Monday, 24 December 2012

Mood cuti...


...tak abih2 lagi ka?

Assalamualaikum,

Hari ini opis senyap sunyi. Ramai yang sambung cuti hingga Krismas. Kawe kena standby kat opis la mengkalu akak admin tu cuti. Bos apek pon masih bercuti abroad sampai ujung minggu ni.

Alhamdulillah dapat gak cuti lebih since Jumaat, ambil MC dek badan tak berapa sihat. Tiga hari dok melengkor rehat puas-puas kat rumah, memang heaven sungguh.

Hari Jumaat tu sempat ke sekolah untuk setelkan urusan beli buku for Aisyah dan Ainaa. Kemudian  ke Tesco melangsaikan baju seragam dan beg sekolah agama depa. Lepas tu pergi daftar and renew van sekolah untuk sesi depan. Tinggal nak daftar sekolah KAFA saja lah for Ainaa nanti. Lega banyak bila dh setel mana patut. Poket pon dah koyak rabak banyak dah ni. huhu.

Dalam pada poket dah koyak rabak ni sempat lagi mengirim barang dengan kekawan yang bercuti sana sini.

Coklat from Langkawi. La ni memang teruja untuk kirim coklat Whittakers saja.


Dan pastinya Pepero. Kenal Pepero masa trip ke Korea dulu, terus jatuh cinta. Sepanjang kat sana asal lalu tepi mini kedai soheh beli jajan ni as kudap2. Rega se-pek kecil lam KRW0.99 saja (RM 2++). Kat Langkawi ni sekotak besar (ada 8 pek dalam tu) harganya RM 17.50, harga berbeza katanya ikut kedai maybe ada yang lagi murah. So harga se-pek kecilnya lebih kurang harga beli kat Seoul dulu la kan?...suka. Ada member pernah terjumpa beli kat SOGO katanya harga RM4++. Mahai tu.



No comments:

Post a Comment