KENYATAAN PERDANA MENTERI ATAS SERANGAN DI LAHAD DATU
Putrajaya, 5 Mac - Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
... Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

- Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.- BERNAMA
NOTA : DOAKAN KESELAMATAN SEMUA UNIT DALAM ATM SELAMAT DALAM MISI MENGEMBALIKAN MARUAH NEGARA!!!
Salam Kaksu
ReplyDeleteBai dah demam2 ni mengingatkan pencerobohan di negeriku ini, tido pun tak lena, makan pun dah xde mood. Bila dgr ada ramai lagi yg nak mendarat dibahagian lain tu...mmg sedih sgt dan takut mengenakan keluarga di sana. Bercucuran air mata bila tengok ramai dah wira yang gugur.
Takziah dan RIP kepada wira yang telah terkorban, moga cepat sembuh kepada yang cedera. Terima kasih kerana menjaga dan mempertahankan negeri kami yang tercinta.
Mundu, mulih ko balik sulu sana. Kami nda mau bersultankan 'sultan' kamu tuh. Kami nda rela menjadi sebahagian dari kesultanan kamu. Sabah adalah milik kami, Sabahan dan kami adalah rakyat Malaysia.
Bai...Sama2 kita doa kan Sabah selamat...negeri bawah bayu serba molek harus dipertahan kan...
ReplyDelete