Acaranya bermula jam 9 pagi, kami berada sedikit awal di sana dan sempat bersarapan di sekitar kawasan sekolah. Cuma sempat beli sarapan di Petronas Mart, paling menarik ada jual Nasi Ambeng. Rasanya ini pertama kali aku makan nasi ambeng. Sedap jugak. Mungkin bertambah sedap kalau sebelum itu aku tidak balun nasi lemak sampai 2 bungkus!!! Oppss.
Siap bersarapan kami segera masuk ke dewan utk acara nya. Aisyah katanya masuk bahagian deklamasi pantun (sajak?) dan tarian Hindi Song. Sut baju punjabi tu memang kena lah dengan lagunya. Hehe. Ainaa pulak ambil bahagian English Song. Ntah lagu apa, aku tgok cam muzik/dance lagu hawaii je. Sungguh tak sesuai dgn jiwa Ainaa. Dia nak join lagu Micheal Jackson (lagu Beat it), sah lah cikgunya tak bagi sebab itu hanya utk student lelaki saja. Haha.
Utk rekod, ini adalah tadika ke-2 anak2 utk tahun 2011. Pada awal thn 2011, kami asalnya mendaftar masuk anak2 ke Genius Aulad Taman Puchong Prima.
Antara gambar2 kenangan semasa bersekolah di Genius Aulad. Sejuk mata tengok baju seragamnya menutup aurat, biarpun hanya sempat bertahan dlm kelas saja pon dh ok lah yer dak. Hehe. Usai kelas salunya serabai gini lah rupanya.
Sepanjang di sini, urusan transport pergi & balik sekolah terpaksa di buat sendiri memandangkan perkhidmatan van sekolahnya tak sampai ke area rumah kami. Amat memenatkan dan memeningkan terutama bila aku ada urusan luar di saat perlu pick up depa kat sekolah. Atas kekangan ini, dalam terpaksa akhirnya aku pindahkan sekolah anak2 ke tadika berhampiran rumah saja pada sesi pertengahan tahun tu. Bukan senang nk cari tadika yg masih ada kekosongan masa ni.
Tadika Intelek Ria akhirnya menjadi pilihan kami. Boleh kata 70% tenaga pengajar include owner (pengetua) nya Indian. Yang paling menyedihkan kami hanya 1 je lah kot - baju seragam nya hanya ada pilihan set skirt pendek. Drastik lah perubahan seragam nya, dgn seragam tutup aurat di Genius Aulad dulu.
So far pendekatan tadika ni amat sesuai dgn anak ke-2 kami - Ainaa. Ainaa ni baru 1st year masuk tadika tahun ni. Di tambah dgn perangai nya yg agak lasak tapi manja kededek, byk yg perlu kami beri perhatian lebih pada dia berbanding kakaknya Aisyah.
Masa awal tahun masuk sekolah di Genius Aulad, jenuh gak lah melayan songeh nya. Dia di kira paling muda dlm kelas 5 tahun sebab lahir pertengahan bln 12, maksudnya pada bln 1/2011 tu dia masuk dgn usia 4 tahun 1/2 bulan!!! hehe. Nasib baik cikgu2 dia byk memahami dan bagi dia ruang utk slowly adapt the situation. Tapi yg geramnya, Ainaa ni kdg ambil kesempatan atas keterbukaan cikgu pd dia, so sepanjang sekolah di Genius Aulad sempat lah dia pegang gelaran ratu toilet, ratu main, ratu air mata, ratu gaduh. Adeh la. Sepanjang 6 bulan sekolah di Genius Aulad, tak byk perubahan yg kami boleh harapkan dari Ainaa.
Bila di tukarkan ke tadika Intelek Ria ni, pada awalnya dia memberontak jugak takmo ke sekolah. Sebab katanya CIKGU GARANG!!! Dah biasa cikgu kat genius Aulad yg suka manja kan dia agaknya. Haha. Di Intelek Ria pulak, pantang dia wat pangai sket, denda katannya ROTAN!!! Tapi aku tgok pendekatan CIKGU GARANG ni amat berkesan for Ainaa, sebab start dr tu, dia makin rajin belajar dan ada kemajuan nya. Alhamdulillah. Utk persekolahannya tahun depan, kami akan kekalkan di sini jugak lah nanti.
Sekolah ni yg bagusnya sebab Pengetua nya fully involve dgn urusan pembelajaran & pengajaran sekolah nya. Sukatan pelajaran di ceduk dari sistem Smart Readers di mana English menjadi bahasa utama. Ikutkan hari ni (21/11/2011) dah start cuti sekolah, tapi pengetua nya bagi arahan supaya semua murid hadir ke sekolah sampai habis bulan ni utk tujuan REVISION & IMPROVEMENT murid2 nya.
No comments:
Post a Comment