Hahh...terpanggil (ecececeh...) nk cite psl tadika ni bila terbaca komen kat entri Mek Zaila (haii Zaila...peace.. hehe). Psl tadika Genius Aulad (GA). Dan si pengomen tu just sebut psl GA cawangan anak dia ler. Branch situ baru je pon buka awal thn ari tu. Aku pon penah gak lah g suvey sini sbb kira antara cawangan terdekat dgn rumah aku kat Bandar Saujana Putra tu. Tp masa tu depa pon tak fully set up lg, so aku switch antar ke GA Taman Puchong Prima. Branch ni asalnya kat Bandar Puteri, then di pindahkan ke sini awal thn 2011 tu. So, kiranya management lama, lokasi je baru.
Aku rasa MOST parents akan harapkan yg terbaik bila hantar ke tadika2 yg punya nama gini. GA ni mmg dh kira well-established. Dan aku pon tertarik nk antar ke GA after tgok perkembangan anak sorang kawan ni. Dia antar ke GA HQ - USJ 21.
Sepanjang anak2 berada di GA ni, hubungan aku dgn para guru kat sana boleh kata agak baik. Tu pon sebab aku handle transport anak2 ke sana tiap2 hari, pergi hantar dan pick up depa. So, salu lah jumpa cikgu2 kat sana, and amik peluang tanya progress anak2 aku kat kelas camno. Di tambah dgn pangai AINAA, mmg agak glemer lah aku di mata cikgu2. Huhu.
Ainaa masa join the trip GA to KEBUN GETAH. |
Tiap2 hari ada je drama Ainaa ni kat skolah. Dan seluar skolahnya sampai 5x tertukar dgn budak lain, jenuh cikgu nk monitor. Ni aku tak salahkan cikgu dia lah, dh pangai Ainaa mmg gitu . Jenuh kita pesan, nasihat. Dia main amik je bukan nk tgok seluar tu dia punya ka, org lain punya...even aku dh tulis nama sesiap kat baju seragam dia, tp dia takleh hapal tgok lg nama dia. Yupp, Ainaa masuk GA dgn ZERO. Tgn pon kaku lg, huruf/nombor kenal lah juga sikit2. Dan dia lah jugak paling malas belajar dlm kelas, asyik cari alasan nk keluar kelas. Salunya dia kata nk g toilet lah, tp bukan takat g toilet (main air sampai lencun baju) tp siap dia g tawaf semua kelas, kacau kakak dia Aisyah kat kelas lain. Salu ler kena perambat dek Pengetuanya suruh masuk kelas, pahtu melalak nangis. Haha. Geng dia kat skolah - budak lelaki, then geng dia salu kacau budak lain no. 1.
Aku jugak sempat join salah satu program depa - READ TO ME, MOM. Mmg best sgt program penuh santai ni. Tp yg sadis, bila masing2 kenalkan diri & sebut nama anak2 masing, bila tiba turn aku, sebut je nama AINAA, dorang suma spontan ckp "oooooooooooo...AINA" cessssssssss.. Even founder GA yg takda kat skolah tu hari2 tu pon alert nama anak aku tu - sbb katanya pengetua bg report kat dia kalau ada kes EXTRA ordinary. Oh, kiranya Ainaa ni termasuk dlm kes EXTRA tu lah kat skolah nya sampai nama naik kat pihak atasan. Haha. Layannnnnnnn.
Kenangan dgn Founder GA - Pn. Zaliza Alias (Tgh - tudung/baju pink) masa program "Read to Me, Mom" |
Ntah apa aku dok bebel masa ni..haha...muka siyes giler.. |
Lagi pon, perlu ingat...tadika2 sekarang ni byk mana yg ada kat pasaran? masing2 bersaing utk jd pilihan mak pak. So, boleh jd gak penilaian cikgu2 kelas tu akan di tapis terlebih dulu oleh pihak management bg nampak elok2 saja supaya hati parents rasa berbunga2 mendengar perkembangan anak masing2 kat GA dan rasa TAK menyesal hantar anak ke situ. Mcm si anon. komen kat blog Mek Zaila tu - the progress totally doesn't reflec the grading! Does the teacher grade just to make parents feel better and register again next year- big Q there ???
mmmm... Kalau anak teruk camno pon, gaya penyampaian depa tu akan berlapik lah, ni pengalaman aku dgn si Ainaa tu ler..Huhu..Again, ni pendapat peribadi aku je yer. hehe.
Ended up, perhatian parents lah aku rasa paling penting. Salu lah cek periksa tahap kemajuan anak thru bhn pembelajaran depa kat GA tu. Kalau nmpak buku tak bertanda, mukasurat tak berganjak, tiada tugasan homeworks lama sgt, sila cepat2 semuka dgn pihak sekolah. Jgn tunggu sampai hari progress report baru rasa sumtin wrong sumwhere bila tgok report cikgu tak tally dgn progress anak kita. Bila ada sebarang kelemahan anak kita, kena bincang elok2 dgn cikgu. Sama2 berganding bahu org kata demi anak kita. Dan kalau rasa pihak skolahnya tak membantu dlm perkembangan anak2, boleh la buat pilihan samada nk stay or tukar skolah, sebelum terlambat org kata. Aku rasa common benda ni org salu nasihat kan?
btw, aku percaya kelemahan yg ada tu tidak mewakili SELURUH cawangan GA. Tak silap aku, ada certain branch yg mmg terbukti bagus management nya yg salu aku dengar sepanjang anak skolah sana dulu - antara nya GA USJ 21, GA Wangsa Maju, GA Kota Kemuning.
Hat pakai tudung brown sebelah aku tu, katanya antar anak dia kat GA since umur 3 thn. Anaknya sekelas dgn Aisyah (6thn), mmg kagum lah aku dengar dia cite perkembangan anak dia. |
Masa berkesempatan berborak dgn Pn. Zaliza ari tu, mmg dia ada sebut sistem/konsep GA ni payah org nk paham, sbb most of parents lebih fokus pada faster result. Cth paling ketara ialah nk tgok anak lancar membaca/mengira dgn cepat. Pahtu obses dgn pencapaian akademik anak dlm kelas cth nk tau kedudukan anak no. berapa dlm kelas, berapa paper dpt A...huhu..that's why GA tak ada kan sistem exam katanya. Sbb depa lebih mementingkan pencapaian dalaman dr segi Islamik dan depa percaya kalau anak kita dh ada basis yg kukuh as Muslim, segalanya akan jd mudah for them in future - mudah di ajar, mudah belajar, dan mencapai kemerlangan hidup bila2 masa. Dan kecemerlangan tu tak semestinya di sukat dgn grading cam sistem exam skrg ni katanya. Mungkin anak kita tak lancar baca BM/BI, tp lancar baca doa for parents, at least itu pon aras kecemerlangan katanya. Tp mslh nya tak ramai ibu bapa yg boleh accept konsep ni, kalau boleh depa nk cemerlang suma dlm masa yg sama - lancar membaca dan lancar berdoa, tak gitu?..aku pon...hehe..
But, again, aku rasa objektif Pn. Zaliza as founder GA ni jelas & bagus, kalau kita cemerlang as Muslim, dh tentu cemerlang juga kita as human - balance org kata. Kalau tak balance tu adalah silap memana kena gali cari - pihak kita ka, pihak sekolah ka.
Meh mai pakat share tgok apa objektif GA.
GENIUS AULAD is created with the belief that by helping our young Muslims to connect with their inner truth as a Khalifah of Allah and helping them to really understand who they are, we can enrich their lives and the lives of their families, and in turn this will make a positive impact on our society and the world in which we live.
No comments:
Post a Comment