Friday, 15 February 2013

Terjah Utara (Part 2) - Dari KL ke Kuala Perlis

Nota : Entry ini panjang. Panjang dek versi luahan perasaan.

Jumaat (08/02/2013)

Usai balik kerja petang Jumaat tu baru aku mula berkemas. Untuk guna di pulau Langkawi aku asingkan sesiap bagasinya. Bagasi tu aku buat 2 in 1. Dalam bagasi besar ada bagasi medium. Aku fikir senang nanti salah satu bagasi tu akan diguna untuk di isi hasil soping mana ada bila balik nanti.

My cik abe aku kerah masuk tidur after solat Magrib. Buat bekal nak memandu karang. Hampir jam 1 pagi baru kejut kan Cik Abe dan anak2. Aku memang tak tido lah, dok berkemas sambil berjaga tengok jam takut terbabas nak kejut semua orang. Kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 1.30 pagi. Perjalanan lancar walau sedikit perlahan dek kenderaan banyak masa tu.

Kami berhenti rehat di RNR Bukit Gantang jam 5.40 pagi utk setel kan mana patut. Sempat la bersihkan diri, solat subuh dan sarapan ala kadar. Then teruskan perjalanan dengan lebih bertenaga.

Kami menikmati sunrise di bumi jelapang utara - Kedah. Indah betul pemandangan dilatari sawah padi saujana mata mandang. Ralit dibuatnya. Sudahnya hampir jam 10 pagi baru kami sampai di Kuala Perlis.

Sebelum ke Jeti, singgah di sebuah masjid untuk refresh. Mandi dan tukar baju segala. Penat dan mengantuk toksah cakap ler aku ni. Budak2 semua memang seronok la depa, sepanjang jalan dok balun tidur saja, celik2 mata dah sampai.

Kemudian baru ke jeti untuk ambil tiket. Dan MIMPI ngeri pon mai bila tengok manusia kemain meremut kat situ!!! OMG.

Dah la agak 'culture shock' bila tengah Q nak masuk ke jeti tu kereta kami di hampiri orang bermotosikal yang menawarkan lot parking. Since ini kunjungan pertama kami, maka agak cuak lah. Dok baca pengalaman orang ke Langkawi naik feri, tadak lak dok cite lagu ni.

Rupanya servis tersebut memang ditawarkan bila area jeti mencecah peak time. Depa ni akan 'tolong' driver dapatkan lot paking di sekitar situ. And dah tentu kos nya lebih mahal banding kos paking biasa yang ditawarkan pihak jeti iaitu sekitar RM 10 hingga RM 15 saja sehari.

Nak mencari lot paking sendiri memang tak berani lah. Takut ter'parking' tempat orang karang sesia je kereta jadi mangsa. Dah la nak kena tinggal hampir 2 hari kat situ. So better play safe, pejam mata terima their service.

Mula2 depa letak harga RM30 per day. Mak aii, mencekik tul. Aku pon dgn konpinden cakap "ehhh salu RM 15 je pon paling mahai..." Ewaaahhhh, gaya aku tu macam laaaa dah biasa ke situ. haha. Tapi ok gak ler, lepas aku argue sikit2, tawar2 sikit, dapat lah harga RM20 per day. Ok lah, logik sikit. Yang penting kereta aku selamat nak bermalam kat situ. Katanya depa pon berurusan atas kapasiti Majlis Daerah situ gak, bukan illegal business ke apa. Wallahu'alam.

Dari tempat parking nak ke jeti, kena jalan lebih kurang 5 minit kot. Takda lah jauh sangat. Rezeki kami dapat lot parking agak dekat dengan jeti. Beg pon satu je nak kena bawak. Ada yang ntah mana2 depa lantun, kesian tengok kena jalan kemain jauh dok heret beg dan anak2 kecil lagi.

Dah sampai jeti, tengok Q kemain panjang. Hampir2 give up nak terus kan plan. Masa tu penuh dengan orang sesaja kat area jeti tu. Memana pon tadak ruang kosong nak duduk menunggu. Dalam bangunan penuh. Luar bangunan pon penuh.



Semua gambar Ehsan SINI
Cik abe nekad Q jugak. Dah alang2 sampai dia kata. Betul jugak. Cuma aku je kot yg culture shock byk tengok holiday madness kat jeti tu. hehe. What do you expect kalau travel time cuti gini? So dan2 kami buat MOTTO - kena bertabah dan bahagia kan diri anda selalu.

Kesian Cik Abe kena Q dalam sejam lebih gak lah baru dapat tiket nya. Itu pon untuk feri tiket jam 5 petang!!! Paling best masa tu baru jam 11.30 pagi. Sabar sabar. Ingat MOTTO kita. hehe.

Nak tak nak, kena lah berkampung di jeti untuk tempoh tersebut. Patut la ramai orang lepak situ, rupanya masing2 kena tunggu turn feri masing2.

Kemudahan yang ada di jeti dan kawasan sekitar nya boleh kata memuaskan. Cuma bila dah ramai gitu kena berlapang dada tengok mana kurang terutamanya bab kebersihan. Kami pon bila dapat port sesuai nak lepak, terus bentang paper buat alas duduk.

Ada gak mai idea nak check in kejap memana hotel sekitar yang available, tapi menurut orang kat situ semua dah full. Nasib la kan. Nak keluar jenjalan memana pon dah tak kuasa nak ambil kereta balik, karang sesia je hilang lot parking.

Nasib baik gak mood anak2 semua bagus masa tu. Depa tahu apa yer dak, tahu seronok dapat berjalan je lah. Paling kasihan bila tengok babies yang kecil asyik nangis merengek tak selesa. Dengan cuaca panasnya, duduk lak kat area open luar building. Tapi lagi ok duduk luar building, sesekali angin mai rasa best jugak. Banding kalau duduk dalam bangunan even ada kipas, ekon langsung tak rasa apa, bahang menyengat!

Oh ya. Untuk kos tiket dan jadual feri boleh refer SINI yer. Dan sila pasti kan bawa mykad dan mykid anak2 untuk dapatkan harga 1 Malaysia katanya.

Kemudahan kedai memang banyak sekitar area jeti. Nak cari makan memang senang lah. Fast food pon ada. Sedia kan pitih saja.

We did everything to kill time. huhu. Lambat nya masa berlalu. Bukan lambat benornya kot, tapi dah memang LEWAT masanya. Yang kita dok la menanti sesaja ni ntah kerja gila apa. haha. Jenuh layan enpon, layan tab sampai bosan. Nasib ingat kena spare bateri. Jenuh duduk, berdiri, bersila, belunjur, tinggal baring tido je tak gamak nak buat. Anak2 pon puas buat aksi akrobatik sampai berlemoihhh satu badan, layannnnnn.

Kemudahan tandas dan surau memang disediakan di sini. Surau nya selesa. Tandas nya semacam sikit. hehe. Ada satu ketika air tadak, haru kejap.

Lastly, cik abe ajak tukar port lepak. Kali ni kami pindah ke area luar belah dalam tempat feri berlabuh ambil/turun kan penumpang. Ikutkan takleh masuk pon area situ, tapi nasib kami dapat gak masuk. Situ best banyak sebab boleh layan view lawa dok mengadap laut, angin pon kuat dan yang penting tak ramai orang sangat.

Rupanya Cik Abe ni dia dok perati je bila penumpang2 naik ke feri and he found some TIPS. Then Cik Abe riki2 tanya petugas feri about that. The TIPS is boleh SELIT naik that feri kalau ada seat kosong!!!

Memang MUSTAHIL lah kan ada yg kosong bila dah ramai gitu and tempat duduk lak mmg dijual mengikut tempat duduk masing2. Cari pasal je karang mandai2 je menyelit, kena halau turun!! Tadak istilah ko menyelit nak berdiri menempel dalam feri tu, seated suma. Seat kosong pon maybe sebab orang tu kansel the tiket last minit kot. Takpon jenis tak pasan departure time, sesat barat memana tetengah khalayak ramai tu.

So we JUST ask a FAVOR from petugas. Kena cakap bisik2 tau. hehe. Sebab semua orang take advantage nak buat gitu. On top of it, rezeki masing2 lah. kalau takat ko sorang nak main selit2 maybe senang la kot, ni kalau dah 5 anak banak macam kami ni?

Masa tu anak2 pon dah super penat nak melasak. Si Auni dah tertido atas pangkuan aku. Ainaa lak tidur melentok kat bahu kiri. Dah rupa apa dah aku masa ni, tak tau lah.

Bila feri jam 3pm sampai nak ambil penumpang, kami dok la berdoa moga ada rezeki kami nak menyelit on that trip. Jenuh gak la kena tunggu sampai habis penumpang check in dalam feri. Sasspen gila. Bila sesekali tengok macam dah tadak orang nak check in, waahhhh hati mula berbunga2. Tengok2 ada lagi yang datang berbondong2. Kecewa. Bila tengok dalam feri pon macam dah penuh, lagi laaa kecewa. Dan persaingan memang banyak, masing2 tunggu peluang je nak menyelit. Ada je yang dok meleser kat petugas minta jasa baik. Nasib laa semuanya di bawah kawalan petugas takleh suka2 terjah masuk.

Hampir masa feri tersebut nak bertolak, aku memang dah malas fikir dah la. Biar lah. Tunggu je lah feri kami jam 5ptg nanti.

Alih2 petugas feri kuit tangan nya ke arah kami suruh mai naik feri!!!

ALLAHUAKBAR. rasa nak meletup dada aku dek gembira sangat. Nak nangis pon ada. Agaknya depa kesian tengok kami kot, dah rupa ala pengemis ke apa duduk bersila sambil pangku anak tidur tepi jeti tu. haha. Whatever, I am so blessed. Alhamdulillah. Lega seleganya bila can get in with very comfortable seats for us.

Jam 3.30ptg feri meninggalkan jeti Kuala Perlis.


Bersambung. InsyaAllah.

2 comments:

  1. Kesiannya...mana lagi sambungan ceritaa...

    ReplyDelete
  2. Seronok bila baca cerita awak,kita pun agak agak nak gi jua tjhis coming late Dec ,2015

    ReplyDelete