Wednesday, 27 February 2013

Terjah Utara (Part 12) - Perlis Part 2


Usai di taman Ular, kami teruskan perjalanan meredah Perlis. Hajat mahu singgah macam2 tempat, tapi sudahnya kami cuma memandu mengikut kata hati tanpa tujuan spesifik. Tengah memandu, ternampak signboard ke Padang Besar, Cik Abe dan2 cakap "JOMMMM". Aku lak macam terpinga2 sebab memang tadak hati pon nak ke situ. Apa yang best situ bang oiiiiiiiii...


On the way ke sana, ada melepasi Tasik Timah Tasoh, tengok dari kejauhan saja. Ralit tengok sampai lupa ambil gambo. cesssss. Lawaaaaaaaaa area situ bebbb. Bangan nak singgah ala balik ler, skali nan ado. Balik ikut hiway Changlun.


Masa on the way ke sana, trafik amat lancar. Ingatkan tak ramai orang ler, skali sampai je kat area Arked Niaga Padang Besar tu, meremut maknosia...holiday madness, again. haha. Berjujuk2 kereta nak masuk hala situ. Parking lak memang penuh sendat kat tepi2 jalan area situ sampi ke bulatan utama depan Imigresen.

Aku tanya cik abe kot dia ada spesifik nak soping apa kat situ, tak kuasa nak singgah kalau takat nak merayap cuci mata. Aku bajet lebih kurang je dgn pasar kampung aku kot. haha. Dah nama sempadan Siam, pasar2 kat kampung aku pon byk berjual barang2 made in Siam. Murah pon murah. Ala2 pekan Rantau Panjang, Pengkalan Kubur la kot.

Tapi dah alang2 sampai tu, Cik Abe cakap jum lah singgah. Gigih dia cari parking, Alhamdulillah dapat gak selit.

Kami redah pasar tanpa tujuan. Jamu mata tengok barangan je lah. Kalau dah biasa pergi Rantau Panjang, Pengkalan Kubur kat kampung kawe nun memang tak heran sangat lah sampai sini kot. Aku tengok ramai dok borong Toto/Narita. Jenguk2 gak kot ada kedai duty free. Tutup pulak dah kedai yang aku nampak tu sempena raya cina. Pelik. Ke aku yang silap kedai. haha.

Sudahnya beli jajan sikit then beli mainan for anak2. Lepas tu balik. Memang tak rasa nak soping apa include cik abe. Aku tengok Narita/Toto tu harganya lagi mahai dari pasar Jerteh kampung Cik Abe. Huhu. Dok skodeng kot ada buah mangga, nan ado. Bukan musim kata penjual tu.

Dalam sejam gitu berada kat Padang Besar then balik. Nampak je susur keluar ke PLUS hiway terus hala situ nak turun KL.

Bila lalu hiway ni akan melepasi area Chuping which is sangat terkenal dengan ladang tebu terbesarnya tu. Dia punya luas tu tak tercapai dek akal aku. Mula2 macam teruja lah tengok ladang tebu yang cantik saujana mata mandang.

Tapi bila miles away pon keep repeating view ladang tebu ko boleh jadi naik pelik dan bosan. Pelik sebab takkan seluas itu ladang tebu saja, tadak kampung ka haper ka. Bosan sebab asyik2 view ladang tebu hat semak mata tu je ado, apa yg cantiknya pokok tebu sila habaq maiiii...kot sawah padi lawa lg kot. haaaa gitu. haha.

Punyalah luas dan jauh jarak nya sepanjang hiway tu kena menikmati pemandangan ladang tebu kepunyaan orang terkaya Malaysia katanya.


Tak silap aku ada tertengok satu signboard ni menulis info tentang ladang tebu Chuping kat roundabout di lebuhraya tu. Kagum bila tahu ladangnya seluas 8000++hektar. Phewwwww.

Lepas mengharungi lautan ladang tebu, nampak ada sebuah gerai betul2 tepi hiway dengan signboard LAKSA. Jum lah singgah, pekena laksa perlis.



Laksanya beza sikit dari laksa yang kami makan kat Langkawi tepi airport tu. Kuahnya lebih cerah. Tang lain sama je kot dari segi rasa, pekat. Oh sedap. Ainaa boleh habis sepinggan laksa ni dia sorang!! kaki laksa in making. haha. Ada geng la mama nanti.



Then aku try pulut ayam. My first time. Siap tanya camno nak makan. Rupanya kena gu makan dgn ayam goreng then terlopong jap mulut bila kena tuang sos cili thai atas pulut. Sumpah tak sedap makan pulut dengan sos cili. hahaha. Sudahnya aku kuis part sos cili then pergi ceduk amik gulai ayam. Baru lah syok. haha. Oh ya, GULAI dia amat2 la sedap!!! Gulai utara kot yer. Memang kawwwwwwwww abis. Bau gulainya melekat kat tangan aku sampai malam tu. 

Dah kenyang, teruskan perjalanan turun ke Kedah. Tadak plan singgah memana. Ada gak bangan nak singgah Teluk Beris tengok Ladang Anggur. Then singgah Taiping, bermalam kat sana. Member dok roger suruh singgah Kuala Sepetang try Mee Udang tersohor tu. Tengok camno.


Dah sampai Changlun. Kedah oredi. Seronok berjalan tempat baru gini even tak singgah memana pon. Takat tengok nama tempat, been there pon dah rasa teruja waaaahhhh Sini rupanya Changlun...waaaaah, sini rupanya Guar Chempedak...waaaahh sini rupanya Baling....hahaha. Salu tengok lam peta or dengar orang sebut je kan.

Cuaca masa ni memang terik gila. Utara katanya memang panas kering. Keluar je Tol JITRA, Cik Abe makin meresah bawak kereta. Panas begitu buat dia jadi cepat mengantuk.

So, ended up kami ambil keputusan tukar driver. Jum lah saya drive pulak, aku cakap. Dah la masa tu RNR terdekat pon jauh ke depan lagi, so nak tak nak kena lah stop kejap kat emergency lane.

bersambung....

No comments:

Post a Comment