Tuesday, 3 January 2012

Hari Suaikenal Tahun 1 SK Hicom

Seawal jam 7.30am kami keluar rumah utk ke sekolah Aisyah - SK Hicom, Shah Alam. Agak berdebar sebenarnya kami utk menempuhi pengalaman pertama ini. Rasanya Aisyah lebih rileks berbanding mak ayah nya ni. Hehe.


Kami yg tak sabar2 pagi tu, menunggu abang driver siap.

Kalau ikut jadual nya, program nya bermula jam 8am hingga 11.30am. Sampai je sana, mula2 kena cek nama Aisyah di tempatkan di kelas mana. dapat kelas 1B or 1 Budi namanya.


Nama anak kami di turutan no. 19. Ada 7 kelas semuanya dari 1A hingga 1G. Turutan kelas ni katanya ikut pencapaian anak kami masa Ujian Diagnostik dulu. As usual, mak pak yg cakna lebih bab kelas ni, anak2 cam biasa tak kisah apa pon. haha. Cik abe lg best, dia mula2 tuju telek nama anak dia di kelas paling last. Pahtu dia g UP 1 kelas lagi dan lagi. From G to F to E to  D...pahtu dia bebel tak jumpa2 nama anak dia...haha...Aku pulak stat telek from kelas A, then to B nampak lah nama Aisyah tp aku diam kan jer tak bg tahu pon dia, bg dia THRILL cari nama anak dlm list...haha..



Dah tau kelas nya, jum ke dewan taklimat pulak. Aisyah buat sementara ni kami tak pakai kan dia tudung lg. Bagi dia selesa dgn persekolahan barunya ni then slowly adapt her to pakai tudung, InsyaAllah.



Tgh line up nak masuk kelas masing2. Mak pak tak di benarkan ikut anak masing2 ke kelas, kena stay kat dewan taklimat tu sampai habis taklimatnya.

Taklimat nya byk berkaitan dgn sesi pembelajaran anak kami lah nanti, termasuk bab disiplin. Tahun 1 ni akan guna KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah), menggantikan KBSR yg lama. Dah tadak UPSR dh la nanti katanya, akan di ganti dgn sistem penilaian lain berteras kan 4M. Kalau dulu cuma 3M je kan - Membaca, Menulis dan Mengira. La ni nambah 1 lg M - MENAAKUL (berfikir secara kritis dan logik). Tahun 1 2012 ni kira batch ke-2 perintis KSSR yg di mula kan tahun 2011.

Secara asas nya aku paham KSSR ni mcm sistem Long Life Learning, iaitu persediaan asas secara fizikal dan mental pada anak2 utk menjadi warga yg lebih berdaya saing di masa hadapan dlm semua aspek bukan setakat pencapaian akademik semata. Sebab elemen 4M yg di terapkan tu, akan mencakupi bidang keusahawan, kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi, serta aspek kerohanian, sosio emosi dan nilai murni.

Bila dah habis taklimatnya, baru lah cikgu benarkan kami ke kelas anak utk urusan buku teks dan pembayaran yuran dan lain2.

Aku dan cik abe berpecah dua. Aku ke kaunter buku teks dan cik abe ke kelas Aisyah utk urusan2 lain.

Bila aku dh lesai amik buku teks, terus ke kelas Aisyah meninjau keadaan kat sana pulak. Beratur lg utk urusan buat tag nama anak dan bayar kos mcm2, abih RM71.

Sempat tgok gelagat para pelajar dlm kelas, termasuk si Aisyah. Semuanya macam dh selesa dgn dunia baru mereka. Langsung tak hiraukan mak ayah masing2. Budak2 zaman la ni gamaknya, tadak istilah takut or nak depend kat mak ayah je cam zaman aku dulu.


Dah setel suma, terus boleh amik anak2 masing bwk balik. Lega satu bab org kata.

Sedikit tips dr Genius Aulad aku penah baca psl First Day in school' -

Say realistic things to your child about his first day in school. Resist the temptation to say things like "It'll be the most fun you've ever had," and never belittle your child's fears or concerns. Instead, help calm his fears with information. Talk to him about what to expect when he gets to school — where he'll be going, what he'll be doing, and who will be in class with him. You can read stories about starting school and have an enjoyable story time together. Don't forget to doa together too, that's the most important one!

No comments:

Post a Comment