Wednesday, 18 January 2012

Rutin Baru

Pejam celik, dh masuk pertengahan bulan 1 dah. macam biasa, masa cepat berlalu bila kita dh sibuk dgn urusan masing2 yer dak. Mengkalu duduk sesaja aku rasa jenuh gak nak tunggu masa berlalu, rasa cam lambat je masa berjalan. Ttak caya cuba g tanya sesapa yg tgh warded kat spital tu. Hehe.

Since Aisyah masuk darjah 1 ni, rutin aku pon turut berubah sikit. Mula2 terasa gak kejutan penatnya, ni bila dh masuk 2 minggu, slowly adapted lah minda dan badan aku pon. Rutin sebelah pagi masih seperti tahun lepas, sebab Aisyah sekolah sesi petang. Kalau sesi pagi konpem jam 6.30pg dh kena sesiap kuar rumah. Salunya jam 6 pagi baru aku bangun tido. Masa ni lah baru aku nak siapkan semua, mmg kelam kabut sket tp terkawal. Hehe.

Jam 7 pagi baru kejutkan anak2 bangun tido. Get dressed, having simple breakfast. Jam 7.30 kami semua dh sesiap keluar rumah. Aisyah kena g sekolah KAFA belah pagi ni, abah nya yg handle antar. Aku lak kena handle 2 anak off to Taska dorang dulu pepagi. From taska,  Ainaa akan ke tadika dgn Owner taska sbb anak nya pon tadika yg sama.

Aisyah abih sekolah KAFA nya at 11 am, aku minta tolong pengasuh kat Taska dorang pergi pick up. Dekat je pon, area situ gak. Sampai taska, Aisyah kena bersiap ke sekolah kebangsaan lak, salu jam 12tgh ari tu van nya dh mai amik. Mmg betul2 aku harapkan pengasuh aka anak buah kat Taska tu yg monitor Aisyah bab ni spashly bab makan dan pakaian Aisyah.

Kalau dulu, habis je office hour at 5.30ptg, aku terus tuju balik rumah, terus pick up anak2 kat Taska at 6pm. La ni rutin tu di ambil alih oleh cik abe pulak. Luckily dia pon balik awal, sekitar jam 6.15pm dia dh ambil budak2 tu. Aku pulak from office jam 5.30ptg tu terus hala ke sekolah Aisyah. Salunya jam 6 tu aku dh tercongok kat gate sekolah. haha. Tunggu dia balik at 6.30ptg. Jenuh la jugak dok menunggu tu. Nak keluar lewat sket from office ni aku tak konpiden, dibuatnya trafik jem, masak ler...nak2 LDP area Puchong, USJ ni. Better safe than sorry. Sampai awal takpa, jgn lewat dek terperangkap dlm jem, sian anak aku. huhu. So, pandai2 lah aku cari aktiviti to kill time dlm masa menunggu tu. Salunya aku bekal kan sumtin to read. Next time aku ingat nk try jogging lak, dpn skolah tu ada padang rekreasi, ada yg dok jogging situ. Ok jugak kan? boleh gak aku exercise utk bekal stamina gi Korea tu nanti. haha.

Lepas Aisyah keluar, terus hala balik rumah. It took average 20 min. travel. So by 7pm tu mmg dh ada kat rumah. Pahtu kena siap mana patut for dinner, siap anak2 for kelas Quran lak at 8pm. Anak2 kena siapkan homework before g kelas Quran ni. Takleh pakai ayat depa nk buat homework lepas kelas mengaji, sure liat punya lepas balik ngaji. Sebab masa ni depa suma dah tahap super penat, lagi nk hadap homework, mmg tak jalan. Kelas mengaji tu sejam jer pon, at 9pm dh lesai. At least depa ni bila balik ngaji tu, perasaan dh lapang, nk rilex main ke apa masa tu je lah pon. Jam 10pm paksa depa suma masuk tido. La ni senang dh paksa dorang tido, maybe sbb Aisyah dh super penat, cepat tido, adik2nya dh tadak taiko nk main, jd lempun so lelama tido gak lah.

Aisyah so far dh ok byk kat sekolah. Awal2 dulu dia suka MAIN tak tentu masa. Pernah aku skodeng dia, masa cikgu break jap dan suma budak duduk dlm barisan, dia bantai bangun dok main tiang bendera kat depan tu dgn kwn dia. Cikgunya suruh masuk barisan, dia wat dekkk je. Eiii, geram aku nak g sekeh pala dia masa tu. haha. Anak jiran lak ngadu dgn aku Aisyah suka main kejar2 kat kantin sekolah. Adeh laaaa..senak dada aku dengar.

Aisyah ni mmg pesen aktif, over sosial pon yer gak. Dalam kelas suka borak even cikgu ada depan!! Salu lah dia masa kat tadika dulu kena isolate dr kekawan lain sbb takut dia kacau budak lain. Salu gak kena denda berdiri dlm kelas. Pendek kata dlm kelas mmg dia payah nk fokus sbb pala asyik dok ingat nak main, borak!!! Tp kira ok jugak, dlm pada dia gitu, at least sekolahnya agak baik. So, tau ler kan naper abah nya masa cek kelas anak dulu, dia tuju kelas paling corot skali nk cek nama anak dia?...haha...

La ni dh ok byk. Aku tanya cikgu kelas nya, suruh dia monitor tgok Aisyah. At least Aisyah dah pandai fokus time cikgu mengajar kat depan, tak borak or main dgn kwn sebelah dia. Time perhimpunan pon aku skodeng dia dh boleh duduk elok dlm barisan. And kawan baik dia tu pon aku tgok byk tulun ubah karekter dia kot. Cek2 rupanya anak cikgu disiplin skolah, patut lah. Legaa gak lah aku pon. At least Aisyah could find right person to make her bestfriend.

La ni dia pulak yg pandai ngadu psl anak jiran tu. Sbb anak jiran tu pesen too skema kot bagi dia. Even sampai la ni anak jiran tu tak penah beli apa2 kat kantin, hari2 mak dia bekalkan sumtin. Bagus tu. Aku ingat maknya tak mahu anak dia mkn kat kantin lah, rupanya anaknya pesen takleh berebut membeli kat kantin tu sampai sudah tak dapat2. Kalau Aisyah nampak, Aisyah akan g tolong dia. Budak ni salu sorang2 Aisyah ckp, tadak kwn sekelas dia ke apa yg sama2 all time. Kalau depa sampai awal kat skolah, depa akan lepak kat 1 area ni. Aisyah salunya akan pergi pada geng2 dia lah. Budak ni akan stay kat satu ruang, sorang2, diam2. Sian pulak aku dok imajin. Budaknya baik sgt, sopan santun,  pandai pulak tu. Tapi kalau anak over lasak macam Aisyah pon tak bagus gak. Huhu.

No comments:

Post a Comment