Monday 3 December 2012

December...


...dah mai dahhhh.

Assalamualaikum,

Rasa semangat abih nak mulakan kerja di minggu ni dan berdoa semoga Jumaat cepat datang! hamboihhhh Isnin baru je bermula wehhhh. hehe.

InsyaAllah hujung minggu ni mahu pulang ke kampung. Since Mek dan Ayoh tak jadi mai sini, maka kami pon ambil peluang lah balik kampung. Mek pon dah bising2 tu dok kabo buah rambutan dan manggis berselerakan atas tanah tadak sapa mau makan. Balik lah, katanya. Sedikit merayu. Aduhai. InsyaAllah Mek, kami akan balik, tapi bukan sebab kepingin buah2 tu suma tapi sebab kami mahu jenguk orang tua kami, itu yang lebih utama.

Yer lah. Ikutkan kat sini pon tak terhabis nak makan buah kalau dah musim nya kan? Merata dok berjual durian dan rambutan kat area rumah kawe tu. Sedia kan pitih saja orang kata. Belum kira pemberian jiran2 yang baik hati. Rezeki. Alhamdulillah.

Nanti layan anak2 bercuti kat kampung je lah. Macam2 ada jugak kat kampung tu. Aktiviti mandi sungai wajib masuk senarai ni.

Sungai area kampung Mek di Renok Baru. Jeram Pelangi namanya. Kalau kat kampung MIL lak, ada Lata Tembakah.


Seronok pasti seronok tapi kena more alert kalau ke tempat2 ni. Sungai nya memang cantik tapi agak bahaya untuk anak2, kena pandai cari port sesuai lah.

Nanti boleh gak ke LA hotspring, pon dekat kampung MIL. Kat sini paling sesuai lah for anak2. Sungai nya cetek dan paling best for us mak pak ni boleh berendam dalam air panas.




 
Aku salu nya suka lepak di bahagian ni. Belah atas tu kolam takungan air panas nya. Air panas kat atas tu mengalir ke bawah air sungai yang sejuk tu, bila suam2 tu best sungguh la.



Takpon bawak dorang ke Santuari Kelah di Sungai Relau, Taman Negara, Merapoh ni. Dari rumah Mek di Gua Musang nak ke sini cuma travel lam 20 minit.

Ni kami pergi masa musim raya lepas.







No comments:

Post a Comment