Saturday, 12 January 2013

KSSR, LINUS dan PBS...


...adalah istilah yang akan diperkenalkan pada ibubapa tatkala mula menghantar anak2 bersekolah musim ini.

Tahun 2013 katanya adalah tahun ke-3 pelaksanaan KSSR di adakan. KSSR ni sistem baru yang menggantikan sistem lama KBSR. Didalam sistem KSSR ini terdapat dua perkara yang paling penting menjadi terasnya iaitu LINUS dan PBS.

LINUS tu rasanya semua dah paham kot. LINUS ni singkatan dari perkataan LITERASI, NUMERASI dan SCREENING. Literasi adalah utk subjek pemahaman/penguasaan untuk Bahasa Malaysia. Numerasi adalah pemahaman/penguasaan untuk Matematik. Screening adalah saringan. LINUS ni adalah lebih kurang sama dengan program 3M dulu cuma di tambahbaik utk keperluan semasa.

Dan ramai gak ibubapa risau perihal kelas LINUS ni. Rasanya tadak apa yang dirisaukan dgn program LINUS ni, ianya cuma program pemulihan untuk meningkat kan prestasi anak kita. Tak semestinya bila anak kita dimasukkan dalam program LINUS, anak kita tercicir ke apa. Ia juga dikira sebagai usaha pihak sekolah untuk mengurangkan jurang perbezaan prestasi antara murid.

Sepanjang Aisyah bersekolah tahun 1 sessi 2012 yang lepas, aku agak blur dgn konsep KSSR, PBS bagai ni. Tahu2 dah hujung tahun dapat result Aisyah boleh naik kelas, report prestasi suma memang tak penah sampai ke tangan nak telek perati.

Rupanya pihak sekolah telah tetapkan untuk adakan hari perjumpaan bersama ibubapa untuk ambil laporan prestasi anak masing2 pada 05/01/2013 yang lepas.


Dalam sistem PBS (Penilaian Berdasarkan Sekolah) ini permarkahannya beri dalam bentuk BAND. Terdapat 6 band diberikan pada murid, Band 1 hingga Band 6. Band 1 paling bawah pemarkahan nya manakala Band 6 adalah paling cemerlang.

Pemarkahan Band ni pulak akan diambil kira daripada kertas2 ujian, sahsiah, akhlak, aktiviti dan modul yang murid2 kena perform selama musim persekolahan daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 nanti.

Setiap subjek/mata pelajaran di nilai mengikut Band masing2 oleh guru subjek tersebut. Dan keputusan band2 setiap subjek akan di puratakan oleh Guru Kelas/Guru Besar untuk menentukan samada murid tersebut boleh maju/turun kelas supaya pencapaian murid boleh disekatakan dalam setiap kelas masing2.

Penilaian Band2 setiap subjek adalah TIDAK sama setiap tahun. Result Band Tahun 1 tidak akan dikira sbg asas penilaian untuk maju/turun Band utk tahun2 seterusnya. Contoh, pada Tahun 1 utk subjek Matematik anak kita dapat di Band 3. Utk Tahun 2, boleh jadi anak kita dapat Band 2 or Band 5 or Band 3, sebab penilaian akan dibuat berdasarkan pembelajarannya utk tersebut itu saja lah.

Bila dah berada di Tahun 6, pemarkahan Band ni katanya akan di purata kan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mencakupi 40% daripada keseluruhan penilaian untuk Tahun 6.

Manakala 60% lagi akan di ambil dari sistem penilaian biasa. Penilaian Tahun 6 ni sama lah juga dengan UPSR pada masa ini cuma kemungkinan namanya ditukar or sedikit berubah sistem penilaiannya.

Ni antara keputusan prestasi yang my Aisyah dapat. Daripada 9 subjek bercampur aduk lah keputusan nya, ada Band 3, Band 4 dan Band 5.

Jum tengok camno pernyataan pelaporan prestasi berdasarkan band2 yang diperolehi.

  
 
 
 
 
 
Peryataan Pelaporan Prestasi tu nampak macam subjektif sgt kan? Terfikir bagaimana cikgu menilai prestasi untuk membezakan setiap Band. Mula tu dok ingat kalau Band 3 maybe penyataan nya kontot/sikit je kot, Band 5,6 soheh panjang berjela. Tapi tengok2, Band 3 lagi panjang pernyataan nya banding Band 4,5. Menurut cikgunya, pernyataan tersebut adalah berdasarkan kriteria setiap subjek. Dan setiap subjek tak sama pulak kriteria nya.  
 
So kat sini lah ramai ibubapa KOMPLEN kot2 la wujud BIAS dalam penilaian band ini. Penyataan nya terlalu umum, tiada pulak guideline pernyataan2 itu di kira camno. Kalau sistem pemarkahan A, B, C tu kita diberi guideline cth utk dapat A, markah kena 90% above.
 
Bila di usul tanya pada pihak sekolah, mereka menekan kan terdapat guidelines yang perlu cikgu patuhi, tidak ada istilah sukati cikgu nak nilai or bias ke apa. Guidelines tu pulak katanya berdasarkan markah UJIAN DAN EVIDENCE (BUKTI). Yang aku paham EVIDENCE tu macam PRAKTIKAL ler kot. Cth kalau nak nilai bab sahsiah kena ada BUKTI yang anak kita tu murid yang bagus dalam kelas dari segi penampilan, pertuturan dan macam2 lagi lah.
 
Menurut Cikgu, lets say anak kita ni pandai jawab kertas ujian , markah selalu dapat 90% ke atas. Tapi dalam kelas anak kita ni PENDIAM, TAK BOLEH PUBLIC SPEAKING maka nak dapat band 6 paling cemerlang tu pon TIPIS lah katanya.
 
mmmmmmm...payah gak gitu kan? tak semua anak kita ni punya karakter cemerlang SEMUA SEGI.
 
Camno lak kalau anak ni jenis KUAT MAIN DALAM KELAS, baju selalu kotor dek suka main, takpon ada masalah keluarga/urusan takleh buat 100% kehadiran ke sekolah, TAPI dia bagus dalam pelajaran, salu dapat markah 90% above...
 
Pihak sekolah cuma menegaskan penilaian SECARA ADIL akan diberikan pada setiap murid tanpa prejudis.
 
Namun sebagai ibubapa, tetaplah merasa gusar bila penilaian sebegini dilaksanakan.
  

4 comments:

  1. salam.. saya adalah seorang guru yang menjalankan PBS pada murid tahun 1, 2 dan 3 ni,... mula2 mmg bnayak masalahnya, tp guru2 yang nk buat PBS ni mesti hadir kursus untuk memantapkan lagi PBS, macam2 soalan yang timbul... kesimpulannya, guru akan cari pendekatan yang paling senang atau yg mudah untuk murid menguasai band. walaupun murid berbeza aras pemikiran, tapi x mustahil akan dapat band 5 contohnya..bab komunikasi murid di dalam kelas, ibubapa jagan bimbang, setiap apa yang dibuat, pasti guru akan bimbing sampai dapat. jadi tak timbul anak puan pendiam tapi x dapat mencapai aras band 6..

    ReplyDelete
  2. Saya baru terima kputusn band anak saya dr mrsm...tkejut juga ada subjek yg dpt band 2 and band 3...overol semua subjek lain ok band 4 n 5....saya perlukan penjelasan...

    ReplyDelete
  3. salam.. saya seorang ibu, dan anak saya dalam darjah 2 pada tahun ini (2013). yang menghairankan saya mengenai band ini, kami ibubapa tidak tahu tentang prestasi anak. sekolah buat hari pertemuan bersama ibu bapa, tetapi kami tidak ditunjukkan sebarang laporan prestasi pelajaran anak. alasan guru tersebut ialah, guru darjah sedang berkursus, dan hanya guru mata pelajaran agama islam yang mengambil alih. kami hanya dimaklumkan tentang sikap anak di dalam kelas/sekolah, itu sahaja.(?) dan sekarang saya terpaksa kerap tanya kpd anak, "kakak sekarang dah band berapa untuk mata pelajaran ni..."( habis semua matapelajaran terpaksa sebut depan anak..). bila berjumpa dan bertanya dengan guru, mereka seolah2 x kuasa nak melayan soalan dari ibu bapa yang asyik tanya tentang band ini... sekolah juga mengatakan ibubapa boleh menyemak prestasi anak2 melalui laman web yang tersedia, dan pihak sekolah akan memaklumkannya melalui surat. dari anak darjah 1, sekarang anak dah darjah 2.. masih belum dapat ape2 surat daripada sekolah tentang laman web yang mereka war2kan tu..

    ReplyDelete
  4. Memang bnyk kemusykilan tentang sistem band ji . Saya pun mengalami masalah yg sama gak dgn suri rumah td tu. . Pyh nk follow up kemajuan ank2 ni. Exam dh tak de dh. . Sukar nk fhm penilaian berterusan ni. Mcm orang fh kejr la pulak. Sy slalu tsnye anak. Progress dan kefahaman dia. Kdg tu dia pon confuse fan tk brp faham. Hrp pihak cikgu perihatin permasalshan kami ibu bapa. Dkrg ni nk tolong ajar anak pun kami tk reti. Sistem beza. .

    ReplyDelete