Tuesday, 29 January 2013
Dah hampir bersawang...
...dah rumah kawe ni rupanya.
Assalamualaikum,
First of all, happy Maulidur Rasul of our Prophet Muhamad s.a.w. Segala puji untuk baginda rasul yang tercinta. Moga kita semua kekal di landasan yang kukuh hingga akhir zaman.
Rabu malam khamis minggu lepas kami balik kampung. My SIL mengambil keberkatan hari Maulidur rasul untuk melangsungkan perkahwinan nya kali kedua. Alhamdulillah. Moga jodohnya berkekalan. Hampir 6 tahun SIL menjadi ibu tunggal pada 3 orang anak, bertungkus lumus membanting tulang mencari rezeki menyara keluarga. Saat beliau ditalakkan sang suami, anak sulungnya tengah menduduki peperiksaan PMR. La ni anak sulung tu dah berada di menara gading di tahun kedua. Kegagalan rumahtangga tidak pernah menjadi halangan untuk terus jatuh tersungkur. Begitulah nikmat yang Allah janjikan pada hamba-Nya yang sabar dan redha atas ujian2nya.
SIL satu2nya anak perempuan MIL. Anak sulung, our Mok Long yang sangat rajin dan kuat berusaha. Berniaga makanan kecilan tapi bukan calang2. Hasil air tangan nya selalu jadi rebutan, tak menang tangan dibuatnya, tinggal kederat dan modal je tak baper nak ada nak usahakan besar-besaran.
Alhamdulillah bertemu jodoh dgn seorang duda yang budiman. Ada rezeki, boleh lah berganding bahu melebarkan sayap perniagaan kedua2nya.
Selamat pengantin baru Mok Long.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment