Monday 16 November 2015

Tahsin dalam kenangan...

Tahun 2012 Aisyah kami daftar bersekolah Darjah 1. Masa tu yang aku nampak nak daftar dia di sekolah kebangsaan dan sekolah KAFA biasa seperti lazimnya yang mak pak lain buat. Manakala kelas mengaji pulak dia ikut sistem Iqra dari umur 4 tahun, umur 7 tahun tu mula naik Al Quran.

Namun aku tak penah rasa puas hati tiap kali dengar dia mengaji. Bunyi canggung ja kat my telinga. huhu. Kata ustazah ngaji nya, memang gitu gaya ngaji nya lelama ok lah bila dah makin naik juzuk. Entah lah, aku sendiri pon tak mahir sangat sistem Iqraq ni, dulu2 ngaji mana pakai sistem2 ni pon. Tau2 lancar ngaji, khatam.

Aku tau anak jiran mengaji Quran guna QIRAATI dengan ustazah depan umah kami. Memang dah selalu jugak Aisyah minta nak join kelas mengaji dengan kawan baik dia ni, tapi aku sayang nak pindah2 guru/tempat. Lagi pon aku fikir tak kisah lah memana sistem or guru, SAMA ja kot ngaji nya kalau dah pandai tu. Tapi sejak Aisyah naik Al Quran aku jadi lebih sensitif dengar bacaan dia tak berubah2 dari zaman Iqraq dia. Banding dengan anak jiran tu mengaji, memang lain sikit bacaan dia. Lebih bertajwid, ada taranum nya.  

Ustazah Qiraati ni buat kelas sambilan kat rumah, terhad sangat pelajar dia. Tak ramai budak dia amik since dia pon sibuk dengan anak2 kecil nya jugak. Mujur rayuan aku diterima, beliau sudi menerima mengajar my anak2. Tak terkata bahagianya aku. Lagi pon anak2 kami semua berkawan baik, geng selorong geng kayuh pepetang.

Throwback. Geng kayuh dan geng mengaji gak sudahnya.
Dah hampir hujung tahun 2012 tu, Aisyah dan Ainaa kami serah kan pada guru Al Quran baru ini, moga ada manfaat atas hijrah kami buat. Aisyah pon kena bermula dari awal balik walau dah naik Al Quran masa tu. Mula dari buku Qiraati 1 macam pelajar baru. Mula2 dia rasa sedikit tak seronok, tambah kawan baik nya dah nak habis Qiraati 5. Biasa lah kan bebudak, suka nak bersaing sesama depa.

Ainaa lagi lah masalah besar. Umur 5 thn mula mengaji Iqraq, dah umur 6 tahun pon buku 1 nya tak abih2 lagi!!! Kuat main, malas baca, tak minat baca. Itu lah ulang2 komen ustazah lama nya. Masa awal2 ke kelas Qiraati nya, urut dada jugak lah ustazahnya dengan Ainaa ni. Ainaa ni huruf jawi pon lintang pukang tak kenal lagi camno nak mengaji lancar kata nya. hehe. Syukur sangat kami dapat guru yang dapat lentur Ainaa.

Hujung tahun 2012, ustazah Qiraati tu plan buka branch tadika Dzul Iman di kawasan taman kami bermula sesi 2013. Beliau lah mula kenalkan kami dengan KELAS TAHSIN ni as pengganti kelas KAFA. Beliau juga meminta jasa baik kami untuk tolong support dia dengan menghantar anak2 kami as pelajar terawal sekolahnya.

Sesi 2013 semua anak2 kami bersekolah tahsin dan tadika di Dzul Iman. Kelas Tahsin nya masa tu cuma ada anak2 kami saja as pelajar, pengajian nya lebih fokus banding kelas KAFA sebelum ni. Aktiviti2 nya pon bagus, dapat built self esteem anak2 kami ke arah lebih bermanfaat. Ada kelas hafazan jugak.

Sesi 2015 ni kiranya sesi terakhir anak2 kat sini. Waima kelas Tahsin ni pon dah dimansuh kan sementara bermula sesi depan untuk fokus pada kelas tadika yang makin berkembang maju. Selama 3 tahun di sini, banyak sangat perubahan positif untuk anak2 aku terutamanya Ainaa. Dari buta jawi, buta arab, now boleh score A untuk subjek Arab & jawi di sekolah kebangsaan nya.

Cuma untuk kelas mengaji saja kami masih terus kan di bawah ustazahnya ni. Aisyah belum khatam ngaji lagi. Baru juzuk 15. Biar lambat asal cemerlang bacaan nya. Ainaa pon baru naik Quran bulan ni. Selama 3 tahun berturut ustazahnya ajak anak2 didikan dia join program di Majlis Khatam Al Quran Perdana, untuk memberi semangat pada anak2 kami supaya dapat khatam dengan cemerlang nanti. Majlis khatam dan Ihtifal tahsin di buat serentak.
 


Tahun lepas depa buat persembahan hafazan, tahun ni depa buat ala forum. Aisyah jadi pengerusi katanya. Aku ingat pengerusi tu camno lah, rupanya ala2 MC gitu. Bagus ustazahnya latih semua tidak gentar depan audien. 


InsyaAllah tahun depan kita aimed untuk majlis khatam untuk sendiri pulak yer anak2. Aminn. Amiinn.

Geng jiran setaman, sekelas, sekayuh.
Belah kanan bertudung Biru tu lah ustazah nya. Sangat baik dan rapat dengan anak2 didikan nya.
Tahun depan semua pakat bersekolah KAFA, berpisah lah semua bawa haluan masing2. Kemain sedih semua, dah banyak kenangan manis depa selama 3 tahun bersekolah Tahsin bersama2. 



Untuk rujukan. Tahsin ni adalah alternatif untuk kelas KAFA. Subjek2 nya pon sama dengan subjek KAFA. Cuma pada aku Tahsin ni lebih fleksibel dan rilex. Lepas tu dia ada tambahan subjek hafazan dan kem2 yang berterusan. Selama 3 tahun di Tahsin, anak2 di latih untuk tidak terlalu exam and ranking oriented. Namun depa tetap cemerlang bersaing. Hubungan dengan guru sangat2 rapat, mereka lah guru mereka lah kawan. Untuk ibubapa pon ada jugak program2 depa buat. Memang rugi kalau tak join. 



No comments:

Post a Comment