Monday, 22 July 2013
Hadiah...
'HADIAH’ KESIHATAN UNTUK BERPUASA
Alhamdulillah, kita telah memasuki hari ke 13 berpuasa. Telah banyak penelitian yang menyebutkan bahawa puasa memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh. Suka dikongsikan 'hadiah' kesihatan ketika berpuasa untuk manfaat bersama.
1. MAKAN KURMA
Kurma adalah makanan pembuka yang sering dihidangkan saat berbuka atau sahur. Salah satu aspek paling penting dari puasa adalah mendapatkan jumlah tepat energi dan nutrisi. Dan kurma adalah makanan terbaik yang menyediakan serat yang sangat diperlukan tubuh, yang akan membantu meningkatkan pencernaan dan menjaga kesihatan kita selama puasa.
2. MENINGKATKAN KEMAMPUAN OTAK
Para ilmuwan di Amerika mengesahkan bahawa puasa dapat meningkatkan faktor neurotropik yang diturunkan dari otak, yang mendorong tubuh memproduksi lebih banyak sel-sel otak, sehingga dapat meningkatkan fungsi otak. Demikian juga, penurunan jumlah hormon kortisol, yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal, membuat seseorang dapat menurunkan tingkat stres semasa dan selepas Ramadan.
3. MENGURANGI TABIAT BURUK
Ramadan adalah waktu yang tepat untuk mengubah gaya hidup tidak sihat dan pola makan yang buruk. Sewaktu berpuasa, kita juga boleh menghentikan kebiasaan buruk seperti merokok dan makan makanan manis serta ‘fast food’
4. MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Orang berpuasa menikmati kesan positif dari adanya pengurangan kolesterol dalam darah. Kolesterol rendah meningkatkan kesihatan jantung, sehingga seseorang dapat mengurangi risiko menderita penyakit jantung, serangan jantung, atau stroke.
5. MENDETOKSIFIKASI TUBUH
Puasa dapat mendetoksifikasi tubuh dari racun yang ada dalam tubuh. Kita dapat mendetoksifikasi sistem pencernaan dalam satu bulan. Ketika tubuh mulai memakan cadangan lemak untuk menciptakan energi, itu akan membakar setiap racun berbahaya yang mungkin hadir dalam timbunan lemak di tubuh kita.
6. MENYERAP BANYAK NUTRISI
Metabolisme akan menjadi lebih efisien, jumlah nutrisi yang diserap dari makanan semakin besar. Hal ini disebabkan peningkatan hormon yang disebut adiponectin, yang diproduksi oleh kombinasi antara puasa dan sahur, sehingga memungkinkan otot untuk menyerap lebih banyak nutrisi.
7. MENGAWAL BERAT BADAN
Puasa membuat kita lebih mudah menurunkan berat badan. Kita tidak perlu melakukan diet ekstrem untuk menurunkan beberapa kilo berat tubuh kita. Kita hanya perlu makan secukupnya makanan sihat selama berpuasa.
Inilah antara tujuh ‘hadiah kesihatan’ yang menakjubkan dari puasa yang kita tunaikan.
Sumber : FB Datuk Dr Maznah Hamid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eh. lebih kurang je entri kita hari ni
ReplyDeletehehe
ReplyDeleteAs Salam Irfa.
Hahhh...tu lah. Tp aku main ceduk je org punya. huhu.