Friday 22 February 2013

Terjah Utara (Part 9) - Langkawi (Lite Shopping di Haji Ismail Group)


Idaman Suri dan Haji Ismail Group katanya amat sinonim dengan Langkawi. Wajib singgah kalau berhajat nak shopping. Macam kalau pergi Korea wajib singgah Namdeamun market. haaaa gitu. Tak agak2 buat bandingan yer ko. Gangnam style sungguh.

Since masa adalah sangat2 terhad, aku kena lah sesiap plan mana nak tuju dan apa nak dirembat. Tadak istilah nak suvey2 dulu ke apa yer. Dapat singgah satu tempat pon dah cukup bagus.

So my cik abe suruh pilih nak pergi Idaman Suri ka Haji Ismail Group. Pejam mata, kawe pon pilih "Jum lah Haji Ismail Group" walau hati sangat2 lah tingin jugak nak berIdaman Suri.

Tak susah nak mencari kedai Haji Ismail Group ni. Di pekan Kuah, sekitar jalan Pandak Mayah ada 2- 3 kedainya kot. Pilih je nak singgah mana satu.

Gambar dari HIG official site
Aku pon tak tahu aku singah cawangan mana satu kalau ikut peta atas tu. Rasanya aku singgah tu hat cawangan kat kompleks Cayman ke apa namanya. Depan HIG tu ada kedai SAGA. Aku dah aimed nak singgah branch sini masa hari pertama kami pusing2 pekan Kuah cari stesen minyak. Paling besar lah branch yang ni kot sebab ada jual semua barang, certain branch maybe just jual coklat or pinggan mangkuk saja.

Cik abe drop aku dan anak2 dulu then pergi cari parking kereta. Orang memang ramai lah, meremut dalam kedai dok shopping macam grab barang free. huhu.

Memang boleh rambang mata kalau tengok coklat2 tu, semua nak kaut beli kalau boleh. Sedar2 nak bayar beratus habis mula lah garu kepala. hehe.

Gambar2 dalam kedai memang aku takdan nak ambil lah, dah sibuk memilih katanya. Cik abe bagi masa 45 minit je aku setelkan suma. Kijam ko bangggg. Macam lipas kudung aku shopping.

Gambar cilok sini gak
Aku banyak beli coklat yang soheh peberet kami  - Whittakers dan Pepero. Tapi sayang Pepero kotak hijau peberet kami tak ada stok banyak. Yang ada pon dijual runcit sekotak kecil RM2.50. Jadi mahal lah sikit harganya lam 20 - 30 sen. kalau sekotak besar (ada 8 kotak kecil dalamnya) biasa dijual harga RM 18.
Pepero Almond yang sangat sedap Sila beli.
Untuk ole2 jiran dan keluarga, aku belikan jugak coklat Herseys, Daim dan Cadbury bar. Tu pon tak banyak kami beli.

Setel bahagian coklat, aku tuju bahagian pinggan mangkuk lak. Lagi sekali rambang mata. hahaha. Adeh la. Cik abe lak buat isyarat sambil tunjuk jam.

Hat ni kat branch HIG kat jeti. Tapi lebih kurang gini lah pemandangan lam branch HIG aku masuk tu.
Aku terus tuju rak Corelle dan Visions. Corelle tu tadak pulak corak sama yang aku dah kolek, haiyoohh. Tapi nak gak beli 1 set, takpa lah corak lain pon. Dah alang2 sampai Langkawi deknon...hahaha.

Tengah dok memilih satu set Corelle yang aku pasan agak beza harganya sikit dari yang lain, ada sorang makcik mai bisik kat aku hat tu paling baloi beli. Terkejut gak la kawe kena bisik camtu. haha.

Pahtu dia siap order 3 set yang sama macam aku pilih tu. Tak lama kemudian, anak lelaki dia datang, geleng kepala tengok mak dia "Mak beli lagi ka..." rupanya anak dia cerita maknya dah beli semalam. haha. Kaki Corelle mokcik yer. Makcik tu cakap dia dah suvey banyak tempat kat Langkawi set tu, kat sini paling murah. Waaaahhhh, lagi lah bersemangat aku nak rembat. hahaha. Yer lah, kederat aku memang takda nak suvey2 doh la.

Visions tak jadi ambil, rembat set Queen Anne seketul yang kebetulan ada 20% less. Setel.

Masa tengah cek barang, kagum aku tengok Makcik tadi soping. Penuh atas meja barang dia saja masa tu. 

Dah setel cek barang, cecepat line up. Ambil lane pay by Cash yang paling pendek dan cepat Q nya.

Hasil soping yang tak seberapa
Masa kami keluar kedai, jam dah pukul 5 petang. Dari kedai nak ke jeti memang tak jauh pon, less than 5 min. jer. Nak kena ambil tiket dan pulangkan kereta. Hopefully urusan ambil tiket tak renyah, otherwise memang dah sedia dengan back up plan.

Saja lah aku pon tak ambil tiket ala balik sesiap sebab jadual kami dah lari lintang pukang since kami sampai. Konon takmo terikat dengan timing feri ala balik. Nak redah selagi boleh redah sampai last minit. So memang last minit sungguh la jadinya. hehe.



3 comments:

  1. As slm kaksu, waaa bai minat ngan QA tuh. Berapa harga dia tuh kaksu?, xjadik g tour E ni kena beli kat langkawi je le. Huhuhuuuu...

    ReplyDelete

  2. Ksu berkenan hat 3 bekas benornya...tadok stok tinggal hat display saja, x mo lah. So pejam mata amik hat 2 bekas tu...rega nnti ksu cek, email ke Bai yer..

    ReplyDelete
  3. Klu naik flight beli pinggan mangkuk ok x

    ReplyDelete