Monday, 18 February 2013

Terjah Utara (Part 4) - Langkawi (Makam Mahsuri)



Setel hal kereta, kami terus ke hotel yang aku dah booking sesiap thru Agoda - Hotel Langkawi Seaview yang terletak tak jauh pon dari jeti Kuah. Melepasi area Eagle Square. Senang sangat nak mencari nya, Alhamdulillah. Untuk tempahan bilik tersebut, kami dapat skali complimentary dinner untuk malam gala Tahun Baru Cina yang di adakan malam tersebut.

Ikutkan, banyak agenda yang kami plan dah lari banyak since lewat sampai di sini. So kena berlapang dada untuk ubah plan supaya fit dgn masa yang ada dan mood masing2 terutamanya anak2. Takleh nak ikut plan kita sorang or nak puaskan hati kita saja. Dah namanya trip family, nak pulak bawak anak2 yang masih kecil macam anak2 kami.

Usai check in bilik, aku bagi ruang untuk semuanya berehat mana patut. Ikutkan hati aku mahu terus terjah jenjalan jelajah pulau. Mementang dah 'take nap' dalam feri tadi. Tapi Cik Abe insist suruh berehat dulu.

Jam 6.00 petang kami baru keluar.

Muka fresh and hepi nak stat berjalan.
Mula2 kena isi minyak kereta dulu lah. Tak susah nak mencari pam station nya merata ada. Kalau sesat pon senang je nak pusing patah balik ke apa sebab kawasan nya tadak lah besar mana pon.

Dan kami pon telah bersedia dengan map yang dah sesiap print ini. Amat berguna sepanjang trip kami. Alhamdulillah.



Lepas setel isi minyak, kami dari pekan Kuah terus hala ke arah Padang Matsirat. Nampak je signboard 'Makam Mahsuri' terus kami belok masuk ke situ even tahu dah lewat maybe tempatnya pon dah tutup kot.

Tempat parking di luar area Makam Mahsuri. Masih ramai waktu ini.

Sampai2 sana, memang betul sangkaan kami, walau pintu pagar utamanya masih terbuka tapi tempatnya dah tutup pon.



Sedang kami dok posing2 kat luar kaunter tu, kami dapati pintu masuk ke taman dalam masih terbuka dan kami dibenarkan masuk sekejap oleh petugas yang tengah mengemas ketika itu. Cepat2 kami terjah masuk ke dalam. Tadak apa sangat lah kat dalam tu rupanya.

Tarikan utama nya Makam Mahsuri ni saja lah kot.






 
Tak lama pon berada dalam ni, respek peluang yang diberikan dek petugas tadi. Sedar diri kami dibenarkan masuk diluar waktu dan tanpa dikenakan caj pulak tu. Oh ya, untuk caj biasa adalah seperti berikut yer.



Again, kuasa mykad/mykid adalah sangat berguna untuk dapat harga lebih murah.


Sempat jugak lah kami singgah tengok barang2 jualan di gerai2 sekitar tempat parking kereta. Banyak kedainya dan macam2 jualan nya. Rata2 dok berjual hasil produk Langkawi - gamat, kain batik dan cenderamata.


Minyak gamat kat sini paling murah kot kalau nak beli. RM8 untuk15 botol. Ada yang semurah RM5 aku tengok kat banner mana ntah tapi tak sure that one for how many bottles, hat tu cap ROJAM. Harga tertakluk pada jenama minyak gamat itself. Hat macam dah popular tu sah2 lah mahal sikit menurut kata penjual kat situ. Tipu dia, tipu lah aku. hehe.


Aisyah dan Ainaa sibuk dok bertanyakan SIAPA MAHSURI. Oh my, gigih aku recall sejarah Mahsuri semata nak ceritakan pada anak2. Apalah makna kunjungan ke Makam Mahsuri tanpa kenal sejarah Mahsuri yer dak. Kena rajin dedahkan jugak anak2 pada malay fairy tales, tadak lah depa tahu kisah Cenderella, Snow White saja. huhu.

Seronok juga sesekali bertitih cerita kisah zaman dahulu kala pada anak2 kecil. Ikutkan banyak kisah Mahsuri ni, tapi versi aku cerita kat anak2 lebih kurang versi INI saja.

lakaran rupa Mahsuri.
Lesai di Makam Mahsuri, kami teruskan perjalanan ke arah Pantai Chenang pulak. Plannya mahu menikmati sunset sambil mencari makan malam kami.

Bersambung. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment