Ahad (10/02/2012)
Hajat kami mahu keluar seawal pagi hari ini. Namun sudahnya hampir jam 10 pagi baru terhegeh2 nak keluar. Lepas breakfast, kami terus check out hotel. Malas nak kalut patah balik hotel karang.
Agenda utama hari ini adalah naik cable car. Kalau dari pekan Kuah ni banyak je signboard nak menuju ke sana, just alert signboard "Oriental Village/Langkawi Geopark". Stesen kereta kabel terletak di dalam Oriental Village.
Sebelum sampai ke Oriental Park, boleh tengok sekilas area Quay Bay tempat kapal2 layar berlabuh dengan cantik nya. Dok berangan nak singgah ala balik kot sempat, memang tak sempat pon.
Cik Abe lak libang libu nak refill petrol ke tak. Semalam kami dah isi RM20. Dalam dok berkira2 tu sekali lampu minyak menyala. Terus singgah pam station area Quay Bay tu.
Pam station yang latarbelakang nya tempat kapal layar berlabuh dan banjaran gunung Mat Cincang |
Kedai kemain canggih dan cantik tapi pam rosak. |
Akhirnya sampai juga ke sini. Terus parking di kawasan lapang yang disediakan, percuma.
Bila sampai ke kaunter tiket kereta kabel, sekali lagi aku dilanda 'holiday madness'. phewwwwww...manusia meremut wehhhhh. Tapi urusan mendapatkan tiket agak cepat dan selesa bagi Cik Abe. Pengurusan nya nampak lebih teratur berbanding kat jeti Kuala Perlis hari tu. Cuma dek orang ramai sangat, kami dapat tiket timingnya jam 12.15 tgh. Dan masa tu baru jam 11am.
Untuk info harga tiket boleh refer SINI. And again, kuasa mykad/mykid sangat2 berguna untuk dapat harga 1 Malaysia yang lebih murah (50% less).
Nasib baik gak terdapat banyak benda yang boleh buat di sekitar Oriental Village ni. So tadak lah terasa sangat masa berlalu. Ada banyak kedai termasuk The Zon duty free. Ada gak taman arnab. Ada gak trip "duck splash" ke apa namanya yang disediakan di muka pintu untuk tour selama 45 minit. Best gak tour ni bagi yang kurang masa nak terjah semua tempat macam kami ni. Nanti akan dibawa melalui area Telaga Tujuh dan dibawa belayar ke teluk berdekatan melihat kapal layar berlabuh. Hajat nak ambil trip ni tapi terlepas trip penuh hat 11.30, so kimsalam lah. Karang melepas lak timing kereta kabel.
Jam 12tgh hari kami masuk Q untuk naik kereta kabel, Cik Abe je lah Q. Aku dan anak2 stay kat ruang menunggu, bila Cik Abe dah sampai dekat dgn point nak naik baru lah kami dipanggil. Memang dibuat gitu utk semua family supaya ruang Q tak sesak. Tapi ada gak aku tengok yang relahati dok Q sama2.
Anak2 seronok dok tengok kitaran kereta kabel berlepas/berlabuh. Siap buat kiraan 1,2,3 lagi macam nk lepaskan racing rally |
OH, Can't wait our turn |
Finally, it's our turn. Punya lah seronok masing2.
Up and up away. Fuhhhh gayat.
Pemandangan sepanjang naik ke atas amatlah mengujakan. Sangat2 cantik.
Terdapat dua stesen kat atas ni. Stesen pertama dan kedua. Stesen pertama tu kira optional nak singgah tapi bila peak time semua pelawat WAJIB turun di stesen pertama utk memudahkan aliran trafik. Kena turun walau sekejap or lama, kemudian baru ambil kereta kabel lain untuk teruskan pendakian sampai ke puncak.
Kami sempat jugak melilau sekejap di stesen pertama.
Kat belakang atas tu nampak stesen kedua/akhir yang bakal kami takluki!! Feelin daki gunung ke apa. haha. |
Aisyah gayat banyak, asyik nak berkepit jer dia. |
Sampai giliran kami, tetiba kereta kabel stop. Ingatkan stop kejap ke apa, rupanya stuck terus. Oh mak aiiii...camno hat duduk tergantung tetengah laluan nun? dok teroleng2 ditiup angin mau menjerit gak mana hat gayat tu. Dalam 10 minit gak la stuck. Maybe ada masalah teknikal kot, aku tengok petugas nya sibuk je dok berhubung dengan walkie-talkie masing2.
Dari stesen pertama nak menyampai ke stesen kedua/akhir cuma 5 minit saja kot. Kejap je naik kereta kabel dah sampai.
Dah sampai sini, suasana memang superb lah. SubhanAllah, MasyaAllah. Cantik sungguh ciptaan Allah swt. Angin pon kuat, suhu sejuk nyaman.
Angin sangat kuat. Macam nak terbang dibuatnya Auni ni. Seram gak. |
Cik Abe meninjau Skybridge yang masih tutup |
Kat atas sini kalau tak silap kawe terdapat dua dek utama. Satu dek tinjau semata dan satu lagi dek yang menempatkan pit-stop kereta kabel, cafe. Ada juga laluan ke dek2 kecil lain. Puas jelajah, sempat singgah ke tandas nya. Bersih dan selesa. Buang air kecil 700m atas laut gitu. haha. Walau kami sampai waktu tengah ari, suhu memang sejuk berangin. Matahari terpacak atas kepala tapi tak rasa panas at all.
Ralit berada kat atas, hampir jam 2 petang baru kami turun balik. Timing memang dah lari banyak lah, tapi tak rugi spend banyak masa kat atas nun. Memang pengalaman yang sungguh best bagi kami.
yihhhaaaaaa |
Jum balik sayang.
mmg ada 2 dek tpt persinggahan ;)
ReplyDeletekenalah naik smpi atas alang2 dah sampai situ
bagi yg gayat..tggu je kat bawah
ReplyDeleteIrfa...best, mmg baloi naik sampai atas tu.