Monday 31 October 2011

Hi...my name is...

Dah lama bertangguh nk buat entry ni. Patut aku buat ni as 1st entry ari tu lg kan?

Aku asal org Kelantan, dh serlah kenegerian aku from certain entry kan? hehe..Kelantan belah Gua Musang, spesifiknya perkampungan peneroka KESEDAR di Renok Baru, 7km dari bandar Gua Musang. Masa aku umur 8 tahun (sekitar tahun awal 80-an), mak ayah berhijrah dr Pasir Puteh (belah ayah)/Besut (belah mak) utk jadi antara peneroka terawal di sini.

Masih ingat lg kenangan pertama kali menjejak kaki di Stesen keretapi Gua Musang yg serba daif masa tu. Kedatangan kami di Sambut dgn kenderaan 'rasmi' peneroka ke tanah rancangan tersebut - TRAKTOR!! As kanak2 seusia 8 thn masa tu, mmg aku SGT TERUJA dapat naik traktor. Berhimpit2 dgn 3-4 buah keluarga lain sepanjang perjalanan di trak tanpa bumbung yg di sambung belakang traktor tersebut. Aku kira pengalaman pertama itu sbg GAMBARAN AWAL pada penghidupan kami di sana.

Nama betul aku SUHASLINA anak pak GHANI. Nickname sutera was started since zaman sekolah lagi, gabungan SU dan TERA. Tera is stand for "terror" benornya...sila muntah ijo.  So berterusan aku guna nickname ni kat mana2 aku fikirkan sesuai. My 1st email account pon guna nama ni jugak smpai la satu masa akaun tu corrupted takleh pakai then aku register nama 'suterazen' pulak. ZEN is sumtin so meaningful in JAPANESE words. So that is where the name of blog 'suterazen' come from, from my email address it self only lorrrrrrr..hehe. Nothing so special or extraordinary huh?

My cik abe org BESUT, Ganun. Satu area dgn kg nenek aku belah mak gak. And dia pon bukan 'org jauh', kami berkongsi MOYANG yg sama belah ayah aku. Nenek dia dgn nenek aku adalah adik beradik, so Ayah aku dgn Mak dia adalah sepupu, so close is it? Tapi before kawen kami tak penah kenal antara satu sama lain sebab mak pak masing2 migrate dr kampung asal before kami lahir lg, dan tak penah bersua selepas itu dek kepayahan hidup masing2 . Jodoh kami pon di atur oleh mak dia at first.

La ni after 7 tahun usia perkahwinan, kami di kurniakan 3 org anak, semuanya GIRL. Alhamdulillah

Aisyah Batrisyia Bt Mohd Anuar, lahir pada 22/05/2005


Ainaa Najihah Bt Mohd Anuar, lahir pada 16/12/2006

Auni Madihah Bt Mohd Anuar, lahir pada 14/10/2009

Dalam kerjaya pulak, aku masih lagi seorang kuli kat sebuah Consultant Company. Consultant in Mechanical & Electrical Engineering services yg terletak di Bandar Puchong Utama. Tahun ni dh masuk tahun ke-11 aku kat sini, rasanya sampai pencen la kot aku dok sini.

No comments:

Post a Comment