak nya kat taska dari pagi sampai petang.

Semalam Ahad, kami ke Hari Keusahawanan sekolah Aisyah. Ibubapa di wajibkan beli kupon bernilai RM20. Mula tu dok fikir RM20 mungkin sikit sgt, hampir2 nak beli kupon tambahan sebab dok terbayang kemeriahan berbelanja nanti bersama anak2. Nasib baik jugak lah kupon tambahan tu aku tak beli awal2. Nak perabihkan kupon RM20 tu dah sangap. Tapi kot ye tak cukup gak kupon RM20 tu, boleh jer beli kupon tambahan di hari kejadian.

Gerai tak baper banyak satu hal. Pilihan pon limited. Still boleh tima kalau satu produk cuma dibenarkan 1 gerai je menjualnya. Then, bila nk g beli kena beratur panjangggggggg takpon kena tunggu agak lama nk nanti giliran or bhn jualan siap di masak. Aduhai.

Memang tidak adil nak bandingkan gerai Hari Keusahawan sekolah dgn gerai2 di luar sana kan? As parents, memang kita akan support sepenuh hati whatever acara yg sekolah anjurkan.




Barang jualan pon tadak lah murah sgt, sama je kot dgn harga kat gerai luar. Ada yg lebih mahal pon yer gak bila tgok saiz nya cenonetttt saja. Tak kisah lah. Yang penting Aisyah happy dapat join acara sekolahnya bersama kami. With kupon RM 20, kami beli fish nugget, ice blended, semangkuk kecil laksa penang, jambu asam boi, satey 4 cucuk.

Ainaa yang keboringan sempat wat surfing atas kerusi.


Dh boring surfing dia bantai wat breakdance lak...




Lama2 dia pon sangap dah tak tau buat apa. Haha. Ok lah jum balik.


Dari sekolah Aisyah ni kami hala ke Bandar Puteri, Klang menziarah kawan cik abe yang baru dapat baby. Tumpang gembira for them for the newborn after 3 years married. Alhamdulillah.

Lepas tu ala balik cik abe kata mahu guna SKVE to rumah kami. From KESAS masuk hala ke Banting melalui jalan kebun, jalan ke Johan Setia then towards Telok Panglima Garang. Singgah makan KFC Telok Panglima Garang kejap before off naik SKVE derek ke Bandar Saujana Putra.

Hujan renyai2 sepanjang perjalanan kami. Cuaca yg selalu hujan, sejuk dan berangin akhir2 ni betul2 terasa macam musim tengkujuh di kampung. Kalau dulu bila tiba musim tengkujuh, kami akan bersedia utk mengikat perut. Ayah yg kijonya penoreh getah full time, musim tengkujuh lah paling ditakuti. Batang pokok getah yang basah tidak selayaknya boleh ditoreh utk mendapatkan hasil menyara keluarga.

Hampir jam 4 ptg kami sampai rumah. Seronok bila sejuk2 gini pakat dok berselubung dalam comforter buat aktiviti masing2.


Aisyah hampa bila sampai maghrib time tak dapat main basikal sepuas hati dek hujan tak teduh2 sampai malam.

Malam tu buat pasta saja for our early dinner.



Ntah apa namanya pasta ni. Main campak saja mana ada. For mama & abah wajib tabur chilies flake to satisfied fit our tekak melayu. haha.


Buah stoberi beli atas Cameron hari tu ada 2 peket belum terusik lagi. Plan nak buat eskrem malaysia perisa stoberi macam hat jual kat Cameron tu. Sedap kan? tak jumpa resepinya lg, jenuh gugel asyik keluar resepi creamy eskrem saja. Takpo lah, karang kawe buat pandai2 sendiri. haha.



 

2 comments:

  1. sejuk²...makan strawberi..cam duk CH yer su~!!



    biasanya kalo hari usahawan kat skoOl..mmg gitew. mahal 1 hal..x banyak choice 1 hal. tp kupon da wajib beli...kena la abiskan..ye dak? heheh

    ReplyDelete
  2. Diya...tu laa...suka pulak aku dgn eskrem stoberi jual kat CH tu...masam2 manis, sedor2 langsai 2 ketui...haha...
    kwn aku ckp mahai kupon rm20 tu skolah wajib kan parents beli...skolah dia wajib beli rm5 je...

    ReplyDelete