Monday, 18 March 2013

Chicken Pox (CP) : A story of Pantang Larang...


My dear Auni dah hampir bebas dari CP nya. Alhamdulillah. CP Auni tak byk sgt naiknya. Kekecik je biji CP tu. Tapi nak prevent dia dari garu bekas CP tu memang payah la. Tapi since semalam dah hilang dah gatalnya, lega. After cuti dua hari bekerja dan 2 hari cuti weken, hari ni kena lah masuk kerja balik. Dah namanya kulikutif nak cuti lelama pon takleh.

Ikutkan tak boleh hantar lagi ke Taska nya. Menurut kawan2, fasa CP tengah nak kering tu lah fasa paling berpotensi untuk menjangkiti orang2 kelilingnya. Kesian la pulak kalau terjangkit kat budak2 lain kat Taska tu.

Aku pon benornya pantang kalau nampak ada budak2 yang got CP tapi parents dorang still hantar juga ke Taska. Pastu soheh berjangkit2 habis satu taska tu. Sama kes Auni ni ler jugak. Dua minggu lepas memang nampak ada sorang dua budak yang kena CP. Kadang Taska dah tolak takmo terima budak2 yang kena CP ni. Tapi atas perikemanusian dan prihatin depa, terpaksa terima jugak. Selalunya anak buah yang kerja situ akan isolate lah, budak sakit kena jaga khas kat tingkat atas.

Nak jadi cite budak sorang ni adalah anak pada pekerja situ gak. Ragam anak sakit kan, nak berkepit dengan mak nya 24 jam. Maknya kena buat kerja khas kat situ takleh nak bertapa tunggu dia lam bilik isolate tu sokmo. So kadang anaknya bercampur duduk dengan budak2 lain, mana la tak berjangkit.

Tapi aku pon takda nak salahkan maknya sgt. Paham camno hati sorang ibu yang bekerja ni. Anak sakit nak amik cuti, bukan senang. Tambah2 kalau sakitnya berlarutan berpanjangan mcm CP ni. Tak cukup takat sehari dua amik cuti. Tapi kalau kita ada pilihan dan peluang, sila lah amik cuti jaga anak yang kena CP ni kat rumah. InsyaAllah, bila kita niat takmo susahkan orang lain, Allah akan bagi kita 1001 hikmah yang tak tercapai dek akal kita.

So the above was NO. 1 of pantang larang nya. hehe.

Pantang larang lain yang always spreading among moms (which is tak soheh ada ke takda bukti saintifik nya) as follows.

1.  Jangan memasak goreng2 atau tumis2 dalam rumah. Bimbang aroma atau minyak bertebaran kat udara tu akan meresapi kulit anak yang kena CP boleh buat jadi gatal2 merenyam.

2. Elak makanan yang ada unsur2 kegatalan macam ayam, telur dan makanan bergoreng. Ikan tertentu saja boleh makan.

3. Jangan kena air hujan, nanti berparut bekas CP.

4. Jangan makan kicap. Hat ni aku tak tau pasai pa. Adakah takut bekas CP jadi parut HITAM?

5. Elakkan menggaru CP takut berparut tak cantik la pulakkkk. Pastikan kuku pendek bersih dan kalau perlu sedia kan towel kecil untuk gosok part yang gatal mereyam tu.

6. Elak kan mandi dengan sabun atau bersyampu, berlosyen bagai. Lumur calamine lotion takpa.

7. Pakai pakaian yang sesuai material nya supaya tidak menambah darjah kegatalan CP. If kat taska, depa bolen kan ajer, pakai pampers saja budak2 ni.

OK. Sekian sedikit info dari doktor yang tak bertauliah.




No comments:

Post a Comment